BUFET RAMADAN SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR | CITARASA ZAMAN BERZAMAN
Ramadan semakin menghampiri kita. pastinya ramai yang merindui untuk berbuka puasa beramai-ramai bersama rakan rakan mahupun keluarga tercinta. Setelah Dua tahun kita menyambut ramadan dalam suasana pandemik covid-19 , kini negara kita sudah memasuki peralihan ke Fasa Endemik.
Ramadan tahun ini, kita boleh kembali berbuka puasa di luar seperti berbufet ramadan seperti tahun tahun sebelum kemunculan covid-19. Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Prebiu Berbuka Puasa "Citarasa Zaman Berzaman" di Zendre Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Jadi Disini Cik iena nak kongsikan menu menu yang terdapat semasamajlis prebiu tersebut . Pastinya terdapat aneka menu yang bakal menambat selera anda semua termasuk juga selera Cik iena.
Bertemakan Citarasa zaman berzaman, Hotel Seri Pacific Kuala lumpur menawarkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap hari yang disediakan oleh Chef Haji Mohd Saad Bin Othman dan pasukannya.
Masakan kampung seperti 'Pucuk Ubi Masak Lemak Pedas', 'Ikan Merah Panggang ala Portugis', 'Rendang Udang Harimau Daun Kunyit', 'Perut Lembu masak Lemak Rebung' adalah beberapa hidangan Melayu Tradisional yang mesti anda cuba di Bufet Ramadan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran ketika berbuka puasa adalah 'Kambing Panggang' yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur termasuk 'Sup Gear Box- Power', 'Sup Ekor Bakar', 'Kari Kepala Ikan', 'Kue Tiaw Goreng', 'Laksa', dan 'Satay'. Bagi anda yang menitik beratkan soal pemakanan dan diet seimbang pula, anda bolehlah memilih Ulam-Ulaman Kampung sebagai hidangan sampingan.
Selain daripada itu terdapat juga aneka pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur 'Pengat Pisang', 'Pulut dan Serawa Durian', 'Ais Batu Campur (ABC)', 'Kuih-muih Melayu', kek dan juga pelbagai jenis minuman.
Selain menjamu aneka masakan yang enak anda juga bakal dihiburkan dengan Persembahan secara langsung oleh kumpulan "Orkes Sri Johor" dengan alunan ghazal dan traditional pada setiap hari Jumaat hingga had sepanjang bulan puasa di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Harga Bufet Ramadan 2022 - Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Bufet Ramadan 2022 di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bermula dari 4 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Harga Bufet Ramadan Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
Dewasa (Seorang) - RM150 / Nett
Kanak-Kanak (Seorang - 6-12 Tahun) - RM75 / Nett Warga Emas (Seorang) - RM75 / Nett
Bufet Ramadan Early Bird Offer!
Istimewa buat anda semua, dapatkan harga istimewa Early bird Price dengan menempah awal untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan dan keluarga di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sehingga 31 Mac 2022 pada harga :
Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur terletak di pusat perniagaan utama di ibu kota bertentangan dengan pusat membeli belah terkenal Sunway Putra Mall. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel yang bertaraf 5-bintang yang mengetengahkan kehebatan budaya hospitaliti Malaysia Disamping itu, hotel ini memaparkan kemewahan dan keselesaan cara hidup moden. Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur dikelilingi infrastruktur yang moden dan canggih. la berdekatan dengan kemudahan LRT (Light Rail Transit) di Stesyen WTC dan KTM Komuter di Stesyen Putra.
VLOG MAJLIS PREBIU BUFET RAMADAN CITARASA ZAMAN BERZAMAN SERI PACIFIC HOTEL KL
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur,
Menikmati hidangan makanan yang enak sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Adakalanya apabila menikmati hidangan lazat membuatkan kita terlupa untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat untuk kesihatan kita.
Budaya ini menyebabkan ramai dalam kalangan kita sakit, bukan disebabkan tidak cukup makan sebaliknya adalah kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang terutama dalam kalangan golongan muda yang lebih mengutamakan kepuasan diri semata-mata.
Walau ada kesedaran sekalipun, kadang kala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan yang membuak buak walaupun hakikatnya kiya tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan badan apabila semakin meningkat usia.
Antara penyakit yang mudah kita dapati dan adakalanya kita tidak perasan yang kita menghidapi penyakit ini adalah Uric Acid tinggi, Kencing kotor dan batu karang.
Uric Acid
Uric
Acid merupakan sejenis sebatian kitar hetero yang merangkumi komponen
karbon, nitrogen, oksigen, dan hidrogen dengan formula kimia C₅H₄N₄O₃.
Asid Urik dicipta apabila badan mensintesiskan nuklotida purin.
Buah
pinggang pula adalah organ untuk menapis Urik Asid. Urik Asid biasanya
dikeluarkan dari badan melalui air kencing, dan dalam kes yang jarang
berlaku dikeluarkan melalui najis. Tahap asid urik dalam darah meningkat
apabila buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan normal atau terlalu
banyak Urik Asid dihasilkan.
Sekiranya seseorang mempunyai
terlalu banyak Urik asid di dalam badan, mereka lebih cenderung me
ngalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Keadaan yang menyakitkan
ini seringkali digelar gout. Sekiranya gout dibiarkan tanpa rawatan,
kristal asid urik boleh membina pada sendi dan tisu berdekatan,
membentuk mendapan (deposit) yang keras dan berketul-ketul dipanggil
tophi. Tahap Urik asid yang tinggi juga boleh menyebabkan batu karang
atau kegagalan buah pinggang.
Batu Karang
Untuk pengetahuan, batu karang merupakan batu yang terbentuk di dalam saluran kencing, iaitu dari buah pinggang hingga ke pundi kencing.Dari segi perubatan, terdapat pelbagai jenis batu karang dimana setiap satunya berbeza mengikut simptom dan bahagian tubuh badan yang mengalami kesakitan.
Jenis Jenis Batu Karang
Jika batu karang tersebut berada di dalam buah pinggang, ia dikenali “nephrolithiasis”
Jika batu karang tersebut berada di dalam ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dikenali sebagai “ureterolithiasis”.
Namun secara umum batu karang dikenali sebagai “urolithiasis”, iaitu batu di dalam saluran kencing.
Selain mengakibatkan rasa sakit yang melampau, batu karang juga boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.Lebih teruk lagi, batu karang boleh menyebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada berlakunya nanah di dalam buah pinggang.
Ini akan mengakibatkan pembentukan bisul di dalam organ berkenaan. Akibatnya, jika kuman ini merebak ke seluruh sistem tubuh badan tanpa sempat dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.
Kebiasaanya masalah batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita kerana beberapa faktor, terutamanya gaya hidup tidak sihat yang menyumbang kepada masalah ini.
Kencing Kotor
Kencing kotor merupakan jangkitan kuman pada saluran kencing (Urinary Tract Infection). Masalah kencing kotor ini kerap berlaku dalam kalangan kaum wanita berbanding lelaki. Keadaan ini disebabkan oleh anatomi ataupun struktur saluran kencing pada wanita adalah lebih pendek sehingga memudahkan penularan jangkitan kuman dari luar.
Antara gejala kencing kotor adalah seperti kepedihan ketika membuang air kecil, kekerapan kencing serta air kencing yang berbau busuk.
HIMALAYA CYSTONE RAWAT BATU KARANG KENCING KOTOR URIC ACID
Kali ini cik iena ingin berkongsi mengenai satu produk yang dikatakan mampu merawat masalah penyakit ini iaitu Himalaya Cystone.
Himalaya Cystone merupakan ubat herba untuk rawatan sokongan urolithiasis (batu buah pinggang) dan jangkitan saluran kencing yang berulang. Ubat ini mengandungi ekstrak tumbuhan pasanabheda (Saxifraga ligulata), shilapushpa (Didymocarpus pedicellata), dan bahan semulajadi yang lain.
Cystone dari Himalaya ini mempunyai fungsi anti-lithiatic (mencegah pembentukan batu karang) dan lithotriptic (larut batu karang) hartanah. Cystone berupaya untuk menghalang pengumpulan, pemendapan dan penepuan lampau bahan kimia calculogenic seperti asid oksalik dan hydroxyproline kalsium dalam air kencing yang mana membantu menghalang pembentukan batu karang.
Di antara khasiat lain Cystone adalah seperti berikut :
Cystone berfungsi menormalkan pH kencing dan mengurangkan rasa sakit semasa membuang air kecil. Antimikro akan melawan patogen kencing biasa yg mengurangkan rasa sakit dan anti-radang.
Cystone membantu mengurangkan keradangan atau bengkak uretra dan sakit semasa kencing atau kencing berdarah dan kena hyperuricemia (gout)
Cystone juga berfunsi untuk mengurai keluar batu-batu kecil dari buah pinggang dan Menghalang jangkitan pada saluran kencing serta menormalkan pH air kencing (ph7.5)
Menghalang pembentukan batu karang dalam saluran kencing.
Memudahkan pembuangan kencing dan mengelakkan jangkitan saluran kencing.
Menikmati sajian"Artisan" atau buatan sendiri sememangnya menjadi pilihan lagi lagi makanan untuk dinikmati dirumah bersama keluarga. Disini Cik iena ingin berkongsi dengan anda tentang mentega kacang Artisan atau buatan sendiri atau homemade yang boleh anda cuba iaitu mentega kacang dari Carver's.
Carver's Homemade Nut Spread
Carver's Homemade Nut Spread merupakan Mentega kacang 100 % semulajadi, tanpa lemak trans, kolestrol, bahan pengawet,pewarna tambahan, bahan tambahan atau gula.
Di keluarkan oleh Syarikat Carvers Nut Butters yang merupakan sebuah syarikat Yang menawarkan produk mentega kacang artisan dengan tumpuan utama kepada barangan semula jadi dan organik.
Ianya merupakan produk yang mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Selain itu ianya juga adalah Vegan friendly. Sangat sesuai untuk anda yang Vegan . Memandangkan ianya sugar free jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit diabetic .
Istimewanya Carver's Homemade Nut Spread ini lagi ianya bukan sekadar untuk dijadikan sapuan pada roti atau biskut sahaja. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat aneka hidangan masakan mahupun minuman.
Untuk pengetahuan terdapat 6 Jenis Carver's Homemade Nut Spread iaitu
Mentega Badam
Mentega Kacang Kasar
Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
Mentega Kacang halus
Mentega Gajus
Mentega Badam kasar
Carver's Mentega Badam, HArga RM25
Carver's Mentega Kacang Kasar, Harga RM18
Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik, Harga RM28
Carver's Mentega Kacang halus, Harga RM18
Carver's Mentega Gajus, Harga RM25
Carver's Mentega Badam kasar, Harga RM25
Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's
Seperti yang dimaklumkan Carver's nuts butter ini kesemuanya tidak mengandungi gula tambahan. jadi ianya sangat bagus untuk kita . Kepada yang gemarkan rasa manis anda boleh tambahkan susu pekat manis, coklat ataupun madu di sapuan roti anda.
Bagi Cik iena yang gemar rasa sedikit manis, jika Cik iena makan dengan roti cik iena akan tambah coklat , susu pekat manis atau pun madu. Sebenarnya ini terpulang pada citarasa anda. Ada yang gemarkan rasa tanpa gula.
Berikut Cik iena kongsikan hidangan Carver's Nut Butters yang cik iena makan selain dari sapu pada roti.
Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range
Untuk wanita bekerjaya yang sering kesuntukan masa ni. Adakalanya teringin makan dessert ala-ala di Restoran tapi tak sempat nak buat kan. Jadi Bila ada Carver’s Nut Butters range ianya memberi inspirasi juga untuk Cik iena buat dessert simple dan sedap.
Gambar diatas adalah antara hidangan pencuci mulut yang Cik iena buat gunakan Carver's Nut Butter.
Donut strawberry dengan Mentega Badam Dan Chia Seed Organik
Waffle dengan Mentega kacang kasar dan Avocado Strawberry
Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus
Memang mudah sangat nak sediakan menu Cik iena ni. Waffle, Donut buah iena beli dekat Village Grocer. Orang kata campak campak jadi dengan adanya Carver's Nuts Butter ni nak buat apa-apa dessert mudah.
Insya Allah lepas ni iena buat menu lain iena kongsikan juga ya. Ada je nak buat yang rumit rumit sikit tapi iena sibuk sikit nak membaking . Jadi Ni cara anak dara ekspress buat dessert hehe.
Review Carver's Homemade Nut Butters
Secara keseluruhannya iena suka Carver's Homemade Nut Butters ni sebab rasa nuts dia memang terasa sedap, lemak cuma dia tak manis sebab tiada kandungan gula tambahan. Carver's Homemade Nut Butters ni sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
Selain boleh dibuat sapuan roti untuk sarapan pagi. Boleh juga buat pelbagai menu pastry lain. Boleh makan dengan biskut. Boleh buat air juga. Ini merupakan kali pertama Cik iena buat air guna peanut butter tau.Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus memang sedap. Penggemar avocado macam cik iena mesti suka.
Buat masa ini Cik iena dah cuba makan Mentega Badam Dan Chia Seed Organik, Mentega kacang kasar dan Mentega Kacang Halus . Mentega Kacang Halus dan kasar rasa lebih kurang cuma yang besa adalah tekstur sapuannya. Kedua duanya terasa lemak dan kacangnya berasa. Manakala Mentega Badam Dan Chia Seed Organik rasanya lebih unik dan sedap. Makan macam tu pun Cik iena rasa macam makan cookies.
Rasa rasa lemak avocado tambah dengan rasa peanut butter tu rasa pekat menusuk tekak. susah nak bayangkan. Anda perlu cuba. Disebabkan ini pertama kali Cik iena na cuba. Jadi sukatan dia mungkin tak menepati citarasa pembaca.Mungkin boleh ubah ikut citarasa masing-masing.
Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus
1 Biji avocado
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar Madu Kurma (Beli dekat MBG)
1 cawan full cream milk
1 sudu Mentega Kacang Halus
Cara Buat Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus
Biasanya iena buat Avocado smoothie, susu memang akan letak dalam fridge . Semua bahan sejuk dalam fridge. Kalau suka letak ais batu pun boleh tapi iena tak letak sebab jarang minum ais dekat rumah.
Cara buat, 1 biji avocado yang dah masak di blender bersama 3 sudu besar plain yogurt, 2 sudu besar madu kurma dan 1 cawan full cream milk. Kemudian Mentega Kacang Halus tu iena letakkan sebagai topping. Boleh diminum semasa Mentega Kacang Halus dibahagiana atas atau kacau dengan avocado smoothie tu.
Baiklah kepada anda diluar sana yang ingin mencuba
rangkaian Carver’s Nut Butters ini boleh dapatkan di laman web yang Cik
iena lampirkan dibawah. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk
mengetahui promosi terkini.
Penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan yang serius terhadap semua individu. Norma baharu sudah lagi tidak asing dalam diri mana-mana individu. Banyak perubahan telah berlaku sehinggakan pelbagai perkara yang dipraktikkan bagi membendung penularan wabak itu telah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seharian.
Antara benda yang dipandang tidak penting sebelum ini tiba-tiba berubah menjadi keperluan seharian seperti pembasmi kuman atau Disinfectant . Terdapat banyak keluaran Disinfectant yang terdapat di pasaran sekarang namun tahukah anda bahawa anda boleh berjimat dengan menggunakan Eleclean Disinfectant Device. Dimana dengan hanya menggunakan air anda dapat menghasilkan cecair pemasmi kuman.
ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
Eleclean disinfectant device merupakan alat yang mampu menghasilkan Cecair Pembasmi kuman yang selamat tanpa memerlukan alkohol , bahan kimia dan pengawet. Ianya menggunakan teknologi Electro-Oxidation , teknologi yang menukarkan air kepada disinfectant yang berkesan untuk menghapuskan virus dan bakteria.
HANYA MENGGUNAKAN AIR (NON TOXIC SANITIZER)
Apa yang anda perlukan hanyalah tuangkan air bersih ke dalam peranti dan aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan Cecair pembasmi kuman sudah selesai tersedia dan ianya boleh terus digunakan.
SELAMAT DAN TIADA BAHAN KIMIA MERBAHAYA
Cecair pembasmi kuman yang terhasil selamat digunakan untuk seisi keluarga termasuk kanak kanak kerana ianya tidak mengandungi toksik dan bahan kimia maka tiada sisa kimia yang akan melekat pada kulit anda.
Sanitizer ini sangat sesuai terutamanya buat mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN adalah tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata.
SANITIZER MESRA ALAM
ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah, ia boleh digunakan untuk bertahun-tahun. Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, anda boleh mengurangkan penggunaan botol dan ucapkan selamat tinggal kepada banyak sanitiser pelupusan.
SGS APPROVED
Produk telah mendapat pengiktirafan SGS. SGS ialah syarikat pemeriksaan, pengesahan, ujian dan pensijilan terkemuka di dunia. Diiktiraf sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti.
WORLD FIRST ADVANCED TECHNOLOGY
Teknologi canggih ELECLEAN mengubah air menjadi pembersih. Lebih daripada 34 paten. Teknologi tinggi ini dicipta dan dimiliki oleh ELECLEAN dan ELECLEAN merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai teknologi ini di dunia.
RECOGNIZED BY WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO)
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang COVID-19. Sanitizer ELECLEAN juga boleh berkesan untuk 99.9% virus dan bakteria seperti H1N1, E.Coli dan lain-lain
Indicator light atas sekali - Electrochemical Reaction indicator Light Flash : Under electrochemical reaction On : Ready to use Off : Time-out (please react)
Indicator light tengah2 - Maintenance indicator light - ON : Please replace the [Activated Carries]
Activated Carries
Indicator light bawah - power indicator light Green : Baterry full Red : Baterry Low Orange : Charging
Button bulat merupakan operation button
Sebelum Penggunaan untuk menghasilkan sanitiser sila pastikan device dicharge lebih kurang 4 jam (fully charged)
Tekan button dan hold selama 4 saat untuk memastikan semua lampu indicator menyala bagi memastikan sistem device berfungsi.
Bila device idle selama 30 saat. Standbymood akan diaktifkan. Kesemua lampu indikator akan terpadam. Untuk aktifkan device, anda boleh tekan operation buton untuk mengaktifkan device.
Power indicator light akan bewarna orange jika sedang charge
UNTUK PENGGUNAAN PERTAMA KALI
Untuk pengunaan pertama kali activated Carrier diperlukan. Buka nozzle dan
Masukkan 2 activated carrier ke dalam device.
Kemudian masukkan 2 cup air (gunakan penutup nozzle sebagai cup pengukur air) dan Tutup Nozzle
Tekan operation button sekali untuk menghidupkan device
Ketika ini indicator light(ikon paling atas antara 3 ikon) tidak berlapu bermakna ianya off. Masih belum lakukan proses menghasilkan sanitizer/ electrochemical reaction.
Untuk memulakan electrochemical reaction, tekan butang operation dan hold selama 2 saat. Kemudian indicator light akan flash berkelip kelip.
ini menandakan proses electrochemical reaction sedang dilakukan. Biarkan selama 15 minit. Proses ini akan selesai dalam masa 15 minit
Selepas proses ini selesai lampu indicator akan berhenti berkelip bermaksud ianya sudah siap dan sudah boleh digunakan.
indicator light yang atas sekali jika bewarna biru dan tidak blinking bermaksud ianya sudah sedia untuk digunakan
Untuk pengetahuan, sanitiser yang terhasil ini bertahan sehingga 72jam. Selepas itu reaction indicator light akan terpadam secara automatik. Untuk reprosess electrochemical semula boleh tekan dan hold operation button selama dua saat.
BILA PERLU TUKAR ACTIVATED CARRIER?
Anda perlu tukar activated carrier bila maintenance indicator light menyala.(ikon ditengah2) ianya perlu ditukarkan bagi memastikan kualiti sanitiser yang akan dihasilakn. Kebiasaannya ianya perlu ditukarkan lebih kurang 6 bulan penguunaan ataupun 150 kali anda menggunakan fungsi electrochemical reaction. Bermaksud ianya bergantung kepada kadar penguunaan anda juga.
Activated Carrier
Buka penutup noozle d an keluarkan activated carrier.
Tekan operation button untuk On kan device kemudian hold operation button dan tunggu sehingga reaction indication light berubah ke maintenance indication light.
Kemudian lepaskan untuk dischaged maintenance indicator light.
UJI KEBERKESANAN DENGAN TEST STRIP
Sila pastikan ianya telah lengkap electrochemical reaction sebelum test. Bermaksud lampu indikator yang pertama ianya menyala.
Kemudian spray pada test paper . Jikaia bertukar kepada warna biru bermaksud air yang anda masukkan tadi telah ditukarkan ke high reactive oxygen disinfectant.
Untuk pengetahuan anda boleh masukkan santiser ke dalam refill botol dan ianya bertahan 72 jam. Ia tidak akan rosak jika terkena udara luar atau air.
HARGA ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
RM 579
DISKAUN 15%
Istimewa buat pembaca blog iena, anda boleh dapatkan diskaun 15%dengan menggunakan kod dibawah.
Cik iena sememangnya suka akan device ini kerana Cik iena boleh hasilkan sendiri sanitizer dengan hanya menggunakan air dan sanitizer yang dihasilkan juga selamat digunakan untuk kulit kita tidak kira usia. Kanak kanak juga sesuai kerana tiada bahan kimia merbahaya digunakan untuk menghasilkan sanitizer ini.
Ianya menggunakan teknologi Electro-Oxidation , teknologi yang
menukarkan air kepada disinfectant yang berkesan untuk menghapuskan
virus dan bakteria.
Bagi Cik iena ienya juga sangat praktikal . Boleh dibawa kemana mana. Device nya juga kita boleh bawa balik kampung atau travel. Untuk penggunaan Cik iena jika keluar rumah Cik iena isi dalam refill botel ianya lebih kecil dan lebih jimat ruang dalam beg tangan. Lagi lagi beg tangan Cik iena kecil je.
Cik iena akan bawa ke kampung sekiranya pulang ke kampung. Buat masa ini Cik iena masih belum travel lagi sebab rasa macam tak sesuai lagi nak pergi travel.
Dengan adanya Eleclean portable device ni memang iena dapat berjimat , tak perlu lagi beli sanitizer. Boleh buat sendiri je.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com