Baru-baru ini cik iena telah berbuka puasa di sebuah Cafe yang terletak di 1 Utama Shopping Centre bersama rakan-rakan blogger. Cafe yang di maksudkan adalah Delicious Cafe yang terletak di Level G New Wing (G316) berhampiran Victoria Secrect.
Ini merupakan pertama kali cik iena makan di sini. Makanan yang di hidangkan sememangnya menyelerakan. Antara yang menjadi kesukaan cik iena adalah Sawa-Duck-Ka Salad, One In A Melon Salad, Country Roast With The Most, Mad As A Croque Madame, Go Cheesed Lightning, Seashells By The Seashore Aglio Olio dan Pana "Kota" Kinabalu.
Jom cik iena kongsikan makanan yang cik iena makan di Delicious Café. Setibanya cik iena di Delicious Café cik iena telah terlepas beberapa hidangan starter kerana cik eina tiba lewat kerana berpusing mencari parking. Sekitar jam 7 malam cik iena dah masuk 1 Utama new wing parking tapi hampir setengah jam cik iena cari parking. Rasa menyesal tak pergi parking outdoor T____T
Okay ini gambar hidangan starter dari rakan cik iena. Cik iena sempat merasa Saved By The Bell-acan dan Muchacho Nacho Platter.
Salt and Pepper Squid RM29 |
Salt & Pepper Squid iaitu Sotong Celup Tepung.Resepi yang mudah tapi tetap sedap dan rangup walaupun sudah sejuk menurut rakan blogger. Dihidangkan juga dengan lemon yang perlu diperah atas sotong tu, sos tartar yang cukup pekat, berlemak dan juga garden greens salad. Salt & Pepper Squid ini berharga RM 29.
Salmon Else RM22 |
Salmon Else mengandungi fresh Atlantic salmon yang dicurah virgin lemon olive oil dan lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan juga dill. Sangat fresh dan sedap Ala-ala Italian Sashimi . Salmon Else berharga RM22 sahaja
Saved By The Bell-acan RM18 |
Saved By The Bell-acan mengandungi 4 ketul kepak ayam yang telah dimasak dengan sambal belacan, dan dihidangkan dengan sos cili Thai. Menurut chef, ini merupakan inspirasi resepi kepak ayam dari Pulau Pinang yang menjadi kegemaran isterinya. Semasa cik iena makan memang terasa belacannya ditambah lagi dengan sos thai sememangnya sangat enak. Saved By The Bell-acan ini berharga RM18 sahaja.
Muchacho Nacho Platter Dihidangkan bersama beef chili corn carne, guacamole, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo. Hidangan Nacho ini sememangnya sangat sedap . Walaupun cik iena tiba lewat namun rakan-rakan blogger tidak henti-henti menjamah nacho. Ianya di jual pada harga RM30.
Okay setelah selesai 4 menu starter course. Menu seterusnya adalah Salad course.
Sawa-Duck-Ka Salad RM 28 |
Sawa-Duck-Ka Sala. Ia merupakan menu yang di inspirasi dari bumi Siam. Merupakan gabungan Buah Pomelo yang masih segar dan manis, daging itik yang dicincang, lengkap dihidangkan bersama timun, tomato julienne, daun mint, Thai basil, basil, bawang, cili merah yang dipotong halus, dan ditaburkan pula bijan dan makan bersama sos Thai. Ccara makannya pula seperti makan Yee Sang. Perlu dicurahkan sosnya dahulu, lepas tu semua bahan tadi digaul bersama. Sawa-Duck-Ka Sala di jual pada harga RM28.
One In A Melon Salad mengandungi buah tembikai yang dipotong dalam bentuk kiub, dimakan bersama lemon dressing, daun rocket, feta cheese, olives, mint, basil, pine nuts, balsamic pearls, basil oil, dan yoghurt ravioli. Ini merupakan pertama kali cik iena makan melon salad. Sedap juga, memenuhi citarasa cik iena gituw.
Okay selesai dua salad course cik iena makan main course pulak. Walaupun kekenyangan tapi cik iena tetap makan sebab hidangan makanan di Delicious Cafe sememangnya sangat-sangat sedap untuk dinikmati.
Country Roast With The Most merupakan daging ayam yang diperap selama 48 jam dengan pelbagai jenis herba, dan ianya bakar pula selama kira-kira 30 minit. Ia dihidangkan dengan mashed potatoes, coleslaw, corn bread dan au jus. Kombinasi yang sangat sesuai dan sedap. Cik iena sangat suka rasa ayam yang di perap tersebut. Ayamnya juga sangat lembut dan rempah meresap ke dalam daging ayam tersebut. Country Roast With The Most di jual pada harga RM39.
Mad As A Croque Madame RM 30 |
Mad As A Croque Madame merupakan menu yang unik.Telur ayam di bakar separuh masak dengan roti yang dicurah sos keju, dan juga keju cheddar di lapisan dalam nya, yang diselang seli diapit bersama turkey ham dalam roti tu. Dihidangkan dengan mayonis, salad, dan sweet potato crosscut fries. Menu ini sesuai untuk di hidangkan ketika sarapan. Ianya di jual pada harga RM30.
Go Cheesed Lightning merupakan antara menu yang cik iena gemari walaupun cik iena sebenarnya bukanlah penggemar daging lembu. Cik iena baru sahaja berjinak-jinak memakan daging lembu ternyata menu ini telah berjaya membuat cik iena jatuh cinta pada rasa dagingnya yang lembut lagi sedap dengan perapan yang istimewa meresap ke dalam daging. Patty burgernya diperbuat daripada 100% US Black Angus Beef dan setiap patty seberat kira-kira 180gm. Apa yang specialnya beef patty ni? Ia terdiri dari 80% daging lembu dan hanya 20% lemak sahaja. Dagingnya pula dimasak medium cook, dan memang terasa kelembutan dagingnya bila kita gigit, dihidangkan pula dengan dua keeping lapisan keju, kepingan bawang, daun lettuce, tomato, dan pickles. Bertambah enak lagi apabila di hidang sekali dengan crosscut fries dan onion rings:) Go Cheesed Lightning dijual pada harga RM45.
Seashells By The Seashore Aglio Olio RM 42 |
Seashells By The Seashore Aglio Olio dihidangkan bersama fresh tiger prawns, squid, mussels, sundried tomatoes, button mushroom, parsley, basil, pangrattato dan juga hirisan cili padi. Menarik bukan dengan adanya cili api membuatkan ianya sangat sesuai dengan citarasa melayu. Tambahan lagi kesemua seafoods yang digunakan sangat segar tidak berasa hanyir.. Seashells By The Seashore Aglio Olio ini di jual pada harga RM42
Duck Con-fit For A King RM 33 |
Duck Con-Fit For A King merupakan sejenis pasta yang dimasak menggunakan olive oil, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomato, dan coriander. Dan bahan rencah utamanya semestinya daging itik dicincang dan dimasak bersama. Duck Con-Fit For A King dijual pada harga RM33.
Dibs On The Beef Ribs RM 55 |
Hidangan Main Course terakhir adalah Dibs On The Beef Ribs . Ia merupakan Australian beef ribs yang dimasak secara slow cook selama 5 jam, dihidangkan bersama sweet potato crosscut fries, coleslaw, cornbread dan onion ring. Dibs On The Beef Ribs di jual pada harga RM55.
Choc-A-Block Lava Cake |
Hi-Tea Set Rm75++ |
Hidangan di akhiri dengan menu dessert iaitu hidangan pencuci mulu Hi-Tea Set yang berharga RM 75++. Ia mengandungi Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, and Tea or Coffee.
Pana Kota Kinabalu RM 22 |
Antara hidangan dessert yang cik iena sangat suka adalah Pana "Kota" Kinabalu . Ia sejenis dessert ala tradisi melayu, perisa bandung. Dihidangkan bersama aiskrim vanila dan biji sago. Kombinasi yang sangat unik dan sedap. Ianya sangat menyelerakan.
Setelah selesai menikmati hidangan di sini cik iena sempat bergambar dengan Chef di Delicious Cafe, 1Utama Shopping Centre
Menarikkan menu-menu dia, kalau lihat gambar makanan sangat menyelerakan begitu juga dengan rasanya. Kesemua Menu di atas boleh nikmati untuk berbuka puasa, ataupun waktu hari biasa selepas bulan Ramadhan nanti .Kepada anda di luar sana terutama yang berhampiran 1 Utama Shopping Centre jangan lupa cuba masakan di Delicious Cafe ya :)
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Website : www.thedeliciousgroup.com
Facebook : Delicious 1 Utama
Instagram : @DeliciousCafeMy
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping
Centre (New Wing), 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086
Nukilan,
|