Grab The Promo
Grab The Promo

Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi





Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi


Istimewa Sempena Bulan Kemerdekaan ni Justea menganjurkan Peraduan "Justea Happy 61st Merdeka"  dimana Hadiah utama untuk di menangi adalah 20 X SAMSUNG GALAXY J7 PRO Dan GSC Movies Tiket untuk 2 orang x 20 bagi setap minggu untuk 9 minggu sepanjang tempoh peraduan berlansung.



Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi



 Kepada anda di luar sana , jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tidak siapa yang tau. Untuk pegetahuan anda dua buah talifon bimbit yang Cik iena miliki sekarang adalah talifon bimbit hadiah dari Contest-contest yang Cik iena sertai di Laman Sosial .



Peraduan Justea Happy 61st Merdeka  ini pemenang TIDAK ditentukan berdasarkan LIKE. Maknanya semakin banyak penyertaan semakin tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah utama Contest ini . 

Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi



Jadi, jangan lupa sertai peraduan ini tau. Mana tau kali ni tuah itu berpihak kepada anda pula. Jadi jangan segan silu untuk sertai contest atau peraduan seperti ini.
Insya Allah Cik iena pasti akan sertai peraduan ini :) Mana tau Cik iena dapat lagi menang Handphone (^_~)



Pada yang ingin sertai jom cik iena terangkan bagaimana untuk sertai peraduan Justea Happy 61st Merdeka ini.


Cara Penyertaan Justea Happy 61st Merdeka



Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi



Hanya 4 Langkah Mudah Untuk anda memenangi peraduan ini iaitu

  1. Buy
  2. Download
  3. Snap & Scan Photo
  4. Submit
  
Langkah 1: Buy

Beli mana-mana produk minuman Justea dalam satu resit rasmi.


Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi



 
1 resit = 1 penyertaan
 Resit Rasmi kedai mesti dicetak dengan jelas jenama Produk Justea  yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan.

  Langkah 2: Download

Muat turun “POP Media’ Apps melalui Scan QR code ( POP Media Apps juga boleh muat turun melalui  Google Play or Apps Store) 


Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi





 
 Langkah 3: Snap & Scan Photo

Imbas sebarang paket minuman Justea untuk mengaktifkan bingkai foto Justea.  Bergambar dengan bingkai.


Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi

 Langkah 4: Submit

Whatapp ke 012-212 4873 nama penuh, IC, gambar bersama bingkai dan gambar resit rasmi  sebagai bukti pembelian.  Simpan Resit Rasmi pembelian untuk tujuan pengesahan.


Justea Happy 61st Merdeka | 20 Unit SAMSUNG GALAXY J7 PRO Untuk Di menangi



Mudah sahaja bukan ?. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari facebook Yeo’s Malaysia hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s Malaysia di 1300-80-2828.



Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Dewasa kini semakin banyak portal online yang menjual secara online . Apa yang membezakan kesemua portal online tersebut adalah barangan yang dijual serta kualiti servis yang ditawarkan .

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Ramai diantara kita takut untuk cuba membeli secara online lagi-lagi pembayaran melalui FPX mahupun kad kredit serta debit card. Umum lebih memilih kepada COD atau pembayaran secara transfer kerana ragu akan sistem pembayaran online.

Namun begitu tidak bagi Cik iena, sememangnya Cik iena lebih memilih pembelian online yang menggunakan pembayaran melalui online banking seperti fpx,molpay xenopay dan debit.


Disini Cik iena ingin kongsikan sedikit pengalaman membeli secara online di beli@hurr .
Jika sebelum ini Cik iena pernah menulis dua artikel yang berkaitan iaitu

  1. http://www.ienaeliena.com/2018/05/nak-beli-pre-loved-hurr-tv.html 
  2. http://www.ienaeliena.com/2018/08/fesyen-insta.html 

Kini Cik iena kongsikan pengalaman membeli di beli@hurr.



Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr


Secara keseluruhan proses pembelian sama seperti portal jualan online yang lain seperti lazada, zalora, shopee dan lain-lain lagi . Terdapat pelbagai method pembayaran . Namun yang menjadi pilihan Cik iena adalah pembayaran melalui molpay. Molpay sama seperti fpx.

Maaf Cik iena takscreenshoot cara pembelian , namun tak perlu risau ianya sangat mudah dan user friendly. Disini cik ingin lebih berkongsi tentang servis dari beli@hurr.

Penghantaran Dalam Masa 1 Hingga 3 hari ?


Jika dirujuk pada FAQ mengenai durasi masa penghantaran mereka menyatakan penghantaran dalam masa 1 ke 3 hari masa bekerja .

https://shop.hurr.tv/pages/faq - Rujuk soalan no 2 -

How long does delivery take?
Delivery is within 1 to 3 working days. Sabah and Sarawak may take an extra day or two.

Untuk order pertama ianya menepati 1-3 hari bekerja . Beli pada 20 ogos dan dapat pada 24 ogos (22 ogos cuti umum)

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr

Sebahagian daripada order kedua juga juga di selit penghantaran order pertama . Menyebabkan berlaku kekeliruan  pada Cik iena tambahan email yang di hantar menyatakan kedua-dua order telah dihantar namun tracking number adalah sama.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Order Pertama -tracking number sama


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
order kedua- tracking number sama seperti yg pertama

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
track n trace utk tracking number sama dari order satu dan order dua


Disini ianya agak mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya di manakah barang dari order kedua yang tidak ada di dalam penghantaran tersebut.

Customer Service beli@hurr Pantas Bertindak.


Cik eina telah email kepada pihak beli@hur dan mereka serta merta contact cik iena dan whatsapp detail tracking number. Disini servis dari customer servis memang bagus cuma perlu penambah baikakn pada sistem mereka . Sekiranya barangan di dalam satu order di pos secara berasingan seperti yang lazada lakukan.


Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
Pihak beli@hurr segera call dan whatsapp tracking number




Kesilapan beli@hurr disini adalah mereka tidak menyatakan tentang barangan di post secara berasingan. Mereka cuma nyatakan order number sekian sekian telah di pos  dan mereka berikan tracking number . Akan tetapi untuk barangan yang dihantar berasingan mereka tidak nyatakan tracking number.

Pengalaman Membeli Secara Online di beli@hurr
tracking number kedua yg cik iena dapat setelah email tentang barang yang tidak diterima


Ini telah menimbulkan kemusykilan dan membuatkan pelanggan tertanya-tanya dimanakah barang mereka. Cik iena tunggu sampai hari ini hari isnin kemudian cik iena contact dan telah mendapat jawapan ianya di pos secara berasingan.

Adalah lebih elok jika ianya di maklumkan di dalam email supaya tidak menimbulkan salah faham antara pelanggan.



Sekian perkongsian pembelian secara online di beli@hurr dari Cik iena :)
Kita tak berat sebelah tau awak. Kalau lazada, zalora,11street buat benda yang sama pun iena akan share pengalaman iena untuk rujukan bersama pembaca dan supaya ianya dapat di perbaiki untuk kebaikan bersama :)

Kesimpulannya kalau anda ahadapi masalah yang sama, terus emailkan pertanyaan kepada mereka. jangan tunggu lama (^_~)

27/8/2018
Nota : dah pukul 5.30 pm ni bila lah agaknya nak dapat parcel yg ke dua ya.hahaha.. haa yang ni pos laju punya masalah. Memang selalu masalah pos laju ni tau. Asal ade public holiday selepas pada tu akan ada masalah kelembapan penghantaran


28/8/2018 : 6:20 PM
Barang still tak dapat lagi.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM  Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields
UNTUK 3 HARI BERTURUT2 STATUS SAMA WAKTU BERBEZA. BERMAKNA POS LAJU TAK BUAT PENGHANTARAN PUN. KALAU BUAT PENGHANTARAN AKAN TULIS ITEM OUT FOR DELIVERY MCM YANG IENA SCREENSHOT TRACKING NO YANG PERTAMA.
28 Aug 2018, 12:35:18 AM27 Aug 2018, 12:16:05 AM25 Aug 2018, 09:20:46 AM


untuk ketiga2 hari ni status sama Arrive at delivery facility at Pos Laju Brickfields

POS LAJU BRICKFIELD BERMASALAH


Call pos laju brickfield tak angkat. Maybe sebab da habis waktu kerja. Esok iena call. Melampau betul perkhidmatan pos laju makin lama  makin teruk. Suka peram barang lama-lama and kadang2 dia call suruh iena pickup barang dekat brickfield. Banyak cantik dia. Kene basuh dengan iena sebab office ni tak pernah xde orang. hari sabtu pun ada orang. Bila masa yang dia datang. Staff dia tak datang hantar dan dan suruh pickup. Surat suruh pickup barang pun tak ada. Biasa dia akan tinggalkan notes kan. Ini takde. Memang pos laju bahagian brickfield bermasalah betul.

FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Instagram dan Fashion sememangnya saling berkait. Ramai diantara anak muda yang gemar menggunakan Instagram sebagai medium social media untuk berkongsi gambar OOTD yang mereka gayakan. Cik iena yakin anda pasti tau apa itu OOTD. Pada yang masih belum mengetahui nya OOTD adalah bermaksud "Outfit Of The Day".

Cik iena sendiri juga gemar berkongsi pakaian apa yang Cik iena pakai di instagram Cik iena . Walaupun adakalanya posting cik iena pada hari tersebut bukan highlight mengenai pakaian yang cik iena pakai akan tetapi tetap ade rakan followers yang bertanya tentang pakaian yang cik iena gayakan.

Jadi bagi pengusaha-pengusaha butik khususnya instagram juga adalah platform yang bagus untuk mereka mempromosikan pakaian butik mereka. Tambahan lagi pembelian secara online di instagram sekarang sudah menjadi trend.



FESYEN.INSTA – OOTD TRENDY PALING WIN




Maka dengan itu disini Cik iena ingin berkongsi tentang rancangan baru di hurr.tv iaitu Fashion.Insta

Menururt Datin Elaine Daly selaku Pengarah Saluran hurr.tv

 “Fashion.Insta adalah program panduan fesyen untuk hijabistas – wanita Islam moden yang ingin tampak bergaya dan tetap menjaga kesopanan mereka.Menerusi kerjasama dengan butik-butik fesyen terpilih ini, penonton boleh mendapatkan pakaian serta aksesori yang ditampilkan dengan harga yang berpatutan di laman web beli@hurr, https://shop.hurr.tv walaupin berada di rumah mahupun pejabat sendiri, sekaligus menjimatkan masa berbanding membeli-belah di kedai fizikal,”





FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

FESYEN.INSTA OOTD TRENDY PALING WIN 


Fashion.Insta merupakan Program fesyen dan beli-belah online untuk hijabista moden yang disiarkan setiap Selasa di hurr.tv.

Rancangan ini adalah Kusus buat Hijabista yang inginkan panduan gaya yang trendy namun dalam masa sama turut menampilkan kesopanan si pemakai.  Ianya juga merupakan Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkenalkan sebuah program fesyen dan beli-belah online, Fesyen.Insta, khusus untuk hijabista yang menginginkan gaya Muslimah yang modest tetapi stylish.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Fesyen.Insta menampilkan beberapa buah butik menjual pakaian atau aksesori yang menepati citarasa gaya hijabista serta mereka yang ingin kelihatan elegan, bergaya dan selesa. Program ini mengandungi 10 episod dan ianya dihoskan oleh dua orang Instafamous berhijab yang terkenal dengan pemakaian trendy serta sopan iaitu Sharifah Rose dan Tasnim Shah.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Untuk pengetahuan, Fesyen.Insta akan bersiaran setiap hari Selasa bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018, jam 5 petang.

Dalam rancangan ini, pada setiap episod, Sharifah dan Tasnim secara bergilir-gilir akan melawat butik fesyen terpilih yang menjual pakaian serta aksesori sesuai untuk diperagakan bagi wanita yang inginkan inspirasi fashionable, sopan dan selesa. Antara butik yang dilawati mereka adalah Misslily Shop, Muslimah4U, ARCO.MY, Calaqisha dan Minimalace. 


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN
Setiap episod juga menampilkan hos yang akan menggayakan beberapa koleksi pakaian dan aksesori  mengikut tema daripada butik fesyen berkenaan bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri rekaan khusus yang dijual. Hos akan turut berkongsi tips ‘do’s & don’ts’ sebagai panduan antaranya bagaimana menjadikan mix and match anda kekal on point serta mengelakkan kesilapan dalam bergaya.


FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN

Anda juga boleh membeli koleksi pakaian dan aksesori yang ditampilkan di laman web beli@hurr di https://shop.hurr.tv/.  

Kepada anda yang terlepas untuk menonton rancangan ini anda boleh tonton di bawah untuk episod satu , dua dan tiga . Jangan lupakan saksikan rancangan Fashion.Insta pada setiap hari selasa jam 5 petang di hurr.tv

Episod 1 : Tasnim Shah with MissLilyShop

Fesyen.Insta | Tasnim Shah Kuat Membawang Jugak!





Episod 2 : Sharifah Rose with Muslimah4U

Fesyen.Insta | Last Tips Sebelum Sharifah Rose Jadi Model






Episod 3 : asnim Shah with ARCO.MY

Fesyen.Insta | Rahsia Tasnim Shah Terbongkar!




Untuk membeli dari butik di dalam episod sebelum ini sila layari pautan dibawah mengikut episod

Episode 1: https://shop.hurr.tv/collections/misslilyshop
Episode 2: https://shop.hurr.tv/collections/muslimah4u
Episode 3: https://shop.hurr.tv/collections/arco-my 




Waktu Siaran FESYEN.INSTA #OOTD TRENDY PALING WIN


Hari : Selasa  (bermula 31 Julai 2018 hingga 2 Oktober 2018)
Waktu : 5 Petang



REVIEW PEMBELIAN ONLINE DI HURR.TV


Jika sebelum ini Cik iena ada tulis mengenai Nak Beli Pre-Loved ONz di hurr.tv tetapi Cik iena tidak sempat beli kerana apa yang Cik iena suka dah habis. Kali ini Cik iena tak lepaskan peluang. Dan cik iena telah membeli jenama kesukaan Cik iena iaitu ARCO.

Secara keseluruhan proses pembelian online ok. Page load ok sahaja. Method pembayaran pun banyak. Cuma koleksi yang di jual sangat sedikit. Tidak kesemua koleksi ada . Jadi cadangan Cik iena perbanyakkan koleksi atau jika hanya koleksi tertentu yang di jual. Jual pada harga promosi bukan harga asal. 


Jika ianya dijual pada harga asal mungkin pembeli akan lebih memilih untuk membeli daripada personal shopper yang selalu mereka beli atau membeli dikedai itu sendiri. Ini adalah pandangan Cik iena la. Cik iena yakin dan pasti semua orang sukakan diskaun. Orang akan lebih memilih harga yang lebih murah pada kualiti yang sama (^_~)







Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, sila layari di:  


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve