----- Forwarded Message ----
From: My friend
Sent: Mon, March 22, 2010 3:58:38 PM
Subject: Fw: Rahsia Diri Melalui Darah
Rahsia Diri Melalui Darah
SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’, ini bererti dia
tergolong dalam lingkungan individu yang serius dan berusaha untuk membina
kesempurnaan diri. Umumnya, golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.
Setelah mendirikan rumah tangga, dia akan menyayangi isterinya sepenuh
hati. Bak kata org tu, segala-galanya dicurahkan kepada isterinya. Bahkan
setiap kali kluar rumah, dia selalu ingat kepada anak dan isterinya di
rumah. Berbahagialah kamu kerana dia akan berusaha menjadi pasangan hidup
kamu yang baik dan sangat bertanggungjawab. Mereka yang tergolong dalam
kolompok ini merupakan individu yang ‘gentleman’. Namun kamu harus sedar
pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu. Mereka juga
berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yang sempurna. Si dia mungkin
naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yang tidak
terurus. Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yang baik. Dia
cenderung bertindak selaku ketua di rumah. Berkemungkinan juga, sekiranya
dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan, dia akan melampiaskan
kemarahannya itu kepada pasangannya sendiri. Wow!! Bahaya juga tu.
SI DIA BERDARAH “B”.
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn
individu yang terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’. Dia hanya melakukan
perkara yang dia mahu saja. Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi
bingung. Contohnya, ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,
tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman-teman hingga larut
malam. Berhati-hati sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu. Biasanya
individu yang tergolong dalam kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya
sendiri berbanding keluarga. Apa yang diinginkannya ialah menikmati
kehidupan. Tanggungjawab kepada keluarga memang kurang. Walau bagaimana pun
si dia tidak akan menyusahkan kamu. Kamu perlu ingat, pasangan jenis ini
lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan. Sekiranya korang di
kurniakan cahaya mata, berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri
Jhati biarpun terhadap anak sendiri.
SI DIA BERDARAH “O”.
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’, kamu
perlu persiapkan diri kamu dari segi mental. Berkemungkinan besar si dia
boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti. Ketika sedang
hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yang
romantis dan sering melindungi kamu. Namun setelah mendirikan rumah tangga,
biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yang penting
sahaja. Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya
si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dalam satu masa. Jangan bimbang,
dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yang baik. Jadi kamu masih boleh
bergantung hidup pada si dia. Selain itu golongan ini juga terdiri dari
individu yang sentiasa bekerja keras. Berhati-hati dalam komunikasi korang.
jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di
harap pasti si dia terus merubah sikapnya kepada seorg yang pemalas!!
SI DIA BERDARAH “AB”.
Beruntung kamu. Individu ini adalah seorg yang prihatin. Ketika kamu sedang
sakit, si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu
sama ada telefon atau sms. Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat untuk
dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu. Dia tidak
suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya. Sebagai pasangan, kamu
pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini. Setelah mendirikan rumah tangga,
kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya. Sesungguhnya, dia
seorg yang suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia
peribadi dan fikirannya sendiri.
ANDA BERDARAH “A”.
Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yang
baik. Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara, dari urusan di rumah
hingga mendidik anak dengan baik. Kamu rela bangun pagi untuk memasak dan
menguruskan rumah tangga. Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri
yang sempurna. Kadangkala, ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana
tidak mempunyai masa untuk kesenangan peribadi. Baik kamu ubah sikap
sebegini.
ANDA BERDARAH “B”.
Kamu seorg yang trendy dan suka bersosial. Kamu masih belum bersedia untuk
menjadi isteri dan ibu. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang
hari. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa
diri. Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorg ibu
dan isteri yang baik. Kadangkala, kamu agak egois, namun kerana kamu sangat
mempersona, teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu
perkara lagi, kamu adalah individu yang boros. Awas!!!.
ANDA BERDARAH “O”.
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan. Setelah mendirikan rumah tangga
kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu. Sekiranya suami pulang lewat
malam, kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri
kamu sebagai ibunya. Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat
tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Setelah di kurniakan cahaya
matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.
Awas, nanti suami kamu kesepian. Setelah bergelar ibu, kamu terus
mengabaikan penampilan kamu. Ingat! Itu akan mengurangi keseksian kamu
sebagai wanita. Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan?
ANDA BERDARAH “AB”.
Kamu wanita cerdas. Mampu menjaga suami dengan baik. Masalah kewangan kamu
hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu pergunakannya untuk
meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktiviti baru. Kamu
tidak suka menjadi ibu-ibu. Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha
untuk menjadi sempurna dari segala segi. Ini menjadikan suami kamu takut
sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu. Sifat “cool”adalah milik kamu. Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki.