Grab The Promo
Grab The Promo

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang sihat, cantik berseri. Namun adakalanya kita mempunyai kekangan masa untuk memakai pelbagai krim dalam masa yang sama terutama buat wanita yang sudah bekeluarga dan juga wanita bekerjaya yang adakalanya kesuntukan masa untuk diri sendiri.
 
 
Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence

 

Disini Cik iena ingin berkongsi tentang satu produk penjagaan wajah yang yang mempunyai fungsi dua dalam satu  iaitu AKARI Galactomyces Treatment Essence.  Jadi disini anda dapat menjimatkan masa untuk skincare routine anda dengan hannya menggunakan essense ini untuk toner dan pelembab. Tambahan lagi Essense merupakan tekstur paling ringan yang boleh meresap kedalam kulit dengan lebih cepat dan efektif.

AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence


AKARI Galactomyces Treatment Essence

AKARI adalah jenama produk nombor satu di Malaysia yang berasaskan 96% Galactomyces yang mana ia mampu mengekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit wajah. Kulit yang cukup hidrasi dikatakan mampu melambatkan proses penuaan wajah!
AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence
 
Untuk pengetahuan AKARI Galactomyces Treatment Essence mempunyai fungsi toner dan juga pelembab dalam satu botal essense. Anda boleh Kembalikan seri wajah dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence. Ianya merupakan skincare pH 5.5 yang amat sesuai digunakan setiap hari untuk semua jenis kulit.
 
Ianya merupakan produk penjagaan wajah bebas paraben yang mana ianya sangat bagus untuk kulit. ianya juga bebas alkohol dan tiada pewangi digunakan. 

AKARI Galactomyces Treatment Essence




Ia mengandungi 96% Tapisan Kultur Mikrob Galactomyces yang berfungsi untuk melembap, menghidrat dan mencerahkan kulit, mengawal pengeluaran sebum, mengecilkan liang pori, memudarkan pigmentasi, dan sebagai ejen anti-penuaan kulit. Untuk makluman anda kandungan 96% Galactomyces Treatment Essence diyakini 100% selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
 

AKARI menggunakan Galactomyces dari industri kosmetik yang Halal, suci lagi baik untuk digunakan oleh pengguna di Malaysia dari pelbagai latar belakang. Galactomyces diproses secara komersial di fasiliti kosmetik yang tiada kaitan dengan pembuatan minuman sake, alkohol, atau makanan.   

Kebaikan Galactomyces


  • Mencerahkan Kulit
  • Mengurangkan sintesis melanin
  • Menguatkan Skin's barrier
  • Mengurangkan penampakan liang pori dan bintik hitam
  • Mengurangkan Penghasilan sebum
  • Menyembuhkan Jerawat
  • Menjadikan Kulit Glowing
  • Mengurangkan pembentukan garis kedutan


Centella Asiatica  daun pegaga


Essense ini juga mengandugi Daun Pegaga.Daun pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica  berfungsi sebagai antioksidan yang menghasilkan sel kulit baru dan melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari. Selain itu kelebihan daun pegaga untuk kulit adalah ianya mampu Meredakan keradangan kulit, mempercepat penyembuhan luka, menjaga kelembapan kulit, mengekalkan keanjalan kulit muka,Menyembuhkan jerawat, Menghasilkan kolagen secara natural dan mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat.


Niacinamide


Disamping itu kandungan Niacinamide (Vitamin B3)  yang terdapat dalam essense ini membantu merawat jerawat, meredakan keradangan dan kemerahan kulit, mengawal penghasilan minyak, mengecilkan liang pori dan melambatkan tanda penuaan pada kulit.

 



Ceramides

 


Kandungan Ceramides yang terdapat dalam Essense ini akan mengekalkan kelembapan kulit wajah, mengurangkan kemerahan dan juga mengurangkan kerengsaan kulit. Ceramides sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah jerawat dan kulit sensitif.



4 jenis Hyaluronic Asid


4 jenis Hyaluronic Asid yang terdapat dalam essense ini akan membantu  meningkatkan kelembapan pada tiga lapisan kulit serta  menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat serta memudarkan noda bekas jerawat, menganjalkan kulit, mengurangkan pembentukan kedutan halus diwajah,melembutkan kulit wajah dan mencerahkan kulit wajah.

  1. Sodium Hyaluronate Crosspolymer
  2. Sodium Hyaluronate
  3. Sodium Acetylated Hyaluronate
  4. Hydrolyzed Sodium Hyaluronate


Untuk makluman kesemua kandungan  96% Galactomyces, Niacinamide, Centella Asiatica, Ceramides & 4HA adalah Imported raw mats from Korea & Spain.

 

Kebaikan 2 in 1 AKARI Treatment Essence


 
Kebaikan AKARI Galactomyces Treatment Essence

 

  • Anti penuaan
  • Mencerahkan Kulit
  • Melembabkan dan menghidrat kulit
  • Mengecilkan liang Pori
  • Merawat jerawat
  • Memudarkan Hiperpgmentasi
  • Membaiki kulit sensitif dan kering
  • Mengawal pengeluaran sebum
  • Mengandungi efek yang menenangkan
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari.


Kandungan AKARI Galactomyces Treatment Essence : 


Galactomyces Ferment Filtrate, Niacinamide, Ekstrak Centella Asiatica, Sodium PCA, Ceramide NP, Sodium Hyaluronate Crosspolymer, Sodium Hyaluronate, Sodium Acetylated Hyaluronate, Hydrolyzed Sodium Hyaluronate, Pentylene Glycol, Butylene Glycol 1, 2-hexanediol, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizate.




AKARI Galactomyces Treatment Essence

AKARI Galactomyces Treatment Essence tidak mempunyai bahan seperti:

  1. Paraben
  2. Phenoxyethanol
  3. Alkohol (Drying alcohol)
  4. Formaldehyde
  5. Sodium lauryl sulphate (SLS)
  6. Essential Oil
  7. Petrolatum
  8. Pewangi
  9. Phthalates

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light
 


Sesetengah bahan di atas mungkin berfungsi menjaga produk daripada kontaminasi atau membantu bahan lain untuk memberi kesan dengan lebih baik, namun ia juga boleh membahayakan kulit dan kesihatan pengguna itu sendiri. Amatlah penting untuk membaca label dengan teliti dan menggunakan produk yang selamat seperti AKARI TREATMENT ESSENCE.

 

Cara Penggunaan  AKARI Galactomyces Treatment Essence

Cuci muka dan lap. Semburkan AKARI TREATMENT ESSENCE pada kulit dan tunggu sehingga ia meresap sepenuhnya atau boleh menggunakan jari menepuk kulit secara lembut untuk penyerapan yang sempurna.


Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Cik iena suka guna Jade facial roller untuk massage kulit dan supaya skincare kita diserap dengan bagus. Tapi kalau essence memang cepat menyerap dalam kulit. Kira roll muka tu untuk membantu melancarkan perjalanan darah juga la. Gambar diambil diwaktu malam dang menggunakan ring light

 

Tips untuk penyerapan yang sempurna yang Cik iena gunakan adalah Cik iena gunakan Jade Facial Roller. Memang sangat berbeza kalau anda gunakan Jade Facial Roller dalam mengaplikasikan skincare pada wajah. 

Cik iena juga spray AKARI Galactomyces Treatment Essence selepas bersolek. Solekan memang akan lebih cantik dan glowing :)

 

Harga AKARI TREATMENT ESSENCE

RM89 100 ml Percuma 20ml AKARI TREATMENT ESSENCE Travel Size

 

Review AKARI Galactomyces Treatment Essence

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light

 

Review penggunaan Cik iena lebih kurang seminggu secara keseluruhannya essense ini sesuai dengan Cik iena. Essense ini jugak simple and minimize.Tak perlu pakai banyak banyak krim. Cukup cuma cuci wajah dan pakai essense ni. Selepas tu pakai SPF.

Review Untuk kelembapan kulit ianya memang memberi kelembapan pada kulit. Dari segi mencerahkan secara jujur Cik iena masih belum nampak kesannya.Mungkin untuk kulit degil Cik iena perlu guna lama sedikit baru nampak kesan pencerahan. Cuma kulit tidak kusam bila guna essense ini.

Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
wajah cik iena tanpa solekan, selepas cuci wajah dan spray Akari Treatment essence. Parut jerawat diantara kening tak gelap sangat macam biasa kene jerawat sebelum ni. pakai foundation da tertutup

 

Apa yang dapat cik iena highlight kebaikan pada kulit Cik iena ialah untuk atasi jerawat datang bulan Cik iena. Cik iena dapati parut jerawat datang bulan Cik iena tidak seperti parut jerawat sebelum ini yang jelas kelihatan warna parut kehitaman yang Jelas. Muka Cik iena memang jarang naik jerawat kecuali pada musin datang bulan sahaja. Dimana akan ada satu atau dua jerawat pada wajah. Kebiasaannya parut tu jelas kelihatan. 



Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diwaktu siang - natural light

Bebeza selepas pengambilan Akari Treatment Essense parut jerawat Cik iena tidak begitu ketara. Ini adalah kerana essense ini mengandungi daun pegaga atau panggilan saintifiknya Centella Asiatica yang berfungsi untuk mengurangkan parut merah dan parut pada bekas jerawat disamping kandungan  Ceramides yang sangat sesuai untuk kulit berjerawat. 

Walaupun jerawat tidak teruk tapi masih ada mengalami masalah jerawat sebulan sekali. Jadi essense ini memang sangat sesuai. Jerawat datang bulan Cik iena pun cepat hilang. Kebetulan kali datang bulan dapat jerawat batu. 

Kebiasaannya jika jerawat batu, memang makan masa yang lama untuk jerawat masak ranum dan pecah. Bila guna essense ni jerawat batu Cik iena cepat kecut tak sampai seminggu.  Biasanya jerawat datang bulan kecil. Jarang jarang naik jerawat batu.Pada awalnya memang agak risau dengan kemunculan jerawat batu ni. Nak bergambar pun rasa kurang bersemangat sebab nampak seketul besar dekat dahi. Alhamdulillah dah hilang yeay.



Kulit bebas Cela dan Solekan Glowing dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence
Gambar diambil diwaktu malam dang menggunakan ring light


Pada yang suka bersolek macam Cik iena selepas pakai SPF dan selesai bersolek, semburkan AKARI Galactomyces Treatment Essence pada wajah dan anda akan nampak kesan glowing pada solekan anda. Solekan anda akan jadi lebih cantik dan glowing.


untuk makluman selain produk AKARI Galactomyces Treatment Essence cik iena pakai pencuci wajah lain dan SPF jenama lain. Produk dari jenama AKARI ni cuma ada AKARI Galactomyces Treatment Essence sahaja. Jadi kita boleh pakai skincare biasa kita yang lain cuma tukarkan toner dan pelembab dengan AKARI Galactomyces Treatment Essence.


 

AKARI Galactomyces Treatment Essence
AKARI Galactomyces Treatment Essence

Rating AKARI Galactomyces Treatment Essence

9/10  


Nota : Kenapa kurang satu sebab tiada haruman. Cik iena suka sesuatu yang harum. Walaubagaimanapun ni ikut orang tau. Ianya subjektif. Tapi sebenarnya jika tiada kandungan pewangi tambahan lagi elok. Cuma cik iena memang dah terbiasa sukakan haruman. Bilik Cik iena pun penuh dengan pelbagai perfume  :)


VIDEO REVIEW AKARI




Untuk Maklumat Lanjut:
Pembelian Online : https://akari.onpay.my

Koolit Cooling Moisturiser Mampu atasi Kulit Kering Dan Gatal

Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif
 
 
Koolit Cooling Moisturiser Mampu atasi Kulit Kering Dan Gatal | Memiliki kulit yang cantik bersih serta sihat sememangnya menjadi idaman semua orang tidak kiralah wanita mahupun lelaki. Tidak terhad kepada kecantikan dan kesihatan kulit wajah sahaja. Kulit sihat cantik tubuh badan juga amat penting. Untuk itu disini Cik iena ingin kongsi dengan andaRangkaian produk penjagaan wajah dan juga badan untuk kulit kering atau kulit sensitif iaitu Koolit.
 
 
Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif
Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif

 


Koolit Untuk Kulit Kering Dan Sensitif

Untuk pengetahuan  produk Koolit diformulasi dengan Ekstrak Akar Manis (Licorice Root Extract) yang mempunyai sifat melegakan serta produk sihat tanpa pengelupasn kimia yang keras. Kandungan Ekstrak Akar Manis ini juga turut mengandungi vitamin semulajadi seperti vitamin E ,vitamin B kompleks seperti vitamin B1, B3 dan B5 yang sangat bermanfaat untuk kulit. 
 

Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif
Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif
 
 
Selain itu Ekstrak Akar Manis juga mengandungi polifenol yang berfungsi sebagai anti-radang dan antibakteria. Dengan kemampuan Liquorice sebagai antibakteria ia akan membantu menyembuhkan jerawat yang disebabkan oleh bakteria. Selain itu, ia dapat menghilangkan kemerahan atau keradangan yang disebabkan oleh jerawat kerana sifat anti-radang.
 

Koolit Cooling Moisturiser Produk Icy Feel Yang Berkesan,Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Gatal

 
Koolit Cooling Series
Koolit Cooling Series

 
 
Cik iena kongsikan Dua produk yang sangat Cik iena suka dari Koolit iaitu dari Koolit Cooling Series produk iaitu Koolit Cooling Body Moisturiser dan Koolit Cooling Facial Moisturiser.


Koolit Cooling Body Moisturiser

Koolit Cooling Body Moisturizer diformulasikan dengan ekstrak akar licorice dan skin mimic ceramides/Ceramides tiruan. Pelembap yang cepat menyerap ini membantu menenangkan dan memberikan kelembapan yang kuat pada kulit kering dan gatal. Ceramides tiruan ini membantu mengembalikan penghalang lipid semula jadi pelindung kulit sementara aroma pudina segar yang tahan lama dan rasa berais menjadikan tubuh anda berasa segar.

Koolit Cooling Body Moisturiser
Koolit Cooling Body Moisturiser


Kandungan Koolit Cooling Body Moisturiser

Aqua, Glycerin, Glyceryl Sterate, PEG-100 Stearate, Petrolatum, Cetyl Alcohol, Olea europaea (Olive) Fruit Oil, Dimethicone, Butylene GLycol, Menthol, Propylene, Glycol, Glycyrrhiza glabra, (Licorice) Root Extract, Tocopheryl, Acetate, Sodium Hyaluronate, Ceramide NP, Ceramide AP, Ceramide EOP, Phytosphingosine, Cholesterol, Sodium Lauroyl Lactylate, Carbomer, Xanthan Gum, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyacrylate Crosspolymer-6, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Triethanolamine.

 

Kelebihan Koolit Cooling Body Moisturiser

  • Melembapkan kulit dan memulihkan kulit sebagai penghalang pelindung semula jadi
  • Menghentikan kegatalan dalam masa 2 minit
  • Mengandungi ceramides tiruan kulit dalam nisbah 3: 1: 1
  • 2 x Kuasa Pelepasan Kerengsaan: Ekstrak Akar Mehtol & Licorice
  • Diperkaya dengan minyak zaitun, vitamin E dan Fosfolipid
  • Tiada bau mentol yang kuat
  • Mengandungi Sodium HYaluronate untuk mengisi penghalang kelembapan
  • Penyerapan pantas dan penyejukan 10 saat
Koolit Cooling Body Moisturiser


Cara Penggunaan Koolit Cooling Body Moisturiser

Sapukan pada bahagian yang memerlukan pada tubuh badan anda. Ianya juga boleh digunakan pada wajah namun anda perlu Elakkan dari terkena mata.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya  juga sesuai digunakan untuk dewasa mahupun kanak kanak  dan bayi.



Koolit Cooling Body Moisturiser
Koolit Cooling Body Moisturiser

 

Review Koolit Cooling Body Moisturiser

Cik iena sangat menggemari body lotion ini kerana ianya cepat menyerap, tidak melekit dan juga ianya mempunyai kesan penyejukan yang menyegarkan  disamping haruman yang menenagkan. Cik iena akan pakai dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam.

Adakalanya sehingga 3 kali sehari. Bila Cik iena rasa susah untuk tidur kerana faktor kesibukan kerja. Rasa susah untuk lelapkan mata. Cik iena akan pakai  Koolit Cooling Body Moisturiser supaya badan Cik iena berasa segar dan dapat tidur dengan perasaan yang tenang.

Selain daripada itu produk ini juga dapat menghilangkan rasa gatal gatal pada kulit Cik iena dengan cepat. Kulit Cik iena memang akan alami gatal gatal sekiranya terkena bulu kucing atau selepas siang ayam atau seafoods. Dengan menggunakan produk ini ianya mampu melegakan dengan cepat disamping rasa segar yang menenangkan.

 

Harga Koolit Cooling Body Moisturiser

RM69.90  200ml

Dapatkan diskaun istimewa di Watsons : http://bit.ly/Koolit-Cooling-Body-Moisturiser

 

Rating Koolit Cooling Body Moisturiser

10/10

 

 

Koolit Cooling Facial Moisturiser

Koolit Cooling Facial Moisturizer mempunyai formula tidak berminyak dan cepat menyerap untuk menjaga kelembapan kulit anda. Ia diformulasikan dengan ekstrak akar licorice yang bermanfaat untuk kulit kering, kusam dan  skin mimic ceramides/Ceramides tiruan untuk mengembalikan penghalang pelindung semula jadi kulit. Ianya  memberikan penghidratan yang kuat dan mengekalkan kadar kelembapan kulit wajah. Koolit Cooling Facial Moisturiser hadir dengan Sensasi menyejukkan dan aroma pudina segar menenangkan kulit kering dan gatal.

 

Koolit Cooling Facial Moisturiser
Koolit Cooling Facial Moisturiser

 

Kandungan Koolit Cooling Facial Moisturiser

Aqua, Glycerin, Hydrogenated Polydecene, Caprylic/Capric Triglyceride, Betaine, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Polyacrylate Crosspolymer-6, Menthol, Butylene Glycol, Pentylene Glycol, Hydroxyphenyl Propamidobenzoic Acid, Propylene Glycol, Glycyrrhiza glabra (Licorice) Root Extract, Sodium Hyaluronate, Ceramide NP, Ceramide AP, Ceramide EOP, Phytosphingosine, Cholesterol, Sodium Lauroyl Lactylate, Carbomer, Xanthan Gum, Allantoin, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Citric Acid


KOOLIT COOLING FACIAL MOISTURISER


Kelebihan Koolit Cooling Facial Moisturiser

  • Mengatasi kekeringan, kegatalan dan menambah penampilan kulit yang sihat
  • Menghentikan kerengsaan wajah dalam 2 minit
  • Mengandungi ceramides tiruan kulit dalam catuan 3: 1: 1
  • Penyerapan pantas dan penyejukan 10 saat
  • Kuasa Pelepasan Kerengsaan 3x: Ekstrak Akar Menthol, Oat & Licorice
  • Diperkaya dengan Sodium Hyaluronate, Betaine dan Phospholipids
  • Tiada bau mentol yang kuat

 

Cara Penggunaan Koolit Cooling Facial Moisturiser

Selepas membersihkan wajah, Sapukan sedikit pada wajah anda dan  Elakkan dari terkena mata.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya juga sesuai digunakan untuk dewasa mahupun kanak kanak berusia 2 tahun keatas.

 

Koolit Cooling Facial Moisturiser
Koolit Cooling Facial Moisturiser

Review Koolit Cooling Facial Moisturiser

Ini merupakan antara Produk Koolit yang menjadi kegemaran cik iena kerana tekstur krim wajah yang lembut,mudah  meresap ke kulit wajah dan paling penting ianya tidak melekit dan juga ianya mempunyai kesan penyejukan yang menyegarkan  disamping haruman yang menenangkan. 
 
Untuk pengetahuan Cik iena tidak mengalami masalah kulit sensitif dibahagian wajah. Cuma kulit sensitif di bahagian badan. Jadi  produk  Koolit Cooling Facial Moisturiser ini membantu dari segi 
melembabkan wajah serta memberikan rasa segar bertenaga selepas mengaplikasikan krim ini pada wajah.


Harga Koolit Cooling Facial Moisturiser

 RM71.50  100ml

Dapatkan diskaun istimewa di Watsons : http://bit.ly/KOOLIT-Cooling-Facial-Moisturiser

 

Rating Koolit Cooling Facial Moisturiser

10/10

 

Selain itu terdapat juga produk lain dari rangkaian Koolit Cooling ini iaitu Koolit Cooling Body Wash dan Koolit Cooling Facial Cleanser. 

 

Rangkaian produk Koolit lain yang Cik iena cuba lagi adalah seperti berikut.


Koolit Soothing Lotion


Koolit Soothing Lotion merupakan losyen yang boleh digunakan di seluruh badan termasuk muka. Tekstur Koolit Soothing Lotion ini tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit dengan pantas. Diperkayakan dengan Jojoba dan ekstrak licorice yang membantu melegakan kulit yang bengkak dan gatal.

 

Koolit Soothing Lotion
Koolit Soothing Lotion

 


Koolit Soothing Lotion juga memberikan kelembapan segera kepada kulit kering. Bukan sahaja kulit kering, kulit normal juga boleh. Ianya juga sesuai digunakan untuk bayi. Selain daripada itu ianya mengandungi 40 x  antioksidaan yang tinggi serta  Anti keradangan dan memberi  kesan pencerah kulit disamping mempunyai kandungan vitamin E semulajadi.




Koolit Soothing Lotion


Koolit Soothing Lotion juga merupakan krim tanpa wangian yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Kandungan Koolit Soothing Lotion

Aqua, Hydrogenated Polydecene, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Ceteareth-20, Dimethicone, Simmondsia chinensis (Jojoba) Seed Oil, Cyclopentasiloxane, Polysilicone-11, Polysorbate- 80,3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Tocotrienol, Carotenoid, Tocopherol, Panthenol, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Glycyrrhiza glabra (Licorice) Root Extract, Butylene Glycol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Xanthan Gum, Triethanolamine, Caprylhydroxamic Acid, Glyceryl Caprylate


Kelebihan Koolit Soothing Lotion


  • Penyerapan pantas dalam 10 saat
  • Tidak berminyak
  • Antioksidan 40x lebih tinggi
  • Fragrance Free
  • Mengandungi Vitamin  E Semula jadi
  • Anti keradangan dan kesan pencerah kulit
  • HALAL Certified
  • High Quality
  • HACCP Certified



Koolit Soothing Lotion

Cara Pengunaan Koolit Soothing Lotion

Sapukan pada tubuh badan anda. (Face to Toe)

Ianya juga boleh digunakan pada wajah namun anda perlu Elakkan dari terkena mata.

Produk ini sesuai untuk kulit normal ke kulit kering dan ianya  juga sesuai digunakan untuk dewasa mahupun kanak kanak  dan bayi.

 

 

Koolit Soothing Lotion
Koolit Soothing Lotion

 

Review Koolit Soothing Lotion

Koolit Soothing lotion ini cepat menyerap dan juga tidak melekit. Ianya memberikan kelembapan yang pantas pada kulit apabila Cik iena memakainya.  Disebabkan Cik iena ada tiga jenis lotion Koolit Soothing Lotion, Koolit Calming Cream dan Koolit Cooling Body Moisturiser. Cik iena lebih menggemari Koolit Cooling Body Moisturiser kerana ciri Icy Feel yang ada pada lotion tersebut.

 

Koolit Soothing Lotion

Harga Koolit Soothing Lotion


RM35 200 ml

Dapatkan diskaun istimewa di Watsons : http://bit.ly/KOOLIT-Soothing-Lotion

 

Rating Koolit Soothing Lotion 

9/10



Koolit Calming Cream


Koolit Calming Cream adalah reka bentuk emolien yang kuat untuk memberikan pelembapan pada kulit yang kering dan  sensitif . Ianya diperkaya dengan ekstrak licorice untuk memberikan bantuan menenangkan cepat untuk kulit yang bermasalah dan tertekan dengan persekitaran. 


Koolit Calming Cream
Koolit Calming Cream


Koolit Calming Cream merupakan krim tanpa wangian yang sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Ianya mengandungi Minyak zaitun yang mampu memberikan kelembutan pada kulit. Seperti kita sedia maklum minyak zaitun baik untuk kulit kering dan sensitif. Jadi ia pastinya akan memberikan kelembapan kulit sepanjang masa .


Koolit Calming Cream



 


Kandungan Koolit Calming Cream 

Aqua, Glycerin, Petrolatum, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Dimethicone, Isononyl, Isononanoate, Olea europaea (Olive) Fruit Oil, Cetyl Alcohol, Butylene Glycol, Tocopheryl Acetate, Polysorbate-80, 3-O-Ethyl Ascorbic Acid, Tocotrienol, Carotenoid, Tocopherol, Glycyrrhiza glabra
(Licorice) Root Extract, Hydroxyethyl Acrylate/Sodium Acryloyldimethyl Taurate Copolymer, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Caprylhyldroxamic Acid, Glyceryl, Caprylate, Tetrasodium EDTA, Triethanolamine

Koolit Calming Cream


 

Kelebihan Koolit Calming Cream

  • Penyerapan pantas
  • Tidak berminyak
  • Antioksidan 40x lebih tinggi
  • Mengandungi Vitamin E semulajadi
  • Fragrance Free
  • Minyak zaitun memberikan kelembutan pada kulit
  • Anti keradangan dan kesan pencerah kulit
  • HALAL Certified
  • High Quality
  • HACCP Certified


Koolit Calming Cream

Cara Penggunaan Koolit Calming Cream

Sapukan pada bahagian yang memerlukan pada tubuh badan anda. Ianya juga boleh digunakan pada wajah namun anda perlu Elakkan dari terkena mata.(Face to toe)

Produk ini sesuai untuk kulit kering sehingga terlalu kering dan ianya  juga sesuai digunakan untuk dewasa mahupun kanak kanak  dan bayi.

 

 


Koolit Calming Cream

 

Review Koolit Calming Cream

Koolit Calming Cream ini cepat menyerap dan juga tidak melekit. Ianya memberikan kelembapan yang pantas pada kulit apabila Cik iena memakainya. Disebabkan Cik iena ada tiga jenis lotion Koolit Soothing Lotion, Koolit Calming Cream dan Koolit Cooling Body Moisturiser. Cik iena lebih menggemari Koolit Cooling Body Moisturiser kerana ciri Icy Feel yang ada pada lotion tersebut.

Harga Koolit Calming Cream


RM 48 100 ml 

Dapatkan diskaun istimewa di Watsons : http://bit.ly/KOOLIT-Calming-Cream

Rating Koolit Calming Cream 

9/10


 

 


Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif

Sekian perkongsian dari Cik iena untuk tempoh seminggu penggunaan produk Koolit. Kalau lama guna mungkin review lebih panjang. Cik iena review setakat tempoh penggunaan 1 minggu. Kepada anda diluar sana khususnya yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Cik iena cadangkan anda untuk menggunakan produk Koolit ini.

Banyak juga review yang Cik iena baca mengenai keberkesanan produk Koolit ini untuk kulit bermasalah seperti jerawat. Jadi tak salah untuk anda mencuba bagi memastikan keserasian produk ini dengan kulit anda.

Jika anda berminat untuk cuba anda boleh dapatkan di Watsons.Anda juga boleh buat pembelian online di www.watsons.com.my



Koolit Cooling Produk Icy Feel Menyegarkan dan Menenangkan Untuk Kulit Kering  Dan Sensitif



Untuk Maklumat Lanjut


 
 
 

 

Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated

Dalam menjalani kehidupan seharian, Kecantikan dan kesihatan perlu bergerak seiring.  Gaya hidup aktif, sihat dan sentiasa tampil awet muda sememangnya menjadi impian setiap orang. Walaupun sesibuk mana rutin harian kita pastinya kita mahu memiliki badan yang cergas dan bertenaga serta kulit yang cantik. 

Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated
Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated

 

Tambahan lagi di musim pandemik ini kita sememangnya memerlukan sokongan imuniti didalam badan. Jadi disini Cik iena ingon berkongsi tentang produk suplemen atau makanan tambahan yang  telah Cik iena amalkan iaitu Ecolite Boostick .

 

Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated

 

Untuk pengetahuan Ecolite Boostick mempunyai 3 jenis iaitu :-


  1. Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma arab)
  2. Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)
  3. Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)


Formulasi daripada kurma merah dan kurma arab, buah koji dan kekwa serta sarang burung dan buah pear mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya didatangkan dalam bentuk yang mudah untuk kita amallkan sekaligus memberikan segala kebaikan dari sumber  utama yang digunakan untuk kesihatan badan.


Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated
Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated



Didalam satu kotak terdapat 10 sachet yang bersaiz 12 gram setiap satu. Setiap satu jenis Boostick  mengandungi ramuan yang berlainan, begitu juga menfaatnya juga berbeza.Namun rasa kedua duanya seakan sama dan ianya amat mudah untuk diamalkan.



Untuk pengetahuan semua Ecolite Boostick hadir dalam bentuk pati pekat. Anda boleh menikmatinya secara terus ataupun bancuh dengan air suam. Cik iena sendiri suka menikmati terus dari pek. Hanya koyakkan, picit terus ke dalam mulut. Ianya lebih mudah dan boleh diamalkan juga ketika kita sedang sibuk bekerja atau sedang melakukan sesuatu.

Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated


Saiznya yang kecil memang sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Ianya didatangkan secara percuma beg kecil plastik, hanya letak Ecolite Boostick didalamnya nampak sangat kemas dan esklusif. 


Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma)

 


Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm
Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm

 

Ecolite Boostick ini sangat sesuai  mengatasi masalah selepas haid, meningkatkan peredaran darah dan menyuburkan darah.  Diformulasikan menggunakan dua jenis kurma iaitu kurma merah dan kurma  . yang mana seperti kita sedia maklum ianya sangat bagus untuk kesihatan dalaman wanita dan dikatakan mengandungi  zat besi yang mebantu mereka yang menglami masalah kurang darah serta ianya merupakan sumber antioksida dan bagus untuk masalah penghadaman.

Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm
Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm
 

Produk ini sesuai untuk semua peringkat umur memandangkan formulasinya dihasilkan menggunakan resepi tradisi dan juga teknologi tinggi.  Ianya juga sangat sesuai buat anda yang mengalami masalah muka sering kelihatan pucat, tidak bermaya boleh juga mengambil suplemen ini. Dengan mengamalkan suplemen ini boleh membantu menjadikan penampilan wajah anda lebih berseri-seri. 


 

Kandungan Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm

Glucose solution, linden honey, jujube juice concentrate, red jujube extract, galacto-oligosaccharide syrup (GOS), brown sugar, benzoic acid.

 

Cara Pengambilan Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm 

  • Koyakkan dan terus makan atau boleh di minum dengan air suam.
  • Sila pastikan anda minum air suam yang banyak bagi memastikan buah pinggang kita tidak penat untuk memproses nuntrisi nutrisi dari suplemen yang anda makan dan juga jika ingin kesan yang cepat sila elakkan pengambila kafein.

 

Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm
Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm

Review Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm

Rasa Ecolite Boostick ini manis-manis dan iena memang suka akan tekstur pekat dan rasanya. Dengan mengamalkan Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm (kurma merah dan kurma) ianya sangat membantu Cik iena dalam memberikan kelembapan pada kulit wajah agar kulit wajah tidak kusam. Pengaliran darah yang bagus membuatkan kulit wajah makin berseri seri dan sihat bebas dari masalah kulit.


Rate Ecolite Boostick Concentrated Red dates and Date Palm 

10/10

 

Harga RM38.80
12 gm X 10 sachet

 

 

Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry And White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar)

 


Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

 

Boostick ini berfungsi untuk Melindungi mata dari kerosakan cahaya biru dan juga mengekalkan penglihatan yang baik . Untuk pengetahuan Buah goji (wolfberry) dan kekwa sangat bagus untuk penglihatan. Dikenali sebagai super fruit dan dikatakan berganda-ganda khasiat vitamin C. Buah goji telah digunakan dalam perubatan sejak dulu lagi. Manakala bunga kekwa juga dikatakan boleh merawat sel badan. 


Kandungan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum 

Water, glucose solution, concentrated prune juice, concentrated pomegranate juice, linden honey, galacto-oligosaccharide syrup (GOS), wolfberry, white chrysanthemum, chrysanthemum flavour, benzoic acid.Water, glucose solution, concentrated prune juice, concentrated pomegranate juice, linden honey, galacto-oligosaccharide syrup (GOS), wolfberry, white chrysanthemum, chrysanthemum flavour, benzoic acid.



Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

 

Cara Pengambilan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

  • Koyakkan dan terus makan atau boleh di minum dengan air suam.
  • Sila pastikan anda minum air suam yang banyak bagi memastikan buah pinggang kita tidak penat untuk memproses nuntrisi nutrisi dari suplemen yang anda makan dan juga jika ingin kesan yang cepat sila elakkan pengambila kafein.

 

Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum
Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

Review Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum


Rasa Ecolite Boostick manis-manis dan iena memang suka akan tekstur pekat dan rasanya. Untuk programmer seperti Cik iena yang banyakmenghabiskan masa depan laptop sememangnya akan beri  kesan sedikit terhadap penglihatan. Dengan mengamalkan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and White Chrysanthemum (buah goji dan kekwa segar) ianya sangat membantu Cik iena dalam menjaga mata agar tidak menjadi kabur.

Rating Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry + White Chrysanthemum

10/10

 

Harga RM38.80
12 gm X 10 sachet

 

Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear (campuran sarang burung dan buah pir)

 


Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr
Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr

 

Boostick ini berfungsi untuk Menyuburkan kulit dari dalam ke luar dan menjadikan kulit lebih lembab sihat dan cantik berseri seri.  Mengandungi sarang burung yang sangat banyak kebaikan untuk kulit dan juga kesihatan. Ianya bukan sahaja bagus untuk kulit bahkan boleh meransang sistem imunisasi  badan. Begitu juga dengan buah pir yang tinggi dengan kandungan fiber dan air.  Ianya sangat bagus untuk penghadaman dan juga membantu untuk mengekalkan kesihatan badan.


Kandungan Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear

Water, glucose solution, linden honey, concentrated carrot, galacto- oligosaccharide syrup (GOS), Chinese pear, bird's nest, ginger, lily bulb, tuckahoe, monk fruit, kudzu root, ophiopogon Tuber, benzoic acid.


Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr
Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr

Cara Pengambilan Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear

  • Koyakkan dan terus makan atau boleh di minum dengan air suam.
  • Sila pastikan anda minum air suam yang banyak bagi memastikan buah pinggang kita tidak penat untuk memproses nuntrisi nutrisi dari suplemen yang anda makan dan juga jika ingin kesan yang cepat sila elakkan pengambila kafein.

 

Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr
Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr

Review Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pearr


Rasa Ecolite Boostick manis-manis dan iena memang suka akan tekstur pekat dan rasanya. Cik iena sememangya penggemar sarang burung. Cik iena sangat gemar minum air sarang burung kerana keberkesanannya dalam kesihatan dalaman badan dan juga luaran. Dengan adanya  bentuk boostick ni ianya lebih mudah diambil berbanding dalam bentuk minuman sarang burung.  Selain untuk kecantikan kulit wajah , kandungan sarang burung ini juga mampu boost energy untukbekerja dalam seharian.


Rating Ecolite Boostick Concentrated Bird’s Nest and Pear

10/10

Harga RM38.80
12 gm X 10 sachet

 

Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated
Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated

 

Kepada anda diluar sana yang masih tercari cari suplement yang terbaik untuk anda Cik iena cadangkan untuk anda mencuba Ecolite Boostick Concentrated ini terutamanya Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum kerana ianya sangat bagus untuk mata. Ramai yang sibuk untuk dapat kulit cantik dan abaikan penjagaan mata. jadi anda patut amalkan Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry and white chrysanthemum untuk mata yang sihat.


Untuk pengetahuan anda boleh dapatkan Ecolite Boostick Concentrated ini di Guardian , Big Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan anda juga boleh membeli secara dalam talian di website mereka.


Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated
Mata Sihat Kulit Cantik Dengan Ecolite Boostick Concentrated

Untuk maklumat lanjut

 

Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop

Bila sebut sahaja The Chicken Rice Shop, umum mengetahui akan  keenakan Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop.  Selain nasi ayam, terdapat juga menu lain yang ditawarkan. The Chicken Rice Shop juga sentiasa mengelurakan menu menu baru dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya.

Sempena Ramadhan 2021, TCRS menyajikan menu terbaru yang pasti menambat hati anda khususnya buat anda yang gemar masakan pedas iaitu  Ayam Sedap baq Hang. Menu istimewa ramadhan ini boleh dinikmati bermula 9 April 2021 sehingga 13 Jun 2021 Januari 2021.



Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop
 
Untuk pengetahuan The Chicken Rice Shop merupakan antara restoran kegemaran Cik iena dan rakan-rakan pejabat di waktu makan tengah hari. Selalunya Cik iena akan berkunjung ke The Chicken Rice Shop KL Sentral atau Nu Sentral. Bukan sahaja makan tengah hari, adakalanya jika meraikan sesuatu majlis kecil juga The Chicken Rice Shop sentiasa menjadi pilihan kami.
 
Memang TCRS antara pilihan kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan pejabat dan juga harga yang berpatutan. Pada Waktu lunch, sentiasa ada harga promosi lunch, harganya memangmurah dan berpatutan . Maka ianya memang merupakan restoran yang sesuai untuk pekerja-pekerja yang bekerja untuk menikmati hidangan makan tengah hari di waktu rehat.

 
 

Ayam Sedap Baq Hang The Chicken Rice Shop


 
Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop



 
Ayam Sedap Baq Hang  Diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, ianya dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Hidangan ayam yang cukup enak, sedap pedas berasa ini pasti akan membuat hati anda tertaut dan pasti akan kembali untuk menikmatinya semula.

Untuk anda yang tidak makan pedas anda perlu ambil Set Meal kerana kombinasi unik set ini didatangkan dengan air DIno Choco Malt yang akan tone down kan tahap kepedasan ayam sedap baq hang. Bagi ini Set Meal Ayam Sedap Baq Hang memang dah sesuai. Air milo sememangnya dapat kurangkan sedikit kadar kepedasan makanan yang kita sedang makan.


Harga Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop





Ala carte RM16.90


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop
SET MEAL A

Meal A (1 Pax) RM25.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 2 pcs
  • Pak Choy With Oyster Sauce (small)
  • 1 Bowl Of Rice
  • 1 Soup Of The Day 
  • Dino Choco Malt

Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


Meal B (2 Pax) RM58.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 2 Pcs
  • Single serve chicken (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (regular)
  • Sai To Fish Ball Soup (regular)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (regular) or spicy savoury ladies fingers (regular)
  • 2 bowl of rice
  • 2 soup of the day
  • 2 Dino Choco Malt

Meal C (4 Pax) RM105.90

  • Ayam Sedap Baq Hang 4 pcs
  • 1/4 Chicken  (choice of roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (large)
  • Penang Rojak (large)
  • Penang famous chicken rolls (3pcs)
  • Pak Choy With Oyster Sauce (large)  or spicy savoury ladies fingers (large)
  • 4 bowl of rice
  • 4 soup of the day
  • 4 Dino Choco Malt
 


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


Ayam Sedap Baq Hang Pedas Gile Tapi Sedap !


Ayam Sedap Baq Hang Memang Sedap !
 

Untuk iena ayam ni memang sedap dan menepati citarasa kemelayuan iena. Cuma ianya sangat pedas untuk iena yang tak makan pedas. kalau mak iena mungkin dia cakap tak pedas :)


Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop

 

 
Keenakan Ayam Sedap Baq hang ni jelas terasa, kepekatan rempah yang menyengit disulam dengan daun kari yang harum mewangi dan hirisan cili menambahkan kelazatan Ayam Sedap Baq hang
 

Jika makan Ayam sedap baq Hang  ni Cik iena memang suka makan sekali daun kari. Ada orang tak makan daun kari tapi berbeza dengan cik iena. Cik iena lebih suka gigit atau makan sekali daun kari tersebut kerana ianya akan menampilkan rasa lebih unik dan sedap menyengat.
 
Kepada anda yang masih belum pernah mencuba menu ini, Cik iena cadangkan untuk anda cuba sendiri keenakan rasa dan kepedasan Ayam Sedap Baq hang ini di  The Chicken Rice Shop.
 
 
Ayam Sedap Baq Hang di The Chicken Rice Shop


VLOG AYAM SEDAP BAQ HANG




 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Sedap Baq Hang atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop 

 

 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve