Arabic gum atau gam arab merupakan salah satu makanan yang terkenal dan dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Ianya dikatakan mampu menyembuhkan pesakit yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang dan beberapa penyakit lain.
Untuk pengetahuan, Arabic gum merupakan gam arab yang berasal daripada pokok Acacia senegal, selain itu ianya juga boleh didapati dari pokok Acacia seyal (sebelum ini dikenali sebagai Vachellia seyal). Ia merupakan pokok berduri, berbatang kecil yang selalunya tumbuh hingga ke ketinggian 15 kaki. Pokok ini adalah natif di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India.
|
Arabic gum yang keluar daripada kulit pokok |
Ketika kemarau, kulit pokok tersebut akan pecahdan mengeluarkan lelehan getah yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti apa yang digelar gam arab.
Untuk makluman anda, Gam arab telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Orang mesir sering menggunakan gam arab dalam minuman dan makanan. ianya juga digunakan sebagai ubatan bagi mengurangkan rasa sakit. Pengamal perubatan tradisional selalu menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai pelawas, melegakan cirit-birit, menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala, malahan ianya dipercayai dapat menajamkan ingatan dan menghindar dari penyakit nyanyuk dan lupa.
|
ARABIC GUM |
Gam arab digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal (sebagai bahan dalam pembuatan kapsul dan ‘tablet coating’, penstabil) dan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan makanan.
Ianya juga digunakan secara meluas dalam industri penghasilan cat dan pewarna untuk lukisan, sebagai bahan yang melindungi permukaan supaya tahan lama, salah satu bahan dalam proses ‘glazing’ bagi pembuatan seramik dan pelbagai lagi kegunaan.
Selain itu gam arab juga digunakan sebagai gel yang diletakkan di luka seperti ulser di dalam mulut yang berfungsi untuk mengurangkan sakit.
Kelebihan dan KHASIAT ARABIC GUM
Pernah ka anda mendengar prebiotik? Apakah prebiotik?
Prebiotik merupakan makanan bagi bakteria baik di dalam usus kita. Untuk pengetahuan gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Kesemua prebiotik yang terkandung adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik.
Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada penapaian itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber ini akan menggalakkan lagi pembiakkan bakteria baik di dalam usus.
Bukan itu sahaja, proses penapaian tersebut juga akan menghasilkan rantaian pendek asid lemak (Short chain fatty acid) yang sangat bermanfaat bagi tubuh manusia.
3 jenis asid lemak yang selalu dihasilkan adalah acetate, butyrate dan propionate. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.
Kelebihan gam arab yang bertindak sebagai prebiotik
- Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia dikatakan mampu mengurangkan serangan penyakit Inflammatory bowel disease
- Melindungi usus daripada terkena kanser usus
- Meningkatkan kadar penyerapan garam galian seperti kalsium dan magnesium
- Mengurangkan faktor risiko untuk kena sakit jantung dan strok
- Menyebabkan rasa kenyang. Jadi ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti
Arabic Gum di shop.madinah.com.my
Menarikkan Arabic Gum ni, Pada anda yang ingin mencuba dan masih tercari cari Arabic Gum ini anda boleh dapatkan secara online di shop.madinah.com.my atau boleh whatsapp +60 11 1111 9912 untuk pembelian.
|
Arabic Gum di shop.madinah.com.my |
Terdapat 3 pilihan Arabic Gum di shop.madinah.com.my iaitu
- Al Baraka Land Stone Arabic Gum
- Arabic Gum Stone
- Elnasr Gum Arabic Almanna.
|
Al Baraka Land Stone Arabic Gum |
|
Arabic Gum Stone |
|
Elnasr Gum Arabic Almanna. |
Arabic Gum dari shop.madinah.com.my ini adalah berasal dari Sudan. Ianya Diekstrak dari Gula Hashab Sudan tulen, Kaya dengan Kalsium dan serat larut semula jadi.
MANFAAT GUM ARAB SHOP.MADINAH :
- Baik untuk penyakit jantung.
- Rawat buasir
- Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
- Makanan tambahan untuk tenaga
- Rawatan kulit sensitif
- Baik membuang air kecil
- Membuang toksin dalam badan
- Baik untuk buah pinggang
- Boleh membantu lemak badan
- Tingkatkan pengambilan serat
BAHAN BAHAN GUM ARAB SHOP.MADINAH:
Hashab Gum Arab Tulen.
100% Produk Semula jadi
Tidak ada warna tambahan atau perasa tiruan.
CARA PENGGUNAAN GUM ARAB :
- Campurkan 1 sudu besar dalam segelas air dan kacau rata.
- Boleh juga ditambah dengan minuman lain.
- Pemanis boleh ditambah mengikut citarasa
3 Cawangan Berkat Madinah sdn.bhd.
1. Ampang:
17&18-L1, JALAN AMPANG PUTRA 6,
TAMAN PUTRA SULIMAN, 68000 AMPANG
Selangor MALAYSIA
2. Kajang:
Ground Floor, Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, SDE
3. Shah Alam:
Berkat Madinah, Seksyen U12:
No. 46, Jln Pegaga C U12/C,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor." "We have two types of delivery as below:
Express Delivery (Same Day)
Kuala Lumpur and Klang valley
delivery.madinah.com.my
Please login to check if your area if available for ED
Normal Delivery (within 3-day)
All Malaysia
shop.madinah.com.my"
Untuk Maklumat Lanjut