Grab The Promo
Grab The Promo

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Urutan sudah lama menjadi kaedah rawatan banyak masyarakat di dunia, termasuk Melayu dan kini semakin diterima di negara Barat malah kemahiran mengurut kini boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan jika bersungguh-sungguh.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy




URUTAN UNTUK SIHAT DALAMAN DAN LUARAN


Rawatan melalui urutan boleh digunakan sebagai alternatif dunia perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit, sama ada penyakit baru, lama, ringan mahupun kronik.



Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Kebiasanya kita kaitkan urut dengan masalah terseliuh, lenguh badan atau salah urat tetapi tahukah anda  rawatan melalui urutan juga boleh membetulkan perjalanan darah malah ada yang berupaya memulihkan kemampuan seksual sama ada lelaki atau wanita.

Tahukan anda bahawa urutan juga mampu menjadikan kita sentiasa kelihatan awet muda. Apabila perjalanan darah dalam badan lancar sedikit sebanyak ianya membantu kita untuk mendapatkan kulit tubuh dan wajah yang cantik dan tidak bermasalah. Jadi sangatlah bagus untuk kita melakukan urutan sekurang-kurangya sekali sebulan :)


Beberapa minggu yang lepas cik iena telah ke  Amante Wellness Beauty Cawangan Mont Kiara  selepas cik iena ke Karnival HPPNK. Keputusan untuk ke Amante sememangnya sangat tepat. Dari awal pagi cik iena keluar sehingga lebih kurang jam 3 petang cik iena berjalan-jalan mengunjungi booth-booth di karnival tersebut atas urusan kerja. Terasa sangat lega selepas mendapatkan urutan dari amante.


Kunjungan cik iena ke Amante Wellness Beauty  kali ini adalah untuk mendapatkan rawatan Signature Warm Oil Therapy .




Amante Signature Warm Oil Therapy




Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
batu di paaskan sebelum di letak pada tubuh dan di urut pada tubuh

Amante Signature Warm Oil Therapy adalah rawatan yang direka  dengan menggunakan terapi batu panas (hot stone) dan minyak aromatherapy essential oils. Secara keseluruhan, rawatan ini dapat membantu untuk meningkatkan kesejahteraan dalaman tubuh badan kita.

Rawatan akan dimulakan dengan memanaskan batu terlebih dahulu kemudian akan di letakkan di badan  serta badan juga di urut menggunakan batu tersebut bagi tujuan untuk  melancarkan rangsangan aliran darah .

Rawatan ni dilakukan selama 90 minit tau dan  ianya mampu membuat anda berasa sangat tenang dan badan berasa ringan.

Pengalaman melakukan Signature Warm Oil Therapy


Pengalaman cik iena melakukan rawatan batu panas ini sememangnya sangat mengujakan. Cik iena yang sangat penat pulang dari urusan kerja di Karnival HPPNK di MAEPS Serdang terus berasa segar dan sihat.

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
batu yang digunakan untuk mengurut badan cik iena

Rawatan menggunakan batu panas ini sememangnya baru untuk cik iena .  Ini merupakan pertama kali cik iena melakukan rawatan batu panas ini.Sewaktu batu panas di letakkan  di atas badan, terasa sangat relaxing seperti cik iena bertungku jika mengalami senggugut yang teruk.

Perasaan yang sangat tenang. Walaupun kepenatan baru lepas balik dari event, namun selepas mendapatkan rawatan ini kaki yang sakit di sebabkan banyak berjalan di karnival tersebut  pun rasa tak sakit.  Terasa lega sangat apabila satu badan di urut.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy
ruang bilik rawatan cik iena ketika melakukan signature warm oil therapy

Ouh lupa cik iena nak beritahu , untuk makluman seperti biasa, Sebelum memulakan rawatan , cik iena di kehendaki membuka pakaian dan hanya menggunakan seluar dalam pakai buang yang di berikan sahaja. Bermakna tiada seutas benang melainkan seluar dalam pakai buang tersebut. Haa ini merupakan pengalaman kedua cik iena perlu bukak baju semuanya jadi sudah kurang kekok la jika di bandingkan sebelum ini.


Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy


Selepas rawatan cik iena di hidangkan Teh Halia. Memang lega sangat lepas dapat berurut minum pula lagi teh halia. Memang jawapannya macam nagalah cik iena sendawa buang angin. Takpe sendawa sihat (^_~) Perasaan lega yang sukar di gambarkan. hahaha yang ni orang badan banyak angi je tau.

Dan maka dengan itu sepanjang malam cik iena ekkkkkkkkk ekkkkkkkkkkk macam naga tapi rasa sangat best dan lega :)

 Juruterapi Kecantikan Yang Peramah Dan Cekap

Amante Wellness Beauty | Signature Warm Oil Therapy

 Di Amante Wellness Beauty , juruterapi kecantikan mereka sangat cekap dan profesional serta sangat peramah membuat cik iena tidak berasa segan dan sangat selesa dengan rawatan tersebut. Pelbagai tips dan info di berikan semasa sesi rawatan.




Kebaikan Amante Signature Warm Oil Therapy


  1. Mengurangkan tekanan
  2. Membuang toksin dalam badan
  3. Menggalakan penyembuhan
  4. Mengurangkan kemurungan
  5. Meningkatkan kualiti tidur
  6. Melancarkan peredaran darah
  7. Melegakan kesakitan dan ketegangan otot
  8. Mengurangkan sakit belakang, leher dan bahu
  9. Menenangkan jiwa dan sistem tubuh badan

Jadi kepada anda di luar cik iena sarankan anda untuk dapatkan rawatan batu panas ini kerana ianya mampu melancarkan perjalanan darah, menenagkan minda dan membuang angin di badan serta menghilankan rasa lenguh-lenguh.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan rawatan ini, anda boleh dapatkan rawatan di Amante Spa . Selain daripada Amante Signature Warm Oil Therapy terdapat beberapa lagi rawatan seperti yang tertera di dalam poster di bawah  dan cik iena juga telah mencuba salah satu daripadanya iaitu Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment 


Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty



Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty
sila klik pada gambar untuk melihat Senarai Rawatan di Amante Wellness Beauty




PROMOSI BUY 1 GET 1 FREE RM59 ONLY






Menarik bukan promosi ni Buy 1 RM59 Signature Warm Oil Therapy Get 1 Free Dark Circle Eye Treatment  . Untuk pengetahuan  harga asal adalah RM296 . Jadi jangan lepaskan peluang ini tau. Cik iena berhasrat nak bawa puan ibunda merasa rawatan ini pula . Sekali sekala bawa puan ibunda pula merasa. Ehh yang pasti dengan cik iena sekalli la. Harap cik iena dapat quota 100 customer pertama yeayy . Nak rasa Dark Circle Eye Treatment pula sebab cik iena memang mengalami masalah ni.




Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Merupakan salah satu cawangan Amante Wellness Beauty . Ianya terletak berhampiran Mont Kiara . Keadaan susun atur yang simple tapi cantik dan menenangkan pasti membuat anda rasa selesa mendapatkan rawatan di sini.

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris


Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris




Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris
Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris

Amante Wellness Beauty cawangan Mont Kiara @ Solaris







CONTEST GIVEAWAY!


Untuk pengetahuan cik iena akan memberikan Amante Complimentary Gift Card worth RM236 kepada sepuluh (10) followers bertuah. Contest ni cik iena adakan di fanpage cik iena . Haa jangan lupa like fanpage cik iena tau . https://www.facebook.com/ienaelienadotcom


Anda hanya perlu :

  • Like Amante Wellness Beauty
  • Jawab soalan mudah dan  tag 2 kawan di bahagian komen
  • Jangan lupa hashtag #Amanteienaeliena di komen

Soalan :

Amante Signature Warm Oil Therapy merupakan gabungan _______ dan _______

a. Rubber , aromatherapy essential oil
b. Hot stone , aromatherapy essential oil
c. Lymphatic tool, aromatherapy essential oil
d. Hot stone, massage oil

Nota tambahan :

  • Semua peserta haruslah memastikan Facebook mereka di set secara umum / Public bagi mengesahkan penglibatan mereka
  • Semua peserta perlu berusia 21 tahun dan ke atas.
  • Pemenang akan diberitahu melalui Facebook cik iena dalam tempoh 2 minggu
  • Pihak Amante akan memilih secara rawak 10 Pemenang Bertuah yang bakal memenangi baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236








Untuk Maklumat Lanjut mengenai Amante Wellness Beauty :

Mont Kiara @ Solaris

Alamat : 1st and 2nd floor
No.17-1, Jalan Solaris 4,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 – 6203 0221
Operation hours : (Selasa – Ahad) 11am – 9pm Cuti Hari Isnin

Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty 


 

Cawangan-Cawangan Amante Wellness Beauty



Bangsar @ Telawi

28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm

Kepong @ Metro Perdana

61A, Jln Metro Perdana Barat 2,
Taman Usahawan, Kepong Utara,
Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 6259 0884
10.00am - 08.00pm

USJ Taipan

Alamat : USJ Taipan Outlet
1st Floor, No.14, Jalan USJ 10/1,
47620 UEP Subang Jaya, Selangor.
(Atas Guardian)
Contact number : 03-5879 9954
Operation hours : (Selasa – Ahad) 10am – 8pm Cuti Hari Isnin

PJ @ Aman Suria

No. C-G-5, Jalan PJU 1/45,
Aman Suria, 47100
Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 03 - 7803 4664
11.00am - 09.00pm


PJ @ Jaya One

Lot 007 & 009,Level P1
The School @ Jaya One,
72A, Jalan Universiti, 46200
Petaling Jaya,Selangor.
Tel No: 03 - 7492 0476 / 012 – 678 3722
11.00am - 09.00pm

Puchong @ Bandar Puteri

1st Flr, No 22-1,
Jalan Puteri 1/2.
Tel No: 03 – 8062 2652
11.00am - 09.00pm

Survey Pakej Jurugambar Perkahwinan


Jurugambar perkahwinan memainkan peranan sangat penting dalam sesebuah majlis  terutama Majlis Perkahwinan.Majlis  Perkahwinan merupakan saat indah bagi kedua mempelai untuk di abadikan. Pelbagai persedian perkahwinan perlu di titikberatkan dalam merealisasikan sesuatu majlis


.
Survey Pakej Jurugambar Perkahwinan
Gambar Norman Hakim dan Memey di Majlis Resepsi Mereka Yang terbaru dari Sweetpictures



Salah satu daripadanya adalah pemilihan Photography Services atau boleh kata pemilihan Photographer. Dalam zaman ekonomi kita yang tidak berapa stabil, rata-rata ramai yang memilih pakej yang murah atau sekadar shoot and burn .

Shoot and Burn Murah Tapi.........


Pada yang sudah berkahwin cik iena pasti anda tau apa itu shoot and burn ianya merupakan servis dari photographer yang hanya menawarkan khidmat mengambil gambar sahaja tanpa editing mahupun album.

Kebiasaannya pakej ini diambil oleh mereka yang mempunyai budget yang sedikit tetapi ingin saat indah bahagia mereka di abadikan dalam bentuk bercetak. Mereka sendiri akan mencetak gambar tersebut. Pakej ini ada juga baiknya, dari segi penjimatan . Seperti kita sedia maklum keadaan kewangan kita tak sama dengan semua orang. Tiada pasangan yang tak nak moment bahagia mereka dianadikan dalam bentuk bercetak untuk kenang kenangan. Cuma faktor keewangan membataskan.

Cik iena faham cuma apa yang cik iena ingin sampaikan jika memilih perkhidmatan shoot and burn anda seharusnya mencari photographer yang anda kenali atau anda tau hasil kerjanya . Cik iena khuatir gambar yang di ambil tidak sedindah di sangka.

Kenapa Ambil Pakej Untuk Gambar Cantik ?


Kelebihan pada yang mengabil pakej yang mengandungi album dan seantara dengannya adalah photographer akan memastikan mereka mengambil gambar yang banyak dan cantik untuk di susun di dalam album  dalam menjaga kualiti kerja mereka sebagai photographer supaya khidmat mereka akan sentiasa di hati pengantin dan sudah pastinya ia akan menjadi buah mulut pengantin dimana ianya  sedikit sebanyak akan menjadi promosi mouth to mouth gitu. Jadi pastinya gambar anda akan cantik kerana mereka akan menjaga kualiti kerja mereka.

Tapi adakalanya ada juga cik iena dengar gambar tidak seindah kabar. orang kata indah kabar dari rupa. Mungkin mereka sekadar bisnez main-main siapa tau. Atau masih belum terbuka hati untuk serius dalam bidang ini.

Maka dengan itu di sini cik iena nak highlight kan pemilihan photography services sangat penting bagi memastikan gambar yang di hasilkan cantik untuk tatapan anda sekeluarga serta rakan-rakan mahupun sehingga anak cucu cicit.

Dengan itu dengan lafaz bismillah hahaha ustazah pulak ya. Okay sebenarnya cik iena nak kongsi tentang servis photography yang cik iena pergi galeri mereka baru-baru ini.


SURVEY PAKEJ PHOTOGRAPHY PERKAHWINAN


Baru-baru ini cik iena berkesempatan ke OPEN DAY SWEETPICTURES MALAY WEDDING PHOTO & VIDEO yang terletak Bandar Sri Permaisuri . Sebenarnya cik iena ke sana untuk survey sahaja. Cik eina nak survey harga untuk dua adik lelaki yang bakal berkahwin tahun depan.

Cik iena sememangnya cerewet . Untuk mendapatkan yang terbaik pada harga berpatutan cik iena perlu lah survey . Walaupun bukan cik iena yang kawen tapi cik iena pula yang bersemangat. Nak Harap Cik iena kawen bayang-bayang encik boy friend pun tak nampak lagi. Ada tu ada cuma awakkkk cik iena perempuan, takkan perigi cari tembok. haha ouh "BEGITULAH PEREMPUAN". Haha tentunya perempuan nak lelaki mulakan dulu wakaka..okay out of topic sudah..

Berbalik kepada cerita asal yang ingin di kongsikan. Cik iena kenal rakan blogger kak +Diya Nadia  dia lah yang suggest pergi survey dekat adik dia bernama Linda . Dia ade galery dekat Bandar Sri Permaisuri. Maka dengan itu iena singgah sekejap sebelum iena ke Papparich Pavilion untuk sesi Makan Makan Bersama Papparich Blogger :)

SWEETPICTURES MALAY WEDDING PHOTOGRAPHY &  VIDEOGRAPHY EXPERT


Melangkah je kaki iena di Galeri Sweetpicture buat cik iena rasa nak kawen haha. Ya Allah cantik sangat gambar-gambar yang di pamerkan. Cik iena jatuh hati dengan gambar-gambar yang di pamerkan. Bukan gambar sahaja mereka juga menawarkan servis untuk Video. Cantiknya Video tu. Berbunga-bunga hati tengok tapi dalam hati sedih juga sebab takde calon nak kawen.

Haha bukan cerewet cuma faktor kesibukan kerja membuat cik iena sangat sibuk dan tiada masa untuk keluar mencari pasangan gitu. Hidup iena celik je kerja. Workerhorlic sangat . jadi sangat susah mencari pasangan yang memahami tahap kesibukan cik programmer. Ya betul takde yang faham haha sedih lah tu..haha Okay tolong jangan keluar dari topik cik iena.

Haaa ni jemput tonton video cik iena membebel masa di  galeri Sweetpictures.







Sweetpictures bukan sahaja menawarkan servis photography , mereka juga menawarkan servis videography buat anda. Tidak terbatas kepada majlis-majlis perkahwinan, mereka juga menawarkan perkhidmatan photography serta videography untuk majlis-majlis lain.



KOLEKSI GAMBAR SWEETPICTURES



KOLEKSI GAMBAR SWEETPICTURES

KOLEKSI GAMBAR SWEETPICTURES

KOLEKSI GAMBAR SWEETPICTURES


KOLEKSI GAMBAR SWEETPICTURES





Signature Album by Sweetpictures

 

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures

Signature Album by Sweetpictures


New Pro Album series by Sweetpictures






New Pro Album series by Sweetpictures



New Pro Album series by Sweetpictures


New Pro Album series by Sweetpictures




THE WEDDING RECEPTION : NORMAN Dan MEMEY / ABBY Dan JAI


Untuk pengetahuan sweetpictures merupakan salah seorang penaja  bagi Wedding reception terbaru Norman dan  Memei serta Abby dan Jai


SENARAI HARGA PAKEJ  SWEET PICTURES



Photography Package - Photobook


1 Event - RM 1,899 (Nikah atau Reception sahaja)


  • 1 Professional photographer
  • 1 Photobook 12 X 18 inch 40 pages
  • FREE 1 outdoor session same day
  • 1 Presentation box
  • Unlimited images
  • 1 Thumbdrive
  • 1 Premium USB box
  • Layout approval


2 Events - RM 2,399 ( Nikah dan reception)


  • 1 Professional photographer
  • 1 Photobook 12 X 18 inch 40 pages
  • FREE 1 outdoor session same day
  • FREE 1 poster frame 16 X 24 inch
  • 1 Presentation box
  • Unlimited images
  • 1 Thumbdrive
  • 1 Premium USB box
  • Layout approval


3 Events - RM 4,299 (nikah dan 2 reception)


  • 1 Professional photographer
  • 2 Photobook 12 X 18 inch 40 pages
  • FREE 2 outdoor session same day
  • FREE 2 posters frame 16 X 24 inch
  • 2 Presentation box
  • Unlimited images
  • 2 Thumbdrive
  • 1 Premium USB box
  • Layout approval

Photography Package - Custom Album


1 Event - RM 1,699 (Nikah atau Reception sahaja)


  • 1 Professional photographer
  • 1 Album 10 X 12 inch 20 pages
  • FREE 1 outdoor session same day
  • 1 Hard box
  • Unlimited images
  • 1 Thumbdrive
  • 1 Premium USB box
  • Layout approval


2 Events - RM 2,199 ( Nikah dan reception)

  • 1 Professional photographer
  • 1 Album 10 X 12 inch 20 pages
  • FREE 1 outdoor session same day
  • FREE 1 poster frame 16 X 24 inch
  • 1 Hard box
  • Unlimited images
  • 1 Thumbdrive
  • 1 Premium USB box
  • Layout approval

    3 Events - RM 3,899 (nikah dan 2 reception)

    • 1 Professional photographer
    • 2 Album 12 X 18 inch 40 pages
    • FREE 2 outdoor session same day
    • FREE 2 posters frame 16 X 24 inch
    • 2 Hard box
    • Unlimited images
    • 2 Thumbdrive
    • 1 Premium USB box
    • Layout approval



    Videography Package


    1 Event - RM2,199 ( Nikah atau reception )


    • 2 Professional videographers
    • 1 Highlight video (5 minit)
    • 1 Thumbdrive
    • 1 Premium USB box
    • All RAW returned - client provide hardisk

    2 Event - RM3,399 ( Nikah dan reception )

    •  2 Professional videographers
    • 2 Highlight video (5 minit stiap satu)
    • 1 Thumbdrive
    • 1 Premium USB box
    • All RAW returned - client provide hardisk

    3 Event - RM5,599 ( Nikah atau reception )


    • 2 Professional videographers
    • 3 Highlight video (5 minit)
    • 2 Thumbdrive
    • 2 Premium USB box
    • All RAW returned - client provide hardisk



    SWEETPICTURES OPEN DAY 

    SWEETPICTURES OPEN DAY


    Untuk pengetahuan semua mereka akan adakan sekali lagi Open Day pada minggu hadapan . Jadi jangan sedih okay masih boleh datang untuk dapatkan pelbagai pakej menarik dan mereka menawarkan deposit serendah RM300 sahaja pada hari tersebut.






    Untuk Maklumat Lanjut Layari


    Website  : http://www.sweetpictures.com.my/
    Facebook : https://web.facebook.com/sweetpictures/
    Instagram : https://www.instagram.com/sweetpictures_kl/
    Alamat : 54-1, Danau Lumayan Business Centre, Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras Kuala Lumpur
    No. Telefon :  03-9174 6868
    Hp : 019-888 3176/ 013-227 4441
    Email : sales@sweetpictures.com.my










    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


    Memiliki kult wajah yang yang lembut, halus serta tegang seperti kulit bayi sememangnya menjadi idaman setiap kaum wanita. Kulit yang lembut ini akan menaikkan lagi seri wajah apabila di oleskan dengan solekan mahupun hanya sekadar solekan ringan.


    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box
    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


    Buat anda yang mencari-cari set produk kecantikan yang pelbagai  terutama aneka produk yang di satukan di dalam box da dijual pada satu harga anda boleh dapatkan di Althea.

    Yuuups, ALTHEA !! Cik iena pasti anda sudah kenal dengan Althea ?? Ia merupakan portal online yang menjual barangan kecantikan dari Korea . ALTHEA menawarkan produk-prdouct K-Beauty (Korea) dengan harga termurah, 100% asli, dan ianya juga menawarkan penghantaran percuma seluruh dunia.


    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


    Mengapa harga produk K-Beauty Althea paling termurah? Ini adalah kerana produk-produk yang terdapat di Althea adalah produk K-Beauty yang dikirim secara lansung dari negara Korea dan tentunya jaminan 100%  asli. Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan jika anda berbelanja di Althea, seperti promo-promo discount yang diberikan. serta program kotak kecantikan atau Beauty Box yang dikenal sebagai ALTHEA BEAUTY BOX.


    Althea Beauty Box


    Althea Beauty Box adalah salah satu program dari althea yang  mana ianya merupakan kotak  kecantikan atau beauty box yang didalamnya mengandungi 6-12 produk  K-beauty yang ianya   disesuaikan dengan tema dari kotak tersebut.



    Althea 'Born This Way' Beauty Box
    Althea 'Born This Way' Beauty Box

    Mengapa Althea Beauty Box ini bernilai untuk anda beli? 


    1. Kotak tema-tema yang diberikan cukup menarik
    2. Harga dari 1 (satu) kotak kecantikannya lebih murah dibandingkan jika kita membeli unit harga dari produk-produk yang terdapat di dalam kotak itu
    3. Kotak kecantikan ini tidak perlu menggunakan program  langganan seperti kebanyakan kotak kecantikan yang diluar sana.
    4. Semua kotak  merupakan edisi terhad .

    Althea Beauty Box sendiri mempunyai kotak kecantikan 2 (dua) jenis iaitu:


    ALTHEA BOX: Beauty Box ini berdasarkan tema tertentu, dimana isi dalam kotak itu merupakan campuran dari  produk yang terkenal dan produk kegemaran ramai yang terbaru.


    TREND BOX: Beauty Box   ini berdasarkan dari trend kecantikan semasa di Korea. Di lengkapi  dengan produk K-Beauty yang paling terkenal (baik dari jenama baru atau produk terbaru dari jenama yang sudah sedia ada).


    Baru-baru ini cik iena di beri kesempatan untuk review  Althea 'Born This Way' Beauty Box.  Jom lihat apa yang ada di dalam Beauty Box ini dan review dari cik iena :)


    Althea 'Born This Way' Beauty Box 



    Althea 'Born This Way' Beauty Box
    Althea 'Born This Way' Beauty Box

    Produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah :

    1. Innisfree Green Tea Cleansing Foam
    2. Beuins Nutrient Emulsion Skin
    3. 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
    4. Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
    5. Aritaum Mono Eyes Eyeshadow
    6. Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (Watermelon Red)
    7. Pure Smile Art Point Pack
    8. Dr. Mind Apot Red Mask

    Untuk pengetahuan anda, kesemua produk kecantikan yang terdapat di dalam box ini adalah  bersaiz penuh dan ianya bernilai RM 567.00. Akan  tetapi anda boleh mendapatkan kotak kecantikan Althea 'Born This Way' ini hanya dengan harga  RM 116.00.



    Murah bukan Harga yang ditawarkan . Sememangnya ianya sangat-sangat  berbaloi untuk anda miliki.



    Untuk mendapatkan Born This Way Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/born-this-way-box (iena buang link sebab dah takde promo ni, korang boleh tgk main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
    Selain Born This Way Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box 



     Video Review Althea 'Born This Way' Beauty Box




    Althea Born This Way Box


    1.  Innisfree Green Tea Cleansing Foam


    Innisfree Green Tea Cleansing Foam adalah pembersih muka yang mengandungi teh hijau segar yang diekstrak dari daun teh hijau organik. Produk ini juga kaya dengan asid amino dan mineral yang dapat melembapkan dan meringankan kulit kering dari pembersihan. Dengan tekstur berbentuk busa, produk ini dapat membersihkan sisa dan kotoran dari dalam liang-liang, menjadikan kulit berasa bersih dan segar.

    Innisfree Green Tea Cleansing Foam
    Innisfree Green Tea Cleansing Foam


    Cara Penggunaan : 


    Picitkan sejumlah yang sesuai ke tangan anda dan kemudian urut di muka sehingga berbusa  dan bilas dengan air suam.


    Kandungan :


    GLYCERIN, CAMELLIA SINENSIS LEAF EXTRACT(28770mg), STEARIC ACID, MYRISTIC ACID, WATER, PEG-32, POTASSIUM HYDROXIDE, KAOLIN, LAURIC ACID, PROPANEDIOL, GLYCERYL STEARATE, COCAMIDOPROPYL BETAINE, CITRUS PARADISI (GRAPEFRUIT) FRUIT EXTRACT, CITRUS AURANTIUM DULCIS (ORANGE) FRUIT EXTRACT, ORCHID EXTRACT, CITRUS UNSHIU PEEL EXTRACT, CAMELLIA JAPONICA LEAF EXTRACT, OPUNTIA COCCINELLIFERA FRUIT EXTRACT, CITRUS TANGERINA (TANGERINE) EXTRACT, CITRUS AURANTIUM BERGAMIA (BERGAMOT) FRUIT EXTRACT, PEG-100 STEARATE, DISODIUM EDTA, TREHALOSE, SODIUM BENZOATE, FRAGRANCE



    Review Innisfree Green Tea Cleansing Foam

    Cik iena suka Tekstur lembut halus dan berbusa cleansing foam ini. Apabila selesai mencuci wajah, wajah terasa segar dan bersih . Terasa kekototan pada wajah hilang dan wajah tidak berminyak
    serta kulit menjadi lembut dan lembab.

    Haruman nya juga sangat wangi dan menenangan. Cleansing foam ini sesuai untuk kulit kombinasi ke berminyak.

    Rating :

    10/10




    2.  Beuins Nutrient Emulsion Skin



    Wrinkle improvementwhitening 5-Free: Paraben, Triethanolamine, Minyak mineral, Benzophenone, Sulfate Emulsi + toner yang sangat pekat memberikan kesan emulsi dan toner serentak.

    Ia menjadikan kulit berasa lembut dengan merapikan tekstur kulit dan dengan memberikan kelembapan dan nutrisi yang banyak buat kulit. Bahan-bahan seperti adenosin, niacinamide, peptida dan ekstrak calendula dapat memberikan kulit yang sihat.


    Beuins Nutrient Emulsion Skin

    Cara Penggunaan :


    Gunakan selepas mencuci muka pada waktu pagi dan pada waktu malam. Secara merata gunakan jumlah yang sesuai di seluruh muka.

    Kandungan :

    Purified water, Dipropylene Glycol, Glycerin, Octyldodecanol, Niacinamide, Butylene Glycol, Betaine, Cyclomethicone, Dimethicone, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, crylates/C10-3- Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tromethamine, Calendula Officinalis Flower Extract, Adenosine, Disodium EDTA, Isopropyl Myristate, Linalool, Linalyl Acetate, ,Sodium Hyaluronate, Coumarin, Geraniol, Oligopeptide, Oligopeptide-6, Hydrogenated Lecithin, Soybean Oil , Sodium Oleate, Phenoxyethanol


    Review Beuins Nutrient Emulsion Skin

    Cik iena suka haruman yang lembut dan harum. Tekstur yang lembut untuk di aplikasikan di wajah serta mudah meresap. Membuatkan kulit berasa sangat lembab dan lembut serta sejuk seolah kulit bayi.

    Rating :

    9/10


    3. 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer


    Bagi yang mengalami masalah pori-pori terbuka anda boleh Kurangkan penampilan liang pori terbuka mahupun parut kecacatan dengan asas primer ini. Ia dapat menutupi masalah tersebut secara sekata serta ianya mampu menghilangkan minyak yang berlebihan pada wajah dan meninggalkan kesan kanvas licinpada wajah anda. Formula serbuk sutera mampu mengekalkankelembapan kulit.

    3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
    3CE Back To Baby Pore Velvet Primer

    Cara Penggunaan :

     Selepas mencuci wajah serta mengaplikasikan toner mahupun krim penjagaan wajah yang lain. Gunakan Primer ini sebagai asas solekan.

    Review 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer

    Cik iena suka Baby Pore Velvet Primer ni kerana kulit kita akan kelihatan sangat halus mulus seperti bayi. Kulit kelihatan matte dan tidak berminyak . Sesuai juga untuk anda yang mempunyai kulit berminyak kerana tekstur kulit anda akan menjadi matte . Liang-liang pori juga akan tertutup seperti kanvas licin dimana ianya juga menaikkan lagi seri wajah anda dengan kelihatan sangat flawless.

    Cik iena sangat suka cuma ianya kecil sangat. Kalau ada yang besar mesti seronok. Memang tak rugi beli.



    Rating :

    10/10


    4. Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


    Natural 100 Mineral Sunkill RX adalah  serbuk mineral pelindung matahari yang mempunyai fungsi  perlindungan SPF42 PA ++. Ia mengandungi 10 organik, 100% mineral semulajadi yang juga sesuai untuk kulit sensitif! Manfaat utama nya adalah ianya bebas minyak  dan produk ia juga merupakan produk bebas kimia yang sesuai digunakan untuk anda semua bagi  mendapatkan 100% khasiat serbuk matahari mineral semulajadi.

    Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
    Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


    Cara Penggunaan :


    Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX


    Review Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX

     

    Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX
    Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkill RX

     

    Cik iena suka loose powder ini ini kerana ianya mudah dipakai berbanding loose powder yang lain dimana ada diantara loose powder yang tidak didatangkan dengan sponge dan  cermin. Berbeza dengan Natural 100 Mineral Sunkill RX ianya di datangkan dengan sponge serta cermin dan cara pemakaiannya juga sangat mudah.

    Tiada lagi masalah loose powder atau bedak tabur yang berterabur. Sama seperti loose powder lain anda perlu dap dap untuk mendapatkan kesan yang cantik , sekata serta tahan lama. Semakin lama anda dap dap semain ia meresap sekata pada wajah.




    Rating :

    8/10


    5. Aritaum Mono Eyes Eyeshadow


    Advanced Mono Eyes generasi kedua dengan warna yang lebih baik dan tiga tekstur yang berbeza: Matte, Shimmer, Glitter .

    Aritaum Mono Eyes Eyeshadow bertekstur matte berwarna Coral Squeeze ini mempunyai tiga kegunaan iaitu sebagai pembayang mata, pemerah pipi serta shading.


    Aritaum Mono Eyes Eyeshadow
    Aritaum Mono Eyes Eyeshadow

    Cara Penggunaan : 


    Oleskan Mono Eyes pada kelopak mata sebagai pembayang mata . Warna Coral Squeeze ini juga boleh di gunakan sebagai shading dan blusher.


    Kandungan :


    TALC,MICA,NYLON-12,SILICA,POLYMETHYL METHACRYLATE,TITANIUM DIOXIDE (CI 77891),OCTYLDODECYL STEAROYL STEARATE,PENTAERYTHRITYL TETRAETHYLHEXANOATE,YELLOW 6 LAKE (CI 15985),YELLOW 5 LAKE (CI 19140),ETHYLENE/ACRYLIC ACID COPOLYMER,ISOSTEARIC ACID,POLYETHYLENE,CAPRYLIC/CAPRIC TRIGLYCERIDE,PHENYL TRIMETHICONE,POLYBUTENE,CETYL ETHYLHEXANOATE,1,2-HEXANEDIOL,RED 7 LAKE (CI 15850),METHICONE,GLYCERYL CAPRYLATE,IRON OXIDES (CI 77491),PTFE,HYDROGENATED LECITHIN,AMINOPROPYL DIMETHICONE,POLYMETHYLSILSESQUIOXANE,ALUMINA,TIN OXIDE


    Review Aritaum Mono Eyes Eyeshadow


    Cik iena suka Mono Eyes kerana ianya mempunyai tiga kegunaan iaitu sebagai pembayang mata, pemerah pipi dan juga shading. Sangat jimat dan mudah kerana tidak perlu bawa banyak barangan mekap jika travel. Hanya menggunakan Mono Eyes ini untuk tiga kegunaan.

    Untung penggemar warna terang dan striking cik iena gunakan Mono Eyes berwarna Coral Squeeze ini untuk solekan ringkas ke pejabat.



    Rating :


    7/10

    6. Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (RD307 Watermelon Red)


    Ia merupakan fresh lip satin yang menggunakan Warna terang dan indah seperti buah buah.
    Ramuannya kaya dengan vitamin dan bahan pelembab dalam ekstrak buah delima dan limau gedang .
    Ianya  menyerap dengan cepat dan mampu mengekalkan kelembapan bibir ianya juga tahan lama

    Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint
    Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint

     

    Cara Penggunaan :


    Oleskan segel tint di bibir pada bahagian tengah dan perlahan-lahan perlahan ke luar bibir dari dalam ke luar bibir.

    Kandungan : 


    Water, Glyceryl Polymethacrylate, Glycerin, Propanediol, Trehalose, Pentylene Glycol, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/vp Copolymer, Polysorbate 20, Tromethamine, Polyacrylate-13, Titanium Dioxide (Ci 77891), Polyisobutene, Dehydroacetic Acid, Fragrance, Sapindus Trifoliatus Fruit Extract, Red 27 (Ci 45410), Yellow 6 (Ci 15985), Silica, Red 33 (Ci 17200), Alumina


    Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint
    Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint


    Review Etude House Dear Darling Ice-Cream Water Gel Tint (RD307 Watermelon Red)


    Cik iena suka tekstur dan rasa gel tint ini . Sejujurnya banyak kali cik iena makan lip tint ni. Rasa manis mellon . Warna yang dihasil juga nampak semulajadi serta ianya tahan lama. 

    Untuk menghasilkan warna yang cantik. Lakukan shading pada bahagian luar bibir dimana cik iena gemar memakai lipstick bewarna lembut di bahagian luar bibir kemudian cik iena oleskan lip tint ini pada bahagian dalam bibir. Bibir anda akan kelihatan mungil :)



    Rating :

    8/10


    7. Pure Smile Art Point Pack



    Pure Smile Art Point Pack  mempunyai 2 keping topeng wajah yang sangat comel dan berwarna-warni. Ia mempunyai kolagen, asid hyaluronik, ekstrak plasenta. Ia berbau sangat manis dan  berbau buah.Sesuai digunakan bersama teman untuk melakukan rawatan kulit sambil bergembira.


     Pure Smile Art Point Pack
    Pure Smile Art Point Pack

    Cara Penggunaan :

    Cuci wajah sehingga bersih, selepas mencuci anda boleh juga mamakai toner anda dan Keluarkan lapisan topeng dari pek, bentuk dan letakkan pada bahagian-bahagian diwajah anda yang ingin anda lembabkan. Biarkan selama 5-10 minit.

    Kandungan :

     Vitamin E, Collagen dan Hyaluronic Acid dan bahan pelembab lain.

    Pure Smile Art Point Pack


    Review Pure Smile Art Point Pack


    Cik iena haruman manis segar dari Pure Smile Art Point Pack ini. Sudah tentu rasa comel bila memakai face mask ini kerana ianya sangat comel. Cik iena sangat suka kesannya. Selepas menganggalkan mask. Kulit terasa sangat lembab dan lembut.
     



    Rating :
    10/10


    8. Dr. Mind Apot Red Mask


    Dr. Mind Apot Red Mask adalah hadiah percuma dalam Althea 'Born This Way'  Beauty Box ini.
    Ianya berfungsi untuk merehatkan kulit dan membantu mengimbangi minyak kulit untuk memastikan kulit yang sihat.


    Dr. Mind Apot Red Mask
    Dr. Mind Apot Red Mask

    Cara Penggunaan :

    Cuci wajah sehingga bersih, selepas mencuci anda boleh juga mamakai toner anda dan keluarkan topeng ini serta letak di wajah secara sepenuhnya. Biarkan selama 5-10 minit.


    Review Dr. Mind Apot Red Mask

    Cik iena yang merupakan pencita face mask sememangnya akan menyukai mask ini. Rasa bersih, segar lembut kulit selepas menggunakannya.

    Rating :

    10/10



    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box
    Review Althea 'Born This Way' Beauty Box


     Menarik kan  Althea 'Born This Way' Beauty Box  . Harganya juga sangat murah untuk kesemua barangan bersaiz asal ini. TErdapat 7 Produk bersaiz asal di dalam box ini dengan percuma satu Dr. Mind Apot Red Mask.





    Untuk mendapatkan Born This Way Beauty Box ini sila layari  http://my.althea.kr/born-this-way-box (iena buang link sebab dah takde promo ni..korang boleh tengok main page https://my.althea.kr?afmc=ienaeliena)
    Selain Born This Way Beauty Box ini anda juga boleh mendapatkan Beauty Box yang lain di http://my.althea.kr/althea-box 

    Untuk Maklumat Lanjut Layari


    Website : http://my.althea.kr
    Facebook : Althea
    Instagram :  @altheakorea
    Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
    Blog : http://blog.althea.kr/


    Powered by Jasper Roberts - Blog

    Archieve