Grab The Promo
Grab The Promo

Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

KUALA LUMPUR:  Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.


Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini

Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang

Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.





Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia


Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.


“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif”


“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.


Anas berkata dia melihat terjemahan
video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri.

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.


“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat




Transformasi wajah video cabaran ‘Lathi’ , Anas Zahrin jadi perhatian di Indonesia

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.


Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.


“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan


“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif” katanya.


Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.



The Untold Beauty of Semporna Island (MyVXP)

Asslammualaikum, hari ini Cik iena ingin berkongsi pengalaman unik Cik iena menerusi Virtual Experience untuk melihat Keindahan Pulau Semporna yang Tidak Terungkap. Sebut sahaja Sabah, pasti ramai yang terbayangkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di negara bawah bayu ini. Sabah merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia mahupun pelancong asing.

The Untold Beauty Of Semporna Island


Terdapat banyak tempat menarik di Semporna yang anda boleh kunjungi. Semporna merupakan sebuah pekan yang terletak di Tawau, Sabah. Dengan kedudukan yang strategik, destinasi ini sering dikunjungi oleh pelancong yang gemarkan aktiviti air.Antara aktiviti menarik di Semporna adalah scuba diving, snorkeling, hiking dan sightseing.

The Untold Beauty of Semporna Island


Dengan menyertai program virtual experience The Untold Beauty of Semporna Island ni sebenarnya bertambah bersemangat Cik iena nak kesana. Memang Semporna Island merupakan salah satu destinasi percutian Cik iena untuk tahun 2021. Tahun 2020 Cik iena telah ke Kota Kinabalu dan Kundasang , Sabah jadi tahun berikutnya Cik iena dan kawan merancang untuk ke Semporna Island.

Cik iena harap tahun 2021 nanti tiada masalah untuk Travel ke Sabah. Jadi dapatlah Cik iena meneruskan rancangan untuk ke Semporna Island.


Apa yang orang tak beritahu tentang maklumat geology Pulau Semporna


Apa yang kita tau mengenai Semporna ni adalah terdapat banyak pulau-pulau yang cantik namun kita tidak mengetahui tentang muka bumi kepulauan semporna ni . Tak banyak travel agent yang bercerita tentang sejarah geologi kepulauan Semporna ni kerana faktor kurang knowledge. Penting untuk kita mengetahui info geology pulau pulau Semporna seperti faktor kritikal kejadian asalnya. Jadi disini  Cik iena kongsikan sedikit maklumat yang cik iena perolehi dari sesi Virtual Experience tersebut.


Fakta Geology Pulau Semporna


Untuk pengetahuan Pulau Semporna merupakan Gunung Berapi Kuno. Ianya telah meletus puluhan juta tahun yang lepas.  Apabila terjadi letusan gunung berapi dasar laut , lava keluar dari dasar laut dan ianya  mengeras apabila terkena air. Proses ini akan  berulang sehinggalah  Lava yang timbul menjadi pulau.

Sebagai contoh Bohey Dulang terjadi dari Gunung berapi Meletus tetapi yang tinggal sekarang  hanya rim sahaja. Kawahnya telah tenggelam. Untuk pengetahuan, pasir pasir putih halus di kepulauan semporna ini terjadi daripada coral timbul dipermukaan dan kemudiaannya mati dan seterusnya ianya berubah menjadi pasir dan batu.


GEOLOGY KEPULAUAN SEMPORNA





Persepsi masyarakat tentang Semporna Island


Dengar sahaja nama Semporna Island perkara pertama yang bemain difikiran iena adalah selamat ke kalau pergi travel ke Semporna ni sebab seperti anda sedia maklum di Semporna pernah terjadi kes Pembunuhan dan Penculikan dan kawasan ini dikatakan kawasan Lanun. Ini lah mindset Cik iena dulu tapi  selepas Cik iena ke Kundasang bersama rakan karib Cik iena melihat keindahan Sabah Cik iena jatuh cinta pada negeri dibawah bayu ni. Secara automatik rasa tu sudah tiada.

Selain dari soal selamat ke tidak tu antara persoalan lain pastinya nak tinggal dimana? makan pula macam mana, halal ke tidak? senang nak dapat ke tidak dan yang penting mahal ke tidak? kalau nak travel ni memang perlu ada budget kan. Jadi amat penting bagi kita untuk merancang perbelanjaan sebab tu perlu tau semua ni.

Sebenarnya anda tidak perlu risau banyak je tempat untuk penginapan dan juga tempat makan di kepulauan semporna ni antara nya adalah Lato Lato Resort. Harganya juga amat berpatutan.

Lato-Lato Resort


Lato-lato resort adalah resort yang terletak di tengah laut. Resort ini memang cantik dan ianya dikelilingi batu karang yang cantik. Sekiranya air surut, anda boleh turun melihat batu-batu karang.
Istimewanya Lato-lato Resort ini lagi adalah  kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan Taman Marin Tun Sakaran.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Jika dilihat keadaan disini ianya seperti penginapan 5 Bintang namun harganya jauh lebih murah berbanding penginapan 5 bintang. Untuk sampai ke Lato-lato resort ini anda perlu menaiki bot dari Jeti Semporna. Bagi anda yang dari luar Tawau, anda perlu menaiki Fligh ke Tawau dan kemudiaan ke Jeti Semporna selama lebih kurang satu jam perjalanan sebelum anda menaiki bot untuk ke Lato-lato Resort.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Pada awal pumbukaan resort ini sekitar tahun 2013 mereka hanya mempunyai 4 bilik sahaja. Kinimereka telah mempunyai 36 bilik. Lokasi mereka yang agak unik semangnya kan menarik perhatian anda ditambah lagi dengan bilik yang cantik. Permandangan dari dalam bilik juga cantik.Nampak air laut yang jernih membiru.



Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Permandangan Lato lato resort dari atas memang nampak cantik. Apa yang anda lihat tompokan  bewarna hitam itu adalah coral. Suasana keindahan laut disini pasti akan membuat anda teruja. Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling tidak kira waktu siang mahupun malam.


Lato lato resort
Photo : Laili Basir

Lato lato resort
Photo : Laili Basir


Suasana malam disini juga sangat indah dan menyeronokkan . Anda juga boleh terjun ke laut diwaktu malam tapi pastikan anda pandai berenang. Pada waktu malam terdapat aktiviti busking. Anda juga boleh mengambil gambar di waktu malam kerana suasanga yang cantik dengan lampu neon yang indah. Anda juga boleh lakukan Night snorkeling dan melihat penyu.

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Lato-Lato Resort
Photo : Laili Basir

Harga Pakej di Lato Lato Resort

-RM150 seorang untuk 2D1N
-termasuk makan minum sepanjang menginap
-tidak termasuk kos bot, transfer dan tour


Facebook : latolato mun
Phone : +60168234418
Email : latolatoresort@yahoo.com



Menarikkan Lato-lato Resort ni. Pada yang takut nak tinggal diatas air terdapat juga resort lain di atas darat untuk anda tinggal antaranya adalahPom Pom Island 2Win Resort  dan Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan


Pom Pom Island 2Win Resort


Pom Pom Island 2Win Resort
Photo : Google


Pom Pom Island 2Win Resort  terletak di timur laut Sabah, serta menawarkan aneka jenis penginapan termasuk khemah dan pantai peribadi. Juga terdapat terdapat pelbagai aktiviti termasuk diving



Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan


Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan
Photo : Google

Selakan dive lodge juga antara salah satu lokasi menarik untuk anda menginap.Disini anda dapat lebih mendekati dengan orang kampung. Dapat mempelajari cara-cara kehidupan masyarakat disini.


Selakan Dive Lodge, Pulau Selakan
Photo : Laili Basir



Untuk pengetahuan anda  kepualuan semporna dikelilingi oleh banyak pulau menarik yang sangat sesuai dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Berikut merupakan pulau-pulau di Semporna yang anda mesti singgah.


Pulau Bohey Dulang


Sekiranya  anda ke Semporna , Sabah tidak sah jika anda tidak ke Bohey Dulang. Bohey Dulang merupakan antara lokasi menarik yang sering menjadi kunjungan pelancong mahupun penduduk setempat.

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulai Sibuan, Pulai Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Pulau Bohey Dulang
Photo : Laili Basir

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

Mengikut orang tempatan, pulau ini mendapat nama kerana bentuknya yang seperti dulang air.
 Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari pekan Semporna yang mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai. Tarikan utama pulau ini adalah pemandangan dari puncak Bohey Dulang yang sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.. Bagi anda yang gemar berhiking, inilah tempat sempurna untuk anda.



Pulau Mantabuan



Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir


Pulau Mantabuan merupakan sebuah pulau karang kecil yang terletak di Sabah, Malaysia. Ia terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Disini anda boleh lakukan aktiviti snorkeling untuk melihat karang-karang yang terdapat dalam laut tersebut.

Kepada anda yang gemar merakam gambar anda pasti akan teruja dengan keindahan pulai ini. Anda boleh ambil banyak gambar menarik disini.

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir

Pulau Mantabuan
Photo : Laili Basir




Pulau Sibuan


Pulau Sibuan terletak dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Pulau yang indah ini terkenal dengan pasir putih halus dan air yang jernih penuh dengan ikan pelbagai warna. Ia juga kaya dengan pelbagai jenis batu karang. Untuk memastikan keselamatan pelancong, pulau ini dijaga oleh Tentera Laut Malaysia.

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir

Pulau sibuan
Photo : Laili Basir






Pulau Mabul


Pulau Mabul


Pulau ini merupakan tempat menarik di Semporna yang anda mesti singgah. Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Saiz pulau ini adalah kecil dan melengkung. Dasarnya yang tidak dalam, amat sesuai untuk aktiviti scuba diving. Di sini juga terdapat bermacam-macasm jenis batu karang dan spesies ikan.



 

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan
Photo : Google


Pulau yang terkenal ini pernah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia.
Ia merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil dari batu kapur, dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Jika anda ke sini, jangan lepaskan peluang untuk berenang dengan penyu.


Taman Marin Tun Sakaran



Taman Marin Tun Sakaran
Photo : Google

     

Taman marin ini, juga dikenali sebagai Semporna Islands Park.Ia terdiri dari 8 pulau, termasuk Pulau Sebangkat, Selakan, Mantabuan serta menjadi kawasan terumbu karang yang terkenal.


 Pulau Kapalai


Pulau Kapalai
Photo : Google


Pulau Kapalai adalah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai pulau resort scuba diving. Pulau ini terletak hanya 15 minit dari Pulau Sipadan. Alang-alang, apa kata anda singgah ke Pulau Kapalai dan nikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik.


Pulau Mataking



Pulau Mataking
Photo : Google


Jika anda inginkan pulau dengan air yang sangat jernih seperti Kristal, Pulau Mataking adalah pilihan terbaik. Anda pasti terpukau dengan air laut yang biru kehijauan dan pasir putih yang halus. Perairan pulau ini dipenuhi dengan bermacam spesis terumbu karang yang eksklusif.


Pulau Pom Pom


Pulau Pom Pom
Photo : Google

Pulau Pom Pom terletak dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang. Di dasarnya terdapat terumbu karang sepanjang 4 km. Keistimewaan pulau ini ialah ia tidak mempunyai kampung atau kediaman manusia. Kesan manusia yang minimum dan tiada pencemaran menjadikan ia sebagai tempat menarik di Semporna yang popular.


Pulau Bum Bum



Pulau Bum Bum
Photo : Google

Berbeza dengan Pulau Pom Pom, Pulau Bum Bum mempunyai ramai penduduk dan banyak kesan pembangunan di sekitar pulau ini. Namun begitu, air lautnya kekal jernih dan cantik.

Pulau Timba-Timba


Pulau Timba-Timba
Photo : Google


Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti island hoping, jangan lepaskan peluang untuk ke pulau ini. Airnya yang jernih dan ikan yang berwarna-warni pasti memukau mata anda.


Pulau Bodgaya


Pulau Bodgaya
Photo : Google

Pulau Bodgaya terletak di pantai timur Sabah. Pulau ini adalah pulau terbesar dalam rangkaian Taman Marin Tun Sakaran. Untuk pengetahuan anda, terumbu karang di sekitar pulau ini adalah sisa-sisa gunung berapi yang telah pupus.



Selain berkunjung ke tempat-tempat menarik diatas, anda juga boleh mengenali dan mempelajari gaya hidup masyarakat disini iaitu kominiti Bajau Laut.


Komuniti Bajau Laut


Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Komuniti Bajau Laut yang terdapat di Sabah pada hari ini adalah berasal dari keluarga besar Bajau di selatan kepulauan Filipina dan mula bermigrasi dan menetap di kawasan perairan pantai timur Sabah semasa era pemerintahan Kesultanan Sulu lagi, iaitu sekitar abad ke-18. Setakat ini, kajian dan penulisan berhubung sosial, ekonomi, sosiobudaya, seni bina dan warisan komuniti Bajau Laut ini masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana seperti James Francis Warren (1981, 2000, 2002), Yap Beng Liang (1993), Clifford Sather (1997), David E. Sopher (1965), Halina Sendera (2007) dan lainlain lagi.  Sumber - http://web.usm.my

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir


Uniknya kaum bajau Laut ini adalah kediaman mereka di laut. Pelbagai aktiviti dilakukan di laut. Namuk kehidupan mereka kelihatan agak sedikit daif. Rumah mereka agak kecik untuk keluarga mereka yang besar. Tambahan lagi tidak banyak kemudahan asas di kawasan rumah atas laut mereka seperti kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.

Pada waktu siang cahaya matahari akan menerangi mereka manakala pada waktu malam mereka bertemankan cahaya bintang sahaja. Mereka hidup dalam serba kekurangan namun kehidupan mereka jauh dari tekanan kota, bebas hutang dan pencemaran alam sekitar.

Sejak bertahun-tahun dahulu kaum Bajau laut tinggal didalam bot beralaskan lautan atau pondok kecil tinggi yang diperbuat dari kayuatas terumbu karang. Kehidupan mereka bergantung kepada sumber laut semata-mata dengan menangkap ikan , mengutip kupang dan kerang serta memungut mutiara di pulau-pulau terpencil.

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna

Sememangnya kehidupan mereka agak daif berbanding dengan kita. Jadi bagi membantu komuniti ini aktiviti perlancongan perlu terus dipromosikan supaya ramai pelancong yang datang kesini. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka.


Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir

Selain dari kunjungan pelancong, pihak kerajaan juga perlu terus melakukan usaha murni membantu mereka memberikan keperluan asas.

Memakmurkan Kaum Bajau Laut Kepulauan Semporna
Photo : Laili Basir




Banyak juga kan lokasi menarik di Pulau Semporna, Sabah. Kepada anda yang masih merancang destinasi percutian berikutnya selepas musim PKBB berakhir nanti anda boleh lah berkunjung ke Pulau Semporna, Sabah dimana dalam masa yang sama dapatlah kita membantu golongan bajau Laut di sana. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut dan bertanyakan soalan soalan lain tentang kepulauan ini anda boleh sertai Virual Experience  mengenai Untold Beauty Of Semporna Island oleh Encik Laili Basir pada sesi seterusnya iaitu pada 1 July  2020  di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/19


Menariknya program online sharing ni anda juga berpeluang menmenangi hadiah cabutan bertuah seperti   pakej penginapan,pakej paragliding dan juga t-shirt.

My Virtual Experience (MyVXp)

Dalam menghadapi norma baharu pandemik covid-19 yang melanda dunia ini  kita perlu bersedia menerima perubahan gaya hidup yang baru. Bagi mengurangkan manusia sesama manusia berhubung rapat untuk menjaga penjarakan sosial banyak kegiatan harian yang telah berubah ke arah dalam talian atau online. Banyak perkara yang kita akan lakukan secara secara online. Sebagai contoh sekarang kebanyakan daripada kita telah pun mula membeli barangngan mahupun pakaian secara online .

Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp


Bahkan makanan juga di beli secara online .Terdapat juga perkhidmatan online untuk barangan basah seperti sayur sayuran dan makanan laut.Boleh kata sekarang norma baru kehidupan sudah beralih kearah online untuk mengurangkan kita berhubung dengan orang lain secara lansung yang mana ianya dikatakan dapat mengembangkan rantaian covid-19.


Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp

Seperti anda sedia maklum banyak sektor yang terjejas dan diantaranya adalah industri kreatif dan pelancongan Negara.Dalam membantu industri ini, Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN) mengambil inisiatif untuk menyediakan platform dan bantuan agar pengiat Industri  ini dapat survive semasa Covid 19.

Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp


Projek perintis MyVXp adalah hasil cetusan idea penggiat industri pelancongan di bawah platform TPN yang diketuai oleh Pengerusi atau Champion TPN, En Uzaidi Udanis. Usaha ini telah disokong dan disambut baik oleh Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri . Diharapkan program ini dapat membantu industri kreatif dan pelancongan Negara.  Walaupun banyak kegiatan yang terpaksa dihentikan namun dengan Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp , Ianya pasti dapat membantu industri ini untuk memperkenalkan produk mereka melalui Virtual Experience .



Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri

Cik iena kongsi sedikit pengalaman sertai Malaysia Virtual Experience MyVXAp Santai Raya Bersama Fredo Flybaits untuk rujukan semua. Pada awalnya Cik iena Terkejut kerana Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri juga turut sertai program tersebut. YB sememangnya seorang pemimpin yang sangat mengambil berat tentang rakyat. Cik iena suka cara YB berucap. YB amat menyokong inisiatif Out Of Box seperti ini kerana program seperti ini dapat membuka ruang dan peluang kepada pengiat Industri meneruskan mata pencarian melalui perkongsian pengalaman dan penceritaan melalui Live Online Experience.


Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri

Program ini secara langsung dapat memberi peluang kepada penggiat seni dan juga penggiat pelancongan untuk menggunakan platform digital semasa PKPB . Usaha ini akan terus dipertingkatkan untuk penggiat industri pelancongan dan seni bagi mempromosikan negara Malaysia di pasaran antarabangsa



Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits

          
Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp
Ini merupakan pengalaman kedua cik iena untuk program Virtual Experience seperti ini. Untuk pengalaman pertama boleh baca di http://www.ienaeliena.com/2020/05/santai-hari-raya-bersama-fredo-flybaits.html Kali ini Cik iena dah tidak kekok untuk mengendalikan laptop Cik iena.

Program menjadi lebih meriah dengan penyertaan dari VVIP seperti Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri.  YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat (KSU MoTAC), YBhg. Dato' Abdul Latif Hj Abu Seman,(KP MPC), YBrsh. En Zahid Ismail( TKP MPC) , YBrsh. Pn Emelia Tay(EPU).


Seperti biasa selain persembahan nyanyian , Artis akan berinteraksi dengan individu-individu yang turut serta dalam program ini dengan menanyakan soalan dan berkongsi pengalaman masing-masing mengenai tempat pelancongan di Malaysia yang digemari.


Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp

Kalau Cik iena tulis semuanya jadi panjang. Cik iena kongsikan sedikit video semasa sesi tersebut tapi tidak full lah. Jika versi full lebih dari sejam dan nanti Cik iena tak Enjoy pula the show sebab sibuk merakam video kan. Mungkin lepas ni cik iena perlu letakkan telefon di tripod untuk rakam. Lebih mudah kan. Lagipun ini pengalaman kedua. Sebelum ni memang lansung tak rakam sebab khusyuk belajar benda baru.


Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp






Berikut Cik iena kongsikan juga video dari Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri .




Macam mana? merdu kan suara YB. Tak sangka YB pandai nyanyi. Masa dalam sesi virtial experience ni YB tak buka mic pun masa dia nyanyi. Yela masing-masing semua menyanyi sendiri je kalau buka mic nannti akan ganggu persembahan artis. Bila pergi tegok facebook YB. Allahu sedapnya suara YB .

Ini pengalaman yang unik untuk cik iena sebenarnya. Disamping itu ini juga pengalaman pertama dapat dengan ucapan online secapa private dari Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan kita ni. In the real world pun Cik iena tak pernah jumpa YB lagi. Harap satu hari nanti dapat bersemuka dengan YB.



Baiklah dibawah ini merupakan antara individu yang susah nak tinggalkan room ni sebab seronok sangat nyanyi nyanyi. Cik iena siap bagi tau nak keluar dah ucap selamat Hari raya tapi masih tak keluar-keluar bila di pasang lagu lagi untuk karaoke bersama. Sampai lah Mak dah jerit dari bawah panggil turun makan tengah hari.


Menteri Perlancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp


Menarik bukan Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp. Harap penggiat industri kreatif dan pelancongan Malaysia dapat menggunakan platform ini untuk memasarkan dan memperkenalkan produk pelancongan mereka kepada umum. Cik iena pun tak sabar nak sertai Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp untuk pelancongan. Nanti Cik iena akan ceritakan pengalaman Cik iena lagi ok :)










Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Umum mengetahui bahawa industri seni negara mengalami masalah yang agak teruk berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Kebanyakan artis yang hanya mempunyai satu pendapatan mata pencarian terjejas teruk lagi-lagi artis lama.

Dalam membantu industri seni tanah air, Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN) mengambil inisiatif untuk menyediakan platform dan bantuan agar pengiat Industri  ini dapat survive semasa Covid 19.

Malaysia Virtual Experience (MyVXp) with Fredo


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi


Istimewa buat peminat Flybaits, Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits pada  31 Mei 2020 jam 11 Pagi secara online . Untuk pengetahuan, ini merupakan projek perintis dalam menukar produk luar talian ke pengalaman maya dalam talian yang dibawa oleh TPN kepada anda dengan kerjasama MPC.

Dengan penggunaan teknologi, TPN dan MPC telah berusaha untuk memaksimumkan teknologi dan digitalisasi bagi mempertahankan industri ini, Diharap ianya dapat mebantu meningkatkan produktiviti dalam industri ini. Pengalaman maya adalah tawaran alternatif sejak perintah kawalan pergerakan.

MyVXp adalah tempat untuk penemuan semula produk pelancongan, market segmentation, dan strategi pemasaran, yang sesuai dengan situasi saat ini.

Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits, Private Session Online Experience 31 Mei 2020 11pagi



Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Peluang keemasan untuk anda melalui pengalaman yang unik bersama dengan Fredo , penyanyi popular dengan lagu lagu cinta 80an . Disamping Fredo menyanyi bersama anda , beliau juga akan menceritakan pengalaman beliau dan berkongsi pendapat mengenai destinasi pelancongan tempatan .. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama Fredo di musim Hari Raya ini.

Pengalaman Online ini sangat unik dan personal. Setelah pembayaran tiket disahkan, anda akan menerima email di mana terdapat private link dan cara cara anda boleh mengambil bahagian . Untuk setiap sesi hanya terhad kepada 50 tempahan sahaja. Sekiranya anda terlepas untuk tarikh 31 Mei 2020, anda perlu tunggu sesi seterusnya yang akan di maklumkan.

Anda boleh membuat tempahan di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/16


Pengalaman Private Session Online Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits


Ini merupakan pertama kali Cik iena menyertai Private Session online. Sejujurnya agak kekok tapi kemudian rasa seronok. Kepada yang dah biasa online meeting mungkin dah biasa. Macam Cik iena memang work from home tapi takde online meeting lagi . Biasanya project manager akan call, email atau whatsapp untuk berbincang. MEreka yang akan berbincang dengan client.Cik iena hanya mendapat arahan untuk buat apa je. Cik iena kan programmer je so takde deal dengan client.



Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

So ini merupakan pengalaman pertama cik iena meeting dalam online lah. Boleh dikatakan macam konsep meeting juga lah. Nanti bila anda dah masuk link yang diberi dekat dashboard , anda perlu mute kan mic supaya suara anda dan yang lain-lain tak dengar dan supaya anda dapat dengar dengan jelas asrtis membuat persembaha.


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Akan ada masa-masa yang mana artis akan suruh anda penonton untuk on mic untuk berinteraksi, Artis akan menceritakan pengalaman mereka dan juga berkongsi pendapat mengenai destinasi pelancongan tempatan. Artis akan bertanya pendengar juga. akan ada sesi interaksi bersama penonton dimana masa ini anda perlu membuka microphone.

Kalau anda tengok konsert ,anda tak dapat pun nak berinteraksi sangat dengan artis kan. Berbeza kali ini. Anda boleh berinteraksi dengan artis. Cuma jangan serentak 50 orang semua on mic. Tak dapat dengar suara siapa nanti. Siapa yang nak berinteraksi boleh dengar arahan, mungkin artis akan bertanya siapa nak bercakap angkat tangan dan artis akan sebut nama anda, kemudian anda on mic.


Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi

Disini anda juga boleh screenshot gambar anda bersama semua penonton atau bersama artis. Maaf Cik iena cuma sempat screenshoot gambar active camera sahaja. Selain itu terdapat juga ruangan chat untuk anda chat sekiranya anda anda pertanyaan .


Semasa sesi ini host juga kongsikan lirik, jadi dapatlah kami nyanyi bersama-sama. Ada yang menyalakan lampu handphone dan melambai-lambaikan handphone. Tak terlepas juga Cik iena menyalakan lampu handphone cuma tak boleh nak screenshot lah masa tu.

Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits 31 Mei 2020 11 Pagi



Menarik juga lah pengalaman cik iena untuk Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits ni Yang Cik iena sertai ni cuma untuk percubaan pihak media rasakan sendiri pengalaman unik ni. Bagi Cik iena ianya sangat menarik dan dapat membantu artis di Malaysia untuk survive semasa Perintah kawalan pergerakan ni.

Macam kita ada yang boleh work from home tapi mereka tak boleh. Pada artis muda mungkin mereka boleh hasilkan video-video youtube dan jana pendapatan. Untuk artis veteren mungkin agak sukar mereka mengejar teknologi .Mugkin mereka tidak tau menjana pendapatan dengan menggunakan youtube.

Jadi disinilah pihak  MPC dan TPN ingin membantu artis-artis dengan menyediakan platform ini untuk mereka berinteraksi dengan peminat dan dalam masa yang sama untuk membantu mereka menjana pendapatan.

Kepada anda diluarsana khususnya buat peminat Flybaits. Jom support program mereka dengan membuat tempahan di https://travelbuddy.onpay.my/order/form/16 atau boleh whatsapp 017 555 7718          






Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve