Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat
tempat di hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan
percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran
bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus
dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh
dikatakan harga yang ditawarkan juga sangat murah untuk kelengkapa yang
disediakan.
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Terletak
berdekatan KLCC dan Menara Kuala Lumpur
yang beralamat di Jalan Cangkat Perak,No. 5, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur 50250, Malaysia .Lokasi yang boleh dikatakan strategik untuk anda melawat tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar KLCC, Menara Kuala Lumpur , Akuaria KLCC dan pelbagai tempat menarik lain yang boleh di kunjungi menggunakan kenderaan sendiri mahupun perkhidmatan kenderaan Awam seperti teksi, grab , LRT, Monorail dan Bas.
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment mempunyai bilik-bilik berperabot lengkap dengan kelengkapan lengkap dan peralatan mandian, tingkap untuk pemandangan indah, lobi mewah, kolam renang di atas bumbung, ruang tamu dengan pemandangan bandar, pusat kecergasan yang serba lengkap dan lif. Hotel ini terletak berhampiran tarikan paling terkenal di Malaysia.
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Antara lokasi lain yang berhampiran dengan ZEN Home Parkview KLCC adalas seperti berikut.
Restoran Berdekatan
Ava Bistro (450 m)
Marini's On 57 | Rooftop Bar (800 m)
Pelita Nasi Kandar (900 m)
Hiburan
Aquaria KLCC (850 m)
KL Tower (1.5 km)
Petronas Twin Tower (700m)
Business & Facilities
7-Eleven @ Suria KLCC Mall (750 m)
CIMB Bank KLCC (650m)
Maybank (700m)
ZEN Home Parkview KLCC terletak berhampiran hub pengangkutan utama. Dari lokasi ini memakan masa 35 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 10 minit pemanduan ke Stesen LRT Dang Wangi.
Kemudahan yang terdapat di ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Gambar Cik iena sepanjang di ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Review ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Sepanjang Cik iena berada di ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment , Cik iena rasa berpuas hati. Ruang bilik yang besar dan dilengkapi dengan kelengkapan rumah seperti meja makan, mesin basuh, microwave, peti ais, hair dryer , dapur dan TV.
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Selain kelengkapan bilik yang lengkap dan selesa terdapat kemudahan lain seperti Gym, jakuzi, sauna dan swimming pool yang boleh di gunakan. Untuk percutian baru-baru inin Cik iena hanya sempat menggunakan jakuzzi dan kolam renang.
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Walaubagaimanapun Kolam renang di sini tidak sesuai buat kanak-kanak kerana tiada kolam khas utuk kanak-kanak disediakan. Sekiranya anda membawa budak anda perlu mengawasi mereka sendiri kerana air kolam agak dalam untuk kanak-kanak.
Ruangan lobi ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment ini amat selesa kerana ianya persis seperti hotel 5 bintang. Cuma disini tiada parking disediakan. Anda perlu meletakkan kereta di kawasan parking berbayar berhampiran ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment .
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
GAMBAR DISEKITAR KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
KOLAM RENANG PARKVIEW KLCC
Video Review di ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment
Mengenai ZEN Rooms
Untuk
pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di
Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7
negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting
(Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed
spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.
Untuk Booking ZEN Home Parkview KLCC, Studio Apartment - klik pautan dibawah https://www.zenrooms.com/hotel/react/27/zen-home-parkview-klcc-kuala-lumpur-8959#
Peringatan,
untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room
kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen
rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan
bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri
yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin
berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.
DISKAUN 20 % ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA
Istimewa
untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena.
Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen
rooms. Hanya masukkan code IENAELIENA semasa checkout.
Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat
tempat di hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan
percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran
bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus
dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh
dikatakan harga yang ditawarkan juga adalah murah untuk kelengkapa yang ditawarkan.
ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka
Terletak di "Negeri Bersejarah Malaysia" Melaka, yang terkenal dengan 'warisan budaya yang kaya dan makanan yang hebat', Hotel Weilia sesuai untuk pelancong perniagaan & percutian. Hotel ini mempunyai bilik kemas dan meja depan 24 jam dan Keselamatan. Hotel ini berada di lokasi yang sangat baik kerana terletak berhampiran tempat-tempat bersejarah dan tarikan pelancong lain di negara ini.
ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Hotel ini beralamat di No. 4 & 6, Jalan Taman Melaka Raya 20, Malacca , Malaysia. Lokasi yang boleh dikatakan strategik kerana ianya berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Bandaraya Bersejarah Melaka.
Dari pandangan luaran sahaja hotel ini akan membuat anda tertarik hati kerana warna banggunannya yang ceria. Warna cat didalam bilik juga mereka menggunakan warna-warna yang ceria yang akan menaikkan mood gembira anda.
ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka RM96 Untuk Dua Superior Twin Room
Keadaan persekitaran hotel di bahagian lobi juga bersih. Antara kemudahan di Hotel ini adalah seperti didalam gambar di bawah.
Untuk pengetahuan semasa check in anda akan dikenekan bayaran Heritage Tax sebanyak RM2 seorang. Dan anda juga perlu membayar deposit RM50 sahaja.
Review ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka
Sepanjang Cik iena berada di ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka, Cik iena rasa berpuas hati. Ruang bilik yang selesa dan dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk bilik hotel. Penghawa dingin yang sejuk. Telivision, hair dryer, water heater, kettle. Ruang bilik mandi yang besar.
Bilik 1
Bilik 1
Bilik 1
Untuk penginapan kali ini Cik iena ambil dua bilik Superior Twin Room berharga RM96 untuk kedua-dua bilik selepas menggunakan code IENAELIENA . Harga adalah selepas 20% diskaun daripada code yang Cik iena guna.
Pada Cik iena memang berbaloi dengan bayaran RM96 sahaja Cik iena dan keluarga dapat menginap dengan selesa. Pekerja disini juga rajin menolong. Untuk pengetahuan di sini tiada lift di sediakan jadi anda terpaksa naik tangga. Tetapi usah kuatir kerana pekerja disini ada untuk membantu anda membawa barangan anda jika perlu.
Bilik 2
Bilik1
Ruangan
lobi ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka ini juga selesa dan besar . Untuk pengetahuan tiada parking
disediakan. Anda perlu meletakkan kereta di kawasan parking kupon berhampiran ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka. Memandangkan semasa Cik iena menginap adalah cuti umum jadi tiada charge parking kupon dikenakan.
Bilik 1
Bilik 1
Bilik 2
Secara keseluruhannya Cik iena berpuas hati dengan penginapan Cik iena disini dengan harga yang ditawarkan cuma terdapat sedikit kebocoran pada toilet di bilik Cik iena. Walaubagaimanapun ianya bukanlah masalah besar buat cik iena. Harga yang Cik iena dapat pun sememangnya murah dan berbaloi .
Wefie di Lobi
Video Review ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka
Mengenai ZEN Rooms
Untuk
pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di
Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7
negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting
(Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed
spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.
Untuk Booking ZEN Rooms Hotel Weilia Melaka - klik pautan dibawah https://www.zenrooms.com/hotel/react/35/hotel-weilia-malacca-10164#
Peringatan,
untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room
kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen
rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan
bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri
yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin
berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.
DISKAUN 20 % ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA
Istimewa
untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena.
Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen
rooms. Hanya masukkan code IENAELIENA semasa checkout.
Kaki merupakan antara anggota tubuh yang terpenting dalam kehidupan
seharian kita, namun ianya kurang diberi perhatian yang serius kerana
kebanyakan kita lebih memberi keutamaan kesihatan kepada anggota tubuh
badan yang lain.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Kaki juga merupakan tunjang utama yang
mengerakkan badan seseorang terutama untuk berjalan dan berlari.
Walaupun anda rasa anda berada didalam keadaan kesihatan yang baik,
namun jika kaki anda tidak kuat untuk menyokong beban badan , anda akan
berasa tidak selesa ketika berjalan mahupun berlari dan seterusnya ia
akan membuatkan anda tidak bebas untuk bergerak.
Cik iena menggayakan Kasut FIDU
Jadi,
untuk memastikan keselesaan kaki anda untuk bergerak anda seharusnya
membuat pilihan yang betul untuk penggunaan kasut. Adalah lebih baik
jika anda memilih kasut yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kaki anda
supaya anda lebih selesa menggunakan kasut tersebut dalam jangka masa
yang panjang terutamanya jika anda seorang yang kerap berjalan atau
berdiri lama.
Cik iena sedang mencuba kasut dari Koleksi FIDU (kasut di bawah jenama Footlink)
Pilihlah kasut kesihatan yang mempunyai ciri-ciri pemeliharaan
kesihatan kaki yang maksimum.
Berikut adalah antara ciri kasut kesihatan yang baik untuk kesihatan kaki anda
Tidak memakai kasut bertumit tinggi atau tidak melebihi 1 inci
Memilih kasut kesihatan yang sesuai mengikut aktiviti fizikal,
Badan kasut kesihatan yang lembut dan fleksibel supaya dapat serasi dengan saiz kaki,
Bunga atau tapak kasut kesihatan yang mempunyai grip yang baik untuk elak dariapada tergelincir,
Penyokong yang elastik di bahagian lengkungan dalam (arc) dan
Pelapik dalam kasut kesihatan atau insole yang mempunyai ciri-ciri sokongan tapak kaki dan mengurangkan hentakan
Badan kasut kesihatan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk elak kaki berpeluh dan berbau.
Tapak kasut yang grip
Antara kasut yang berfungsi untuk menjaga
kesihatan kaki anda yang boleh anda jadikan pilihan adalah Footlink.
Jenama ini sememangnya dikenali dikalangan rakyat Malaysia khususnya
buat anda yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan kaki kerana
kebiasaannya doktor atau jururawat akan mencadangkan pesakit untuk
mendapatkan kasut Footlink bagi menjaga kesihatan kaki mereka dan bagi
mendapatkan keselesaan yang optimum buat kaki mereka.
Apabila
anda menggunakan kasut footlink, anda akan melangkah dengan
menyelaraskan rantai kinetik anda. Ini bermakna prestasi dipertingkatkan
dengan kurang kesakitan dan keletihan pada kaki anda.
Kasut
Footlink memberikan sokongan kepada pergelangan kaki, menyokong kaki
melalui pergerakan semula jadi sambil menghalang lebih banyak pronasi
atau lebih banyak supination.
Kaki
adalah asas badan. Kasut footlink memberikan asas sokongan yang
diperlukan untuk memberikan keseimbangan dan kawalan dari bawah ke atas.
ANTARA KELEBIHAN KASUT KESIHATAN FOOTLINK
1. Mengurangkan & melindungi sakit sendi.
2. Mengurangkan sakit belakang.
3. Mengurangkan sakit tumit.
4. Mengurangkan Kelesuan kaki.
5. Mengurangkan sakit lutut.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
CIRI-CIRI KASUT KESIHATAN FOOTLINK
1. Mempunyai "Arch Support" untuk menyokong arch kaki & bebanan berat badan.
2.
Menggunakan 'Footlink Cushioning Technology' sebagai absorber pada
tapak kaki untuk menyeram gegaran (Maximum Shock Absorption).
3.
Menggunakan material 'MicroFibre' pada bahagian luar yang membuatkan
kasut menjadi lembut,tidak mengeras apabila dimamah usia, kalis air,
kalis kotoran dan hama.
4. Rekabentuk kasut yang tidak menyakitkan pemakainya. Tidak melecet.
5. Lapisan dalam kasut adalah lembut dan memberi keselesaan maksima pada pemakai.
6. Kasut kesihatan footlink adalah Ringan.
7. Anti Fungal.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
SIAPA YANG SESUAI UNTUK MEMAKAI KASUT FOOTLINK?
1. Ibu mengandung.
2. Pesakit Osteoartritis (Sendi lutut).
3. Pesakit Bunion.
4. Pesakit alahan atau Alergi tapak kaki.
5. Warga emas.
6. Pekerja yang memerlukan berdiri lama seperti jururawat, guru, pensyarah, pegawai dan sebagainya.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Hasil
daripada kepakaran teknologi tempatan yang digabungkan dengan inovasi
teknologi luar, maka terciptalah kasut kesihatan yang mampu memelihara
kesihatan kaki yang maksimum dari Footlink.
Bahan pembuatan kasut kesihatan Footlink terdiri daripada
Poron – menyerap hentakan terbaik
Latex – mempunyai fungsi grip yang terbaik dan mengurangkan hentakan pada kaki
Kulit mikro fiber – sangat elastik dan boleh melaraskan saiz kaki anda
Arc latex – memberi sokongan tapak kaki yang baik dan mudah dilenturkan dan tidak mudah patah
Fabrik Coolmax – memberi pengudaraan yang terbaik kepada permukaan dalam kasut supaya kaki anda selesa
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Hadiah Kasut Kesihatan Buat Yang Tersayang
Selain
untuk kegunaan sendiri, anda juga boleh menghadiahkan kasut kesihatan
ini buat yang tersayang. Cik iena juga menghadiahkan buat Puan Ibunda.
Seronok Puan Ibunda bila Cik iena menyuruh beliau untuk memilih kasut
Footlink yang beliau gemari.
Puan Ibunda Sibuk memilih kasut Footlink
Suka puan ibunda dapat kasut footlink
Sebelum
ini Doktor yang merawat Puan Ibunda pernah memberitahu puan ibunda
untuk dapatkan kasut Footlink untuk kesihatan kaki beliau yang
terseliuh . Namun Puan ibunda Cik iena ni memang susah nak suarakan
sesuatu dekat anak dia. Semasa hari Cik iena bawa Puan Ibunda ke Majlis
Perasmian Footlink Seksyen 13 Shah Alam baru beliau bercerita. Jadi Cik
iena menyuruh beliau untuk memilih kasut Footlink yang beliau gemari.
Anda
juga boleh hadiahkan kasut Footlink kepada kedua ibu bapa anda. Insya
Allah lepasni Cik iena nak bawa ayah pula beli Kasut Footlink.
FIDU Collection : Koleksi Kasut Kesihatan Buat Wanita Bekerjaya
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
FIDU
Collection merupakan koleksi Kasut bertumit dari Footlink dengan ciri
yang berbeza. Ianya direka khusus buat kaum wanita yang gemar memakai
kasut bertumit terutamanya buat wanita bekerjaya yang pentingkan gaya
dalam menjaga personaliti mereka supaya kelihatan cantik dan elegan.
Koleksi
Fidu tidak sama seperti kasut kesihatan Footlink yang lain kerana
ketinggian tumitnya adalah 2 inci ke atas namun rekabentuknya dan
kualiti materialnya tetap memberikan keselesaan kepada anda.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Dalam
banyak-banyak rekaan di Footlink ini sudah pastinya Koleksi Fidu
berjaya menambat hati Cik iena. Cik iena sememangya gemar memakai kasut
yang bertumit. Kebiasaannya Cik iena akan memakai kasut bertumit dan Cik
iena akan berasa janggal atau tidak selesa ketika berjalan jika memakai
kasut yang tidak bertumit.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Jadi
sememangya koleksi FIDU ini sesuai buat Cik iena dan juga buat anda
yang gemar memakai kasut bertumit. Dalam mementingkan gaya ianya juga
memenuhi aspek penjagaan kesihatan kaki.
Perbezaan Kotak kasut Footlink dan Fidu
Perbezaan Kotak kasut Footlink dan Fidu
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Selain daripada mengeluarkan produk kasut kesihatan, Footlink juga mempunyai produk lain seperti stokin, krim pelembab, heel guard, off-loading insole dan buku-buku ilmiah.
Majlis Perasmian Footlink Seksyen 13 Shah Alam
Baru-baru
ini Cik iena menghadiri Majlis Pembukaan outlet Footlink ke 31 di
Seksyen 13 Shah Alam yang dikendalikan oleh Deqsha Biz Network (DBN)
yang dimiliki oleh Ir. Noor Shafawati, seorang Jurutera Profesional yang
mempunyai minat mendalam dengan dunia perniagaan. Selain itu beliau
juga merupakan seorang blogger.
Pemilik Footlink Seksyen 13 Shah Alam, Ir. Noor Shafawati
Beliau
merupakan seorang yang obses terhadap kasut. Beliau juga gemar
mengumpul pelbagai koleksi kasut dan kedai kasut merupakan tempat yang
sering beliau kunjungi jika beliau ke mana-mana pusat membeli belah.
Bergambar bersama pemilik Pemilik Footlink Seksyen 13 Shah Alam dan juga rakan blogger Ir. Noor Shafawati
Kini,
beliau telah membuka kedai kasut sendiri dengan memilih jenama Footlink
untuk dipasarkan. Beliau memilih Footlink disebabkan oleh kualiti
produknya yang menitikberatkan rekabentuk bersesuaian dengan pelbagai
jenis masalah kaki disamping mempunyai pilihan yang pelbagai untuk
memenuhi citarasa masa kini pelanggan.
Penerangan produk dari wakil Footlink HQ
Antara rakan blogger yang hadir
Setiap pelanggan yang membuat pembelian akan ditawarkan untuk mejadi ahli.
Untuk
pengetahuan, sekiranya anda membuat pembelian, anda akan ditawarkan
menjadi ahli dan kelebihan menjadi ahli di Footlink 13 Shah Alam adalah
mereka akan mendapat manfaat seperti kad ganjaran, layak mengikuti Hari
Ahli di bulan-bulan tertentu, diskaun bagi kasut-kasut tertentu,
ganjaran pada bulan kelahiran, mendapat maklumat terkini rekabentuk
terbaru dan pembelian atas talian tanpa cas penghantaran.
Footlink Seksyen 13 Shah Alam : Kasut Kesihatan Untuk Kesihatan Kaki Optimum
Antara kasut yang Cik iena berkenan
Semasa
majlis ini Puan ibunda dan juga adik Cik iena telah memenangi hadiah
Cabutan bertuah dari Footlink seksyen 13 Shah Alam. Terima kasih
Footlink Seksyen 13 Shah Alam.
Puan ibunda menang cabutan bertuah :)
Adik menang cabutan bertuah :)
Hadiah Misteri Buat Pembaca Blog ienaeliena Dari Footlink Seksyen 13, Shah Alam
Sempena pembukaan cawangan Footlink Seksyen 13, Shah Alam. Anda boleh menikmati beberapa jenis kasut kesihatan pada harga istimewa.
Anda hanya perlu memberitahu anda mengetahui promosi ini dari “BLOG IENA ELIENA”
untuk mendapatkan hadiah misteri sewaktu membuat pembelian mana-mana
kasut di Footlink @ Seksyen 13, Shah Alam (Sah sehingga hujung tahun
2019).
Tawaran ini hanya sah di Footlink Seksyen 13 Shah Alam sahaja tau :)
Alamat Footlink Seksyen 13 Shah Alam
Footlink 13 Shah Alam
No. 86, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com