Selepas menghadiri Majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal , cik iena sempat menghadirkan diri ke program kerja amal bersama 1charity. Lawak betul dengan skirt kembangnya datang buat kerja amal. Sediakan makanan buat golongan yang memerlukan dan gelandangan.
Walaupun agak penat menghadiri majlis KFC #SehatiSejiwa Bersama Schawal namun cik iena gagahkan jua untuk ke program kerja amal tersebut. Program ini diadakan setiap minggu pada hari khamis dan jumaat pada pukul 10 hingga 12 malam bertempat di Bank Muamalat Jalan MElaka. Pada minguu ini bersamaan hari raya aidil adha program ini tidak dijalankan kerana sukarelawan-sukarelawan pulang berhari raya. Insya Allah 1 dan 2 Oktober akan berjalan seperti biasa.
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015 |
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015 |
Sukarelawan sedang menyediakan makanan |Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015 |
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015 |
Share a meal with the poor and needy by 1Charity - 10 September 2015 |
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
(Hadis Riwayat at Tirmizi)
Nukilan,
|