Baru baru ini Cik iena berkesempatan ke Majlis pelancaran Tulis Cantik yang diadakan di Taman Saujana Puchong. Untuk pengetahuan Tulis Cantik merupakan Kedai Alat Permainan Pembelajaran (Educational Toys) Kanak-Kanak. Diasas oleh Seorang ibu kepada tiga anak iaitu Puan Dazrina Che Din . 3 tahun yang lalu Tulis Cantik bermula dari perniagaan online sahaja dan kini telah pun mempunyai kedai fizikal di Taman Saujana Puchong.
Majlis Turut dihadiri oleh penceramah bebas, pengacara, pakar motivasi dan pelakon Malaysia iaitu PU Azman |
Cik iena ketika di Majlis pelancaran Tulis Cantik |
Tuan Blog sempat bergambar dengan PU Azman, Idola Puan Ibunda. Suka sangat Puan ibunda bila tengok Cik iena update story di instagram bergambar dengan PU Azman |
Anak istimewa jadi ilham buka perniagaan
Puan Dazrina Che Din pengasan Tulis Cantik |
Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik buat anak-anak mereka tidak kiralah samada anak mereka merupakan kanak kanak Istimewa. Tercetusnya Idea dari Puan Dazrina untuk membuka perniagaan memasarkan bahan bacaan dan permainan buat kanak-kanak istimewa adalah kerana beliau mempunyai sorang anak menghidap autisme.
Kecenderungan memahami dan mencari penyelesaian bagi membantu ibu bapa dan kanak-kanak berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) wujud selepas anak sulungnya, Nurdiana Allisya Mizan Normizan, 9, disahkan menghidap autisme.Wanita berusia 40 tahun ini ingin membantu ibu bapa yang mempunyai anak istimewa mendapatkan bahan bacaan dan permainan untuk pembelajaran memberi ilham kepadanya menjalankan perniagaan.
Puan Dazrina Che Din dan PU Azman |
Kini, Puan Dazrina sudah memiliki kedai sendiri iaitu
Kedai Barangan Permainan Kanak-Kanak Tulis Cantik yang baru dibuka di
Taman Saujana Puchong. Menurut Puan Dazrina, anak sulung beliau Nurdiana Allisya Mizan Normizan, 9 tahun disahkan menghidap autisme ketika berusia 23 bulan. Menurut beliau lagi beliau sendiri tidak menyedari bahawa anaknya menghidap autisme kerana anaknya kelihatan normal.
Tambah beliau lagi, beliau menyedari keadaan ini selepas seorang rakan datang ke rumah beliau dan beliau melihat anak rakannya itu boleh mengikut arahan tetapi Nurdiana pula sebaliknya. Keadaan itu membuatkan beliau panik kerana tidak tahu menahu mengenai autisme ketika itu.
"Dalam keadaan berpantang selepas melahirkan anak kedua, saya bawa Nurdiana bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan penjelasan dan baru tahu dia rupanya menghidap autisme,"
katanya pada sesi bersama
media dan blogger sempena pelancaran kedainya itu baru-baru ini.
Puan Dazrina mengakui dia banyak membaca bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai autisme selain bertanya dengan pakar.Jelasnya, pengetahuan itu digunakan untuk menghasilkan buku berkaitan teknik membaca dan menulis bagi membantu anaknya dan kanak-kanak istimewa lain.
"Kemudian, saya kumpul modal untuk mengeluarkan produk Pensil Claw iaitu alat bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memegang pensil dengan cara yang betul, kanak-kanak yang lemah dalam menulis atau baru mula belajar menulis.
"Alhamdulillah, penggunaan bacaan bacaan khusus dan Pensil Claw terbukti berkesan apabila saya nampak perubahan bukan hanya kepada anak saya yang menghidap autisme tetapi dua anak lain yang normal serta kanak-kanak OKU kategori lain seperti Sindrom Down dan Cerebral Palsy.
"Pendekatan lain digunakan untuk membantu Nurdiana termasuk dengan cara bercerita dan menyanyi. Usaha saya berhasil apabila dia mula memanggil saya ibu pada umur lima tahun. Walaupun agak lewat, ia cukup menggembirakan saya sebagai seorang ibu," katanya.
Menurutnya, suami, Normizan Ibrahim, 40, dan keluarga banyak memberinya semangat untuk terus cekal dalam membesarkan Nurdiana.
"Saya pernah menyalahkan diri atas apa yang berlaku terhadap Nurdiana pada mulanya kerana menyangka ia berpunca daripada kesilapan saya tidak memberi perhatian terhadapnya.
"Namun, saya tidak pernah berputus asa kerana mempunyai suami yang positif dan keluarga sebagai tulang belakang selama ini.
"Apa yang terjadi ada hikmahnya dan salah satunya adalah memberi peluang untuk saya membantu ibu bapa lain di luar sana," katanya.
Puan Dazrina Che Din pengasan Tulis Cantik |
Dalam pada itu Puan Dazrina merancang menjadikan perniagaannya ini sebagai satu platform untuk memudahkan orang ramai memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan.Menerusi projek sedekah yang membolehkan pelanggan membeli sambil menderma dengan cara menyumbang mainan itu pada kotak disediakan di kedai Tulis Cantik.
Jadi, mainan yang anda mahupun pelanggan lain beli tidak semestinya diberi kepada anak-anak mahupun keluarga lain tetapi ianya juga boleh didermakan untuk keperluan kanak-kanak istimewa lain,.
Diharapkan usaha murni dari Puan Dazrina akan mendapat sambutan dari para pelanggan Tulis Cantik. Inisiatif seperti ini sewajarnya diteruskan bagi membantu golongan kanak kanak istimewa yang sangat memerlukan bantuan terutama buat mereka yang hadir dari keluarga yang susah.
Untuk Maklumat Lanjut
Website : www.tuliscantik.com.my
Instagram : @tuliscantik
Faceebook : https://www.facebook.com/tuliscantik
Whatsapp : 601126261656
Alamat : No 13G, Jalan SP 3/1, Taman Saujana Puchong, 47110 Puchong, Selangor