Frenz Hotel Kuala Lumpur merupakan Hotel 3 bintang yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Terletak di kawasan Golden Triangle yang mempunyai tempat membeli-belah seperti SOGO, Kedai-kedai Tudung seperti Muaz, CK Rahim, tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Banggunan Sultan Abdul Samad, Gedung kain seperti Kamdar, Gulatis, Jakel, Hypermarket seperti LuLu Hypermarket dan banyak lagi tempat menarik berdekatan Frenz Hotel.
Ianya sangat strategik untuk anda yang gemar membeli-belah. Hotel ini sangat sesuai untuk pelancong yang ingin membeli belah. Akan tetapi hotel ini amat sukar untuk mencari tempat letak kenderaan.
Lokasi sangat dekat dengan kedai-kedai , mudah untuk membeli belah juga menenangkan fikiran bersantai melihat penyanyi jalanan yang memberi persembahan.
Kesemua lokasi menarik berdekatan dan lokasi membeli belah adalah mudah diakses. Anda hanya perlu jalan kaki sahaja bagi melancarkan lagi pergerakan anda. Di tengah kota ni naik kereta boleh kata cari masalah kerana jalan pastinya sesak. Dengan jarak yang sangat dekat adalah lebih baik berjalan kaki sahaja.
Harga Serendah RM80
Harga di Hotel ini bermula dari serendah RM80 sehingga RM250 satu malam untuk hari biasa . Manakala harga bermula dari serendah RM90 sehingga RM270 satu malam untuk hujung minggu.
Terdapat 7 Jenis Bilik untuk anda Pilih iaitu
Standard Single Room with Window No View(1 katil single)
Superior Double Room No Window (1 katil double)
Deluxe Double Room with Window No View (1 katil double)
Deluxe Twin Room with Window No View (2 katil single)
Bilik Deluxe Family dengan Tingkap (1 katil single dan 1 katil double besar)
Deluxe Suite with Window No View (Bilik tidur :1 katil double- Ruang tamu:1 katil sofa)
Deluxe King Room with Window View (1 katil double besar)
Review Deluxe Twin Room with Window No View (2 katil single)
Baru-baru ini , beberapa hari sebelum ramadan, CIk iena ada menginap di Frenz Hotel sebab Cik iena pergi Sogo Members Day dan juga shopping di jalan TAR . Alang alang stay dekat Frenz hotal Cik iena juga jalan-jalan di dataran merdeka , Banggunan Sultan Abdul Samad , Masjid Jamek dan kedai-kedai di JAlan TAR. Cik iena juga berkesempatan ke pasar malam hari sabtu di Jalan TAR.
Bilik yang bersih dan kemas serta lengkap dengan kelengkapan bilik hotel seperti Penghawa dingin, Flat Screen TV, iron, iron board, sejadah, wardrobe, hanger,kettle, air mineral, cawan , minuman 3 in 1, hair dryer, water heater (rain shower & hand shower).
Selesa sangat tidur dekat sini sebab katil, tilam dan selimut sangat selesa. Urusan check in pun mudah.
Cuma masalah disini Parking. Perlu parking di tempat lain sebab parking depan hotel sangat terhad.
Sebelum ni Cik ien dapat parking depan hotel tapi kawan tak dapat. Kawan Cik iena parking sebelah Swiss Hotel. Ada kawasan paarking persendirian.
Diskaun Sehingga 10% Untuk Penginapan Kedua
Istimewa buat pelanggan, terdapat diskaun sehingga 10% untuk penginapan kedua di Frenz Hotel.
Diskaun 10% di Frenz Bazar
Selain itu disini juga terdapat bazar yang menjual kain dan baju raya yang di panggil Frenz Bazar. Istimewanya di Frenz Bazar, pelanggan Frenz Hotel akan dapat diskaun 10% jika membeli belah di Frenz bazar. Anda cuma perlu memaklumkan pada peniaga yang anda adalah pelanggan hotel.Bukan itu saja, sempena ramadan ni ada lucky draw buat pelanggan hotel.
Ramadan Promotion Lucky Draw
-EXTRA CHECKOUT TIME DURING THE WEEKDAYS
-FREE BREAKFAST (x2)
-5% OFF FOR 2 NIGHTS STAY
2ND CHANCE SPIN AGAIN (x2)
-FREE ROOM UPGRADE
-RESTAURANT GIFT CARD
-5% OFF YOUR NEXT STAY
MEnarik kan promosi dekat Frenz Hotel ni. Jadi anda boleh rancang itinerary membeli belah anda. Semasa CIk Iena bermalam selama dua malam di Frenz Hotel rasa tak cukupuntuk terokai semua tempat menarik dan tempat membeli belah disini kerana terlalu banyak kedai untuk dikunjungi.
Sebenarnya banyak tempat iena pergi tapi tak ambil gambar sangat. Video ada boleh tengok video.
Okay utk maklumat lanjut boleh terjah sosial media mereka
@hotelfrenz
https://www.instagram.com/hotelfrenz/
Untuk Booking Sila hubungi Frenz Hotel sekarang di talian:
📳+60 12-211 5911
☎️+60 3-2693 7878
Alamat
📍135, Jalan Tuanku Abdul Rahman, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Probiotik dan Prebiotik adalah istilah yang biasa kita dengar
berkaitan sistem pencernaan. Ada yang menganggap bahawa kedua ini adalah
sama. Namun untuk pengetahuan anda Probiotik dan Prebiotik adalah
berbeza. Probiotik merupakan nutrisi terpenting untuk menjaga kesihatan
usus kita. Sebelum Cik iena kongsikan tentang Supplement probiotik
Terbaik untuk keluarga, Cik iena kongsikan terlebih dahulu mengenai
Probiotik dan Prebiotik.
PROBIOTICS
PROBIOTICS
merupakan bakteria baik dalam sistem pencernaan kita(usus besar).
Kehadiran probiotik mewujudkan satu ekosistem pencernaan yang seimbang.
Sebagai contoh, mereka mengawal populasi bakteria berbahaya dalam sistem
pencernaan kita supaya bakteria berbahaya ini tidak menjadi terlalu
“overgrowth” dan memberi kesan yang tak baik pada tubuh.
Ini
bermaksud kita harus memastikan yang bakteria “baik” ini tidak
kurang/pupus dalam badan kita menerusi diet yang baik. Apabila bakteria
baik ini banyak, maka barulah mereka tidak akan membiarkan bakteria
jahat menjadi “dominan” atau “naik kepala” dalam tubuh badan kita.
Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikroorganisma
hidup yang apabila diambil dalam kuantiti yang cukup, memberi kesan yang
baik terhadap kesihatan. Selain dari susu kultur, probiotik boleh
didapati dalam lain-lain jenis makanan yang dijeruk atau ditapai seperti
yogurt, keju lembut, jeruk sayur-sayuran dan tempe. Probiotik juga
boleh didapati dalam bentuk kapsul sebagai suplemen.
Banyak
kajian telah dan sedang dijalankan untuk menilai manfaat dan keselamatan
produk yang mengandungi probiotik terhadap tubuh. Manfaat yang telah
diketahui umum ialah meningkatkan kesihatan usus.
Bakteria
jenis Lactobacillus rhamnosus GG dan Lactobacilus casei DN-114 001 telah
dibuktikan berupaya mengurangkan keterukan cirit-birit yang disebabkan
oleh rawatan antibiotik dan memendekkan tempoh cirit-birit disebabkan
oleh jangkitan rotavirus.
Streptococcus thermophilus didapati
mampu mengurangkan gejala kembung perut, loya dan muntah akibat kurang
toleransi terhadap laktosa (sejenis gula semula jadi dalam susu).
Beberapa kajian terhadap Lactobacillus casei Shirota pula mendapati
bahawa ia dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Beberapa
kajian lain menilai penggunaan probiotik untuk kesihatan
kardiovaskular, mencegah kanser, dan merawat jangkitan vagina. Namun
begitu, masih banyak bukti perlu dikumpulkan untuk mengesahkan
keselamatan dan keberkesanannya untuk tujuan tersebut.
PREBIOTICS
PREBIOTICS
pula merupakan karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh tubuh.
ianya merupakan “makanan” kepada PROBIOTICS . Prebiotik adalah bahan
yang menyimpan mikroorganisma berfaedah (bakteria) di dalam kolon sihat
anda. Mereka memilih untuk memulakan pertumbuhan satu atau beberapa
bakteria yang berbeza di dalam usus besar anda. Dalam bahasa mudah,
prebiotik akan membuatkan bakteria baik anda lebih kuat dan sihat supaya
mereka dapat melayani anda dengan lebih baik.
Kedua-dua
istilah ini juga boleh merujuk kepada kumpulan makanan. Sebagai contoh,
PROBIOTICS juga merujuk kepada makanan yang mengandungi bakteria baik di
dalamnya. Biasanya makanan dari kategori PROBIOTICS ini adalah makanan
yang sudah diproses, termasuklah yang telah melalui proses penapaian
(fermentation).
Manakala PREBIOTICS pula biasanya merujuk kepada
makanan yang belum diproses. Ia akan ‘diproses’ sebagai makanan kepada
PROBIOTICS bila dah masuk dalam sistem pencernaan kita nanti.
Bagaimanakah Prebiotik berbeza dengan Probiotik?
Probiotik
secara amnya boleh ditakrifkan sebagai apa-apa makanan tambahan
bakteria yang positif memberi kesan kepada tubuh anda. Pada asasnya,
probiotik adalah bakteria baik yang anda makan untuk meningkatkan
kesihatan saluran usus anda. Saluran usus sihat diterjemahkan ke dalam
badan yang sihat. Bakteria baik adalah satu bahagian penting dalam
halangan usus. Ianya membiarkan nutrien sambil toksin dan patogen
keluar.
Sekiranya
saluran pencernaan (biasanya dirujuk sebagai usus ) rosak atau uzur,
anda tidak akan dapat untuk mengasimilasikan dan menyerap nutrien yang
diperlukan oleh badan . Jadi ini akan mengakibatkan badan anda mudah
terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.
Secara ringkasnya,
prebiotik adalah komponen makanan nondigestible (makanan untuk bakteria
baik) yang membantu probiotik (bakteria baik) dalam saluran usus anda.
Seterusnya ia akan membantu dalam menjaga dan memastikan usus atau
sistem pencernaah berada dalam keadaan baik dan sihat. Probiotik dan
prebiotik bertindak secara sinergistik untuk menggalakkan kesihatan yang
baik.
Jadi sekarang, kita dah boleh nampak beza diantara istilah PROBIOTICS & PREBIOTICS.
9 Kebaikan Probiotik untuk Kesihatan
Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan
Membantu penurunan berat badan
Menjaga kesihatan pencernaan
Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan
Menjaga kesihatan kulit
Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah
Meredakan kemurungan dan kegelisahan
Membantu mengatasi ekzema
Membantu mencegah dan merawat cirit-birit
1. Seimbangkan ekosistem dalam pencernaan
Bakteria
dan kulat probiotik adalah sesuatu yang diperlukan oleh tubuh kerana
salah satu kelebihan probiotik adalah menyeimbangkan ekosistem bakteria
dalam pencernaan. Manfaat probiotik adalah menjaga keseimbangan dan
memastikan mikroorganisma yang baik dalam tubuh terus berfungsi dengan
baik. Ia juga boleh memberi kesan yang baik pada sistem imun anda. Ketidakseimbangan
mikroorganisma dalam saluran pencernaan berpotensi meningkatkan risiko
terkena penyakit, seperti penyakit jantung, diabetes, dan sebagainya.
2. Membantu penurunan berat badan
Berita
baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, kerana salah satu
kelebihan probiotik adalah membantu perjalanan anda dalam mencapai berat
badan ideal anda. Manfaat probiotik dalam penurunan berat badan
terbukti melalui penyelidikan yang mendapati bahawa bakteria probiotik
Lactobacillus gasseri dapat mengurangkan lemak perut dalam 12 minggu. Walau bagaimanapun, kajian lanjut mengenai fungsi probiotik mengenai penurunan berat badan.
3. Menjaga kesihatan pencernaan
Manfaat
probiotik yang paling terkenal adalah menjaga kesihatan pencernaan yang
bermanfaat untuk kesihatan. Probiotik dapat mengekalkan sistem
pencernaan yang sihat dengan menyeimbangkan semula ekosistem bakteria di
saluran pencernaan. Dalam menjaga kesihatan pencernaan, manfaat
probiotik juga dapat menghilangkan gejala sindrom iritasi usus, melawan
jangkitan dengan bakteria H. pylori yang dapat memicu barah gastrik, dan
mengatasi penyakit radang usus.
4. Mencegah dan membantu mengatasi infeksi saluran pernafasan
Satu
kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik adalah untuk mencegah dan
merawat jangkitan pernafasan, seperti selsema dan sebagainya. Pengambilan
bakteria probiotik lactobacillus dan bifidobacterium dapat memendekkan
tempoh penyakit yang dialami dan mengurangkan kadar ketiadaan akibat
penyakit.
5. Menjaga kesihatan kulit
Manfaat probiotik tidak hanya terbatas pada pencernaan, tetapi juga untuk menjaga kesihatan kulit. Kulat
probiotik atau bakteria diketahui dapat merawat jerawat, membantu
penyembuhan luka, dan melindungi kulit dari sinar matahari.
6. Menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah
Probiotik
didapati menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko
penyakit jantung. Selain itu, kelebihan probiotik adalah menurunkan
tekanan darah.
7. Meredakan kemurungan dan kegelisahan
Siapa
sangka bahawa kesihatan mental juga dapat dijaga dengan memakan jamur
atau bakteria probiotik? Pengambilan probiotik berperanan dalam
perkembangan otak untuk menghilangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.
8. Membantu mengatasi ekzema
Dalam
satu kajian, terbukti bahawa susu yang mengandung probiotik dapat
mengurangkan gejala eksim pada bayi atau anak-anak, dibandingkan dengan
bayi lain yang hanya minum susu biasa. Di samping itu, kajian lain
juga membuktikan bahawa ibu yang menggunakan probiotik semasa
mengandung, bayi mereka akan mengelakkan eksim sebanyak 83 peratus dalam
dua tahun pertama kehidupan.
9. Membantu mencegah dan merawat cirit-birit
Manfaat
probiotik yang cukup popular adalah untuk mencegah dan mengatasi
masalah saluran pencernaan, seperti cirit-birit. Perlu diingat,
cirit-birit adalah salah satu kesan sampingan penggunaan antibiotik. Ini
berlaku kerana antibiotik dapat menstabilkan bakteria baik dan buruk di
usus. Beberapa kajian menunjukkan bahawa manfaat probiotik dapat menghilangkan cirit-birit kerana kesan sampingan ubat antibiotik.
Walaupun
probiotik boleh didapati dalam banyak jenis makanan yang sedia ada di
rumah, terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum
mengamalkan probiotik untuk tujuan kesihatan.
Setiap spesies bakteria mempunyai keupayaan dan manfaat yang berbeza-beza.
Probiotik perlu diambil dalam kuantiti yang cukup untuk memberi kesan yang mujarab
Pengambilan
probiotik mungkin tidak sesuai untuk beberapa jenis penyakit atau
keadaan yang melibatkan sistem pertahanan badan yang lemah seperti
seperti HIV/AIDS, dan sebagainya. serta wanita mengandung (perlukan
nasihat dari doktor).
Peringatan sebelum mengambil Probiotik.
Siapa yang tak boleh ambil Probiotik?
Secara
umumnya, golongan yang paling berisiko mendapat apa-apa jenis jangkitan
ialah pesakit kanser, penghidap HIV/AIDS, pesakit yang baru menjalani
pemindahan sumsum tulang, dan pesakit yang menjalani rawatan steroid
jangka panjang. Golongan ini perlu lebih waspada dengan pengambilan
probiotik.
Anda perlu mendapatkan nasihat dokrot sekiranya anda
mengalami masalah penyakit pada pankreas, sistem imun lemah atau sindrom
usu pendek sebelum mengamalkan probiotik.
Tidak terkecuali
juga wanita hamil , menyu anak dan merancang hamil juga perlu dapatkan
nasihat doktor terlebih dahulu tentang pengambilan probiotik.
Peringatan Selepas Mengambil Probiotik!
Untuk
mendapat manfaat berpanjangan daripada probiotik, ia perlu diambil
secara berterusan kerana biasanya jumlah probiotik dalam usus akan
berkurangan apabila pengambilannya dihentikan.
Perlu anda ingat
juga probiotik dan prebiotik adalah supplements atau makanan tambahan
dan ia bukannya ubat ubatan. Namun dalam pengambilan makanan tambahan
ini ada perlu patuh pada kadar dos yang ditetapkan dalam sehari.
Kadar Probiotik Yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari
Kadar Probiotik yang diperlukan dalam tubuh dewasa adalah sekitar 10-20 billion CFU sehari untuk menjaga kesihatan imun dan pencernaan (Baca Disini) .
Untuk
yang tidak ambil prebiotik mungkin boleh amalkan 10-20 billion CFU
sehari. Apa-apa pun jika anda ragu boleh dapatkan nasihat doktor anda
untuk kadar yang sesuai untuk tahap kesihatan anda.
Bilakah Waktu Terbaik untuk Mengambil Probiotik?
Waktu
terbaik untuk mengambil pil probiotik adalah sebelum tidur. Ini kerana
semasa tidur, perut tidak begitu aktif menghasilkan asid. Dengan cara
ini, akan ada lebih banyak bakteria probiotik yang bertahan di saluran
pencernaan.
Selain itu, kebanyakan orang juga tidak membuang air
besar pada waktu malam kerana usus tidak banyak bergerak. Ini
membolehkan probiotik bertahan lebih lama, hancur, dan akhirnya menjadi
bahagian usus anda.
Namun, itu tidak bermakna anda tidak boleh
mengambil pil probiotik pada siang hari. Satu kajian dalam jurnal
Beneficial Microbes mendapati bahawa waktu ideal lain untuk mengambil
pil probiotik adalah 30 minit sebelum makan.
Dalam tempoh ini,
pengeluaran asid gastrik rendah sehingga bakteria probiotik dapat
bertahan lama di saluran pencernaan. Mengambil probiotik selepas makan
sebenarnya mengurangkan keberkesanannya kerana perut aktif mencerna
makanan.
Di mana untuk dapatkan makanan tambahan probiotik / supplements prebiotics?
Untuk dapatkan supplement probiotik dan prebiotik anda boleh dapatkan di GKB.
Terdapat pelbagai Variasi Produk berasaskan Probiotik dengan pelbagai
fungsi khusus yang ditawarkan. Anda boleh mengamalkan supplement
probiotik mengikut kebutuhan tubuh anda.
Probiotik Terbaik Untuk Keluarga -GKB
Kenapa
Cik iena katakan Probiotik terbaik untuk keluarga kerana GKB mempunyai
pelbagai jenis supplement yang mempunyai fungsi khusus yang berlainan
disamping mempunyai kandungan Probiotik sebagai kandungan utama yang
mana kandungan ini sangat bagus untuk usus kita. Setiap orang pasti
mengalami masalah kesihatan yang berbeza. Jadi boleh amalkan mengikut
keperluan tubuh masing-masing.
Probiotik Terbaik Untuk Keluarga -GKB
Produk GKB Membantu menjaga sistem penghadaman dan kesihatan Usus
Baru-baru
ini Cik iena telah muncuba produk probiotik daripada GKB. Produk
probiotik daripada GKB ini mempunyai pelbagai fungsi khuhus yang
tersendiri bagi setiap jenis supplement probiotik. Antara produk GKB
yang mengandungi Probiotik adalah seperti berikut
GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus
GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
Kelima-lima
produk GKB ini mempunyai fungsi khusus yang tersendiri. Anda boleh
amalkan produk GKB mengikut kebutuhan atau keperluan badan anda. Ianya
sesuai untuk diamalkan oleh seisi keluarga.
1. GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus
GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus
Ia
didatangkan dalam pembungkusan berkotak bewarna biru dan dalam bentuk
sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet . Tekstur GKB Probio+ ini
isinya berbentuk biji halus silinder . Rasanya manis-manis masam yang tidak
terlalu manis dan tidak terlalu masam. Cara makannya hanya tuang terus ke dalam mulut atau
boleh juga di campur dalam jus minuman. GKB Probio+ ini mempunyai 5
jenis bakteria probiotik yang aktif tau dan terdapat 4 jenis prebiotik
yang mana ia dapat membantu dalam proses pencernaan dan mengurangkan
sembelit dan juga ciri birit.
GKB Probio+ : Untuk Membaiki Usus
Selain
daripada itu, ianya juga membantu dalam proses pencernaan dan
penyerapan nutrien daripada makanan seterusnya dapat mengekalkan
keseimbangan mikroflora usus serta dapat membantu meningkatkan imuniti
tubuh badan anda.
2. GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis
GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis
Ianya
didatangkan dalam pembungkusan kotak berwarna ungu dan dalam bentuk
sachet. Setiap kotak mengandungi 30 sachet cukup untuk sebulan dan
setiap sachet memgandungi 4.5 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Rasa supplement ini manis manis dan sedikit masam tapi tidak terlalu manis dan masam.Supplement ini bagus untuk menngurangkan masalah Gastritis.
Apa tu Gastritis? Gastritis adalah keradangan perut. Tandanya seperti rasa nyeri ulu hati,mual,muntah dan rasa nyeri di perut.
GKB Probizymes : Untuk Mengurangkan Gastritis
Gabungan
kedua-dua bakteria ini dapat memberikan perlindungan optimum kepada
saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada
makanan, mengekalkankeseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan
imuniti.
Untuk anda yang mengalami masalah sembelit ringan dan senak perut boleh mengamalkan GKB Probizymes.
3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
Ia
juga didatangkan dalam kotak bewarna pink dan dalam bentuk sachet.
Rasanya manis-manis seperti gula-gula. Isinya juga berbentuk biji halus
silinder dan mengandungi 30 sachet.
Untuk anda yang mengalami
masalah kulit kering dan sensitif anda boleh amalkan GKB Lactobacillus
Rhamnosus Plus ni. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga mengandungi
probiotik Lactobacillus rhamnosus yang dapat mencegah gastrousus (
radang usus ) seperti usus bocor atau dysbiosis ( ketidakseimbangan
mikroorganisma dalam badan )
GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
Cik
iena mengalami masalah kulit kering, memandangkan usia Cik iena 3
series jadi memang tak lari dari masalah kulit kering.Supplement ini
sangat sesuai dengan Cik iena kerana dalam usaha menjaka kesihatan usus
cik iena juga ingin tampil cantik, kulit sihat dari dalam. Untuk
mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, Cik amalkan secara
konsisten.Hasilnya kulit menjadi lembab dan masalah susah untuk membuang
berkurang. Walaubagaimana kesan setiap supplement adalah bergantung
pada individu.
Produk ini juga dikatakan dapat membantu mencegah
jangkitan alat kelamin wanita,meningkatkan imuniti dan melegakan
penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob.
4. GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
GKB
G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik. Ianya
didatangkan dalam bentuk kapsul.Setiap kapsul mempunyai 80 bilion
jumlah bakteria probiotik hidup yang mana ianya boleh membantu
meningkatkan flora usus.
GKB G-Pro Gold : Untuk Mengurangkan Sembelit
Produk
ini khas untuk membaiki usus. Untuk anda yang mengalami masalah iritasi
usus,cirit birit yang teruk boleh mengamalkan supplement ini.
5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini sangat sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan atau yang ingin kurus. Fungsi-fungsi
supplement ini adalah untuk membantu mengurangkan penyerapan kalori,
meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, meningkatkan
kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang berpunca
dari sinaran UV
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 : Untuk Mengawal Minyak dan Mengurangkan Kalori
GKB
Lactobacillus Plantarum GKM3 ini juga sekiranya diamalkan
pengambilannya secara berterusan, ianya dapat membantu masalah sembelit,
masalah kulit kering, mengurangkan kedutan kulit, menganjalkan kulit
dan meningkatkan kesihatan.
Supplement ni bagus untuk kurangkan berat tapi disebabkan sekarang Cik iena tengah review slimming treatment jadi Cik iena tak ambil produk ni lagi sebab Cik iena nak tau keberkesanan slimming treatment tu dan kalau makan supplement ini mungkin juga kesan turun berat lebih drastik disebabkan dalam masa sama buat Cik iena ada buat slimming treatment. Nanti orang salah anggap keberkesanannya.
Selesai Cik iena buat slimming treatment baru Cik iena cuba produk ini sebab nak tau juga keberkesanannya tanpa amalkan slimming treatment.
Kelima-lima supplement ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Anda boleh amalkan mengikut kebutuhan tubuh badan anda.
CIk
iena suka dengan GKB Lactobalicilus Rhamnosus Plus kerana selain
menjaga usus kita, ianya juga membantu untuk menjaga kulit dari dalam.
Kulit lebih lembab dari sebelum ini dan masalah susah nak membuang tu
pun beransur baik.
Untuk info, kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul probiotik ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.
Anda di luar sana juga boleh amalkan produk GKB ini, untuk kesihatan perut dan usus anda juga.
Dimana untuk dapatkan Produk GKB?
Untuk pengetahuan produk GKB boleh didapatkan di Farmasi terdekat termasuk Alpro Pharmacy atau boleh buat pembelian secara online di https://mygkb.com
Selain itu anda juga boleh message mereka di akaun sosial media mereka.
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com