Hai semua, Selamat bekerja kembali . Tiga hari cuti mesti seronokkan, lagi seronok bagi mereka yang menghabiskan cuti tahunan :)
Okay di sini cik iena nak kongsikan dengan rakan pembaca sekalian tentang BOH Green Tea Latte Party yang bakal diadakan pada 14 Januari 2017 bertempat di Merchant's Lane Cafe, Jalan Petaling Off Chinatown, Kuala Lumpur pada jam11.00 am sehingga to 2.00 pm.
Istimewa buat rakan pembaca blog mahupun facebook serta instagram cik iena, anda berpeluang mengikuti cik iena untuk hadir ke Majlis BOH Green Tea Latte Party tersebut yang mana terdapat pelbagai aktiviti menarik akan berlangsung dan anda juga berpeluang memenangi Hadiah istimewa daripada "BOH" semasa Majlis BOH Green Tea Latte Party tersebut.
Untuk pengetahuan, pihak "BOH" akan memilih 5 orang pemenang yang menepati kriteria yang telah di tetapkan oleh pihak BOH sendiri iaitu memuat naik gambar menarik berkonsepkan "GREEN Photo Moment" dengan di sertakan penggunaan harshtag #MyGreenTeaLatteMoment dan#ienaelienagiveaway
Contest ini bermula pada hari ini iaitu 27 Disember 2016 dan akan berakhir pada 6 Januari 2017 jam 11:59PM. Pemenang akan di umum kan di laman Instagram, facebook serta blog cik iena pada 7 Januari 2017 .
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini telah berlangsung Ekspo Dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur Dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism) MAHA 2016 yang bertempat di di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) .Ia nya telah berlansung bermula 1 hingga 11 Disember 2016 ..Ekspo selama 11 hari ini bertemakan 'Makanan Kita, Masa Depan Kita'.
Jika sebelum ini cik iena pernah menulis mengenai pengalaman cik iena di MAHA 2016 di hari kedua terakhir Ekspo tersebut yang mana ianya mencatatkan lebih kurang 3.5 juta pengunjung dan kini setelahtamatnya Ekspo tersebut, MAHA 2016 telah berjaya mencatat 3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta.
Pada artikel yang cik iena kongsikan diatas terdapat beberapa gambar sepanjang ekspo berlangsung untuk tatapan anda dan untuk anda melihat sendiri kemeriahannya. Walaupun keadaan yang sesak dengan orang ramai namun ianya meriah, ‘havoc’ dan menyeronokkan.
Artikel yang cik iena kongsikan juga telah dapat perhatian rakan facebook .
Ianya juga telah mendapat jumlah view yang agak memberansagkan hasil perkongsian di laman facebook .
DAte : 21/12/2016 11:47 AM
Tahniah di ucapkan diatas kejayaan yang cukup membanggakan ini . Ini merupakan satu pencapaian yang sangat bagus. Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada warga negeri Selangor, malahan dari seluruh pelusuk negeri.
MAHA 2016: Catat jualan, perjanjian jualan lebih RM380 juta, pengunjung 3.7 juta
Berdasarkan Info di www.astroawani.com MAHA 2016 Catat 3.7 Juta Pengunjung dengan Mencapai Jualan Dan Perjanjian Jualan Melebihi RM380 juta.
Berikut merupakan keratan dari Astroawani.
KUALA
LUMPUR: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro
Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 mencapai jualan dan perjanjian jualan
melebihi RM380 juta dan mencatat kehadiran 3.7 juta pengunjung.
Sekretariat
MAHA dalam kenyataan berkata sasaran jualan dan perjanjian jualan itu
melepasi sasaran penganjur sebanyak RM200 juta berbanding RM152 juta
jualan pada 2014.
Menyifatkan MAHA pada kali ini adalah
terbesar dan paling kreatif dalam sejarah penganjurannya, kenyataan itu
turut menyebut acara berkenaan kali ini mampu menarik penyertaan
daripada golongan muda.
"Ia mencipta satu trend baharu
berbeza berbanding dengan MAHA sebelum ini yang sentiasa dianggap
sebagai acara untuk orang kampung dan berkaitan dengan genarasi lebih
tua," katanya.
Terdahulu, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media pada
Ahad menyebut ia merupakan petanda baik kerana selari dengan matlamat
kerajaan untuk mendapatkan penyertaan lebih 40 peratus golongan belia
dalam sektor pertanian.
Program baharu berkonsepkan
agrotainment seperti 'Rhythm of the Farmers' dimasukkan dalam MAHA kali
ini untuk menarik minat ke arah pertanian melalui hiburan, mendorong
pengunjung ke kawasan pameran tahun ini terutamanya daripada golongan
belia, katanya.
Selain daripada penyertaan golongan
belia, MAHA 2016 turut melibatkan golongan peniaga profesional dalam
sektor pertanian dan orang awam dan menyediakan keperluan anak-anak
seperti Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh, maskot transformer
dan kereta kuda.
Selain persembahan beberapa artis
terkenal, antara tarikan di MAHA2016 termasuk persembahan produk dan
pelancaran, teknologi dan inovasi pertanian, bazar agro, persembahan
kebudayaan, masakan tradisional dan pertandingan memancing.
MAHA
2016 bertema 'Makanan Kita, Masa Depan Kita' yang bermula sejak 1 Dis
lalu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), melabuhkan
tirainya hari ini.
Ekspo pertanian dan makanan terbesar dan paling lama di rantau ini dijangka akan kembali pada 2018. -- Bernama
MAHA 2016 Di Penuhi Lautan Manusia
Disini cik iena ingin kongsikan video yag menunjukkan betapa ramainya pengunjung yang hadir ke MAHA 2016 untuk tontonan anda semua.
VIDEO TIMELAPS MAHA 2016
Sekali lagi Syabas dan tahniah di ucapkan kepada MAHA 2016 diatas kejayaan ini.Untuk pengetahuan semua MAHA ini diadakan setiap 2 tahun sekali. Jadi buat anda semua jangan lupa untuk bersiap sedia bagi MAHA 2018 nanti :)
Lihat pada raut wajahnya dan susuk tubuhyang cantik tinggi lampai persis model pasti anda tidak menyangka bahawa beliau adalah seorang Doktor Gigi . Merupakan anak Jati Johor yang mula bergiat aktif dalam industri kecantikan tanah air.
Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Baru-baru ini telah berlansung satu Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics pada 4 Disember 2016 bertempat di Galleria@Kotaraya , Johor Bahru. Majlis ini berjalan dengan meriah sekali.
Majlis telah dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor . Dengan berlansungnya Majlis perlancaran ini, bermula lah titik tolak perjalanan produk jenama DR.IRMA ke dalam industri kecantikan tanah air.
Produk ini diformulasikan secara eksklusif oleh pengasas sendiri iaitu Dr Irma Shida bt Abu Samah dengan menggunakan bahan-bahan asli dan pati minyak tumbuhan (essential oils).
Disepanjang perniagaan secara online yang dilakukan, rata-rata pengguna produk yang terdiri dari rakyat Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei memberi maklumbalas yang amat memberangsangkan dan yakin bahawa produk ini telah bersedia untuk bersaing dengan jenama-jenama hebat dalan industri kecantikan serta berpotensi untuk menembusi pasaran global serta kekal relevan.
Majlis tersebut dipenuhi dengan aktiviti pengenalan dan penjualan produk, peragaan produk oleh model dan artis, sesi make-over menggunakan produk DR.IRMA dan acara ‘meet and greet’ dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Zarul AF, Tiaz Al-Khred, Natrah, Hazman Akademi dan DJ.Dave dari Johor FM.
Selain daripada itu, di kesempatan itu juga Irma Ariandi Enterprise telah melancarkan tabung ‘BAKTI IRMA ARIANDI’ yang merupakan tabung kutipan dimana dari setiap pembelian, sebanyak RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.
Jadi kepada anda yang menggunakan produk beliau dalam masa yang sama juga anda akan menderma untuk tabung ‘BAKTI IRMA ARIANDI’.
Mengenai Dr.Irma Shida bt Abu Samah
Beliau merupakan pengarah Irma Ariandi Enterprise, Dr.Irma Shida bt Abu Samah juga merupakan seorang doktor pergigian. Beliau telah memulakan pemasaran produknya secara online sejak awal 2016 dan kini jenama ini telah berkembang kepada penjualan secara retail dengan perasmian Butik kecantikan DR.IRMA SKINCARE & COSMETICS pada 4 Disember 2016 di L1-10, Aras1, Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.
Produk-produk Dr. Irma di hasilkan dengan menggunakan bahan mentah yang diimpot dari Peranchis, United Kingdom dan Kanada dalam produk keluaran anak jati Johor ini, dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama dengan pengilang tempatan bertaraf GMP. Rangkaian produk DR.IRMA tidak mengandungi bahan-bahan terlarang seperti merkuri dan hidrokuinon namun tetap dapat memberi kesan yang menakjubkan dan memuaskan hati pengguna.
Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics Meriah
Untuk pengetahuan anda cik iena turut hadir semasa Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics . Kemeriahaan jelas terasa dengan kehadiran pelanggan Dr. Irma Skincare & Cosmetic serta pesakit Dr. Irma sendiri dan di meriahkan lagi dengan sesi ‘meet and greet’ dengan beberapa artis dan selebriti tempatan seperti
Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Zarul AF, Tiaz Al-Khred, Natrah,
Hazman Akademi dan DJ.Dave dari Johor FM.
Majlis ini di mulakan seawal jam 10 pagi dengan pembukaan booth penjualan produk Dr Irma dan aktiviti-aktiviti lain seperti make up demo, persembahan artis, cabutan bertuah . Cik iena dan rakan-rakan tiba sekitar jam 11 pagi . Sejurus selepas mendaftar kami di beri penerangan ringkas mengenai produk Dr. Irma dan kami juga di beri peluang melihat Butik Dr. Irma sebelum ianya di rasmikan.
Kali ini cik iena berpeluang berjumpa sendiri dengan pengasas produk iaitu Dr.Irma Shida bt Abu Samah . Beliau merupakan seorang Doktor yang sangat merendah diri dan peramah . Cik iena sangat senang dan selesa berbual dengan beliau. Rata-rata tetamu yang hadir adalah di kalangan pesakit beliau . Beliau merupakan seorang doktor yang sangat peramah dan mudah di dekati .
blogger selfie bersama dr Irma..opss dr irma tersorok kat beakng, ni gambar candit
Cik iena sendiri juga terkejut kerana beliau mengikuti sedikit perkembangan cik iena dan beliau sangat gembira bertemu cik iena . Ada diantara tetamu yang hadir juga menyagka cik iena adalah Dr Irma . Menurut tetamu tersebut raut wajah kami sama :) Ini juga merupakan kejadian yang paling cik iena tak boleh lupa bila ada antara tetamu yang memanggil cik iena untuk berselfie dan menyangkakan cik iena adalah Dr. Irma :)
Terima Kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Dr.Irma dan krew diatas layanan baik yang di berikan . Walaupun agak kepenatan datang dari Kuala Lumpur namun setelah hadir di Majlis yang cukup meriah ini dan layanan yag cukup Istimewa rasa letih hilang . Namun kami terpaksa pulang awal kerana keesokan harinya kami bekerja di Kuala Lumpur .
Jadi sesi meet & greet bersama Artis tanah air kami tidak dapat sertai .
Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Selepas mendapat sambutan hangat yang mana sebelum ini produk ini di pasarkan secara online sahaja, Kini Dr.Irma melangkah lebih baju dengan membuka sebuah Butik untuk produk keluarannya . Lokasi pilihan beliau adalah di Johor kerana beliau merupakan anak jati Johor.
Bloggers bersama Dr.Irma
Selain menjual barangan kecantikan keluarannya, Butik beliau juga menawarkan perkhidmatan Facial . Dekorasi Butik yang cukup indah, Elegant dengan warna hitam dan emas akan membuatkan anda rasa seperti di tempat mewah yang ekslusif.
Gambar Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
VVideo Pendek #liveupdate Majlis Pelancaran Produk dan Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Kulit yang bersih dan licin serta cerah menjadi dambaan setiap insan khususnya kaum hawa . Ada segelintir diantara mereka yang sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkan kulit yang di idamkan.
Tidak kurang juga buat kaum Adam pada masa kini, mereka sudah mula menitikberatkan soal penjagaan wajah sebagai contoh Artis Malaysia yang tidak asing lagi dan Artis Malaysia yang baru sahaja menerima Penganugerahan TOKOH IKON BAHASA iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi.
Anda semua pasti sedar akan sedar kecantikan kulit yang di miliki oleh beliau sehingga boleh dikatakan kulit beliau persis kulit bayi yang lembut dan licin. Jika di lihat pada wajahnya ianya tidak kelihatan seperti usianya sekarang . Ianya kelihatan jauh lebih muda .
Tahukan anda produk apa yang diamalkan beliau?
Disini cik iena ingin kongsikan bersama anda mengenai Rahsia Kulit Cantik dan Muda beliau iaitu Aneel By Aznil Nawawi.
Rahsia Kulit Cantik dan Kekal Muda Datuk Aznil Hj Nawawi
Selain menjaga pemakanan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, beliau juga mengamalkan set penjagaan wajah dari jenama keluarannya sendiri . Beliau memasarkan jenama ini kerana yakin akan keberkesanan produk ini dan bagi membantu anda-anda yang mempunyai masalah kulit untuk mendapatkan kulit idamamn anda.
Aneel By Aznil Nawawi
Aneel By Aznil Nawawi.
Produk penjagaan wajah keluaran beliau ini di beri nama berinspirasikan nama beliau iaitu Aneel By Aznil Nawawi. Ianya sesuai di gunakan oleh kaum lelaki dan juga perempuan . Terdiri dari 4 item yang masing-masing mempunyai fungsi dan kelebihan untuk kulit wajah kita.Ianya terdiri dari Deep Cleanser, Balancing toner, day cream dan night cream.
Aneel By Aznil Nawawi
Pembungkusan yang menarik membuatkan produk ini juga sesuai untuk di buat hantaran pertunangan ataupun perkahwinan mahupun sebagai hadiah atau cenderahati.
Aneel By Aznil Nawawi
Produk ini digunakan khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit
wajah seperti jerawat, jeragat, kulit kering , kulit berminyak dan
berbagai masalah kulit yang lain. Untuk mereka yang nak mengekalkan
kelembapan dan kesegaran kulit juga digalak kan menggunakan Aneel .Ini
bermaknan Anell sesuai untuk semua jenis kulit sama ada untuk merawat
atau mengekalkan kesihatan kulit wajah.
1)Deep Cleanser-Ianya berfungsi
untuk membersihkan kulit wajah. Hadi dalam bentuk cecair dan ianya hanya digunakan 1-2
titis sahaja.Ianya mampu membersih jauh ke dalam pori-pori kulit dan
bersifat anti bakteria.
2)BalancingToner-
Ianya berfungsi untuk menyegarkan kulit wajah dan mencerahkan kulit.Ianya juga
lebih efektif untuk menyerap nutrisi produk yang kita gunakan.Titiskan
2-3 titis ke atas kapas muka.kemudian ratakan keseluruhan kulit wajah
dan leher. Elakkan dari terkena bibir dan mata.
3)Day Cream- Krim muka yang tidak
berminyak. Hanya perlu di pakaisedikit sahajaKrim siang yang tidak melekit dan sangat selesa di pakai. Kulit akan terasa lembut.Membantu melindungi kulit kita
dari cahaya UV yang boleh buat wajah kita cepat nampak tua.
4)Night Cream- Krim muka yang di gunakan pada waktu malam sebelu tidur.Ianya mampu merawat kulit
dan memperbaharui sel-sel kulit ketika kita tidur. Selain itu ianya juga boleh hilangkan lebam bawah mata.
Menarikkan produk dari Datuk Aznil Hj Nawawi . Cik iena juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba produk ini . Kalau dah cuba tu mestilah cik iena nak selfie dengan produk . Baiklah cik iena kongsi gambar cik iena tanpa make up dan bermake up ya :)
selfie Tanpa meke up
selfie tanpa make up
selfie dengan wajah ber make up .
Untuk maklumat lanjut silafollow laman social mereka
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com