Dalam menghadapi norma baharu pandemik covid-19 yang melanda dunia ini kita perlu bersedia menerima perubahan gaya hidup yang baru. Bagi mengurangkan manusia sesama manusia berhubung rapat untuk menjaga penjarakan sosial banyak kegiatan harian yang telah berubah ke arah dalam talian atau online. Banyak perkara yang kita akan lakukan secara secara online. Sebagai contoh sekarang kebanyakan daripada kita telah pun mula membeli barangngan mahupun pakaian secara online .
Bahkan makanan juga di beli secara online .Terdapat juga perkhidmatan online untuk barangan basah seperti sayur sayuran dan makanan laut.Boleh kata sekarang norma baru kehidupan sudah beralih kearah online untuk mengurangkan kita berhubung dengan orang lain secara lansung yang mana ianya dikatakan dapat mengembangkan rantaian covid-19.
Seperti anda sedia maklum banyak sektor yang terjejas dan diantaranya adalah industri kreatif dan pelancongan Negara.Dalam membantu industri ini, Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Tourism Productivity Nexus (TPN) mengambil inisiatif untuk menyediakan platform dan bantuan agar pengiat Industri ini dapat survive semasa Covid 19.
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri Menyambut Baik Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp
Projek perintis MyVXp adalah hasil cetusan idea penggiat industri pelancongan di bawah platform TPN yang diketuai oleh Pengerusi atau Champion TPN, En Uzaidi Udanis. Usaha ini telah disokong dan disambut baik oleh Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri . Diharapkan program ini dapat membantu industri kreatif dan pelancongan Negara. Walaupun banyak kegiatan yang terpaksa dihentikan namun dengan Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp , Ianya pasti dapat membantu industri ini untuk memperkenalkan produk mereka melalui Virtual Experience .
Cik iena kongsi sedikit pengalaman sertai Malaysia Virtual Experience MyVXAp Santai Raya Bersama Fredo Flybaits untuk rujukan semua. Pada awalnya Cik iena Terkejut kerana Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri juga turut sertai program tersebut. YB sememangnya seorang pemimpin yang sangat mengambil berat tentang rakyat. Cik iena suka cara YB berucap. YB amat menyokong inisiatif Out Of Box seperti ini kerana program seperti ini dapat membuka ruang dan peluang kepada pengiat Industri meneruskan mata pencarian melalui perkongsian pengalaman dan penceritaan melalui Live Online Experience.
Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri |
Program ini secara langsung dapat memberi peluang kepada penggiat seni dan juga penggiat pelancongan untuk menggunakan platform digital semasa PKPB . Usaha ini akan terus dipertingkatkan untuk penggiat industri pelancongan dan seni bagi mempromosikan negara Malaysia di pasaran antarabangsa
Santai Hari Raya Bersama Fredo Flybaits
Ini merupakan pengalaman kedua cik iena untuk program Virtual Experience seperti ini. Untuk pengalaman pertama boleh baca di http://www.ienaeliena.com/2020/05/santai-hari-raya-bersama-fredo-flybaits.html Kali ini Cik iena dah tidak kekok untuk mengendalikan laptop Cik iena.
Program menjadi lebih meriah dengan penyertaan dari VVIP seperti Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri. YBhg. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat (KSU MoTAC), YBhg. Dato' Abdul Latif Hj Abu Seman,(KP MPC), YBrsh. En Zahid Ismail( TKP MPC) , YBrsh. Pn Emelia Tay(EPU).
Seperti biasa selain persembahan nyanyian , Artis akan berinteraksi dengan individu-individu yang turut serta dalam program ini dengan menanyakan soalan dan berkongsi pengalaman masing-masing mengenai tempat pelancongan di Malaysia yang digemari.
Kalau Cik iena tulis semuanya jadi panjang. Cik iena kongsikan sedikit video semasa sesi tersebut tapi tidak full lah. Jika versi full lebih dari sejam dan nanti Cik iena tak Enjoy pula the show sebab sibuk merakam video kan. Mungkin lepas ni cik iena perlu letakkan telefon di tripod untuk rakam. Lebih mudah kan. Lagipun ini pengalaman kedua. Sebelum ni memang lansung tak rakam sebab khusyuk belajar benda baru.
Berikut Cik iena kongsikan juga video dari Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri .
Macam mana? merdu kan suara YB. Tak sangka YB pandai nyanyi. Masa dalam sesi virtial experience ni YB tak buka mic pun masa dia nyanyi. Yela masing-masing semua menyanyi sendiri je kalau buka mic nannti akan ganggu persembahan artis. Bila pergi tegok facebook YB. Allahu sedapnya suara YB .
Ini pengalaman yang unik untuk cik iena sebenarnya. Disamping itu ini juga pengalaman pertama dapat dengan ucapan online secapa private dari Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan kita ni. In the real world pun Cik iena tak pernah jumpa YB lagi. Harap satu hari nanti dapat bersemuka dengan YB.
Baiklah dibawah ini merupakan antara individu yang susah nak tinggalkan room ni sebab seronok sangat nyanyi nyanyi. Cik iena siap bagi tau nak keluar dah ucap selamat Hari raya tapi masih tak keluar-keluar bila di pasang lagu lagi untuk karaoke bersama. Sampai lah Mak dah jerit dari bawah panggil turun makan tengah hari.
Menarik bukan Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp. Harap penggiat industri kreatif dan pelancongan Malaysia dapat menggunakan platform ini untuk memasarkan dan memperkenalkan produk pelancongan mereka kepada umum. Cik iena pun tak sabar nak sertai Program Malaysia Virtual Experience MyVXAp untuk pelancongan. Nanti Cik iena akan ceritakan pengalaman Cik iena lagi ok :)