Sarawak boleh dikatakan unik kerana terdapat budaya, pentadbiran dan gaya hidup yang sangat berbeza. Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang yang terdiri daripada lebih kurang 27 kumpulan etnik utama yang masih wujud, masing-masing dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri.
Kepelbagaian Etnik dan suku kaum ini menampakkan kemajmukan penduduk di Negeri Sarawak yang hidup dalam semangat harmoni dan bersatu padu tanpa mengira perbezaan antara satu dengan yang lain.Kesemua etnik dan suku kaum ini mempunyai bahasa,kebudayaan dan cara kehidupan yang tersendiri termasuk juga perihal adat nya yang unik mengikut suku kaum.
Sarawak juga terkenal dengan kekayaan sumber-sumber asli. Gas asli cecair, minyak mentah dan kayu keras tropika banyak menyumbang dan membantu dalam mengekalkan ekonomi, di mana dalam beberapa dekad yang lalu, industri pertanian (minyak kelapa sawit), industri-industri ringan dalam pemprosessan makanan, pembinaan kapal dan elektronik menjadi semakin penting.
CIK IENA DI MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
Baru-baru ini Cik iena telah berkesempatan untuk menghadiri satu majlis Pelancaran Logo visit Sarawak dan merasmikan Kempen Visit Sarawak 2019 dengan tagline "Sarawak, More To Discover" .
PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER"
Majlis ini berlansung penuh meriah di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur dengan kehadiran para tetamu kehormat, media dan blogger. Majlis ini juga turut diserikan oleh penyanyi terkenal Malaysia yang berasal dari Sarawak iaitu Dayang Nurfaizah.
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
Logo Visit Sarawak telah di rasmikan oleh Menteri Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak iaitu Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah . Dengan perasmian Logo ini, secara tidak lansung Kempen visit sarawak 2019 juga dilancarkan.
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
Sarawak mensasarkan kehadiran 5 juta pelancong bagi tahun 2019 berikutan pelancaran kempen 'Visit Sarawak' ini kata Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
MAJLIS PELANCARAN LOGO VISIT SARAWAK DENGAN TAGLINE "SARAWAK, MORE TO DISCOVER" |
Menurut beliau , anggaran berkenaan adalah sama dengan sasaran tahun 2017 tapi bermungkinan berlaku peningkatan jumlah pelancong khususnya dari luar negara iaitu China dan Singapura.
Tambah beliau lagi
"Tahun lepas (2017) sebenarnya kita sasarkan jumlah yang sama iaitu 5 juta pelancong namun kita hanya mencapai jumlah iaitu 4.85 juta pelancong ke Sarawak.
"Tahun ini sebenarnya kita letakkan jumlah yang agak tinggi iaitu 5.2 juta pelancong dan sehingga September baru-baru ini kita mencapai lebih 3 juta pelancong dalam dan luar negeri. InsyaAllah hujung tahun akan lebih ramai kerana pada masa itu adalah cuti sekolah dan sebagainya,"
Logo visit Sarawak
Design logo yang cantik, menarik, warna-warni dan sangat menarik perhatian sesiapa jua yang melihatnya. Design ini sememangnya melambangkan kepelbagaian yang terdapat di Sarawak.
Untuk pengetahuan setiap warna pada logo mempunyai makna yang tersendiri. Terdapat 7 warna yang menunjukkan terdapat 7 daerah di sarawak.
- Merah & Kuning : Melambangkan warna bendera negeri sarawak, merah dan kuning
- Oren : Mewakili kekuatan dan semangat pelbagai etnik dan komuniti di Sarawak
- Hijau : Melambangkan kaya dengan alam semulajadi
- Biru : Ketenangan laut disepanjang pantai sarawak
- S : Logo design curling patten melambangkan design tradisional Sarawak . Kebiasaannya ia selalu digunakan sebagai kerja seni orang Dayak & Ulu.
- Kepala tanduk : Melambangkan bumi kenyalang yang mempunyai negeri yang kaya dengan kebudayaan, dan ditambah sedikit rekabentuk yang melambangkan alam semulajadi.
CIK IENA SEMPAT BERGAMBAR BERLATAR BELAKANGKAN LOGO VISIT SARAWAKYANG BARU DILANCARKAN |
Tagline "More To Discover"
Dengan mensasarkan kehadiran jumlah terkumpuk sebanyak 5.2 juta pelancong pada hujung 2019, Lembaga Pelancongan Sarawak menggunakan "Tagline,"More To Discover" sebagai stratergi untuk meletakkan kedudukan negara Malaysia terutama sarawak sebagai negara yang mempunyai pelbagai budaya, pengembaraan, alam, makanan, dan perayaan (CANFF) yang tidak dijumpai di mana-mana sahaja di dunia.
5 Sebab Utama Sarawak Wajib Jadi Destinasi Percutian Anda
Terdapat pelbagai jenis kategori untuk diterokai jika nak ke Sarawak. Diantara yang perlu anda terokai adalah budaya, makanan, alam semulajadi, pengembaraan, dan juga festival.
1. Discover Food
Negeri Sarawak bukan sahaja kaya dengan budaya yang berbilang malah mempunyai aneka pilihan makanan kebudayaan dan tradisional yang banyak. Makanan Eksotik juga banyak terdapat di Sarawak .
Antara makanan Sarawak yang perlu anda cuba adalah Ayam Pansuh, Pekasam Ensabi, Kasam Ikan, Cakar Ayam, Hinava Ginapan, Umai, Mee Kolok, Laksa Sarawak, Pucuk Midin,Midin Belacan, Kueh Chap, Manok Kacangma, Buah Dabai, Penganan, kek lapis sarawak dan banyak lagi.
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER |
Pada Majlis Pelancaran Logo Visit Sarawak, Cik iena berpeluang untuk merasa keenakan masakan Sarawak iaitu Umai, Ayam Pansuh dan Laksa Sarawak.
Untuk pengetahuan ini merupakan pertama kali Cik iena memakan Umai . Cik iena jatuh hati pada masakan Sarawak dengan keenakan rasa masakan Umai ini. Manakala Ayam Pansuh dan Laksa Sarawak juga sememangnya lazat dan sedap . Ayam Pansuh dan Laksa Sarawak merupakan masakan Sarawak yang pernah cik iena cuba sebelum ini.
Antara ketiga-tiga menu masakan Sarawak yang Cik iena cuba ini, Ayam Pansuh merupakan menu yang paling Cik iena suka kerana kuinikan cara masakannya . Ianya juga merupakan masakan kegemaran keluarga Cik iena.
Kebiasaannya Ayam Pansuh Cik iena akan masak sendiri sahaja apabila berkelah di dusun buah-buahan keluarga di Kampung. Memandangkan ianya di masak di dalam buluh jadi ianya sangat sesuai untuk di jadikan Menu jika kita berkelah atau ber BBQ.
Pada yang ingin mencuba masakan Ayam Pansuh boleh cuba resepi yang sering cik iena gunakan ini dan ianya sangat sedap. Resepi ini dari kawan Cik iena yang berasal dari Sarawak. http://www.ienaeliena.com/2015/02/resepi-ayam-pansuh.html
2. Discover Festival
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER |
Seperti yang Cik iena nyatakan sebelum ini, Sarawak mempunyai 27 etnik , jadi sudah pasti akan wujud pelbagai festival di Sarawak. Antara festival yang boleh anda rasai pengalamannya ketika mengunjungi Sarawak adalah
- Hari Gawai
- Kaul Festival in Mukah
- The Kapit Raft Safari
- Mooncake Festival
- Gawai Kenyalang
- Rainforest World Music Festivals
- Ba'Kelalan Cultural and Apple Fest
- Balleh-Kapit Raft Safari
- Borneo Jazz
- Kucing Waterfront Jazz Festival
- Pesta Paul
- Tidal Nore Festival
- Borneo Cultural Festival
- Pesta Meow
- Sarawak Regattaa
3. Discover Culture
27 jenis kumpulan etnik yang berbeza semestinya mempunyai kebudayaan, adat, tradisi dan bahasa mereka yang tersendiri. Penduduk asli Sarawak terdiri terutamanya daripada orang Dayak (istilah "orang upah"), istilah umum yang meliputi kumpulan utama seperti Ibans, Bidayuhs, Kenyahs dan Kayans dan subkumpulan kecil seperti Murut, Punans, Bisayah, Kelabits, Berawans dan Melanaus.
MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG |
Etnik suku kaum yang diterdapat di Sarawak juga boleh dibahagikan mengikut penempatan seperti pantai persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di kawasan dataran pantai, lembah - lembah sungai.
Berikut merupakan senarai etnik dan suku kaum yang terdapat di Negeri Sarawak
SUKU - KAUM DI SARAWAK SECARA UMUM
- Iban
- Cina
- Melayu
- Bidayuh
- Melanau
- Kayan
- Kenyah
- Lun Bawang
- Penan
- Kelabit
- Kedayan
- Bisaya
- Berawan
- Lahanan
- Sekapan
- Kejaman
- Punan
- Baketan
- Ukit
- Sihan
- Tagal
- Tabun
- Saban
- Lisum
- Longkiput
- Kadazandusun
- Murut
SUKU KAUM BUMIPUTERA SARAWAK
1. Dayak
Iban (Dayak Laut)
- Sebuyau (Iban Sebuyau)
- Remun (Iban Remun)
- Balau (Iban Balau)
- Saribas (Iban Saribas)
- Iban Ulu Ai
- Iban Undup
- Iban Rajang
Bidayuh (Dayak Darat)
- Biatah - Padawan
- Bukar/Sadong - Serian
- Jagoi/Singai - Bau
- Selakau/Lara - Lundu
2. Melayu Sarawak
- Brunei (Melayu Brunei)
- Dayak Muslim
- Melayu Sumatera
3. Melanau
- Melanau Mukah
- Melanau Dalat
- Melanau Oya
- Melanau Matu-Daro-Rejang
- Melanau Ba'ie (Bintulu)
- Melanau Balingian
- Melanau Miri
- Melanau Igan
4. Orang Ulu:-
- Kayan
- Kenyah
- Kajang
- Kejaman
- Punan
- Ukit
- Penan
- Lun Bawang
- Lun Dayeh
- Murut
- Berawan
- Kelabit
5. Bisaya
6. Kedayan
SUKU KAUM BUKANBUMIPUTERA SARAWAK
1. Cina
- Suku Hokkien
- Suku Hakka
- Suku Yue (Kantonis)
- Suku Hainan
- Suku Hoklo
- Suku Hui
- Suku Henghua
- Suku Peranakan
- Suku Teochew
- Suku Lu
2. India
- Suku Tamil
- Suku Bengali
- Suku Gujerati
- Suku Malayali
- Suku Sinhala
- Suku Telugu
- Suku Punjab
3. Kaum Peranakan
- Baba dan Nyonya
- Chetty
sumber : MASYARAKAT PERIBUMI DAN SUKU - KAUM DI NEGERI SARAWAK BUMI KENYALANG
4. Discover Adventure
Kepada anda yang sukakan aktiviti lasak anda boleh cuba aktiviti mencabar seperti hiking, jungle trekking dan banyak lagi. Selain daripada aktiviti di hutan anda juga boleh mencuba aktiviti menerokai Gua. Sarawak sememangnya memiliki banyak jenis gua.
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER |
Pada yang sukakan aktiviti air. Sukan air yang boleh anda cuba seperti, memancing, menyelam, jet ski dan kapal layar.
Lebih menarik lagi jika anda cuba aktiviti kaum di sana dalam menghasilkan kraftangan . Anda boleh mempelajari cara membuat kraf tangan dari orang tempatan di Sarawak. Selain daripada itu anda juga boleh cuba belajar seni tarian suku kaum mereka.
5. Discover Nature
Seperti yang kita sedia maklum, Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus. Ini menjadikan Sarawak adalah satu-satunya Negeri yang mempunyai Hutan Hujan Tropika Terbesar di Dunia. Terdapat pelbagai jenis spesis flora dan fauna terdapat di Sarawak.
VISIT SARAWAK 2019 | SARAWAK MORE TO DISCOVER |
Taman Negara Mulu merupakan tapak warisan UNESCO sejak dari tahun 2000 lagi bersama dengan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Taman Negara Bako pula mencatatkan wujudnya manusia pertama yang menjejakkan kaki di taman ini dengan terjumpanya tapak kaki manusia pada tahun 1958 menjadikan ianya tapak kaki paling tua di Malaysia. Manakala Gua Niah pula merupakan tempat tinggalnya masyarakatt zaman Paleolitik dan Neolitik. Zaman ni kira zaman sebelum wujudnya tamadun manusia.
Menarikkan. Terdapat banyak tempat menarik di Sarawak untuk kita lawati sebenarnya. Tapi rata-rata ramai rakyat Malaysia lebih suka ke Luar Negara. Sebenarnya Sarawak tidak kurang hebatnya juga kerana terdapat pelbagai tempat menarik untuk anda terokai .
Jom jadikan Sarawak sebagai salah satu Destinasi Percutian 2019 anda. Disampinga anda menerokai Sarawak sedikit sebanyak dapat juga anda sumbangkan pendapatan kepada sektor peranginan di Sarawak dan meningkatkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan pada masyarakat pedalaman Sarawak khususnya.
Secara kesimpulannya berikut merupakan antara tempat yang boleh anda kunjungi jika anda ke Sarawak . Ini antara yang sempat cik iena tulis. Cik iena pun tak habis khatam lagi pemplet-pemplet yang cik iena dapat semasa Majlis pelancaran logo visit sarawak .
Tempat Menarik Di Sarawak
- Taman Negara Niah
- Muzium Kebudayaan Sarawak
- Taman Negara Mulu
- Pasar Serikin
- Muzium Tekstil
- Muzium Sejarah Cina Sarawak
- Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
- Sarakraf Pavilion
- Muzium Sarawak
- Tugu Kuching
- Taman Orkid Kuching
- Taman Buaya Jong
- Pantai Damai
- Borneo Highland Resort
- Fairy Cave & Wind Cave
- Taman Negara Kubah
- Kuching Civic Centre
- Kuching Wetlands National Park
- Muzium Kucing
- Taman Negara Gunung Gading
- Masjid Jamek Kuching
- Hutan Simpan Semenggoh
- Taman Negara Bako