Grab The Promo
Grab The Promo

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER

Istimewa buat ibu ibu yang mencari lampin pakai buang untuk si comel yang murah tetapi berkualiti. Jom dapatkan KiddiLove Diaper di PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE yang akan diadakan di Dewan Kekwa Seksyen 17 Shah Alam pada 27-29 Mei 2022 jam 9 pagi hingga 6 Petang.


PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER

 

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE
Diskaun sehingga 15%

 Mega Pack: RM22 per bag (N/P RM26.50)

 Convenient Pack: RM9 per bag (N/P RM10.30)

Saiz: S, M, L, XL

 

 5 Keistimewaan Lampin Pakai Buang Kiddilove


PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER
5 Keistimewaan Lampin Pakai Buang Kiddilove

 

1. Extra Soft & Dry Liner

Lembut pada kulit bayi dan ianya menjauhkan kelembapan dari kulit bayi anda. jadi kulit bayi sentiasa kering setusnya dapat mengelakkan masalah ruam pada kulit bayi.

2. Super Absorbent Core

Mengandungi butiran penyerap air yang mengunci kebasahan ke dalam teras untuk mengelakkan kebocoran.

3. Leak Guard

Menyediakan perlindungan kebocoran yang unggul supaya anak kecil anda kekal selesa dan aktif.

4. Body Contoured Design

Memberi kesesuaian yang sempurna dan selesa buat anak kecil anda agar pergerakan mereka lebih selesa tanpa rasa kurang selesa dan kebocoran.

5. Strong Refastenable Tapes

Boleh diikat semula seberapa banyak yang perlu.

 

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER

 

4 Tips Elak Ruam Bayi


 

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER
4 Tips Elak Ruam Bayi


  1. Tukar lampin bayi yang kotor atau basah secepat mungkin.
  2. Biarkan kulit bayi anda kering sepenuhnya sebelum anda memakai lampin lain
  3. Tepuk kuli bayi perlahan lahan dengan kain lembut apabila mengeringkannya.
  4. Pakai lampin dengan longgar untuk mengelakkan kulit bayi melecet.



PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER
Kiddilove diaper cepat kering dan dapat mengelakkan dari bayi terkena ruam

 

Tape Diaper VS Pants Diaper

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER
Tape Diaper VS Pants Diaper



How To Pack The Perfect Diaper Bag

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE DIAPER
How To Pack The Perfect Diaper Bag

 

Macam mana nak beli lampin pakai buang KiddiLove ?

Buat masa ini lampin pakai buang ini tidak dijual di kedai. Ianya hanya dijual secara dalam talian dan juga anda boleh dapatkan dari agen berdaftar.

Pembelian online di https://kiddilove.com.my/ 

Anda juga boleh membuat pembelian di Shopee


Okay jika anda ingin lebih diskaun, jom dapatkan lampin pakai buang Kiddilove di Jualan gudang di Dewan Kekwa Seksyen 17 Shah Alam pada 27-29 Mei 2022 jam 9 pagi hingga 6 Petang. Diskaun sehingga  15% .

PROMOSI JUALAN GUDANG KIDDILOVE

Diskaun sehingga 15%

 Mega Pack: RM22 per bag (N/P RM26.50)

 Convenient Pack: RM9 per bag (N/P RM10.30)

Saiz: S, M, L, XL


Review Lampin Pakai Buang KiddiLove

 



Untuk Maklumat Lanjut

Website : https://kiddilove.com.my/

Whatsapp : 60124834285

Tel: +6037958 4022
Hp: +6012 483 4285
enquiry@kiddilove.com.my


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View

Ini merupakan aktiviti hiking pertama cik iena untuk tahun 2022. Last hiking bulan december 2021. Lepas tu masing masing sibuk. Tak dapat lah pergi Hiking. Last outdoor dengan kawan kawan pergi berkhemah dekat Pondok Warisan Ibrahim Ipah di Hulu Rening Batang Kali.

Story berkhemah ni pun cik iena masih tak kongsi lagi. Bila sibuk job review memang takde masa nak update personal story dekat blog. Update job je. 

Tapi kali ni walaupun sibuk, cik iena cuba juga update artikel hiking. Bila tulis artikel hiking memang trafik banyak ke blog sebab orang nak baca pengalaman dan nak tengok hiking trail. 
 
 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View


Starting Point di Jalan Tiara Kemensah 3.



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View

 
 
Untuk ke sini anda boleh buka google maps dan cari kebun che mah. Nanti akan bawa ke jalan masuk di bawah iaitu Jalan Tiara Kemensah 3. Buat masa ni, semasa artikel ditulis, waze tak jumpa lokasi kebun che mah. Jadi perlu gunakan google maps. 
 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Dekat  Jalan Tiara kemensah 3, nampak signboard ni. Disinilah bermula pendakian :)
 

Sampai sahaja di entrance untuk ke kebun che mah, anda akan nampak jalan 4wd. Jadi di situlah bermulanya pendakian. Sejujurnya kalau mendaki  ikut jalan 4wd ni memang lebih penat berbanding mendaki menelusuri hutan. 

Teruskan perjalanan sehingga anda sampai di pintu masuk kebun che mah. Dari bawah sampai ke kebun che mah memakan masa 15 ke 40 minit ikut kemampuan masing masing. 

Jalan ke kebun che mah memang easy hike. Anda cuma ikut jalan 4wd. Nak bawa budak pun boleh. . 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Jalan dari entrance kebun che mah dari bawah



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
 

Kebun Che Mah Entrance Fee


Untuk pengetahuan untuk memasuki kawasan kebun che mah, yuran kemasukan yang dikenakan adalah RM3 untuk seorang. 

Kebun Che Mah

Kebun Che Mah
 

Walaupun cik iena dapati hikers di depan tidak membuat pembayaran. Cik iena masuk kan sahaja duit dalam tabung yang disediakan. 

Mungkin hikers depan cik iena yang memang dah selalu hiking di kebun che mah. Untuk hikers yang cuma masuk untuk pintasan mendaki ke bukit pau, bukit ketum dan Kang Gate Dam mungkin merasakan RM3 yang dibayar adalah tidak berbaloi kerana mereka hanya lalu beberapa ratus meter sahaja kawasan tersebut. 

Kebun Che Mah
 

Kebun Che Mah
 
Untuk yang singgah menggunakan kemudahan tandas dan surau di sini boleh lah bayar sebab mereka nak buat tandas nak pam air nak buat surau semua tu perlukan duit. Cuma untuk yang lalu sahaja RM1 bagi cik iena sudah memadai. 

Durian Musang King Murah di Kebun Che Mah


Untuk pengetahuan istimewanya di kebun che mah adalah buah Durian. Jika anda mendaki disini semasa musim buah anda berpeluang untuk makan durian. 

Harga bagi Durian Musang King Gred C dijual pada harga RM30 sebiji. Boleh rujuk pada gambar yang cik iena lampirkan. 

Kebun Che Mah

 
 
Untuk info Cik iena hanya ambil gambar je masa ni . Che Mah memang sporting bagi Cik iena ambil gambar. Rancangan nya masa turun baru singgah makan  durian sebab takut panas dalam. Perjalanan masih jauh lagi nak hiking. Kawan kawan pun plan nak naik dulu baru makan durian.

Disebabkan sesat dan ada jemputan rumah terbuka kami tak jadi balik ikut jalan asal. Terpaksa naik 4wd nak turun cepat tambahan lagi kaki Cik iena kejang. Memang sakit pijak tanah .
Insya Allah kami akan datang lagi dekat sini.


 

Kebun Che Mah

Kebun Che Mah
 

Hiking ke Bukit Ketum dan Bukit Pau


Kemudian kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Bukit Pau. Bukit ketum ni anda akan lalu bila anda menuju ke Bukit Pau. Ramai yang tidak mengetahui tentang Bukit Ketum kerana nama bukit Ketum ini diberi oleh Hikers hikers yang kesini. Cik iena dapat info pon memalui Kak Watie iaitu Isteri kepada Tok Lee.
 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
 
Selepas melintasi Kebun Che Mah, keluar dari Kebun Che Mah, jalan terus sehingga jumpa T junction, simpang tiga. Dimana disini anda perlu tentukan kemana anda ingin pergi. Jalan sebelah kiri menuju terus ke Klang Gates Dam. Tapi jalan ini agak jauh berbanding di sebelah kanan.
 
Simpang kanan juga menuju ke Klang Gates Dam tetapi sebelum tiba disana anda akan lalu Bukit Ketum, Bukit Pau dan juga Dusun Tok Lee Meranti. Untuk menikmati view yang cantik dan banyak lokasi anda pergi Cik iena cadangkan pilih kanan.
 

 
 
 
 
 
Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah
 
Selepas itu anda akan melalui satu kawasan luas , boleh tonton vlog di youtube baru dapat gambaran. Yang ni adalah Bukit Ketum. Teruskan perjalanan sehingga nampak signboard Bukit Pau yang pertama. 
 

 

Bukit Pau Kemensah
 

Jika anda perasan ada simpang kanan. itu adalah jalan ke Klang Gates Dam dan Dusun Tok Lee. Masa Cik iena dan rakan rakan lalu disini kami terus sahaja jadi kami tersesat didalam kebun orang. Tapi sesat sesat tak menyesal sangat sebab dapat view cantik. Cuma kami perlu berpatah balik dan apabila jumpa hikers lain kami bertanya jalan.
 
Dibawah Cik iena kongsikan gambar dikawasan kami sesat. Masih dalam bukit pau cuma perlu berpatah balik untuk ke jalan yang benar. Menurut Tok Lee, di Kemansah terdapat 56 orang pemilik Kebun. Jadi memang ada banyak kebun disana. Tak mustahil boleh sesat tersalah jalan. Jadi jika anda juga pergi hiking , jangan segan silu untuk bertanya hikers yang anda jumpa. Orang orang hikers semuanya tak sombong .

Kami tersesat sebab terlalu leka dengan keindahan bukit pau sampai terlepas simpang yang dimaksudkan oleh hikers yang kami temui.


Bukit Pau Kemensah
 

 

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam
 

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau Kemensah
Bukit Pau Kemensah Berlatar belakangkan Klang Gates Dam

Bukit Pau
Bukit Pau
 
Selepas bergambar di kawasan kami sesat. Kami meneruskan perjalanan. Dari Sini Cik iena kurang ingat jalan sebab kepenatan. So Boleh tengok video dan boleh juga tanya Hikers yang lalu. Itu yang paling afdal. Okay jom teruskan berjalan.
 
Nanti akan sampai satu simpang dimana terus ke Klang Gates Dam dan kanan turun bawah ke Dusun Tok Lee Meranti. Sebelum simpang ada juga pondok yang menjual air. Jadi ini boleh dijadikan landmark.
 
Sekiranya anda nampak signboard Bukit Pau yang kedua bermakna anda dah terlajak haha.


Cik iena dan rakan-rakan merancang sebelum ke Klang Gates Dam, singgah minum air kelapa muda di Dusun Tok Lee Meranti . Bila minum air kelapa dekat sini memang sangat menyegarkan ditambah lagi lokasi yang sangat cantik. Tempat terjaga, bersih, kemas dan sangat instragramble. Anda boleh minum air kelapa sambil menikmati keindahan alam semulajadi ditemani kicauan burung yang merdu yang pasti membuatkan anda merindui kawasan ini.
 

Untuk Artikel Dusun Tok Lee iena akan tulis lain sebab Cik iena ada buat Videoshoot raya di Dusun Tok Lee dan Cik iena sempat temuramah Tok Lee dan isteri yang sangat peramah. Cik iena tulis special artikel sebagai tanda penghargaan sebab melayan kami dengan baik dan dapat harga diskaun yeay.

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
 

Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
Dusun Tok Lee Meranti - Kedai Air Kelapa
 
 
Okay Nanti Boleh tonton vlog di youtube. Jadi boleh nampak gambaran hiking trail dan simpang tiga yang cik iena tulis. Dalam video pun ada view Bukit ketum yang Cik iena tak ambil gambar. Tak tau itu bukit ketum .
 
 
 

Hiking Raya Buddy

 
Okay kali ni memang tak ramai ikut hiking sebab masing masing sibuk beraya. Walaupun petang iena ada jemputan rumah terbuka. Pagi luangkan masa pergi Hiking sebab kebanyakan weekend sangat sibuk. Itu yang bulan Mei baru nak hiking untuk tahun 2022. Kebiasaannya sekurang kurangnya dua bulan sekali.
 
 

 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Zai - Officemate

Zainurin Syafiq ni officemate. Kami panggil Zai . Antara kawan hiking yang selalu ons kecuali kalau betul betul ada hal tak boleh join. Rasanya sekali je yang zai tak join kami hiking. Ke Sri Bintang Hills.
Biasanya Zai Tukang teman gegurl yang lambat . Bila ada geng lain teman dia jalan laju sikit . Gilir gilir teman gituh . Yang pasti team kami takkan berpecah. Walaupun ada yang laju . Biasanya sampai satu simpang kalau tak nampak yang dibelakang kami akan stop and tunggu supaya tiada yang tersalah jalan sehingga menybabkan kami terpisah. Sweet kan haha


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Erry - Ex Officemate

Erry - Bekas officemate . kalau tak borak dengan dia sumpah muka sombong. tapi sekali borak terus closed sampai sekarang haha. Jenis cakap straight to the point. takde pendam pendam. Terpaling suka cakap iena gemok hahah
jujur yang menyakitkan hahah.. Takpe sis redha . Kalau hiking dia memang laju. tengok kaki lah kan. Selalu sampai yang terawal. Kalau dia free dia memang akan join hiking. Biasanya banyak aktiviti dia ni. So memang kene booking awal awal haha.
kali ni Erry tak bawak drone. Biasanya ery bawa. Okay next time kene bawak ye erry haha


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Deqnor - Adik

Deqnor, rasanya kawan kawan tau ni siapa. Ini adik kandung iena. Tapi maca kawan kawan kan. Punyai minat yang sama gituh . Ini kalau pergi hiking terpaling function kejut iena bangun pagi dan dia yang buat itinerary kalau kami pergi buat aktiviti outdoor atau bercuti. Biasanya terpaling lambat hiking la asying jantung laju je haha tapi takpe. geng kami geng santai santai hiking je. Tak perlu paksa paksa, penat rehat . Kami tak berlumba lumba. Orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan . So korang yang tak pernah hiking . Jom lah hiking , serius best giler. hiking santai santai je.


Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Normah - Adik Ipar

Norma - ni adik ipar iena. Nasiblah adik lelaki iena dapat isteri kaki hiking macak kakak kakak nya. Jadi ini lah Me Time Norma sebagai seorang isteri. Pergi hiking dengan kakak ipar. Jarang sekali adik lelaki iena ikut Hiking. Pernah sekali teman pergi skytrex sebab dah takde geng nak teman. Masa tu lelaki yang pergi adik lelaki dan erry . tak ramai pula geng iena suka aktiviti skytrex. Iena memang minat aktiviti outdoor macam tu . Mujur adik ipar ni pon sekepala. Ada lah geng perempuan yang suke memanjat2 tergantung gantung atas tali haha. Ouh ya tempat Ni norma cadangkan  tapi tak dapat pergi semua. Insya Allah next time kita pergi lagi okay



Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Yang baju merah tu Irfan - susah nak bergambar sorang2
 
 Irfan Asri yang baju merah. Memang susah nak bergambar sorang sorang . Dia ni pun selalu akan ikut pergi hiking. Antara yang selalu join juga. Kalau dia takde hal confirm dia pergi . sebelum ni ingatkan bila shah bff dia takde dia taknak pergi. Haa tak rupanya. Dia okay je. Biasalah bila kita da kenal kawan kawan kita, kita tak perlu berteman teman lagi nak pergi kan . Irfan ni memang sporting dan semua okay aja kalau tanya dia. Antara yang laju juga kalau biar dia jalan sorang sorang.

 

Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
BErgambar bersama Kak Wati, isteri kepada tok lee dan aunie yang comel..Duta Dusun Tok Lee ya


Familly Potrait

 
Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee Hike View
Sempat Photoshoot n video shoot raya kat sini, nanti iena kongsi di artikel Dusun Tok Lee

 


Menarik kan tempat yang cik iena pergi? Bila cik iena update
insta story memang ramai respond dan tanya macam mana nak pergi. Tu bersemangan nak tulis.
Untuk pengetahuan kalau nak ke Dusun Tok Lee ada dua laluan yang Cik iena dimaklumkan oleh Tok Lee. Satu dari Kebun Che Mah dan satu lagi dari Teratak Angah Chalet.
 
Untuk Laluan Kebun Che Mah boleh cari Kebun Che Mah di Google Map. Setakat artikel ditulis masih tiada dalam Waze. Mungkin boleh Waze jalan Tiara Kemensah 3.
 
Untuk Laluan Teratak Angah Chalet boleh Waze teratak angah Chalet.  Cik iena mendapat makluman bahawa untuk ke Dusun Tok Lee jalan yang lebih dekat adalah Teratak Angah Challet. Insya Allah next time Cik iena cuba jalan ni pula.
 
Ouh ya Kami tak jadi ke Klang Gates Dam sebab dah lambat untuk ke Jemputan open house petang ahad tu. Nak tau story nanti iena update artikel istimewa untuk Dusun Tok Lee.
 


 Vlog Hiking Kebun Che Mah, Bukit Ketum, Bukit Pau, Dusun Tok Lee

 

 
 
Sosial Media Posting





Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

HYdeout dikenali sebagai lokasi makan bertema yang mesra keluarga dan menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak yang pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Sejak penampilan sulungnya yang berjaya pada Disember 2020. Berikutan panggilan tirai tema semasa HYdeout, 'Dinotopia', Grand Hyatt Kuala Lumpur berbesar hati untuk memperkenalkan semua tema eksklusif. Terbaharu bermula 09 April 2022, HYdeout menampilkan siri animasi pemenang anugerah yang paling digemari di Malaysia iaitu Upin & Ipin.

Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

HYdeout semakin dikenali dan telah berkembang pesat sejak ia menampilkan tema klasik dengan baik buat golongan muda seperti  'Spookyville' dan 'Dinotopia'. Hasil kerja terbaik mereka adalah bersama rakan kongsi imaginatifnya iaitu La Memoria. La Memoria merupakan syarikat pengurusan acara yang disegani di sebalik idea hiasan bertema fenomenal HYdeout.


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

Dari Kiri ke kanan
Karyabudi, Les' Copaque
Asyiela Putri, Pelakon Suara Upin Ipin
Carmen, La Memoria
Hajah Ainon, Les' Copaque Production
Olivier Lenoir, General Manager Grand Hyatt Kuala Lumpur
Ann Foo, Grand Hyatt Kuala Lumpur
Haji Burhanuddin, Managing Director Les' Copaque Production Photo: Mohd Zarin
Photo : Mohd Zarin



Menurut Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur, Mereka akan terus mengawal momentum, idea-idea menarik akan menjadi keperluan untuk menegakkan objektif HYdeout yang mementingkan keseronokan keluarga. Mereka juga menganggap bahawa kepentingan tema 'Kampung In The City' akan memberi kesan yang baik kepada tetamu tempatan mahupun antarabangsa. Mereka amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Les' Copaque Production, syarikat penerbitan animasi perintis Malaysia, juga pencipta Upin & Ipin,

 

Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Photo : Mohd Zarin

 

Kejayaan luar biasa watak-watak eponim dalam mempamerkan pengembaraan bersiri yang sangat dikenali ramai oleh kebanyakan rakyat Malaysia adalah bukti kepada kejayaan yang boleh dibanggakan oleh sebuah nama tempatan.


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

Menurut Pengasas, Pengarah Urusan dan Penerbit Les' Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi

“Adalah kebanggaan dan keistimewaan kami untuk bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur untuk tema baharu HYdeout kerana kami mampu membawa elemen Upin & Ipin hidup di luar skrin. Kami berhasrat untuk orang lain memupuk budaya rumah tangga dan hiburan tradisional kami, yang dipentaskan daripada pengembaraan Upin & Ipin, sebagai cara untuk kami menghargai akar umbi kami dan menghidupkan semula nostalgia zaman kanak-kanak di tengah-tengah zaman moden ini. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman uniknya akan memupuk rasa akrab yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin, malah memupuk peminat baharu.”

 


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

Tema 'Kampung In The City' yang serba baharu di HYdeout meraikan intipati Upin & Ipin melalui semua yang ditawarkan oleh tempat perlindungan bertema itu daripada bufet makan kepada hiburan yang seperti permainan, permainan tradisional , lukisan 'wau', sudut bacaan, gerai karnival, dinding 3D, tayangan filem dan banyak lagi.  Anak-anak mungkin terkejut dengan penampilan istimewa dari Upin & Ipin sendiri! Untuk pengetahuan bufet ramadan di Upin & Ipin Kampung In The City ini juga menawarkan aneka pilihan makanan terutamanya makanan-makanan kegemaran Upin & Ipin.

 

 

Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur




  


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

 

Pengalaman di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

 

Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur Photo : Mohd Zarin
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Photo : Mohd Zarin

 

Ini merupakan pengalaman pertama kali Cik iena ke Hydeout, Grand Hyatt Kuala Lumpur sebelum ini Cik iena cuma pernah makan buffet ramadhan di  JP teres, Grand Hyatt Kuala Lumpur.Pastinya ia merupakan dua pengalaman yang jelas berbeza.


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 

HYdeout menawarkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak sambil menikmati aneka hidangan yang juga turut ada kaitan dengan kartun animasi Upin & Ipin. Bila Cik iena berada disana terasa seperti berada didalam animasi Upin & Ipin. Dekorasi dalaman yang cantik seperti seolah olah kita berada di perkampungan Upin & Ipin.


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur



 

Masa kecil kecil Cik iena tak merasa macam ni. Untung anak-anak sekarang dapat rasa pengalaman yang sangat menyeronokkan seperti ini.

Disini sambil ibu bapa makan, anak-anak bebas bermain dengan pengawasan teliti daripada staff mereka. Jadi kita tak perlu bimbang akan keselamatan anak-anak. Selain daripada itu kemunculan maskot Upin & Ipin juga pasti akan mebuatkan anak anak anda teruja.

Selain daripada itu kemudahan surau juga disediakan khas buat tetamu di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout. Lokasi surau yang berdekatan juga amat memudahkan jadi anda tidak perlu risau untuk meninggalkan anak anak anda untuk terus bermain disini. Walaubagaimanapun kelengkapan solat seperti Telekung dan Sejadah tidak disediakan jadi anda perlu membawanya sendiri :)


Jom tonton Vlog Cik iena di  Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

 


 

 

Boleh juga tengok Highlight ig stories iena di  https://www.instagram.com/stories/highlights/17883852326593801/

 

 

Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

Kepada anda diluar sana yang mempunyai anak kecil terutama buat anak anak yang sangat menggemari Upin & Ipin anda boleh datang membawa anak kesayangan anda untuk merasakan pengalaman hebat lagi menarik di Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur. Ianya pasti akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan buat anda dan anak.


Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur
Upin & Ipin Kampung In The City di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur



 

Bulan Ramadhan
· Tarikh : 9 – 30 April 2022
· Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
· Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Waktu Biasa
· Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
· Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad , manakala 07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
· Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com




#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan Ini

KUALA KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2022 - #ShopeeDeliversLove, sebuah kempen oleh Shopee untuk menghargai rakan kongsi penghantaran, kembali pada Ramadan ini. Kempen ini berlangsung dari 11 April - 22 April di mana rakan penghantaran Shopee dan ShopeeFood boleh mengambil makanan berbuka puasa mereka dari Hab Penghantaran Shopee terpilih.


#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan Ini


Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan ShopeeFood Malaysia mengulas, 

“Kami mahu memastikan rakan penghantaran kami dapat berbuka puasa dengan selesa semasa bekerja. Rakan penghantaran adalah rakan kongsi yang dihargai kerana mereka membantu kami menyokong pendigitalan industri F&B di Malaysia. Semasa Ramadan, sesetengah rakan penghantar perlu membuat perubahan pada jadual penghantaran mereka. Kami berharap usaha ini membantu mereka pada masa yang sama menyampaikan mesej kepada rakan penghantaran kami bahawa mereka dihargai."


Mendengar secara langsung daripada rakan penghantar ShopeeFood tentang pengalamannya, kami bercakap dengan Ahmad Fikri Tajuddin, 28 tahun dari Ampang. 

“Saya telah bersama ShopeeFood selama lebih setahun dan ini adalah Ramadan pertama saya sebagai rakan penghantaran makanan. Saya memilih untuk menjadi rakan penghantaran makanan berbanding pekerjaan lain semasa pandemik kerana sebagai rakan penghantar saya mempunyai kebebasan dan fleksibiliti untuk merancang waktu kerja saya. Sebagai contoh, untuk menyambut Hari Raya tahun ini, saya dapat merancang untuk lebih banyak penghantaran dan tambahan waktu bekerja untuk mendapatkan lebih banyak belanja untuk Hari Raya.


Mengenai sama ada terdapat cabaran tambahan semasa menghantar makanan pada bulan Ramadan, Fikri berkata, 

“Menghantar makanan pada bulan Ramadan mempunyai cabaran yang sama seperti hari-hari biasa. Cuaca Malaysia yang mencabar, kesesakan lalu lintas serta keadaan jalan yang buruk seperti jalan berlubang, serpihan dan papan tanda jalan yang hilang adalah antara cabaran yang kami hadapi setiap hari sebagai rakan penghantar makanan.” 

Tambah Fikri, setakat ini tiada halangan besar untuk menyempurnakan penghantarannya tetapi memenuhi tempahan dalam cuaca buruk agak mencabar kerana penunggang perlu lebih berhati-hati di jalan raya.


Bagi memastikan dia mempunyai masa berbuka puasa sambil menyiapkan tempahan, Fikri merancang jadualnya dan menyediakan juadah dari rumah. 

“Sepanjang Ramadan saya mengubah sedikit rutin saya supaya saya mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat di antara penghantaran. Saya juga memperuntukkan sedikit masa untuk berbuka puasa dengan membawa minuman dan makanan ringan sendiri seperti roti. Jika tiada penghantaran pada pukul 6:30 petang, saya akan berhenti berbuka puasa dahulu sebelum meneruskan penghantaran,”


#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan Ini

 


Mengulas tentang #ShopeeDeliversLove , Fikri menghargai usaha tersebut. “Memandangkan rakan penghantar biasanya bergerak, mendapat makanan bungkus akan membantu kami memberi tumpuan kepada penghantaran dan berbuka puasa tepat pada masanya.”


Di samping itu, pengguna Shopee juga boleh mendapat tawaran hebat apabila mereka membeli Domino’s Pizza dari 12 April - 12 Jun. Peminat piza boleh membeli pizza Domino’s bersaiz peribadi pada harga RM5 di kedai dengan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran. Untuk setiap pembelian piza peribadi, pengguna layak mendapat pulangan tunai RM1 daripada ShopeePay.


Bagi pengguna yang menempah di laman web Domino’s Pizza, mereka boleh mendapatkan Domino’s Pizza bersaiz besar pada harga RM20.90 sahaja. Untuk menebus harga istimewa, beli baucar RM1 Sen daripada ShopeePay pada aplikasi dan tebus kod semasa pembayaran di laman web Domino’s Pizza. Pembelian yang berjaya akan melayakkan pengguna mendapat pulangan tunai RM1.10 apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve