Grab The Promo
Grab The Promo

KERENGGA Chocolate Shake dan Poopoil oleh MH Solutions


Pinggang yang kurus seperti kerengga sememangnya menjadi dambaan kaum Hawa. Tubuh badan yang  terbentuk cantik yang mempunyai ukuran  pinggang yang kecil seperti kerengga sememangnya diidamkan tidak kiralah wanita itu sudah berumah tangga mahupun belum.


KERENGGA Chocolate Shake oleh Mediherba
KERENGGA Chocolate Shake oleh MH Solutions


Bagi wanita yang belum berkahwin pastinya mereka menitikberatkan tentang penjagaan tubuh badan. Cik iena yakin tak ramai yang gemar berbadan besar. Kebanyakan wanita mengidamkan tubuh kecil ramping bak kerengga. Bagi yang telah berumahtangga pastinya penjagaan bentuk tubuh badan ini penting untuk menambat hati suami.

Jadi di sini kepada anda diluar sana yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan anda inginkan pingang kurus seperti kerengga anda boleh mencuba KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  MH Solutions. Ianya merupakan produk yang mempunyai pengiktirafan pengkelasan makanan dari KKM dan selamat diamalkan.


KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  Mediherba
KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  MH Solutions


Produk kerengga ini boleh diamalkan oleh wanita dan juga lelaki. BUkan wanita sahaja yang ingun tubuh yang cantik. Lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan juga boleh mengamalkan KERENGGA.


KERENGGA Chocolate Shake oleh MH Solutions


KERENGGA merupakan minuman berperisa milo ais yang enak dimana ianya difomulasikan untuk membantu meningkatkan metabolism badan  serta membantu mencairkan lemak tepu di bahagian tertentu  seperti peha, lengan ,dan perut. Ianya boleh dikatakan berfungsi sebagai macam fat burner.

KERENGGA Chocolate Shake oleh Mediherba


Selain daripada itu ianya juga tidak mempunyai kesan sampingan  seperti kerap buang air besar seperti kebanyakan produk kurus yang lain. Produk yang mempunyai kesan sampingan kerap membuang air besar adalah tidak bagus kerana produk sebegitu boleh merosakkan usus besar .


KERENGGA Chocolate Shake oleh Mediherba
KERENGGA Chocolate Shake oleh MH Solutions


Dengan mengamalkan KERENGGA ianya  akan membuatkan anda terasa haus , berpeluh atau panas, dan seterusnya membuatkan anda kerap membuang air kecil kerana kesan dari pembakaran lemak tepu yang sedang bekerja didalam badan. Jadi untuk kesan yang lebih baik adalah digalakkan untuk  meminum air yang banyak .

KERENGGA Chocolate Shake oleh Mediherba

Untuk pengetahuan produk ini telah mendapat banyak testimoni yang berjaya mengurangkan berat badan minumum 3 kg seminggu .

Produk KERENGGA ini juga mempunyai pengiktirafan pengkelasan makanan dari KKM

Cara Pengambilan:

  1. Masukkan 1 sachet ke dalam shaker
  2. Masukkan 200ml air sejuk ke dalam shaker
  3. Shake dan minum
  4. untuk berat 80kg kebawah, disarankan 1 sachet untuk sehari , ambil selepas makan
  5. untuk berat 80 kg keatas , 1 sachet selepas breakfast dan 1sachet selepas mkan tengahari selama seminggu
  6. tidak ada pantang
  7. Minum air masak banyak



Kandungan :

Kerengga Poopoil Oleh Mediherba


Serbuk koko, Krimer tanpa susu,Pati Guarana, Citrus Aurantium, Oligo, Garcinia Cambogia, formulasi pemutihan



Kebaikan KERENGGA Chocolate Shake oleh MH Solutions



Kebaikan KERENGGA Chocolate Shake oleh Mediherba


Sekiranya anda merupakan seorang yang bekerjaya dan mempunyai masalah kekangan masa untuk mengamalkan KERENGGA Chocolate Shake ini anda juga boleh amalkan Kerengga Poopoil.



Kerengga Poopoil Oleh MH Solutions


Kerengga Poopoil  merupakan produk menurunkan berat badan dalam bentuk tablet yang senang di kunyah dan ianya didatangkan dengan perisa coklat. Ia dikatakan 20 kali lebih berkesan apabila digunakan bersama kerengga Chocolate Shake.

Kerengga Poopoil Oleh Mediherba
Kerengga Poopoil Oleh MH Solutions

Kerengga Poopoil membantu membuang 40% minyak dalam badan melalui pembuangan air besar namun tiada cirit birit.. Ia merupakan tablet yang senang di kunyah, mudah diamalkan dan mempunyai rasa coklat berkrim seperti gula-gula.

Ia dapat membantu menurunkan kolestrol dan seterusnya mempercepatkan proses penurunan berat badan. Kesan pembuangan air besar adalah seawal 12 jam.

Cara Pengambilan:

  1. makan sebelum breakfast 1 biji
  2. 1 hari cuma ambil 1 biji



Untuk pengetahuan anda pengambilan KERENGGA Chocolate Shake bersama Kerengga Poopoil akan memberi kesan yang lebih cepat di tambah dengan konsistensi pengambilan Kerengga dan minum air masak yang banyak.




KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  Mediherba
KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  MH Solutions


JAdi kepada anda di luar sana yang masih mencari produk penurunan berat badan yang sesuai anda boleh mencuba KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  MH Solutions.
Insya Allah dengan pengambilan yang konsisten dan dengan mengamalkan meminum air masak yang banyak akan memberikan kesan penurunan badan yang ketara pada anda.


Walaubagaimanapun kesan bagi setiap individu mungkin berbeza, jadi tidak salah anda mencuba terlebih dahulu . Nak kurus perlu la berusaha untuk mencari alternatif lain selain bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat :)


KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  Mediherba
KERENGGA Chocolate Shake dan Kerengga Poopoil  dari  MH Solutions


 TESTIMONI KERENGGA


TESTIMONI KERENGGA

TESTIMONI KERENGGA



TESTIMONI KERENGGA





Untuk Maklumat LAnjut dan Testimoni Lain Sila RUjuk :


Instagram : https://www.instagram.com/kerenggalentik/
Facebook : https://www.facebook.com/kerenggalentik
Whatsapp : www.wasap.my/60186610104


Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel

Beberapa minggu yang lepas Cik iena berkesempatan menghadiri Festival Makanan Laut Sri Lanka bertempat di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Ini merupakan pengalaman pertama kali Cik iena mencuba makanan Sri Lanka.


Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel

Makanan Sri Lanka mempunyai keunikan tersendiri. Rasa makanan Sri Lanka boleh membuat anda ketagih. Hampir semua makanan dibuat dari santan dan kaya rempah. Di samping masakan pantai, makanan popular dari Sri Lanka adalah Nasi dan Kari. Sri Lanka terkenal dengan kepelbagaiannya.

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Sekiranya anda ingin mencuba  makanan Sri Lanka, anda boleh datang dan rasakan sendiri di Festival Makanan Laut Sri Lanka di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.

Sepanjang April 2018 ini, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur membawa secara eksklusif di Big Apple Restaurant, segala jenis hidangan dari Sri Lanka. Untuk pengetahuan terdapat banyak elemen sejarah, adat dan budaya dalam masakan khas yang dimasak oleh chef-chef dari sana juga. Dipengaruhi oleh India, Indonesia, dan Belanda, masakan dari Sri Lanka ternyata unik dan istimewa!

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Salah satu masakan istimewa dari Sri Lanka tentunya hidangan ketamnya. Masakan dari Ketam Sri Lanka merupakan salah satu hidangan wajib untuk anda cuba . Istimewanya festival ini adalah dua orang  chef yang dibawa khas dari Berjaya Hotel Colombo, untuk penyediaan masakan asli dari Sri Lanka sepanjang promosi ini bagi mengekalkan keaslian masakan Sri LAnka.


Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel



Terdapat banyak makanan Sri Lanka yang di hidangkan, maaf cik iena tak ingat kesemua nama kerana ini pertama kali Cik iena memakan hidangan Sri Lanka. Terlampau asyik makan terlupa nak ambil gambar nama makanan. Selain menu utama Ketam, menu yang cik iena sangat gemari adalah sambal terung . Sekali lagi maaf nama sambal terung ni Cik iena yang bagi. Nampak macam sambal terung tapi ada rempah dan kayu manis. Memang sangat sedap.

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square HotelSri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Sempena Sri Lankan Seafood Festival ini, terdapat promosi hebat ditawarkan  untuk 38 orang pelanggan pertama cuma perlu bayar RM38 nett sahaja untuk seorang. Untuk pelanggan yang ke 39 hingga 58 pula cuma perlu bayar RM58 sahaja!

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Dan ada berita lebih baik, iaitu abila anda berbelanja  minimum RM888 nett dalam satu resit, anda berpeluang menyertai CABUTAN BERTUAH. Antara hadiahnya ialah memenangi pakej bercuti termasuk tiket flight ke Sri Lanka, sponsored by Sri Lankan Airlines dan juga bermalam 4 hari 3 malam di Berjaya Hotel Colombo.

Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


Sri Lanka Food Festival ini bermula dari 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Level 14 pada

12.00pm – 2.30pm (Weekday Lunch)
12.30pm – 4.00pm (Weekend Hi-Tea)
6.30pm – 10.30pm (Daily Dinner)

Harga


RM98 (dewasa)
RM61 (warga emas)
RM41 (kanak-kanak)

Setiap pembelian untuk 3 orang dewasa akan mendapat 1 seat percuma.

Untuk pengetahuan lagi sekiranya anda adalah pemegang kad kredit Maybank anda layak menerima 30% diskaun :)


Untuk melihat gambar makanan sila lihat di fanpage cik iena Sri Lankan Seafood Festival Berjaya Times Square Hotel


KEKAL HARUM DENGAN BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE

Sabun mandian dan losyen sememangnya tidak lekang dengan kaum Wanita . Kebanyakan golongan  Wanita akan memakai sabun mandian yang sesuai dengan kulit beserta losyen bagi menjaga kecantikan dan kelembapan kulit. Kelembapan kulit ini adalah sangat penting bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan seterusnya muncul garis-garis halus dan berkedut.

BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE


Penjagaan kulit amat di titik beratkan khususnya buat golongan wanita Elite yang mementingkan kecantikan. Tidak lupa juga buat kaum-kaum isteri yang perlu menjaga kecantikan tubuh badan secara dalaman dan luaran .

Jadi pemmilihan sabun mandian serta losyen ini juga boleh dikatakan penting dalam menjaga dan mengekalkan kecantikan serta kelembapan kulit tubuh badan. Disini Cik iena ingin kongsikan Shower cream dan losyen yang pernah cik iena guna untuk kegunaan harian dalam merapikan diri seterusnya mengekalkan kesihatan , kelembutan dan kelembapan kulit disamping memberi kesan aromatheraphy dengan haruman yang menenangkan iaitu Bare For Bare.

BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE

Sebelum Cik iena kongsikan mengenai produk yang cik iena cuba, cik iena ceritakan secara ringkas terlebih dahulu apa itu Bare To Bare. Pasti ada yang masih belum mengetahui tentang jenama ini .

Bare For Bare


Bare for Bare adalah penjagaan badan yang dibuat dari minyak pati botani yang dipilih secara terpilih yang dikumpulkan dari sumber terbaik di seluruh dunia dan ianya adalah bebas paraben.


BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE



Bare For Bare Body Wash In Rosemary




Ia mengandungi ramuan yang hebat dengan pelbagai manfaat,  rosemary bukan sahaja dapat mencegah kerosakan kulit dan mempercepatkan penyembuhan dengan menghapuskan bakteria dan kulat, ia juga dapat memberi kelembapan pada kulit , melegakan ketegangan, dan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat.

Bare For Bare Body Wash In Rosemary
Bare For Bare Body Wash In Rosemary

Untuk pengetahuan  Rosemary Essential Oil mempunyai manfaat melegakan dan menyegarkan untuk deria, dan meningkatkan peredaran darah. Disamping itu ianya juga mengandungi
aroma segar, herbaceous dan manis yang memberi tenaga dan menghidupkan semula.

Rosemary Essential Oil  Paling dikenali dengan pelbagai faedah kesihatan dan kecantikan.


BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE


Kandungan

Aqua, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl  Betaine, Cocamide DEA, Glycerin, Pentylene Glycol, , Fructose, Urea, Sodium Hydroxide, Maltose, Sodium PCA, Sodium Lactate, Trehalose, Allantoin, Sodium Hyaluronate, Glucose, Perfume, Polyquaternium-39, Sodium Chloride, Tetrasodium EDTA, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Citric Acid, Rosemary Essential Oil.

Cara Penggunaan


Selepas membasuh tubuh anda dengan air bersih,  pum kan Bare For Bare Body Wash In Rosemary pada tapak tangan anda kemudian usap lembut pada seluruh tubuh badan anda  dan biarkan selama beberapa minit dengan menikmati haruman rosemary yang menyegarkan . Kemudian bilas dengan air bersih dan keringkan badan.


Review Bare For Bare Body Wash In Rosemary



BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE

Cik iena sangat suka Bare For Bare Body Wash In Rosemary. Harumannya sangat menenangkan dan menyegarkan. Seharian bekerja pasti membuatkan anda berasa penat dan adakalanya akan stress. Dengan mandian ini ianya mampu menenagkan minda dengan haruman rosemary yang menyegarkan.

Selain itu ianya melembabkan kulit tubuh badan. Seharian bekerja di dalam pejabat yang berpenghawa dingin sedikit sebanyak mampu membuatkan kulit badan bertambah kering. Dengan adanya Bare For Bare Body Wash In Rosemary ini ianya mampu memberi kelembapan pada kulit tubuh.

Harga Bare For Bare Body Wash In Rosemary

RM29 - 300 ml


Rating

9/10

Bare For Bare Body Lotion In Rosemary


Ia mengandungi ramuan yang hebat dengan pelbagai manfaat,  seperti yang kita sedia maklum  rosemary bukan sahaja dapat mencegah kerosakan kulit dan mempercepatkan penyembuhan dengan menghapuskan bakteria dan kulat, ia juga dapat memberi kelembapan pada kulit , melegakan ketegangan, dan membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat.

Bare For Bare Body Lotion In Rosemary
Bare For Bare Body Lotion In Rosemary

Rosemary Essential Oil  Paling dikenali dengan pelbagai faedah kesihatan dan kecantikan. Ia  mempunyai manfaat melegakan dan menyegarkan untuk deria, dan meningkatkan peredaran darah. Disamping itu ianya juga mengandungi aroma segar, herbaceous dan manis yang memberi tenaga dan menghidupkan semula.


Kandungan

Perfume, PPG-20 Methyl Glucose Ether, Betaine, Caprylic/Capric Triglyceride & Laminaria ochroleuca Extract, Methylisothiazolinone, phenoxyethanol, Cetyl Alcohol, Acrylates/ C10-30 Akly Acrylate Crosspolymer, Triethanolamine, Titanium Dioxide, Rosemary Essential Oil.



BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE



Cara Penggunaan


Selepas mandi menggunakan Bare For Bare Body Wash In Rosemary kemudian keringkan badan dan sapukan Bare For Bare Body Lotion In Rosemary pada seluruh tubuh badan anda terutama pada bahagian pelipat dan bahagian-bahagian yang kering.

Review Bare For Bare Body Lotion In Rosemary



BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
Bare For Bare Body Lotion In Rosemary ini juga sangat menyegarkan dan melembabkan kulit. Cik iena dapati apabila Cik iena pakai Bare For Bare Body Lotion In Rosemaryini di pejabat yang berhwa dingin, kulit cik iena terasa segar seperti mint .

Harumannya pasti membuatkan cik iena rasa tenang sama seperti body wash. Haruman yang sama dan juga mempunyai kebaikan yang sama untuk melembabkan kulit. APa yang paling penting sekali ianya adalah dari bahan organik yang tidak akan merosakkan kulit :)

Harga Bare For Bare Body Lotion In Rosemary

RM29 - 300 ml

Rating

9/10




BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE GIFT SET RM58



BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE

Kepada anda di luar sana yang masih mencari cari produk penjagaan kulit badan yang sesuai boleh cuba produk ini . Selain daripada itu ianya juga sesuai di buat hadiah untuk teman wanitha khususnya  :)

Pada yang ingin hadiah kan kepada teman boleh la beli BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE GIFT SET yang berharga RM58 sahaja.  Ianya hadir dengan CUSTOM BOX yang eksklusif untuk di berikan kepada yang tersayang.



Pembelian Secara dalam talian di


Official Website
-Worldwide delivery

Official Facebook Page (International)

Official Facebook Page (Taiwan)

Instagram


BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE
BARE FOR BARE ROSEMARY BODY CARE

Physical Outlets:
Available in Parkson PLAY UP Advance Fahrenheit88
Available in SASA Outlet (Malaysia)
-Sasa outlets (26 outlets throughout Malaysia)

1 MID VALLEY MEGAMALL
2 PAVILION KUALA LUMPUR
3  SUNWAY PYRAMID 2
4 CITY SQUARE
5 SELECTIV MID VALLEY
7 CHERAS LEISURE MALL
8 SURIA KLCC
9 AEON BUKIT TINGGI SHOPPING CENTER
10 1 UTAMA SHOPPING CENTER
11 GURNEY PLAZA, PENANG
12 AEON STATION18, IPOH
13 AEON MALL KLEBANG
14 AMAN SENTRAL (SELECTIV)
15 SASA SELECTIVE AT 1 UTAMA
16 AEON SHAH ALAM (SELECTIV)
17 LOT 10
18 SUNWAY GIZA
19 GURNEY PARAGON MALL
20 QUEENSBAY MALL, PENANG
21 KLUANG MALL
22 IPOH PARADE
23 EAST COAST MALL KUANTAN
24 PALM MALL, SEREMBAN
25 STARLING MALL
26 SUNWAY PUTRA MALL (SELECTIV)












Ketahui Cara Beristeri 9 dalam Filem Enjin No.9

Baru-baru ini Cik iena telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pra-tonton Enjin No 9 . Enjin No 9 merupakan Filem sulung terbitan Rangkaian Melati Production Sdn Bhd,  Ia merupakan filem  bergenre komedi ringan  yang sedang mula ditayangkan diseluruh Malaysia mulai  hari ini 29 Mac 2018.

Rangkaian Melati Production Sdn Bhd merupakan Syarikat yang baru sahaja menapak dalam bidang penerbitan filem tempatanyang mana ianya  dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Tengku Azalli Tengku Sulaiman dan juga Muliati Ratna Kasuma.

Filem Enjin No.9


Walaupun usia penubuhannya masih muda, ianya bukanlah satu penghalang bagi mereka menerbitkan sesebuah filem. Sebaliknya, Rangkaian Melati sentiasa mencari peluang dan ruang untuk sebaris dengan syarikat-syarikat penerbitan yang sedia ada.

Untuk pengetahuan Filem Enjin No. 9 ini diarahkan oleh Raja Azmi. Ia merupakan karya Tengku Azalli dibantu oleh Muliati Ratna, memfokuskan kepada nilai seni dan muzik yang popular sekitar tahun 50an sehingga 60an.

Manakala skrip, jalan cerita, lokasi pengambaran, lagu-lagu lama dibuat dan dipilih khusus oleh Tengku Azalli, suami isteri. Filem ini Membariskan pelakon berpengalaman seperti Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Qazim Nor, Ayuni Haris dan juga Hafiz Baharl.

Ianya turut menampilkan buat pertama kalinya di layar perak iaitu Tajul Arif dan juga Bila AF yang sebe|um ini dikenali sebagai penyanyi. Lokasi pengambaran telah dijalankan sekitar Pahang & Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.

Trailer Filem Enjin No 9


Sinopsis Filem Enjin No. 9


Filem Enjin No. 9 ini mengisahkan tentang Pak Leman (Kazar) seorang yang sudah berumur tetapi miang keladi.

Pengalaman beliau yang pernah berkahwin sebanyak 8 kali tidak membuatkan beliau serik untuk berkahwin buat kaIi yang ke-9.


Filem Enjin No.9

Untuk merealisasikan hasratnya itu, Ujang (Tajul) dan juga isteri Ujang, Nora (Ayumi) ditugaskan untuk merisik Wan Limah (Datin Fadhilah Mansor).

Wan Limah merupakan seorang janda yang masih lawa. Hasrat Pak Leman itu tidak dipersetujui oleh Kak Leha (Sharifah Shahira) yang merupakan Ketua Pembebasan Wanita (Women Liberation) yang memperjuangkan anak-anak dara terlajak di kampung mereka.

Filem Enjin No.9


Kak Leha dan kuncu-kuncunya berusaha bersungguh-sungguh dalam menggagalkan hasrat Pak Leman itu.

Tujuan utuma Kak Leha berbuat demikian kerana beliau beranggapan tindakan Pak Leman berkahwin buat kali ke-9 itu memalukan orang kampung. Namun yang demikian, Kak Leha mempunyai agendanya yang tersenduri.

Filem Enjin No.9


Apakah agenda tersembunyi yang dirancang oleh Kak Leha? Adakah rancangan tersebut ditujukan kepada Pak Leman atau Wan Limah? Dan bagaimana pula hasrat Pak Leman yang ingin memperisterikan Wan Limah?

Sama-sama kita saksikan filem ini.

Filem Enjin No. 9 ini merupakan edaran MIG Pictures Sdn Bhd dan akan berada di pawagam tempatan bermula hari ini 29 Mac 2018.



Review Filem Enjin No. 9


Filem ini sesuai ditonton seisi keluarga kerana ianya merupakan filem komedi yang berunsur kekeluargaan juga . Bagaimana hubungan datuk dan cucunya . Bagaimana telatah cucu melayan datuk nya yang agak menggatal walaupun sudah lanjut usia.

Filem Enjin No.9


Pada mereka yang berhasrat untuk mempunyai ister lebih dari satu, dua ,tiga, malahan 9 boleh menonton filem ini untuk belajar tips atau cara menggoda untuk golongan lanjut usia. haha . Kalau anda semua nak tahu Enjin No 9 bermaksud Isteri yang ke sembilan.

Dasyat sungguh Atuk ni isteri sampai 9 kan. Walaubagaimanapun ada kisahnya mengapa isteri sampai nombor sembilan. Untuk mengetahui al kisahnya jangan lupa tonton filem ini ok.

A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Dari apa yang cik iena tonton Filem ini memang lawak tapi adakalanya lawaknya tidak menjadi kerana lakonan yang kurang memberi impak lawak dari pelakon baru . Cik iena tak boleh nyatakan nama pelakon. Anda sendiri tonton okay. Ini review jujur dari cik iena. kerana adakalanya Cik iena sendiri tak faham.  kenapa salah satu watak dalam cerita ini gelak terbahak-bahak padahal Cik iena tak gelak.

Lantas cik iena bertanya pada diri sendiri adakah dia sedang buat lawak. dan cik iena ajukan soalan pada rakan sebelah, adakah pelaon itu sedang buat lawak. dan hasilnya masing-masing pandang sesama sendiri dan tergelak ."Yang Lawak itu adalah soalan Cik iena".   Pendek kata ada bahagian yang lawak tak sampai. Panjang kata kene tonton sendiri. Walaubagaimanapun pandangan setiap orang pasti berbeza. Ini cuma pandangan Cik iena.


Untuk FIlem ini Raja Azmi semangnya sangat berani menampilkan pelakon baru dalam FIlem sulungnya. Langkah ini dikatakan sangat berani. Tahniah kerana beliau berani mencabar diri untuk memberi peluang pada pelakon baru. Tanpa peluang mana mungkin dapat jadi pelakon berjaya kan. Diharap pelakon-pelakon baru ini dapat memperbaiki mutu lakonan mereka dan menepis tanggapan umum tentang lakonan mereka.

Filem Enjin No.9


Walaubagaimanapun untuk filem ini Cik iena sangat suka Syarifah syahirah dan doty yang sememangnya lawak bagi cik iena . Walaupun watak mereka agak jahat tetapi lawak yang mereka sampaikan menjadi.

Untuk review kali ini Cik iena review separuh daripada filem tau bukan keseluruhan sebab Cik iena terpaksa pulang awal kerana CIk iena naik public transport jadi lebih kurang jam 11 Cik iena terpaksa keluar kerana rushing mengejar KTM. Cik iena tak bawa kerta. Maaf sangat .Nak dijadikan cerita majlis bermula lewat jadi lewat lah habis. Jadi Cik iena review untuk setakat yang Cik iena tonton sahaja. .


Wokay setakat ini Review Cik iena ya. Jangan lupa tonton tau. Bawa atuk je tau. jangan bawa nenek. nanti nenek marah atuk nak kawen lagi :)

Rating

5/10




Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve