Grab The Promo
Grab The Promo

MENGENAL HATI BUDI LELAKI


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.


Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka.

Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya


Sumber : azhaan.com

Nota Blog : Untuk rujukan cik iena nie, cik iena dalam tempoh mengenal hati budi anak pakcik yahya (^_~) Awakkk da hampir setahun saya menyelam hati budi awak. Awak special dari lelaki lain yang saya kenal. Walaupun awak pendiam dan pemalu tapi saya tak tau mana datangnya kekuatan untuk terus  bersabar dan terus memahami awak hahaha Hope Persahabatan kita kekal :)



iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga


Tempoh yang cukup singkat bersama anak syurga ini cukup membuat hati cik iena tersentuh. Penantian selama 6 tahun berumahtangga untuk mempunyai cahayamata sendiri hanya satu jam sepuluh minit sahaja. Kejadian berlaku kepada sahabat baik cik iena. Cik iena turut sama berada di Wad bersalin hospital Selayang menemani sahabat. Pada asalnya cik iena hadir untuk berkongsi kegembiraan setelah 6 tahun penantian . Ini merupakan perkahwinan kedua sahabat cik iena , suzie. Setelah 6 tahun menunggu cahayamata akhirnya impian di kabulkan. Tetapi Allah lebih menyanyangi bayi nya.

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Cik iena hadir ke hospital untuk berkongsi kegembiraan tetapi malangnya ketika cik iena masih memandu ke hospital . Suzie, memberitahu bahawa bayi nye telah menghembuskan nafas yang terakhir . Sebak rasa hati . Cik iena teruskan pemanduan ke hospital untuk memberi semangat kepada Suzie .

Berikutan daripada viral sis ruqyah yang gambar nya dimuat naik tersenyum bersama arwah anaknya sebelum di kebumikan . Cik iena terdetik untuk menulis kisah sahabat cik iena diatas keizinan beliau. Beliau turut sama rasa simpati dan katanya disebalik senyuman itu orang tak tahu apa yang terpendam didalam hati seperti apa yang terjadi pada beliau. Menurut beliau lagi jika diizinkan Allah beliau juga ingin memeluk bayinya ketika di kapankan tetapi Malangnya beliau tidak boleh berbuat demikian kerana banyak prosuder hospital yang perlu dipatuhi untuk keluar daripada hospital.
Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Ketika cik iena sampai di hospital pada 25 April 2015  lebih kurang pukul 10 malam , Suzie masih didalam bilik bersalin . Masih tidak dibenarkan keluar . Cik iena minta kebenaran pengawal keselamatan untuk naik sebab kes kecemasan bayi yang dilahirkan meninggal. Pegawai keselamatn memberi keizinan untuk naik.

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga


Setibanya cik iena diatas cik iena bertemu suami suzie, mengalir air mata terus bila suami suzie beritahu baby meninggal selepas diazankan oleh beliau . Tak tertahan sedih dihati ni . Penantian selama 6 tahun. Anak pertama yang dikandungkan hanya bertahan selama satu jam sepuluh minit sahaja .

Menurut Suzie,  selepas bayi dilahirkan  pada pukul 8.15 PM doktor memberitahu bahawa bayinya mengalami masalah paru-paru kecut dan kurang oksigen . Ini berlaku kerana kekurangan air ketuban dari awal kehamilan. Doktor memaklumkan tiada perubahan pada bayi selepas bantuan oksigen di berikan , Suzie hanya mampu memeluk bayi nya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir dan berpesan pada bayi nya bertahan lah sehingga abah sampai. Alhamdulillah bayinya sempat diazankan oleh suaminya. Setelah selesai azan, bayinya menghembuskan nafaz yang terakhir pada 9.25 PM .

"Baby bertahan ye sayang, tunggu abah sampai"



Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Cik iena dibenarkan jumpa Suzie sekejap sahaja semasa sesi pemindahan daripada bilik bersalin ke Wad . Ya Allah tenang sungguh sahabat cik iena. Tidak mengalir setitis pun air mata  membuatkan cik iena menahan air mata yang ingin mengalir kerana tidak mahu suzie turut sama sedih . Betapa cekal nya hati Suzie . Dalam hati tak siapa yang tahu kan betapa sedih nya hati 6 tahun penantian untuk mempunyai cahayamata sendiri. Sebelum ini Suzie mengambil seorang anak angkat perempuan yang sekarang berusia 2 tahun . Perkahwinan kedua beliau bersama seorang duda anak 5 .



Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
status suzie hari ini 26 may 2015

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
cik iena bersama uzma, anak angkat suzie

Satu Jam Sepuluh Minit Bersama Anak Syurga
cik iena bersama suzie (tudung grey ) dan ummi, bff since sekolah
Cik iena tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian arwah kerana pagi tersebut cik iena ade program  http://www.ienaeliena.com/2015/04/kbba-bloggers-day-out.html
Kepada sahabat cik iena , bersabarlah sayang . Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat umatnya. Sekurang-kurang nya anak syurga kau ada untuk membantu ko di padang masyar nanti sayang . Insya Allah ada rezeki dapat baby lagi chaiyok chaiyok (^_~)

Al - Fatihah Buat kamu sayangku  Muhammad Khalid Bin Roslan







iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015


"Jemput makan, ada kuih di belakang", setiap orang perlu di sapa degan kata jemputan makan apabila sukarelawan memberikan makanan buat golongan gelandangan dan golongan kurang berkemampuan. 
Lebih kurang 200 gelandangan serta orang kurang berkemampuan yang datang untuk mengambil makanan. Lama-lama ayat cik iena bertukar daripada "Jemput makan, ada kuih di belakang" kepada  "Jemput Belakang" 
 
haha penat sangat cik iena tu, cakap pun tak betul dah 
 
FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015
 

Ini merupakan aktiviti mingguan cik iena . Aktiviti ini berlansung pada setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 hingga 12 malam bertempat di Bank Muamalat Jalan Melaka. Belakang station LRT Masjid Jamek aliran kelana jaya
 
 

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015
suasana depan bank muamalat

 
 
Kebiasaan nya cik iena akan hadir pada hari khamis . Pada hari khamis biasanya kurang sukarelawan yang hadir kerana pada hari jumaat ramai yang bekerja.
Berbeza dengan cik iena, cik iena suka hadir hari khamis . Hari jumaat cik iena perlu berehat kerana kebiasaan nya pada hujung minggu cik iena akan sibuk dengan aktiviti lain :)
 
 
Menu pada malam tersebut adalah ayam masak lemak cili api, tempe ikan bilis kentang kacang, kuih ape tak tau haha dan air barli
 

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015




 
FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015

FEED THE HOMELESS 21 MEI 2015

Seperti biasa cik iena akan balik awal dalam 11.15 PM sebab cik iena naik LRT je.
Balik dari kerja terus pergi charity


Pada yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh email cik iena di iena@ienaeliena.com
Sukarelawan tidak di wajibkan hadir pada setiap hari khamis dan jumaat.
Terpulang pada individu nak hadir sebulan sekali pun okay.
Cik iena hadir seminggu sekali
(^_~)

Serius korang akan rasa gembira bila beri makanan pada mereka, bila mereka ucap terima kasih.
Senyuman kegembiraan yang terpancar dimuka mereka buat rasa penat seharian bekerja hilang. Ucapan-ucapan terima kasih buat kita rasa tenang, gembira, bahagia haha ape lagi ehh
korang kene rasa sendiri.
Alhamdulillah cik iena sangat suka kan aktiviti kerja amal ini.
Jika diberi kesihatan dan masa cik iena akan hadir sekurang-kurangnya sekali seminggu

 

iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Pementasan teater Cinta Sang Arnah dan Mahkamah Lorong telah diadakan  di Taman Budaya, Kuala Lumpur. Dua teater dalam satu malam dengan satu harga iaitu RM15 untuk dewasa sememangnya amat berbaloi untuk ditonton.

Teater ini melibatkan pelajar daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bergerak dibawah nama Tronoh Theatre Shop.

Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Menurut Dr. Shark (nama sebenarnya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty) selaku tenaga pengajar,  untuk mengajar dan mengasah bakat terpendam di dalam diri pelajar-pelajar kejuruteraan adalah merupakan suatu perkara yang sangat mencabar.
Bukan calang calang pelajar yang melakonkan watak-watak dalam teater ini  tau. Cik iena pun masa belajar dulu tak pandai berlakon teater . Cuma pandai menari je (^_~)


Teater Cinta Sang Arnab


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Wangi yang kecewa atas kecurangan bekas teman lelakinya.
Teater Cinta Sang Arnab

Sewaktu beliau bercadang ingin membunuh diri  dari atas jambatan Pulau Pinang. Datang seekor arnab yang ingin menyelamatkannya. Dari situ lah bermulanya perkenalan mereka berdua  .


Teater Cinta Sang Arnab

Si Arnab merupakan haiwan yang boleh bercakap seperti manusia. Wangi menjemput si Arnab untuk tinggal bersamanya. Oleh kerana meraka tinggal bersama dirumah wani . Mereka menjadi rapat . Selepas kecewa putus cinta ,Si Arnab menjadi teman rapat wani , Si Arnab menceriakan hari-hari wani dengan kaletahnya. Si Arnab  juga merupakan haiwan yang mampu bertukar menjadi pelbagai haiwan kecuali "Babi" kerana ianya adalah haram .

Teater Cinta Sang Arnab


Sehinggakan pada satu hari, si arnab telah meluahkan isi hatinya bahawa dia mencintai si Wangi. Malangnya si Wangi tidak dapat menerima kenyataan ini dan anggap ianya mustahil untuk manusia bercinta dengan binatang.

Teater Cinta Sang Arnab

Teater Cinta Sang Arnab


Maka si arnab cuba membuktikan ianya tidak mustahil. Malangnya dia gagal bertukar menjadi manusia sehingga satu kejadian berlaku terhadap si arnab dan menyebabkan beliau telah pergi jauh dari hidup Wangi.



Teater Cinta Sang Arnab
jiran wangi yang suka mengambil tahu kisah orang2 sekeliling (janda berhias)

Sedutan Teater cinta sang arnab oleh tronoh teatre shop


Teater Mahkamah Lorong

 

Ia mengesahkan kehidupan haiwan-haiwan di sebuah lorong. Masing-masing mempunyai latar belakang kehidupan dan masalah yang berbeza. 

Teater Mahkamah Lorong

Sehingga pada satu ketika, Si Kucing Parsi – yakni kucing kelas atasan yang kaya-raya dan selalu memandang rendah haiwan-haiwan lain di lorong itu telah dijumpai mati dibunuh. 

Dalam banyak-banyak haiwan, si Gagak adalah haiwan yang paling disyaki membunuh si Kucing Parsi. Sepanjang tempoh pembicaraan, Banyak bukti menunjukan si Gagak yang bersalah walaupun bukti-bukti tersebut amat diragui oleh semua haiwan yang ada.


Oleh  kerana sifat tamak yang ada pada diri haiwan-haiwan itu yang telah di rasuah oleh si hakim, maka mereka mengiyakan bukyi-bukti yang kurang sahih itu.

Teater Mahkamah Lorong

Teater Mahkamah Lorong



Paling malang buat si Gagak apabila mendapati ketua hakim sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan si Kucing Parsi. Untuk menutup mulut, si Hakim (yakni kangaroo) telah memberi rasuah kepada haiwan-haiwan yang terlibat lalu menghilangkan bukti yang ada terselit nama beliau.


Teater Mahkamah Lorong


Maka si Gagak didapati bersalah maka hukuman bunuh telah dijatuhkan kepada beliau. Sewaktu si Gagak dijatuhkan hukuman, haiwan-haiwan lain juga turut dibunuh bagi menutup kes ini oleh pembunuh yang telah membunuh si Kucing Parsi.

Teater Mahkamah Lorong



Rupanya, Mak Ayam yang sebenarnya telah mengupah pembunuh untuk membunuh si Kucing Parsi dan haiwan-haiwan yang lain, kerana mereka selalu menganggu bisnes ayam (pelacuran) yang menjadi periuk nasinya selama ini.

Walaubagaimanapun, Mak Ayam juga turut dibunuh oleh pembunuh upahan itu tadi.



Sedutan Teater mahkkamah lorong oleh tronoh teatre shop




MEMPERKENALKAN BARISAN PELAKON DAN KREW YANG TERLIBAT

 https://www.youtube.com/watch?v=duNs0466EDs

 Dubmash Awak Kat Mana oleh si kucing kurab, si gagak dan si kambing dalam Teater mahkkamah lorong oleh tronoh theatre shop. 



https://www.youtube.com/watch?v=dAFp42qlbNY

Teater Mahkamah Lorong


Setiap tahun, Tronoh Theatre Shop akan mengadakan persembahan teater di Taman Budaya, Kuala Lumpur. Bagaimanapun cuma setahun sekali sahaja di sini.

Keabadian Cinta  Teater cinta si arnab dan mahkkamah lorong oleh tronoh teatre shop



Gambar bersama pelakon-pelakon  Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

 

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama @keylaazara  memegang watak janda berhias dalam teater cinta sang arnab


Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
cik iena bersama si gagak, yang di fitnah membunuh si parsi

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
si lembu comel, pakar DNA

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
si hakim.. kanggaroo

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
anjing penyasat

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
wangi  watak utama cinta si arnab

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama si arnab yang comel

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama si parsi yang comel yang mati di bunuh

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
ustaz kambing

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama mak ayam, kokk kokkk kokk kokk.. haha suka lakonan dia

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama si kurab

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
anjing penyiasat


Gambar-Gambar di sekitar majlis pementasan 



Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop


Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
panda pun pandai ambil gambar





Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Teater Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop



 GAMBAR-GAMBAR INSTAGRAM CIK IENA












iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve