Maepranom Brand Chili In Oil For Tom Yum juga merupakan jenama dari Thailand. Jenama ni memang Cik iena tau
sering diguna di kedai kedai makan. Cik iena sendiri pernah lihat .
Sebelum ni masa pergi rantau panjang kelantan pun Cik iena banyak nampak
jenama ni dan orang orang yang menjual memang cakap ini jenama yang
kedai makan selalu guna. Kalau tak silap ada tomyam paste dan chili
paste. tapi Cik iena tak jumpa tomyam paste. Cik iena jumpa Chili paste
je sebab tu Cik iena cuba beli tomyam brand peace diatas.
Untukpengetahuan
chili paste ni tak pedas, jadi anda perlu tambah cili api seperti yang
cik iena nyatakan dalam bahan-bahan tomyam diatas.Untuk tahap kepedasan
Cik iena, Cik iena cuma perlu tambah 3 biji cili api merah. Sekiranya
anda suka pedas perlu tambah lebih. Level kepedasan Cik iena memang
kurang pedas ya. Orang lain kata tak pedas, bagi iena dah pedas.
Untuk jenama ini juga ianya adalah halal.
Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Thai Chili Paste
Jenama
Peace Brand Thai Tom Yum Paste ni merupakan jenama dari thailand dan anda tak perlu risau kerana
ianya halal. Selepas Cik iena google tentang jenama ini. Ada blogger
yang tulis mengatakan bahawa jenama ini adalah jenama yang selalu kedai
makan gunakan. Patutlah sedap.
Selain dari memasak cara yang Cik
iena guna selalu. Cik iena juga pernah cuba masak tanpa guna
bawang,serai,cili api memang sedap. Cik iena pernah masak tanpa bawang ,
serai, daun limau purut,cili,lengkuas,halia. Rasa nya sedap juga boleh
tahan. Cik iena cuma gunakan tomyam paste,cili paste, susu cair, sos
ikan dan air perahan limau dan kemudian bahan isi seperti sayur dan
seafood. Tetap sedap walaupun tanpa bahan asas yang lain.
Untuk pengetahuan anda lagi tomyam paste ini dah sedia
masam, tak perlu tambah asam jawa tetapi Cik iena guna jus perahan limau
nipis kerana aroma dan rasa jus limau nipis itu memang sedap. Kalau tak
percaya boleh cuba bezakan. Lepas padam api semua baru letak jus
perahan limau nipis. Limau nipis tau bukan limau kasturi atau lemon.
Sekiranya anda ingin membeli secara online boleh beli di Tomyam Paste
Assalammualaikum, bertahun tahun rasanya iena tak join segmen . Okay hari ni tergerak hati nak join sebab iena blogwalking ke blog Adinda Baizura nampak posting ni dan kebetulan iena tengah free.Iena ni jarang blogwalking tapi iena akan return comment orang yang comment dekat blog iena.
Kadang kadang ada nampak segment macam ni masa blogwalking cuma tak dapat nak join sebab tengah sibuk. Bukan memilih tapi iena join bila tak sibuk.
Maka dengan itu tercipta lah artikel ni, Kalau blogger lain nak join boleh klik banner ya
Bila PKP 2.0 dah mula ni, hujung minggu memang tak boleh keluar. Jadi bila Cik iena bosan seorang dirumah kalau Cik iena takde job product review nak ambil gambar Cik iena buat video masakan.Kali nie Cik iena nak kongsi Video cara memasak Lala Masak Kam Heong mudah dan Sedap.
Lala Masak Kam Heong
Resepi Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Lala Masak Kam Heong
Resepi ini Cik iena olah mengikut citaraasa Cik iena. Cara masakan ni Cik iena rasa lebih mudah jika kita masukkan bahan bahan rempah dan segala sos satu persatu ke dalam kuali.
Bahan Bahan Lala Masak Kam Heong (Untuk 700 gm to 1 Kg LaLa)
Bahan bahan Lala Masak Kam Heong
Bahan Hiris
Sebiji Bawang Merah Besar
5 Ulas bawang putih
2 Inci halia
4 Biji Cili Padi Merah
700 gm ke 1kg Lala
25 gm Udang kering ( ditumbuk tapi tak halus)
25 gm lobak masin yang telah digoreng
Setangkai Daun Kari ( Banyak pun takpa)
Rempah Lala Masak Kam Heong
Bahan Rempah
2 Sudu Besar Rempah Kari Ikan
2 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Kicap Cair
1 Sudu Besar Kicap Pekat
2 sudu Besar Sos Ikan
Maaf udang kering tiada dalam gambar sebab masa ni terlupa satu bahan. Udang kering direndam , ditos airnya kemudian ditumbuk tapi tidak halus atau hancur.
Cara Memasak Lala Masak Kam Heong
Pertama sekali sebelum mula sediakan bahan lain. Bersihkan Lala terlebih dahulu kemudian randam dengan garam beserta serbuk kunyit selama 10 minit untuk menghilangkan bau lala.
Lala yang telh dibersihak dan direndam dengan garam dan kunyit
Kemudian hiris kesemua bahan tumis yang cik iena nyatakan diatas iaitu bawang merah besar, bawang putih, halia dan cili padi merah. Bawang merah besar cik iena bahagi dua, satu untuk tumis dan satu letak di penghujung masakan. Boleh rujuk video masakan Cik iena di bawah.
Untuk bahan rempah, satukan kesemua bahan rempah diatas dan kacau sebati seperti yang Cik iena tunjuk dalam video.
Bahan bahan tumis
Tumis kesemua bahan hiris tadi sehingga naik bau termasuk daun kari dan udang kering. Selepas naik bau dan garing masukkan bahan rempah yang telah disatukan sebelum ini.
Gaul sebati rempah dan bahan tumis kemudian tunggu rempah kering sedikit, masukkan Lala yang telah direndam dan dibersihkan tadi. Kacau rata , tunggu sehingga lala masak dan kemudian boleh tutup api.
Lala Masak Kam Heong
Untuk hiasan boleh letak daun kari tapi Cik iena kehabisan daun kari. Yang ada ni pun yang dah kering. Musim PKP ni Cik iena tak keluar rumah selalu. Keluar beli groceries 2 minggu sekali. Jadi kene pandai pandai nak masak apa. Biasanya mula mula Cik iena akan masak sayur yang cepat layu , masak lauk seperti ikan, ayam,udang,sotong. Bila semua lauk dah habis Cik iena akan masak ikan bilis atau kentanng atau dry shitake mushroom.
Video Cara Masak Lala Masak Kam Heong Mudah Dan Sedap
Seperti yang kita sedia maklum Bobbi Brown merupakan jenama barangan
kosmetik yang terkenal dikalangan make up artist dan juga penggemar make
up. Selain menawarkan aneka rangkaian produk kosmetik, Bobbi brown juga
menawarkan rangkaian produk penjagaan wajah.
Promosi LipTint Bobbi Brown Cosmetics
Hari
ni Cik iena nak kongsi promosi menarik dari Bobbi Brown yang anda tak
patut lepaskan kerana harganya agak murah berbanding harga asal. Cik
iena pun tak beli mekap harga mahal mahal sangat ni. Sekali sekala je
beli kalau mengidam sangat nak pakai.
Jadi alang alang ada promosi menarik ni Cik iena kongsikan dengan pembaca blog.
Extra Lip Tint Duo (Buy 1, Gift 1) pada harga RM132 (worth RM264)
Ini
antara promosi menarik yang anda perlu grab dimana harga asal adalah
RM264 dan kini dijual separuh harga iaitu RM132 sahaja dan anda akan dapat lagi 1 Lip tint Jadi anda akan dapat seperti dalam gambar diatas. Harga untuk satu lip tint Bobbi Brown ni sahaja RM264 . Jadi memang berbaloi baloi beli pada separuh harga dan dapat lagi 1 Lip tint :)
Review Extra Lip Tint Duo
Secara keseluruhannya Cik iena suka pakai Lip Tint dari Bobbi Brown ni. Ianyasangat Lightweight, sheer and ultra-moisturizing.
Formula
Lip Tint ini mempunyai semua kelebihan lip balm dan ditambah dengan
warna penambah warna yang memberikan yang terbaik di bibir.Gabungan
Minyak Zaitun, Avokado, dan Jojoba yang berkhasiat menghaluskan dan
melembutkan bibir serta-merta dan dari semasa ke semasa, mengurangkan
penampilan garis-garis halus sambil memberikan penampilan yang lebih
sihat dan bertenaga pada bibir .
Cara Penggunaan Extra Lip Tint Duo
Cara
nak guna lip tint ni ada dua, anda boleh pakai macam tu sahaja seperti
lip balm dan juga di pakai bersama lipstick kegemaran korang dimana
warna lipstick kegemaran korang akan jadi lebih lembut dan cantik.
Apa
yang best pakai lip tint ni macam Rawatan spa yang memanjakan kulit
bibir anda dan merawat bibir agar lebih sihat dan cantik.
Antara promosi lain yang menarik di Bobbi Brown
• Buy one Extra Lip Tint, get one FREE + FREE Full-sized lipstick 12-2am deals 3 Feb: Free Mini Cream Shadow Stick with every order Worth RM71 + Free lipstick (worth RM106)
• All Day Deals: - 3 Feb Only - Free Lipstick (worth RM106) with every order - Extra Brow Pencil (worth RM165) with RM250+ order - Save up to 50%
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com