The Lemuni merupakan antara Kedai Makan yang dikenali di Janda Baik, Pahang. Kedai makan yang menawarkan menu kampung dengan dekorasi suasana kampung yang cukup indah dan tenang. Walaubagaimanapun harga makanan ini boleh dikatakan mahal dan portion nya juga sangat sedikit.
Bergambar bersama rakan
Sedang mengambil ulam ulaman dan sambal untuk set lunch
Pada sebelah pagi menu yang ditawarkan adalah menu buffet berharga RM45 per pax. Tengah hari pula menu set. Tiada pilihan ala carte untuk waktu pagi mahupun tengah hari. Menu ala carte hanya bermula jam 4 petang keatas.
Maaf semasa keberadaan disini Cik iena tak sempat ambil gambar banyak kerana sibuk berborak bersama rakan-rakan dan ada diantara rakan-rakan yang terkesima dengan harga jadi Cik iena tak sampai hati nak beria pergi sekitar kawasan ini untuk ambil gambar. Nanti nampak macam Cik iena seorang je enjoy pergi tempat ni. Walaupun hati memberontak rontak nak pusing pusing ambil gambar kan haha
The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang
The Lemuni , Janda Baik Pahang
Pintu masuk The Lemuni , Janda Baik Pahang
Dari segi price Cik iena ok sahaja asalkan tempat tu meet my criteria. Banyak tempat Cantik untuk bergambar. Tapi memandangkan Cik iena datang bersama rakan -rakan dan bukan semuanya sama citarasa. Jadi Cik iena tidak lah beriya pergi ambil gambar di kawasan sekitar.
Jadi hanya ini sahaja gambar yang ada. Tapi memang tempat ni susasana sangat cantik lagi lagi makan di bawah rumah tu. Kampung Vibes sangat tau. Boleh tonton reel cik iena untuk lihat makanan yang kami pesan.
Cik iena cuma ambil gambar menu untuk makan tengah hari untuk rujukan. Untuk menu lain tak ambil. Kalau owner kedai panggil suruh review baru kene ambil semua gambar menu. Tapi memandangkan Cik iena datangsendiri makan dengan kawan kawan CIk iena ambil yang berkaitan sahaja.
Berikut untuk harga makanan sebagai rujukan anda juga ok
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
HArga Makanan The Lemuni , Janda Baik Pahang
Jumlah harga kami makan 13 pax versi order berjimat RM413 . Ambil set 4 pax tu dua set kemudian tambah nasi putih dan tambah 1 jug air teh o. Sebab air yang dia bagi tak cukup menampung 13 pax sebab order 8 pax kan. Cik iena ingatkan ya portion makanan disini sangat sedikit. Jadi sebenarnya apa yang kami order sangat tidak cukup untuk 13 pax. Kemudain tambah dua telur dadar. Jadi kalau dia tulis 4 Pax. Ianya sekadar cukup untuk mengalas perut 4 pax tanpa lebihan makanan. Kalau yang makan tu jenis suka makan bertambah. Ianya sangat tidak mencukupi.Sangat berbeza portion makanan kedai lain yang agak banyak untuk harga macam ni. Sampai KL memasing cari makan lagi sebab lapar. Terpaksa makan sikit dekat The Lemuni sebab portion sikit tak seperti kedai lain yang kebiasaannya order untuk 4 pax akan ade lebihan makanan jadi boleh ambil 4 pax makan untuk 5 atau 6 pax. Sangat berbeza tau. SKIT. Banyak kali highlight ni haha. Jangan cakap cik iena tak Habaq naaaaaa.
Info dibawah yang cik iena dapat dari instagram @thelemuni pada november 2023
Buffet Sarapan Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja Makan Tengahari Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin. Buffet Hi Tea Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja TUTUP Selasa & Rabu
Baru baru ini Cik iena ada buat persembahan drama pendek dan tarian dari filem hindustan Kuch Kuch Hota hai. Persembahan ini sempena Annual Dinner Ionnex . Kebiasaannya semasa Annual Dinner memang akan ada persembahan daripada Staff.
Jadi tahun ini ada dua persembahan tarian Bollywood dari Staff. Salah satunya dari kumpulam Cik iena. Kami Committee Buffed Club . Buffed Club ni macam persatuan lah dekat sekolah sekolah. Persatuan yang handle aktiviti inddor dan outdoor untuk Staff.
Sebelum Cik iena berkongsi cerita lebih panjang untuk tulis artikel mengenai Majlis Annual Dinner ni Cik iena kongsi terlebih dahulu Video persembahan dari kami.
Untuk info pakaian yang kumpulan Cik iena gayakan adalah dari Saimika Trends Brickfields .Harga rental adalah bermula dari RM100 hingga RM500 . tetapi ada diantara rakan Cik iena yang dapat diskaun rental baju RM50 sahaja.
SAIMIKA TRENDS (BRICKFIELDS)
No 257-2 floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
SAIMIKA TRENDS (RAWANG)
B3A, 2, Jalan Rawang, Pusat perniagaan reef 2, 48000 Rawang, Selangor
Solekan pula dari Pinky Shero Global By Amber Chia
Credit Video to Sam (Mohd Zulhijrah)
First Song Yeh Ladka Hai Deewana By Jatin-Lalit, Udit Narayan, Alka Yagnik
Second Song Kuch Kuch Hota Hai By Jatin-Lalit, Udit Narayan
Third Song Ladki Badi Anjani Hai By Jatin-Lalit, Kumar Sanu, Alka Yagnik
Fourth Song Saajanji Ghar Aaye By Jatin-Lalit, Kumar Sanu, Alka Yagnik, Kavita Krishnamurthy
Thing to remember
Persembahan kedua daripada team Megan. Berbeza dengan team iena buat drama and tarian. selama 7 minit ++ . Mereka cuma buat tarian 2 minit sahaja.
Wokay nanti Cik iena sambung cerita mengenai Annual Dinner tahun ni yang mana Cik iena terlibat dari awal sampai akhir tanpa pengsan. Tahun sebelum ni CIk iena memang terlibat dari awal tapi penghujungnya pengsan sebab terlalu penat urus event dengan lokasi dewan dan bilik hotel yang jauh.
Aplikasi Carput dapat membantu pemandu kereta di Malaysia yang merangkumi servis hantar & pasang bateri kereta, 'jumpstart' bateri, tukar tayar pancit, penghantaran petrol dan khidmat tundaan, 365 hari setahun.
Baru-baru ni kereta Cik iena tiba-tiba tak boleh start. Mengikut tanda-tanda icon tu menunjukkan masalah bateri. Memandangkan Cik iena sendiri sedia maklum yang bateri kereta dah lama tak tukar. Jadi memang Cik iena takde call adik lelaki tanya masalah dan apa perlu buat.
Cik iena terus google penggantian bateri kereta online. Kalau kita duduk di kampung atau dekat sedara mara boleh panggil untuk jumstary kereta bawa ke bengkel lan. Memanndangkan Cik iena duduk bujang seorang jadi Cik iena decide untuk terus booking via apps sahaja.
Sebelum ni ada je dalam group Skyawani 3 hantar message minta tolong orang jumper. Cik iena macam segan sikit. Lagipun benda boleh setel sendiri kita uruskan sendiri lebih mudah. Lainlah kalau kejadian ni terjadi masa di luar kawasan rumah mungkin Cik iena sedikit kelam kabut.
KEjadian kereta tak boleh start berlaku di parking rumah masa CIk iena nak pergi kerja hari isnin 2 Oktober. PErkara pertama CIk iena message boss request WFH sebab kereta tak boleh start. Selepas tu mesej kawan office yang patut tau juga.
Lepas tu baru Cik iena google macam mana nak tukar bateri kereta. ada tiga empat syarikat juga. Lepas kawan suggest Carput , Cik iena pun buat perbandingan harga dengan aplikasi lain. Memandangkan di Carput lebih murah dan harga dipamerkan adalah harga termasuk penghantaran, trade in bateri lama dan servis pemasangan bateri baru. Cik iena pilih CArput.
Sebelum Cik iena kongsi pengalaman CIk iena cerita sedikit mengenai Carput.
Apa itu Aplikasi Carput?
Aplikasi Carput adalah platform mudah alih yang direka khas untuk membantu pemilik kenderaan mengatasi situasi darurat semasa memandu, seperti kenderaan rosak, kehabisan bahan api, atau tayar pancit. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri yang sangat berguna untuk menjadikan pengalaman memandu anda lebih selamat dan selesa.
Manfaat Utama Aplikasi Carput
Pemulihan Kenderaan Darurat
Salah satu ciri yang paling penting dalam Aplikasi Carput adalah perkhidmatan pemulihan kenderaan darurat. Jika anda mengalami masalah dengan kenderaan anda, seperti terkandas di jalan, hanya dengan beberapa ketukan pada skrin telefon anda, anda boleh membuat tempahan bantuan yang akan tiba di lokasi anda dengan segera. Ini membantu anda menjimatkan masa, wang, dan mengurangkan stres yang mungkin timbul dalam situasi darurat seperti ini.
Bahan Api Dihantar ke Anda
Aplikasi Carput juga menyediakan perkhidmatan penghantaran bahan api terus ke lokasi anda. Jika anda kehabisan bahan api atau hanya ingin mengelakkan beratur panjang di pam minyak, aplikasi ini akan membantu anda mendapatkan bahan api dengan cepat dan mudah.
Penjadualan Penyelenggaraan Berkala
Aplikasi Carput membolehkan anda menjadualkan penyelenggaraan berkala untuk kenderaan anda, termasuk servis berkala dan pertukaran minyak. Dengan sistem pemberitahuan yang terintegrasi, anda tidak perlu bimbang melepaskan jadual penyelenggaraan penting untuk kenderaan anda.
Perkhidmatan Tayar Pancit
Masalah tayar pancit adalah perkara biasa yang boleh berlaku semasa memandu. Aplikasi Carput boleh membantu anda mendapatkan perkhidmatan membaiki tayar pancit dengan cepat dan cekap, membolehkan anda meneruskan perjalanan anda dengan selamat.
Pemberitahuan dan Penjejakan Real-time
Aplikasi ini juga menyediakan ciri-ciri pemberitahuan dan penjejakan waktu sebenar, yang membolehkan anda tetap dimaklumkan tentang status bantuan yang anda pesan. Anda boleh melihat di mana bantuan anda berada dan berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke lokasi anda.
Ketersediaan 24/7
Perkhidmatan Aplikasi Carput tersedia sepanjang masa, 24/7, membolehkan anda bergantung pada bantuan darurat pada bila-bila masa yang anda perlukan, malah pada waktu tengah malam atau hari perayaan sekalipun.
Kesimpulannya Aplikasi Carput adalah alat yang sangat berguna untuk pemilik kenderaan yang ingin menjaga mobiliti mereka tetap lancar dan bebas masalah. Dengan ciri-ciri seperti pemulihan kenderaan darurat, penghantaran bahan api, penjadualan penyelenggaraan berkala, dan perkhidmatan tayar pancit, Aplikasi Carput memberikan penyelesaian menyeluruh kepada masalah yang sering dihadapi oleh pemilik kenderaan. Oleh itu, jika anda ingin menjaga kenderaan anda dalam keadaan terbaik dan merasa lebih selamat semasa memandu, pertimbangkan untuk memuat turun Aplikasi Carput hari ini. Dengan begitu, anda dapat meraih ketenangan fikiran yang anda cari semasa berada di jalan.
Selesai download apps dan daftar. Ikut sahaja step, masukkan maklumat kereta dan booking slot anda. Untuk kes CIk iena booking jam 1 tengah hari sebab CIk iena kira bekerja WFH. Jadi Cik iena schedule jam 1pm untuk penggantian bateri kereta.
Nanti pihak Carput akan whatsapp kita.
Terima Kasih atas pesanan anda. sila ambil perhatian bahawa.
1-Technician akan menelefon sebelum menuju ke sana , sila angkat panggilan telefon jika tidak technician tak akan bergerak ke lokasi 2-Technician akan menyemak sebelum menukar bateri 3-Harga sudah ada dengan trade in 4-Pemasangan dan penghantaran percuma 5-Sebarang pembatalan jika juruteknik tiba di lokasi anda akan dikenakan caj perkhidmatan RM60
Waranti 15 bulan bermaksud dari tarikh pasang bateri jika ada masalah bateri boleh rujuk Carput. Selepas 15 bulan memang kene tukar bateri baru. So Cik iena kene ingat 2 MArch 2025 perlu tukar bateri kereta ya
Untuk kes emergency yang berada diluar rumah mungkin perlu buat dalam masa terdekat. Untuk info pembayaran dibuat selepas selesai penggantian bateri baru. Staff CArput akan hantar pautan untuk bayar. Selesai bayar pekerja yang hadir akan ambil gambar resit pembayaram kita dan resit akan di email kemudian.
Mudah sahaja berurusan dengan Carput. Tempoh menggantikan bateri tak sampai 10 minit. Kira cik iena tengok jam cik iena mesej dia tunggu dimana dan selesai pembayaran dah tunggu lift tu tak sampai 10 minit. Sangat sekejap.
Mula mula dia akan cek bateri kereta. Just ikut arahan dia suruh start then cabut kunci. Lepas cek bateri dia tukar bateri. Lepas tukar untuk test, dia suruh once bunyi alark kereta, masukkan kunci kereta, just on tak perlu start kemudia tekan button matikan alarm kereta. Then bukak aircond and lampu .
Selesai boleh buat pembayaran. Tak samai 10 minit semua selesai. Jadi kepada anda diluar sana if ada masalah bateri boleh try Carput ok.
Cik iena tulis artikel ini untuk rujukan Cik iena juga. Kebiasaannya segala berkaitan kereta Cik iena akan google dekat blog Cik iena dulu ada tulis apa-apa tak. Untuk kes servis kereta, tukar tayar Cik iena ada tulis. Jadi ada rujukan. Untuk kes bateri kong nampaknya masa bateri kong sebelum ni Cik iena sangat sibuk dan tak tulis di blog. Jadi hari ini selepas selesai tukar bateri Cik iena terus tulis untuk rujukan Cik iena di masa hadapan dan juga untuk rujukan anda yang mengalami masalah sama seperti Cik iena.
Okay dekat atas Cik iena tulis takde tulis artikel mengenai tukar bateri kereta sebelum ni kan. Cari balik rupanya Cik iena cuma buat vlog. Tapi situation lain masa PKP. haha lama sangat tu tak tukar bateri. Masa tu pun beli bateri yg mahal dekat bengkel kereta. 3 Tahun yang lepas ya haha . Okay nanti Cik iena review bateri paling murah yg CIk iena beli ni tahan berapa lama . Sebelum ni beli yang mahal tahan 3 tahun 5 Bulan. Lupa pulak nak catiti jenama bateri haha. Kali ni catit
Sempena hari kemerdekaan yang menjelang tiba pasti terdapat pelbagai sambutan yang diadakan bagi mengenang kembali saat-saat kemerdekaan negara kita yang tercina. Bagi Meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 pada 31 Ogos 2023 dan Hari Malaysia ke-60, Dorsett Grand Subang telah melancarkan "pop-up outlet Dorsett Kopitiam" di Lobi Hotel pada 14 Ogos 2023 sehingga 16 September 2023.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
"pop-up outlet Dorsett Kopitiam" ini Dianggap sebagai elemen penting dalam budaya dan sejarah Malaysia, kopitiam telah wujud sejak akhir 1800-an dan merupakan tempat berkumpul masyarakat kita pada ketika itu. Dengan adanya Dorset Kopitiam ini sememangnya ianya akan mengembalikan nostalgia ketika zaman kemerdekaan dahulu .
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Nenek dan atuk anda pasti merindui zaman kegemilangan ini. Dorsett Grand Subang mengambil inisiatif ini untuk menyemarakkan lagi semarak kemerdekaat bagi mengimbau kembali nostalgia zaman-zaman kemerdekaan dengan melancarkan Dorsett Kopitiam ini.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Jom, hidupkan semula pesona kopitiam di Dorsett Grand Subang.
Dari lantai berjubin mozek kepada suasana nostalgia keseluruhan dan sudah tentu banyak makanan ‘lepak-ing’ seperti telur kampung rebus lembut, roti bakar dengan mentega dan kaya, nasi lemak bungkus, tart telur Portugis, popiah goreng, cucur udang dan karipap.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Semua item berharga RM12.80 setiap pesanan termasuk pilihan minuman Milo, Teh Tarik, Kopi Lokal atau Nescafe Tarik. Sekiranya ingin memesan Tempahan minuman A-la-carte , ianya berharga RM6 bersih setiap pesanan.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Tambah lagi menarik dan mengimbau nostalgia bila dapat makan Biskut Icing gem colorfull. Biskut yang rapuh dengan pusaran aising berwarna-warni di bahagian atas. Tak lupa juga Biskut roti kering bergula yang sesuai dengan secawan kopi panas.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Semua ini dan banyak lagi cookiesyg mengimbau zaman lalu juga akan dijual di Dorsett Kopitiam. Tin kecil 450gm berharga RM18.00 bersih atau jika beli sebekas biskut 100 gsm pada harga RM6 bersih sahaja.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam dibuka dari 10.30 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat hingga 16 September 2023.
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set
Bukan itu sahaja terdapat juga Afternoon Tea Set yg berharga RM98 nett untuk 2 pax (Setiap hari pada 12pm to 5pm)
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
Afternoon Tea Set sememangnya adat Inggeris tetapi kini dengan sentuhan tempatan yang menampilkan juadah kegemaran seperti kuih talam, bingka ubi, ayam mini panggang percik, dan banyak lagi kek stan bertingkat.
Afternoon Tea Set di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Dorsett Kopitiam di Dorsett Grand Subang
Untuk reservation sila hubungi 603 5031 6060 atau email bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Umum mengetahui kini KL East Park Hiking Trail telah pun dibuka kepada umum. Memandangkan untuk hiking disini memerlukan kita untuk mendaftar. ramai yang tertanya-tanya bagaimana. termasuklah Cik iena. Cik iena kongsikan cara untuk booking KL East Park Hiking ya. Untuk pengetahuan KL East Park Hiking Trail percuma kemasukan sehingga 31 Ogos 2023 . Selepas pada itu ada bayaran kemasukan dikenakan. Berapa RM masih belum diketahui.
Cara Booking KL East Park Hiking Trail
Anda perlu layari https://klepark.simedarbyproperty.com/ Kemudian pada bahagian atas kanan klik button sebelah explore dan kemudian klik Book your hike , button bewarna merah.
Kemudian isi maklumat yang diperlukan, sebelum itu baca dulu terma dan syarat ya. Untuk pengetahuan kita cuma boleh booking 3 hari sebelum Hike, Cik iena booking seminggu awal jadi tak boleh. Nanti 3 hari sebelum hiking Cik iena akan booking dan sambung tulis artikel ya.
Jadi 3 hari sebelum iaitu hari khamis Cik iena booking dah penuh tinggal slot jam 2 - 4 ptg. Disebabkan petang, kami tak jadi booking sebab petang dah ada plan lain. Jadi pergi lain kali lah.
BOOKING KALI KEDUA SETELAH KALI PERTAMA FULL SLOT
Sekali lagi Cik iena cuba booking tetap mengalami masalah yang sama, pening betul sistem mereka terlalu cepat penuh dan tak pasti berapa quota. Cik iena nak pergi 9 July 2023 . 5 July Cik iena cuba masih tak boleh perlu 3 hari sebelum. Kemudian 6 July 2023 00.30:00 cik iena booking lagi masih error sama 3 hari sebelum.
Already Exceed MAximum No Of Person Allowed For This Slot. Time booking 10.00 am 6 July, nk booking 9 July 11 am.
6 July jam 10 Cik iena booking , slot pkl 7 am da penuh, ambil yang pukul sembilan. Dapat error exceed quota .
Advance booking should be made not more than 3 day(s) from Today. Time booking 10.20 am 6 July, nk booking 9 July 11 am.
Cuba yang jam 11 dapat error kene booking 3 hari sebelum . Mungkin kene booking jam 11 . Sekejap lagi cik iena cuba. Secara keseluruhan Cik iena rasa sistem booking sangat tidak friendly dan sangat menyakitkan hati. TOlong maklumkan berapa quota dalam sehari untuk setiap slot boleh tak. Sebab ada yang pergi dalam kumpulan yang ramai.
Untuk pengetahuan Dalam satu booking cuma boleh 5 orang sahaja. baru booking satu da exceed quota. Terlalu istimewa sangat ke tempat ni mengannoyingkan bila nak booking hiking slot.
THANK YOU! THANK YOU! YOUR BOOKING IS NOW PENDING APPROVAL FROM THE KL EAST PARK TEAM AND YOU WILL RECEIVE AN EMAIL ON THE APPROVAL/REJECTION. PLEASE BE INFORMED THAT THE APPROVAL/REJECTION WILL BE MADE ONLY BETWEEN 7.00 A.M. TO 5.30 P.M.
TEPAT JAM 11 IENA SUBMIT FORM, ADA DUA FORM SEBAB 8 ORANG. SATU BUKAK DEKAT CHROME DAN SATU LAGI MOZILA DIMANA DUA-DUA FORM IENA DAH ISI DETAILS SIAP-SIAP. TEPAT JAM 11 SUBMIT
*Last entry at 4:30PM Lot 201064, Jalan Melati Kuarza 3, 53100, KL East, Kuala Lumpur All vehicles are to be parked at the KL East Sales Gallery or the KL East Mall and visitors are required to walk to the park (5 minutes). No vehicles are allowed to be parked by the roadside of the Park 019-300 3634
* Kindly note that we are unable to respond to text or WhatsApp messages via this number presently, only telephone calls. Do drop us an email instead. Our sincere apologies for any inconvenience caused.
NANTI IENA UPDATE STORY BOOKING APA CERITA. SETAKAT FORM DI SUBMIT TIADA DAPAT EMAIL LAGI.
Okay selepas 17 minit Cik iena dapat email pengesahan untuk tempahan Hiking slot ni . Nanti nak masuk dan keluar perlu scan QR Code yang diberi. Ada dua QR Code berlainan.
NAnti Cik iena kongsi Vlog Hiking dekat sini. Terlalu cantik sangat ke sampai nak booking penuh selalu. Susah jugak lah nak booking tu . Korang perlu booking secepat yang mungkin sebab nanti slot penuh. NAnti kalau ada orang dekat sana untuk Cik iena tanya Cik iena akan tanya berapa quota untuk hiking kat sini. Dan berapa bayaran nanti bila dah mula dikenakan bayaran. Okay korang jumpa next vlog ya.
Secara kesimpulannya jika nak pergi Hiking pada 9hb ditolak 3 bersamaan 6 . maka 6Hb pada masa yang kita nak datang kita perlu booking online. Contoh nak hiking jam 7 maka 6hb jam 7 pagidah boleh mula buat booking.Perlu booking on time kalau tidak akan penuh . Memang cepat sangat penuh. Mungkin sebab masih percuma :)
BERITA BAIK KL EAST PARK HIKING TRAIL PERCUMA SEHINGGA PENGHUJUNG 2023
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com