Mencari penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan sememangnya
antara aspek penting yang perlu diutamakan ketika hendak bercuti
terutamanya bersama keluarga tercinta. DIsini Cik iena ingin kongsikan
pengalaman Cik iena menginap di Shore House Port Dickson pada tanggal 6
- 8 Januari 2023.
Shore House Port Dickson
Shore House The best villas in Port Dickson
Shore House Port Dickson merupakan penginapan yang berkonsepkan Homestay. Lokasinya yang terletak di persisiran pantai Port Dickson menjadikannya ianya lokasi yang sangat strategik untuk anda bercuti bersama keluarga mahupun bersama teman dalam kumpulan yang ramai.
Shore House The best villas in Port Dickson
Shore House menawarkan 7 villa dengan dekorasi hiasan dalaman yang berlainan konsep untuk anda bermalam. Setiap villa pula boleh menempatkan sehingga 18-20 orang dengan kemudahan asas sebuah rumah yang pasti akan membuatkan anda seperti berada dirumah sendiri.
Setiap villa mempunyai dapur yang lengkap untuk anda memasak jadi ianya sangat sesuai untuk berkumpul bersama keluarga. Tambahan lagi terdapat Wifi percuma disediakan.
Artikel kali ini Cik iena akan kongsikan review dua villa yang cik iena bermalam di Shore House Port Dickson baru-baru ini iaitu Villa Meranti dan Villa Bunga Raya.
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Hari pertama Cik iena bermalam di Villa Meranti. Villa ini terletak berhadapan pantai. Cik iena suka view pantai di villa ini. Dari balkoni bilik dan ruang tamu boleh nampak view pantai yang cantik. Buka je langsir terus nampak view pantai.
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Villa Meranti Shore House Port Dickson
Ruang tamu yang sangat besar dan sangat sesuai untuk berkumpul beramai-ramai. Boleh lakukan aktiviti didalam rumah mahupun diluar rumah kerana laman di luar rumah juga sangat besar. Villa ini mempunyai hiasan dalaman yang simple tetapi tetap cantik dan menenangkan. Bila anda jejak kan kaki di Villa ini memang akan rasa good vibes.
Untuk Villa Meranti, penginap boleh mandi di Sharing Swimming pool yang disediakan berhadapan pantai.Villa ini mempunyai 4 bilik yang mempunyai dua katil Queen yang mana ianya boleh memuatkan 4 orang dewasa dengan selesa didalam setiap bilik. Manakala terdapat 1 bilik yang mempunyai dua katil single.
Jenis Katil Villa Meranti
4 Bilik dengan 2 katil Quen untuk setiap bilik
1 Bilik dengan 2 katil Single
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Villa Meranti Shore House PD - Bilik Atas
Jika ada diantara ahli keluarga anda yang sakit, yang tidak boleh menaiki tangga Villa ini sesuai kerana ada satu bilik dengan dua katil single dibahagian bawah.
Villa Meranti Shore House PD - Bilik bawah
Dengan berkonsepkan homestay pastinya terdapat kemudahan memasak di Villa ini. Villa ini mempunyai dapur yang lengkap dengan dapur gas, gas, peti ais, kettle, oven dan juga kelengkapan lain seperti sudu, pinggan, garfu , periuk dan lain lain lagi.
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Dapur Villa Meranti Shore House PD
Selain daripada itu terdapat juga kemudahan BBQ, anda cuma perlu bawa arang dan juga kipas serta bahan untuk dibakar pastinya.
Permandangan matahari terbit di Villa Meranti Shore House PD
VLOG SHORE HOUSE PORT DICKSON
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Swimming pool di Shore House terletak berhadapan pantai. Lokasi kolam renang ini sangat cantik berlatarbelakangkan pantai dengan pokok pokok kelapa. Cik iena suka sangat view di kolam renang ini.Cik iena sempat mandi diwaktu malam pada hari pertama. Hari pertama selepas check ini dan ambil gambar serta video cik iena bawa keluarga makan malam di luar jadi tak sempat mandi kolam .
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Hiking di Bukit Batu Putih
Sekiranya anda suka akan aktiviti mendaki bukit. Anda boleh mendaki di Bukit batu putih. Terletak berhampiran Villa ini. Terdapat dua cara untuk ke titik permulaan pendakian iaitu dengan menaiki kereta atau pun menaiki bot. Cik iena dan rakan-rakan pergi menaiki kereta kerana kami pernah mendaki di Bukit Batu Putih Sebelum ini.
Selesai mendaki, Cik iena dan rakan-rakan sarapan di warung berhampiran Shore House PD. Warung ini betul betul terletak di simpang masuk utama Shore House. Kemudian kami ke pekan untuk membeli bahan basah dan kering untuk makan tengah hari, BBQ dan juga sarapan pagi untuk keeseokan harinya.
Review Villa Meranti Shore House Port Dickson
Sharing Swimming Pool di Shore House Port Dickson
Secara keseluruhannya review mengenai Villa Meranti Shore house PD Cik iena beri 10/10 Kerana Cik iena sangat puas hati dengan kondisi bilik,
kemudahan-kemudahan lain dan juga layanan pekerja disini. Selain
daripada itu ruang tamu yang sangat besar dan selesa denga view pantai juga merupakan faktor utama kenapa cik iena suka Villa ini. Dapur juga lengkap untuk memasak serta mempunyai pinggan mangkuk yang banyak.
Rating Villa Meranti Shore House Port Dickson
10/10
Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Pada keesokan harinya iaitu hari kedua Cik iena bermalam di Villa Bunga Raya.. Setelah selesai hiking di Bukit batu Putih, sarapan dan membeli bahan basah dan kering untuk memasak. Setibanya Villa, Cik iena dan kawan-kawan terus bersiap untuk check out dari Villa Meranti dan check in di Villa Bunga raya.
Ruang Tamu Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Daour Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Celebrate birthday di Villa Bunga Raya
Ruang makan kecil Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson, ada ruang makan besar, irna lupa ambil gambar boleh tengok ideo vlog iena ya
Ruang makan Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Sama seperti Villa Meranti, Villa Bunga Raya boleh menempatkan 18-20 orang dengan selesa. Namun ruang tamu disini lebih kecil berbanding Villa Meranti tetapi Villa bunga raya mempunyai kolam renang peribadi / Private swimimming pool dihadapan villa.
Jenis Katil Villa Bunga Raya
4 Bilik dengan 2 katil Quen untuk setiap bilik
1 Bilik dengan 1 katil Single
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bilik atas di Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Hiasan dalaman Villa Bunga Raya lebih hipster berbanding Villa Meranti . Dari segi hiasan dalaman Cik iena suka Villa Bunga raya tetapi dari segi keluasan rumah dan view cik iena lebih suka Villa Meranti.Walaupun ruang tamu lebih kecil berbanding Villa Meranti namun susun atur perabut yang cantik dan kemas membuatkan villa ini terasa lebih unik.
Sama seperti Villa meranti, villa bunga raya juga mempunyai kelegkapan memasak dan BBQ.
terdapat kelengkapan dapur bbq
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Bila ada private pool memang percutian akan lebih seronok sebab tak perlu berkongsi mandi kolam dengan orang lain. Kita pun boleh mandi dari siang sampai malam . Istimewanya di SHPD ini terdapat Villa yang mempunyai Private swimming pool .
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Private Swimming Pool Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Review Villa Bunga Raya Shore House Port Dickson
Secara keseluruhannya review mengenai Villa Vunga raya di Shore house PD Cik
iena beri 9/10 , lebih kurang dari Villa Meranti kerana di sini agak sedikit berhabuk. Selain daripada itu semuanya ok dan Cik iena suka. Cuma habuk sahaja lah , mungkin masa Cik iena datang tiada penginap sebelum ini dan ianya agak sedikit berhabuk. Cik iena tersangat alergik pada habuk. Sedikit sebanyak mengganggu mood Cik iena . Jujur betul ya review. Itu je yang tak ok, Yang lain semua ok Cik iena sangat puas hati dengan bilik,
kemudahan-kemudahan lain dan juga layanan pekerja disini.
Selain
daripada itu private swimming pool juga merupakan faktor utama kenapa cik iena suka Villa ini. Boleh mandi tanpa orang luar. hanya keluarga kita sahaja. Sama seperti Villa Meranti Dapur juga
lengkap untuk memasak serta mempunyai pinggan mangkuk tetapi di Villa Meranti lebih banyak pinggan mangkuk berbanding Villa Bunga raya.
Kertas tisu digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian dan ia merupakan produk pakai buang. Kertas tisu diperbuat daripada pulpa kayu, pulpa buluh, kertas kitar
semula dan lain lain. Terdapat pelbagai jenis kertas tisu. Seperti
kertas tandas, tisu muka, kertas napkin, tisu sapu tangan dan lain lain.
Selepas
selesai makan, kita akan menggunakan kertas tisu untuk mengelap mulut . Sekiranya jumpa meja kotor, kita juga membersihkan meja dengan menggunakan kertas tisu. Bahkan kertas tisu juga digunakan untuk mengelap peluh.
Di rumah juga memerlukan kertas tandas di dalam bilik mandi, dan
menggunakan tuala tangan atau tisu untuk menyerap air selepas mencuci tangan .
Di dapur juga memerlukan tuala dapur untuk menyerap air dan minyak, untuk membantu aktiviti memasak dengan lancar.
Carina Jenama Tisu Tempatan Berkualiti Tinggi
Dalam musim endamik ini juga kertas tisu antibakterial sememangnya menjadi keperluan asas bagi setiap orang tidak kira di dalam rumah mahupun di luar rumah.
Permintaan untuk kertas tisu semakin meningkat. Dengan peningkatan kesedaran kesihatan, semakin banyak negara dan wilayah cenderung menggunakan kertas tisu, pasaran kertas tisu berpotensi dan lebih aktif.
Carina Jenama Tisu Tempatan Berkualiti Tinggi
Carina Jenama Tisu Tempatan Berkualiti Tinggi
Antara jenama tempatan kertas tisu berkualiti tinggi di Malaysia adalah Carina.Untuk pengetahuan, Carina mula ditubuhkan sekitar tahun 2009 sebagai pengeluar tisu tempatan di Malaysia. Tisu Carina menggunakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang membolehkan Carina mengekalkan standard kualiti produk mereka disamping memberikan keselesaan kepada pengguna.
Carina juga merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana ianya tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula, Carina lembut pada kulit, tahan lasak serta mesra alam kerana mudah larut dalam air seterusnya membuatkan ianya mampu melindungi alam sekitar kita.
Carina Jenama Tisu Tempatan Berkualiti Tinggi
Di tahun baharu 2023, CARINA berhasrat untuk menggalakkan rakyat Malaysia tentang kesedaran mengenai kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan pencemaran dengan tema "We Care, We Love". Carina tidak terhad kepada tisu kering, tetapi mempunyai seleksi seperti Tisu Basah, Kapas Muka, Putik Kapas, Kapas Gulung dan banyak lagi. Carina mempunyai 4 siri utama iaitu:
Siri Tisu Kering Carina ini diperbuat 100% daripada PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit yang sensitif. Tisu Carina didatangkan dalam pelbagai saiz dan pembungkusan seterusnya menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur. Cik Iena memang tertarik dengan pembungkusan tisu CARINA WALLET yang sangat sesuai untuk disimpan di dalam poket atau beg tangan. Mudah dibawa kemana-mana dan mudah untuk digunakan tidak kira masa dan tempat.
SIRI PRODUK KAPAS
1. CARINA Cotton Bud
2. CARINA Facial Cotton
Carina Beauty Care - Siri Produk Kapas
Rangkaian produk kapas Carina diperbuat 100% daripada PURE COTTON. Tekstur kapas yang lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi yang mana ianya sangat sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Cik Iena pastinya manggunakan kapas muka untuk penjagaan wajah sewaktu untuk apply toner dan juga sewaktu bersihkan solekan. Siri kapas Carina bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan pada kulit.
2. Peralatan Dapur (Kitchenware)
Carina Kitchenware- Siri Tisu Dapur
Siri Tisu Dapur Carina antara siri tisu kering yang sesuai digunakan dipermukaan dapur dan peralatan dapur. Ianya sangat membantu membersihkan dapur dan peralatan dapur serta membersihkan tumpahan cecair di rumah anda.
3. Penjagaan Kesihatan (Health Care)
SIRI TISU BASAH
1. CARINA Wipes 2. CARINA Antibac Wipes
Carina Health Care - Siri Tisu Basah
Siri Tisu Basah Carina mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti pada kulit dan alahan. Tekstur Carina Wipes yang lembut sangat sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan.
Cik iena suka gila bau dia yang wangi serta tekstur tisu basah yang lembut tak kasar dan tak mudah koyak
Cik iena memang lebih gemar menggunakan tisu basah untuk kegunaan semasa berada di luar rumah. Sekiranya tiada sumber air untuk membersihkan tangan, tisu basah adalah tisu yang terbaik untuk digunakan bagi membersihkan tangan. Selain itu Carina Wipes & Antibac Wipes juga sangat bagus untuk kegunaan di luar rumah dalam musim endamik ini. Sebelum duduk di meja makan restoran Cik iena akan pastikan meja di lap dengan Carina Antibac Wipes juga bagi membendung penularan wabak Covid 19.
4. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care)
Selain dari Penjagaan kecantikan, Peralatan dapur dan Penjagaan kesihatan, Carina juga mempunya Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan. Tisu Carina terkenal kerana tahan lasak serta mesra alam kerana mudah larut dalam air, namun amat disarankan untuk buang di dalam tong sampah.
LIMITED EDITION We Love We Care Bag
Istimewa untuk pembelian RM40 dan ke atas, anda boleh dapatkan Carina Limited Edition We Love We Care Bag secara percuma.
Pembelian RM40 dan ke atas, anda boleh dapatkan Carina Limited Edition We Love We Care Bag secara percuma.
Selain daripada Limited Edition We Love We Care Bag, Carina juga menyediakan Gift Box termasuk produk-produk berikut;
LIMITED EDITION We Love We Care Bag
Gift Box Price
Original price : RM35 Now promotion price : RM29.90
Selain produk, di dalam Carina Gift Box, terdapat juga Shopee Online Voucher (Carina Official Store) bernilai RM5, risalah kempen Review & Win, Carina Surprise Ang-pao TNG bernilai sehingga RM88
Carina Jenama Tisu Tempatan Berkualiti Tinggi
Produk Carina mudah didapati di pasaraya besar di seluruh negara dan juga secara atas talian:
PASARAYA TERKEMUKA SECARA FIZIKAL AEON Big, AEON Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Ascen+ Pharmacy, MiX Store, PotBoy Groceries, C-Mart Penang (Kedah, Perlis), Ceria 99 (Penang, Kedah, Perak), Family Stores (Seremban, Melaka), Oppa Mart (Melaka & Seremban), Nirwana Maju (Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan), Target Supermarket (Johor), Song Mart Malaysia (Johor) & Pasaraya Hwa Thai (Johor).
SECARA ATAS TALIAN Shopee: https://shopee.com.my/carina.os Lazada: https://www.lazada.com.my/wangzheng-care/ TopzMall: https://topzmall.com/store/789
LOKASI UNTUK DAPATKAN CARINA GIFT BOX Aeon Big (Cawangan terpilih), Mix Store (Cawangan terpilih @ IOI City Mall), Hot Market @ Berjaya Times Square & Tong Hup Trading, Melaka.
CARINA REVIEW & *WIN (*Tertakluk kepada terma dan syarat)
CARINA REVIEW & *WIN
Kepada anda diluar sana terutamanya buat Pengguna tegar produk Carina, Jom MENANGI stok produk Carina selama 3 bulan untuk 300 orang pemenang! Setiap pemenang akan menerima hadiah bernilai RM 150 / Pemenang (RM50 untuk setiap bulan).
Cara untuk sertai CARINA REVIEW & *WIN:
1. Muat naik foto atau video serta ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/Tiktok 2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok 3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post anda pada tetapan umum).
*Terma & Syarat: ▪️ Tempoh kempen: SEKARANG- 30 April 2023 ▪️ Hadiah tidak boleh ditukar, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau hadiah lain. Kami berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu. ▪️ Resit WAJIB ditunjukkan ketika menuntut hadiah. Resit pembelian sah dari 1 Jan 2023 - 31 April 2023 sahaja. ▪️ Setiap pemenang hanya boleh menuntut sekali sahaja, nama & resit pembelian yang sama tidak dibenarkan walaupun di muat naik oleh orang berbeza. ▪️ Baucar tunai bernilai RM150 adalah untuk pembelian produk CARINA sahaja, setiap baucar tunai RM50 hanya sah selama 1 bulan. ▪️ Carina berhak untuk mengubah suai dan meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu.
Sempena musim perayaan Hari Natal atau Krismas ini, Coolblog telah melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese. Istimewa buat penggemar red velvet kini anda boleh nikmati keenakan kek kegemaran anda dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.
Seperti yang anda sedia maklum, Coolblog merupakan jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia. Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022, Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.
Kek red velvet sememangnya mempunyai ramai peminat yang tersendiri, Warna merah yang juga dikenali sebagai ‘warna kegembiraan’ mencantikkan dan menaikkan lagi lagi seri dan penampilan kek ini seterusnya ianya mencerminkan keceriaan musim perayaan.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
Keenakan kek red velvet pasti membuatkan anda teruja. Oleh itu, Coolblog menginspirasikan kek red velvet ini untuk menghasilkan keenakannya dalam bentuk smoothie dengan pelancaran siri Red Velvet Cheese .
Untuk menyerlahkan lagi kelazatan siri terbaharu Coolblog ini, minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet.
Red Velvet Cheese
Red Velvet Cheese
Red Velvet Cheese
Bagi anda yang menggemari perisa asli kek red velvet anda boleh cuba Red Velvet Cheese . Ia merupakan pilihan sesuai keranasmoothie ini mempunyai keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.
Red Velvet Choco Cheese
Red Velvet Choco Cheese
Red Velvet Choco Cheese
Bagi pengemar coklat pula, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa .Adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat.
Penutup Mudah Dibuka
Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan juga dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah. Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati dimana ianya
juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang
tersayang.
Harga Red Velvet Cheese Series
Setiap minuman Red Velvet Series berharga RM11.90.
Gingerbread
Gingerbread
Bukan sekadar Red Velvet Cheese Series , peminat boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama Red Velvet Cheese Series Smoothie.
Untuk pengetahuan, biskut gingerbread boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.
RED VELVET CHEESE SERIES DARI COOLBLOG
Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog sila layari:
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya
buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk
rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga
amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah. Jadi disini Cik iena
ingin kongsikan 5 Sebab Kenapa anda Perlu Beli Perumahan di Tiara
Sendayan.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan di Tiara Sendayan
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
1. Rekabentuk dan harga berpatutan berdasarkan pasaran masa kini
Rekabentuk
rumah yang selesa, moden beserta kawasan persekitaran
yang jauh dari kesibukan kota dan menawarkan persekitaran tenang
serta damai dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di Tiara Sendayan
disamping ianya dijual pada harga berpatutan berdasarkan suasana pasaran
masa kini.
2. Pelbagai Fasiliti dan kemudahan
Perumahan
di Tiara Sendayan ini dilengkapi gelanggang futsal dan bola keranjang,
taman permainan kanak-kanak, trek joging serta rumah pokok. Lokasi di
sini juga turut mempunyai unsur air serta kawasan lapang yang pasti akan
menggamit perhatian anda sekeluarga untuk beriadah dan bersantai.
Pemandangan menarik di tepi tasik ditambah fasiliti serba indah juga
sesuai dijadikan lokasi fotografi.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
Kemudahan
seperti taman rekreasi yang tersedia seperti Sendayan Green Park yang
mempunya pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, Bandar
Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan mendapat akses mudah
kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran seperti kemudahan pendidikan
awam dan persendirian, kemudahan penjagaan kesihatan awam, club house,
kompleks membeli belah, kemudahan rekreasi awam dan banyak lagi.
Selain
itu, terdapat kemudahan rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya
pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai
makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan Tiara Sendayan akan
mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini selama 5 terma.Bukan itu
sahaja, terdapat X-Park Sendayan yang merupakan akitiviti luar terbesar
di NS dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur
seperti go-kart, paint ball,dan pelbagai lagi yang menjadi faktor Tiara
Sendayan menjadi rebutan buat pembeli.
3. Sistem
perhubungan jalan yang bagus.
Sistem
perhubungan jalan bagi kawasan ini juga sangat baik, di mana penduduk
mempunyai akses jaringan seperti Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan KLIA
Linkage. Selain itu, kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan
Bandar Sri Sendayan membolehkan penduduk Tiara Sendayan akses mudah
kepada pelbagai fasiliti utama berhampiran, seperti
D’Tempat Country Club
Sekolah Kebangsaan Sendayan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan
Klinik Kesihatan Sendayan
Masjid Sri Sendayan
Kesemua
lokasi dinyatakan berada pada jarak tujuh kilometer atau kurang dari
Tiara Sendayan.Bukan itu sahaja, Tiara Sendayan ini juga dikatakan
terletak di kawasan yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia
Vision Valley & semestinya akan meningkatkan nilai asset pembeli.
4. Projek penjualan terbaik Matrix Concepts.
Tiara
Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju
Matrix Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan
amat mengagumkan. Terdapat hampir 13 projek yang habis dijual dalam
tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima daripada pembeli amat
menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya
merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk
The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA)
The Edge Billion Ringgit Club 2022
The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above)
Dan banyak lagi.
Selain
daripada memenangi pelbagai pencapaian, faktor lain yang membuatkan
Tiara Sendayan merupakan projek penjualan terbaik adalah kerana Tiara
Sendayan telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,000 kunci kepada
pemilik Tiara Sendayan. Ini pastinya akan memberi kepercayaan kepada
pembeli akan datang untuk memiliki Tiara Sendayan dan menjadi sebahagian
dari komuniti Tiara Sendayan.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
5. 12 Ekar Central Park Lengkap di Bina untuk Aktiviti Beriadah
Dengan
rekabentuk landskap yang menghijau serta dilengkapi dengan kemudahan
pelbagai gaya hidup, Perumahan di Tiara Sendayan hanya jarak berjalan kaki dengan Central Park
seluas 12 ekar bersama pemandangan tasik yang tersergam indah. Pelbagai
kemudahan rekreasi yang disediakan seperti gelanggang futsal,
gelanggang bola keranjang, gimnasium / stesen parcourse, function area
(yoga, taichi dan aerobik), teres tempat duduk, kawasan permainan
kanak-kanak & kanak-kanak kecil, trek jogging, laluan refleksologi
dan banyak lagi.
Kesemua penduduk di sini akan dapat menikmati
gaya hidup yang sihat dengan segala kemudahan yang terdapat di Tiara
sendayan ini.
Sebahagian landscape di Tiara Sendayan
Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888
Untuk
pengetahuan anda, Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat
bermula dari RM538,888. Kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3
bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x 70’) . Kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami.
Jom
Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara
Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web http://www.tiarasendayan.com/. Anda juga boleh ikuti laman sosial
mereka untuk mengetahui perkembangan atau promosi terkini mengenai
Perumahan di Tiara Sendayan.
Haruman mandian boleh dijadikan terapi untuk diri bagi menyegarkan minda dan badan. Ianya juga boleh meningkatkan aura positif pada diri. Kini terdapat pelbagai haruman mandian dalam pasaran . Dalam pada ribuan jenama baru mandian yang tumbuh dipasaran terdapat juga jenama legend yang masih mengekalkan produk mandian keluarannya yang pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu.
Sabun Mandi Legend Parrot Botanicals Kini Dengan Haruman Baru
Cik iena kongsikan sabun legend yang pernah menjadi kesukaan Cik iena semasa kecil. Pertama kali Cik iena bau sabun ni memang membuatka perasaan Cik iena terkenangkan zaman kecil kecil. Haruman yang pernah Cik iena kenali suatu ketika dulu.
Wangi sangat bau mandian ni tau, menusuk kekalbu gitu :)
Parrot Botanicals
Sebelum ini ianya dikenali dengan nama Popinjay. Untuk kalangan orang orang lama pasti kenal akan bau sabun ini dan juga pembungkusan sabun buku bewarna hijau. Bukan orang orang lama orang orang tua, golongan kanak kanak yang membesar masa zaman Cik iena pun pasti akan kenal sabun ni.
Masih ingat lagi tak packaging ni? dulu dikenali dengan nama sabun parrot atau popinjay
Kini Popinjay dikenali dengan nama baru iaitu Parrot Botanicals. Hadir
dengan beberapa variasi wangian yang pasti membuatkan anda bertambah
jatuh hati akan wangiannya. Istimewanya lagi sabun ini keharumannya
bertahan sehingga 8 jam. Masih sama seperti dahulu.
Untuk pengetahuan Parrot Botanicals merupakan produk keluaran Thailand yang sudah lebih 70 tahun bertapak dalam industri produk kecantikan dan penjagaan diri. Juga dikenali dengan nama "PArrot Soap" yang merupakan sabun berkualiti tinggi serta menggunakan haruman bunga yang menyenangkan dan bau herba Thai yang sememngya kita tau sangat bagus dalam dunia SPA..
3 Variasi Parrot Botanicals
3 Variasi Parrot Botanicals
Thai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Haruman 'legend' yang mempersona - Gabungan unik dari botani Thai yang membuatkan kulit rasa segar dan harum berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
White Thanaka
White Thanaka
- Membuatkan kulit lebih segar dan berseri dengan "White Thanaka" - Haruman berpanjangan sehingga 8 jam
tekstur krim mandian lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
White Sakura
-Haruman segar dengan "White Sakura" yang membuatkan kulit berseri secara semulajadi dengan ketahanan sehingga 8 jam
Tekstur krim mandian yang lembut harum memikat
Busa yang banyak dan harum memikat serta melembab dan melembutkan
Bagi katagori Parrot Botanical terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia. yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 3 haruman dari koleksi Parrot Botanical yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang available di pasaran Thailand adalah Lily Peach Cool, Botanical Cooling & Thai White Jasmine.
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew Bar
5 Variasi Wangian Parrot Botanicals Nokkaew Bar
Thai Botanical & Herbs
Thai Botanical & Herbs
- Pilihan No. 1 yang paling laris di Thailand - Haruman unik botanical Thai dengan gabungan minyak bunga cengkih dan juga minyak Citronella
White Thanaka
White Thanaka
- Haruman menyegarkan dengan "White Thanaka" - Untuk kulit cerah berseri dan haruman berpanjangan
Thai White Jasmine
Thai White Jasmine
- Haruman asli dari "Thai Jasmine" - Manjakan kulit dengan gabungan dari ekstrak asam jawa
Sweet Pink Rose
Sweet Pink Rose
- Haruman sensasi yang romantik inspirasi dari bunga mawar - Serlahkan keserian kulit dengan haruman mawar dan juga gabungan aloe vera
White Sakura
White Sakura
- Haruman segar "White Sakura" - Membuatkan kulit berseri kemerahan secara semulajadi (natural pinkish skin)
Soap bar ini mempunyai busa yang sangat halus berbanding krim mandian Parrot Botanicals. Secara jujurnya dari kelembutan busa bila dah cuba yang sabun versi asal ni. Cik iena lebih suka busa halus dari sabun ini. Kedua dua jenis sabun mempunyai busa yang banyak namun sabun berbentuk bar ini lebih halus busa nya.
Busa yang lebih halus membuatkan Cik iena jatuh cinta dengan kelembutan busanya ditambah dengan haruman memikat hati
Bagi katagori Parrot Botanicals Nokkaew Bar terdapat beberapa lagi haruman yang masih tiada dipasaran Malaysia.
yang ni Cik iena tak pasti kenapa hanya 5 haruman dari koleksi Parrot Botanicals Nokkaew Bar yang dijual di pasaran Malaysia. Antara Haruman lain yang
available di pasaran Thailand adalah Frangipani, Scented Wood, Floral & Lily Peach Cool.
Haa macam mana? menarikkan tengok haruman terbaru Sabun legend ni. Meriah tengok warna packaging yang striking dengan pelbagai warna menarik hati. Kalau anda berminat nak dapatkan nak throwback zaman masa kecil kecil dahulu boleh la dapatkan produk mandian terbaru ni. Boleh dapatkan produk mandian Parrot Botanicals ni di pasaraya ataupun yang suka shopping online beli di Shopee >> https://shope.ee/A9h5mrR86q
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com