Kepada anda yang inginkan suasana kampung yang indah ketika menikmati sarapan pagi anda seharusnya datang ke Warung Bunian yang terletak di Kampung Sungai Merab Kajang. Disini anda dapat rasakan suasana nyaman dikampung. Lokasi kedai yang terletak di kawasan berbukit. Anda akan dapat nikmati permandangan indah bukit bukau disini.
Warung Bunian |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman
Warung bunian merupakan nama yang diberi oleh pelanggan untuk warung tapak sulaiman kerana lokasinya yang tersorok. Bagi Cik iena memang kena dengan nama kerana lokasi kedai yang agak tersorok . Pertama kali Cik iena ke Warung bunian Cik iena sendiri terlepas kedai ni kerana lokasinya yang tersorok dan jalannya yang agak kecil.
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Review Warung Bunian
OOTD masa nak queue untuk order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Baru baru ini Cik iena berkesempatan bersarapan pagi di Warung bunian. Walaupun terpaksa beratur sehingga 40 minit untuk order makanan cik iena rasakan penantian ini sangat berbaloi dengan rasa masakan yang cik iena makan. Untuk pengetahuan ini merupakan kali kedua Cik iena kesini akan tetapi ini merupakan kali pertama Cik iena makan disini.
OOTD selepas selesai makan di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Kali pertama cik iena hadir lebih kurang setahun lepas namun ketika itu kedai tidak buka .Kali pertama hadir, dua kali pusing untuk cari kedai. Jadi kali kedua hadir kami tidak sesat kerana pernah datang kedai ni sebelum ni. Walaupun rasa macam salah jalan , rasa macam sesat. Betul ke jalan ni sebab jalan kecil. Tapi disebabkan pernah sesat disini masa cari kedai ni jadi kami yakin dan teruskan ke destinasi.
Norma dan peah di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Cik iena sarapan pagi di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Alhamdulillah rezeki kami dapat parking senang. Sejujurnya susah untuk cari parking dengan lokasi kedai di tepi bukit dengan keadaan jalan yang kecil yang hanya boleh lalu kereta utntuk satu haluan sahaja. kalau terserempak memang kene ketepi.
Layanan Pekerja yang bagus dari Warung Bunian
Secara keseluruhan pekerja mereka memang terbaik dan bagus. Dari proses pesanan sehingga dapat makanan memang mudah. Masa nak pesan pun pekerja yang jaga cashier memang pandai layan pelanggan, iena tanya menu apa dia sebut semua menu dan dia cadangkan menu yang selalu orang pesan.
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
Jadi menu lain Cik iena tak ingatlah sebab kedai ni takde buku menu yang cik iena perasan. So cik iena tak boleh nak ambil gambar menu dan bagi tau menu apa yang ada. Sebab tu Cik iena bertanya pada cashier.
Bayar QR Pay Lebih Mudah
Walaupun kedainya terletak diceruk kampung dengan dekorasi kedai yang masih mengekalkan gaya warung yang klasik namun kaedah pembayaran sudah moden ya. Anda tak perlu risau jika tak cukup cash. Boleh bayar menggunakan QR pay.
Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
40 Minit beratur Pesan Makanan di Warung Bunian
Masa yang diambil untuk beratur sehingga tiba giliran memesan makanan adalah 40 minit semasa kedatangan Cik iena. Walaupun beratur panjang tapi suasana keindahan kampung ditepi bukit ini semamngnya akan buat anda leka dengan keindahan alam, dengan view bukit bukau yang cantik .
Menu yang kami order di Warung Bunian atau Warung tapak Sulaiman |
20 Minit makanan siap
Selepas 20 minit, makanan pun siap . Jadi lebih kurang 1 jam dari beratur untuk pesan makanan sehingga makanan siap dihidang. Alhamdulillah walaupun 1 jam menunggu , bila dapat makanan memang tidak mengecewakan. Rasa masakan sedap dan memang Cik iena sangat recomend dekat kawan kawan cik iena.
Nasi Lemak telur Bungkus
Nasi Lemak telur Bungkus Warung Bunian |
- Nasi lemak telur bungkus biasa
- Nasi lemak telur bungkus Ayam Goreng
- Nasi lemak telur bungkus Sambal Sotong
Rating Nasi Lemak Telur Bungkus
Roti Jiwa Kacau
Antara menu yang anda wajib cuba selain nasi lemak telur bungkus. Roti Jiwa kacau memang buat jiwa iena kacau sebab teringatkan keenakan Roti Jiwa kacau ni. Untuk pengetahuan Roti Jiwa Kacau merupakan roti canai yang dicarik dan digaul bersama telur kemudian di masak kembali seperti roti canai.
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian |
Sejujurnya gigitan pertama cukup membuat anda jatuh cinta dengan menu roti jiwa kacau. Gigitan pertama rasa manis manis pedas yang enak. Kalau makan tanpa kuah kari pun sudah memadai dan sudah cukup enak untuk dinikmati. Kuah karinya pula agak manis buat cik iena. jadi cik iena lebih gemar makan roti jiwa kacau sahaja tanpa kari. Cik iena ni tak minat sangat kari.
Roti Jiwa Kacau Warung Bunian |
Rating Roti Jiwa Kacau
10/10
Rating Keseluruhan
Cik iena bagi rating berdasarkan menu yang Cik iena cuba sahaja. Cik iena cuba menu Nasi Lemak Telur bungkus ayam goreng , nasi lemak telur bungkus sambal sotong, roti jiwa kacau, teh tarik, kopi panas dan neslo . Kesemua manu yang dicuba sangat menepati citarasa Cik iena. Jadi cik iena bagi 10/10
VLOG SARAPAN PAGI DI WARUNG BUNIAN
Waktu Operasi Warung Bunian
7.30 am hingga 11.00 am
Hubungi/Tempahan: 017-3812246
Alamat : No.80 A, Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor
FAcebook : https://www.facebook.com/KedaiMakanTapakSulaimanDesaPutraKajangPutrajaya/