Probiotik dan Prebiotik adalah istilah yang biasa kita dengar berkaitan sistem pencernaan. Ada yang menganggap bahawa kedua ini adalah sama. Namun untuk pengetahuan anda Probiotik dan Prebiotik adalah berbeza.
PROBIOTICS
PROBIOTICS merupakan bakteria baik dalam sistem pencernaan kita(usus besar). Kehadiran probiotik mewujudkan satu ekosistem pencernaan yang seimbang. Sebagai contoh, mereka mengawal populasi bakteria berbahaya dalam sistem pencernaan kita supaya bakteria berbahaya ini tidak menjadi terlalu “overgrowth” dan memberi kesan yang tak baik pada tubuh.
Ini bermaksud kita harus memastikan yang bakteria “baik” ini tidak kurang/pupus dalam badan kita menerusi diet yang baik. Apabila bakteria baik ini banyak, maka barulah mereka tidak akan membiarkan bakteria jahat menjadi “dominan” atau “naik kepala” dalam tubuh badan kita.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah
mikroorganisma hidup yang apabila diambil dalam kuantiti yang cukup,
memberi kesan yang baik terhadap kesihatan.
Selain dari susu kultur,
probiotik boleh didapati dalam lain-lain jenis makanan yang dijeruk
atau ditapai seperti yogurt, keju lembut, jeruk sayur-sayuran dan tempe.
Probiotik juga boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai suplemen.
Banyak kajian telah dan sedang dijalankan untuk menilai manfaat dan
keselamatan produk yang mengandungi probiotik terhadap tubuh. Manfaat
yang telah diketahui umum ialah meningkatkan kesihatan usus.
Bakteria
jenis Lactobacillus rhamnosus GG dan Lactobacilus casei DN-114 001
telah dibuktikan berupaya mengurangkan keterukan cirit-birit yang
disebabkan oleh rawatan antibiotik dan memendekkan tempoh cirit-birit
disebabkan oleh jangkitan rotavirus.
Streptococcus
thermophilus didapati mampu mengurangkan gejala kembung perut, loya dan
muntah akibat kurang toleransi terhadap laktosa (sejenis gula semula
jadi dalam susu). Beberapa kajian terhadap Lactobacillus casei Shirota
pula mendapati bahawa ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Beberapa
kajian lain menilai penggunaan probiotik untuk kesihatan
kardiovaskular, mencegah kanser, dan merawat jangkitan vagina. Namun
begitu, masih banyak bukti perlu dikumpulkan untuk mengesahkan
keselamatan dan keberkesanannya untuk tujuan tersebut.
PREBIOTICS
PREBIOTICS pula merupakan karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh tubuh. ianya merupakan “makanan” kepada PROBIOTICS . Prebiotik adalah bahan yang menyimpan mikroorganisma berfaedah (bakteria) di dalam kolon sihat anda. Mereka memilih untuk memulakan pertumbuhan satu atau beberapa bakteria yang berbeza di dalam usus besar anda. Dalam bahasa mudah, prebiotik akan membuatkan bakteria baik anda lebih kuat dan sihat supaya mereka dapat melayani anda dengan lebih baik.
Kedua-dua istilah ini juga boleh merujuk kepada kumpulan makanan. Sebagai contoh, PROBIOTICS juga merujuk kepada makanan yang mengandungi bakteria baik di dalamnya. Biasanya makanan dari kategori PROBIOTICS ini adalah makanan yang sudah diproses, termasuklah yang telah melalui proses penapaian (fermentation).
Manakala PREBIOTICS pula biasanya merujuk kepada makanan yang belum diproses. Ia akan ‘diproses’ sebagai makanan kepada PROBIOTICS bila dah masuk dalam sistem pencernaan kita nanti.
Bagaimanakah Prebiotik berbeza dengan Probiotik?
Probiotik secara amnya boleh ditakrifkan sebagai apa-apa makanan tambahan bakteria yang positif memberi kesan kepada tubuh anda. Pada asasnya, probiotik adalah bakteria baik yang anda makan untuk meningkatkan kesihatan saluran usus anda. Saluran usus sihat diterjemahkan ke dalam badan yang sihat. Bakteria baik adalah satu bahagian penting dalam halangan usus. Ianya membiarkan nutrien sambil toksin dan patogen keluar.
Sekiranya saluran pencernaan (biasanya dirujuk sebagai usus ) rosak atau uzur, anda tidak akan dapat untuk mengasimilasikan dan menyerap nutrien yang diperlukan oleh badan . Jadi ini akan mengakibatkan badan anda mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
Secara ringkasnya, prebiotik adalah komponen makanan nondigestible (makanan untuk bakteria baik) yang membantu probiotik (bakteria baik) dalam saluran usus anda. Seterusnya ia akan membantu dalam menjaga dan memastikan usus atau sistem pencernaah berada dalam keadaan baik dan sihat. Probiotik dan prebiotik bertindak secara sinergistik untuk menggalakkan kesihatan yang baik.
Jadi sekarang, kita dah boleh nampak beza diantara istilah PROBIOTICS & PREBIOTICS.
9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan
- Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan
- Membantu penurunan berat badan
- Menjaga kesihatan pencernaan
- Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan
- Menjaga kesihatan kulit
- Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah
- Meredakan kemurungan dan kegelisahan
- Membantu mengatasi ekzema
- Membantu mencegah dan merawat cirit-birit
1. Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan
Bakteria dan kulat probiotik adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh kerana salah satu kelebihan probiotik adalah menyeimbangkan ekosistem bakteria dalam pencernaan.
Manfaat probiotik adalah menjaga keseimbangan dan memastikan mikroorganisma yang baik dalam tubuh terus berfungsi dengan baik. Ia juga boleh memberi kesan yang baik pada sistem imun anda.
Ketidakseimbangan mikroorganisma dalam saluran pencernaan berpotensi meningkatkan risiko terkena penyakit, seperti penyakit jantung, diabetes, dan sebagainya.
2. Membantu penurunan berat badan
Berita baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, kerana salah satu kelebihan probiotik adalah membantu perjalanan anda dalam mencapai berat badan ideal anda.
Manfaat probiotik dalam penurunan berat badan terbukti melalui penyelidikan yang mendapati bahawa bakteria probiotik Lactobacillus gasseri dapat mengurangkan lemak perut dalam 12 minggu.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut mengenai fungsi probiotik mengenai penurunan berat badan.
3. Menjaga kesihatan pencernaan
Manfaat probiotik yang paling terkenal adalah menjaga kesihatan pencernaan yang bermanfaat untuk kesihatan. Probiotik dapat mengekalkan sistem pencernaan yang sihat dengan menyeimbangkan semula ekosistem bakteria di saluran pencernaan. Dalam menjaga kesihatan pencernaan, manfaat probiotik juga dapat menghilangkan gejala sindrom iritasi usus, melawan jangkitan dengan bakteria H. pylori yang dapat memicu barah gastrik, dan mengatasi penyakit radang usus.
4. Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan
Satu kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik adalah untuk mencegah dan merawat jangkitan pernafasan, seperti selsema dan sebagainya.
Pengambilan bakteria probiotik lactobacillus dan bifidobacterium dapat memendekkan tempoh penyakit yang dialami dan mengurangkan kadar ketiadaan akibat penyakit.
5. Menjaga kesihatan kulit
Manfaat probiotik tidak hanya terbatas pada pencernaan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan kulit.
Kulat probiotik atau bakteria diketahui dapat merawat jerawat, membantu penyembuhan luka, dan melindungi kulit dari sinar matahari.
6. Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah
Probiotik didapati menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, kelebihan probiotik adalah menurunkan tekanan darah.
7. Meredakan kemurungan dan kegelisahan
Siapa sangka bahawa kesihatan mental juga dapat dijaga dengan memakan jamur atau bakteria probiotik? Pengambilan probiotik berperanan dalam perkembangan otak untuk menghilangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
8. Membantu mengatasi ekzema
Dalam satu kajian, terbukti bahawa susu yang mengandung probiotik dapat mengurangkan gejala eksim pada bayi atau anak-anak, dibandingkan dengan bayi lain yang hanya minum susu biasa.
Di samping itu, kajian lain juga membuktikan bahawa ibu yang menggunakan probiotik semasa mengandung, bayi mereka akan mengelakkan eksim sebanyak 83 peratus dalam dua tahun pertama kehidupan.
9. Membantu mencegah dan merawat cirit-birit
Manfaat probiotik yang cukup popular adalah untuk mencegah dan mengatasi masalah saluran pencernaan, seperti cirit-birit. Perlu diingat, cirit-birit adalah salah satu kesan sampingan penggunaan antibiotik. Ini berlaku kerana antibiotik dapat menstabilkan bakteria baik dan buruk di usus.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik dapat menghilangkan cirit-birit kerana kesan sampingan ubat antibiotik.
Walaupun
probiotik boleh didapati dalam banyak jenis makanan yang sedia ada di
rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum
mengamalkan probiotik untuk tujuan kesihatan.
- Setiap spesies bakteria mempunyai keupayaan dan manfaat yang berbeza-beza.
- Probiotik perlu diambil dalam kuantiti yang cukup untuk memberi kesan yang mujarab
- Pengambilan probiotik mungkin tidak sesuai untuk
beberapa jenis penyakit atau keadaan yang melibatkan sistem pertahanan
badan yang lemah seperti seperti HIV/AIDS, dan sebagainya. serta wanita mengandung (perlukan nasihat dari doktor).
Peringatan sebelum mengambil Probiotik.
Siapa yang tak boleh ambil Probiotik?
Secara umumnya, golongan yang paling berisiko mendapat apa-apa jenis jangkitan ialah pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS, pesakit yang baru menjalani pemindahan sumsum tulang, dan pesakit yang menjalani rawatan steroid jangka panjang. Golongan ini perlu lebih waspada dengan pengambilan probiotik.
Anda perlu mendapatkan nasihat dokrot sekiranya anda mengalami masalah penyakit pada pankreas, sistem imun lemah atau sindrom usu pendek sebelum mengamalkan probiotik.
Tidak terkecuali juga wanita hamil , menyu anak dan merancang hamil juga perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang pengambilan probiotik.
Peringatan Selepas Mengambil Probiotik!
Untuk mendapat manfaat berpanjangan daripada probiotik, ia perlu diambil
secara berterusan kerana biasanya jumlah probiotik dalam usus akan
berkurangan apabila pengambilannya dihentikan.
Perlu anda ingat juga probiotik dan prebiotik adalah supplements atau makanan tambahan dan ia bukannya ubat ubatan. Namun dalam pengambilan makanan tambahan ini ada perlu patuh pada kadar dos yang ditetapkan dalam sehari.
Bilakah Waktu Terbaik untuk Mengambil Probiotik?
Waktu terbaik untuk mengambil pil probiotik adalah sebelum tidur. Ini kerana semasa tidur, perut tidak begitu aktif menghasilkan asid. Dengan cara ini, akan ada lebih banyak bakteria probiotik yang bertahan di saluran pencernaan.
Selain itu, kebanyakan orang juga tidak membuang air besar pada waktu malam kerana usus tidak banyak bergerak. Ini membolehkan probiotik bertahan lebih lama, hancur, dan akhirnya menjadi bahagian usus anda.
Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh mengambil pil probiotik pada siang hari. Satu kajian dalam jurnal Beneficial Microbes mendapati bahawa waktu ideal lain untuk mengambil pil probiotik adalah 30 minit sebelum makan.
Dalam tempoh ini, pengeluaran asid gastrik rendah sehingga bakteria probiotik dapat bertahan lama di saluran pencernaan. Mengambil probiotik selepas makan sebenarnya mengurangkan keberkesanannya kerana perut aktif mencerna makanan.
Di mana untuk dapatkan makanan tambahan probiotik / supplements prebiotics?
Untuk dapatkan supplement probiotik dan prebiotik anda boleh dapatkan di iHerb. Cik iena sendiri membeli supplements ini di sana. Terdapat banyak pilihan probiotik dan prebiotik. Anda boleh pilih yang terbaik dan yang sesuai dengan anda dengan membaca kandungan dan juga komen komen dari pembeli
Disini Cik iena akan kongsikan probiotik dan juga prebiotik yang cik iena beli untuk mengukuhkan lagi sistem pencernaan Cik iena .
Terdapat pilihan
- 5 Billion CFU
- 30 Billion
- 100 Billion CFU
Kadar Probiotik Yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari
Kenapa iena beli LactoBif Probiotics 5 Billion CFU sebab 10-20 bilion CFU sehari mencukupi untuk menjaga kesihatan imun dan pencernaan (Baca Disini) . Namun sekarang terdapat banyak supplement yang melebihi 50 Billion CFU sehingga 100 Billion.
Jadi Boleh ambil 2 kapsul sehari untuk dapatkan 10 Billion CFU. Tapi Cik iena cuma ambil 1 Kapsul sahaja untuk permulaan nak amalkan probiotik ni dan iena juga akan ambil Prebiotik untuk beri makanan kepada Probiotik selaku bakteria baik yang ada dalam usus iena. Bagi iena 5 Billion mencukupi kerana iena makan prebiotik untuk beri bakteria baik tu makan.
Untuk yang tidak ambil prebiotik mungkin boleh amalkan 10-20 billion CFU sehari. Apa-apa pun jika anda ragu boleh dapatkan nasihat doktor anda untuk kadar yang sesuai untuk tahap kesihatan anda.
Kenapa iHerb ?
Kenapa Cik iena membeli supplements di iHerb
kerana mereka menawarkan pelbagai supplements yang diperlukan oleh
tubuh dan juga mereka menawarkan harga yang berpatuta. Selain itu
terdapat juga harga First Trial yang boleh dikatakan sangat murah.
Kod Diskaun iherb
Istimewa
buat pembaca www.ienaeliena.com anda boleh dapatkan diskaun istimewa
dengan menggunakan code dibawah semasa checkout. Boleh guna banyak kali
walaupun anda memang user iHerb
Diskaun Code : CZC6411
Sumber :
- Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
- sehatq.com
- hellosehat.com