Grab The Promo
Grab The Promo

Perjalanan Hijab Cik Programmer Iena Eliena


Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa


Bila tengok SL Hijab story dekat instagram Cik iena pun rasa nak kongsi Hijab story Cik iena. Bila Cik iena mula memakai tudung secara kekal. Sebelum tu Cik iena nak juga kongsi pengalaman Cik iena di gayakan oleh Shera Lee.

Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa
Cik iena bersama Shera Lee


Sekarang ni Cik iena sibuk bekerja, gaya tudung memang sama tak banyak berubah. Baru-baru ini Cik iena berpeluang bertemu founder  Shera Lee iaitu Puan Shera Le. Cik iena merasa di gayakan oleh Shera. Ini merupakan pengalaman pertama Cik iena digayakan oleh owner butik.



Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa
Hasil tangan Shera menggayakan iena menggunakan Satin Diamond keluaran Shera Lee


Jika sebelum ini kalau iena photoshoot baju atau tudung, jurusolek yang berperanan untuk menggayakan tudung-tudung Cik iena. Kali ini sangat berbeza, founder Butik sangat berbakat dalam menggayakan seseorang. Apa yang Cik iena lihat Sheera pandai menyesuaikan gaya tudung dengan bentuk muka seseorang.

Shera juga merupakan seorang yang tegas dalam kerjanya namun beliau amat disenangi oleh semua pekerjanya. Cik iena juga suka tengok story Shera mengenai tips tips pemakaian dan gaya gaya tudung di instagram.


Baiklah sekarang Cik iena ceritakan perjalanan Hijab Cik iena.



Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa


Setiap orang pasti akan ada kisah perjalanan Hijab mereka yang tersendiri. Tak semuanya dari kecil berhijab. Macam Cik iena,, Cik iena akui Cik iena berhijab sepenuhnya pada tahun 2010. Waktu sekolah memang on off . Biasalah remaja. Bila dah ke IPTS Cik iena cuma bertudung jika pergi kelas. Kalau Cik iena di luar Cik iena on off juga.

Selepas melangkah ke alam pekerjaan pada awalnya Cik iena tidak bertudung. Zaman jahiliah la ni. Rambut cantik kan. Lurus dan halus. Suka lah bila orang puji rambut cantik. Tiap bulan memang akan ke saloon. Rambut asal lurus gila tapi Cik iena suka curl kan rambut di bahagian bawah. Jadi penjagaan nya agak rumit berbanding rambut lurus. Kenapa Cik iena curl kan sebab nampak lebih elegant dan matang sebab muka Cik iena memang muka budak kalau biarkan rambut lurus. Tambah lagi masa tu kulit muka licin lembut macam baby. Memang nampak muda selalu.



Gaya Hijab iena semasa tahun 2020 ketika berusia 25 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun




Selepas lebih kurang tiga tahun Cik iena bekerja, Cik iena buat keputusan untuk berhijab. Yelah umur dah meningkat dewasa, kesian dekat mak ayah tanggung dosa ye dak hehe. Jadi Cik iena bertekad nak bertudung sepenuhnya. Bukan on off dah. Lagipun masa free hair ni rasa insecure sedikit sebab ramai lelaki suka kacau. Lelaki ni macam kurang hormat pada awek awek free hair ni.


Masa mula-mula berhijab iena ada rasa segan dengan kawan pejabat. Selalu pergi kerja rambut kebabom kepok-kepok tiba tiba datang bertudung. Masa masuk pejabat tu tunduk je muka kan :) . Cikiena terkejut juga respon kawan pejabat,  mereka lagi suka dan lagi bagi sokongan. Jadi daripada segan terus jadi tak segan. Nak buat benda baik buat apa nak segan-segan kan (^_~)


Gaya Hijab iena semasa tahun 2020 ketika berusia 25 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun




Masa tahun 2010 bila tengok balik gaya tudung Cik iena memang berdekah dekah gelak. Pelik rupanya gaya tu. Zaman tu memang selalu photoshoot, jadi macam-macam gaya tudung lah. Tapi gambar photoshoot lain-lain album. Ini kebetulan iena letak semua dalam 1 album. Senang ambil terus. Masa zaman ni rasa dah paling cantik paling hot. Bila dah 10 tahun berlalu tengok balik tergelak-gelak dibuatnya. Besarnya ya Allah riben iena pakai. Berlapis-lapis inner tudung tu. Masa ni tengah Hot inner ayunar 3 lapis.


Menariknya inner ni boleh dibuat pelbagai gaya. Itu jadinya satu shawl pelbagai gaya Cik iena buat. Serius sampai sekarang iena taip sambil gelak-gelak. Teruk betul rupanya iena masa dulu ya. Budget budget Hot la masa ni (^_~)



Gaya Hijab iena semasa tahun 2020 ketika berusia 25 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun



Gaya Hijab iena semasa tahun 2020 ketika berusia 25 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2010 ketika berusia 25 tahun


Okay iena masih tak habis gelak, dengan sepit rambut, rama-rama, pelbagai jenis hairben iena guna sebagai aksesori tudung.  Okay iena tunjuk gambar tahun seterusnya iaitu tahun 2011. Masih gaya yang lebih kurang sama. Serabut pula iena tengok :D



Gaya Hijab iena semasa tahun 2011 ketika berusia 26 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2011 ketika berusia 26 tahun



Berikut pula Cik iena kongsi gambar job modelling. Kalau photoshoot modelling elok rupa tudungya pula. Yelah photoshoot untuk majalah and katalog perlu molek-molek la ye kan.


iena eliena 2011

iena eliena 2011

iena eliena 2011

iena eliena 2011

iena eliena 2011




iena eliena 2011
ini gambar photoshoot bukan job majalah atau katalog. Dasyat tudung kan haha



Pada tahun 2012 Cik iena mula memakai tudung sarung. Rasa mudah, tambahan lagi masa tu dah bertunang. Tunang pula tak bagi iena melawa. Hanya melawa bila ada photoshoot sahaja dan kalau job photoshoot dia hanya benarkan photographer perempuan sahaja. Keluar biasa tak boleh melawa tak boleh bersolek.


iena eliena tahun 2012
iena eliena tahun 2012

iena eliena tahun 2012
iena eliena tahun 2012

iena eliena tahun 2012
ini lah gaya tudung semasa tempoh bertunang dan tak boleh mekap T___T Terkonkong rasanya haha



Pada tahun 2013, selepas putus tunang, Cik iena kembali lah mengenakan shawl tapi berbeza kali ni tak sesarat tahun 2010 aksesori tudung Cik iena. Inner tudung pun selapis, bukan inner 3 lapis yang bewarna warni (^_~)



Gaya Hijab iena semasa tahun 2013 ketika berusia 28 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2013 ketika berusia 28 tahun
Gaya Hijab iena semasa tahun 2013 ketika berusia 28 tahun


Tahun-tahun seterusnya gaya tudung Cik iena lebih kurang sama. Cik iena suka pakai inner dan shawl serta pashmina. Adakalanya Cik iena juga pakai tudung bawal dan juga tudung sarung serta tudung instant. Kalau Cik iena tunjuk gambar setiap tahun mau meletup blog ni nak load. Cik iena terus kongsi gaya tudung Cik iena yang terkini.

Yang bawah ni gaya tudung iena selepas memasuki usia 30 an hahaha. Untuk yang tak tau lagi iena sebenarnya dah pun berusia 35 tahun pada tahun 2020 ni. Ramai yang tak percaya bila iena bagi tau usia iena, mungkin sebab iena masih belum kawen kot iena nampak muda dan iena berkawan dengan budak-budak muda. Budak-budak pejabat iena kebanyakannya lima ke 10 tahun lebih muda dari iena.



Gaya tudung bawal iena
Paling malas pakai bawal iena suka ikat belakang je

Gaya tudung bawal iena
kalau rajin sikit iena akan gayakan sikit tudung bawal, atas ni semua tudung bawal

Gaya tudung bawal iena
Ni tudung bawal versi sopan sikit pin kiri kanan hehe



Instant shawl
Cik iena pakai Instant shawl

Instant shawl
Cik iena pakai Instant shawl


iena eliena in printed shawl
Bila makin dewasa ni style shawl pun simple je


iena eliena plain shawl
ini pula gaya plain shawl yang sering cik iena gayakan

Satin Matte in Midnight Blue
Satin Matte in Midnight Blue dari Shera Lee



Satin Matte in Watermelon
Satin Matte in Watermelon dari Shera Lee


iena eliena plain shawl
ini gaya malas cik iena pakai shawl :)



Dan yang paling lattest gaya shawl yang Cik iena suka sekarang adalah gaya shawl yang telah di gayakan oleh Shera Lee pada iena beberapa minggu yang lepas . Cik iena ni semua tudung Cik iena boleh pakai walaupun ada orang beranggapan jika pakai bawal nampak gemuk pakai shawl nampak kurus. Teori tu ada betulnya tapi sebenarnya apa yang penting bila kita menggayakan tudung tu kita perlu yakin dengan diri dan gaya kita. Bila kita rasa yakin kita akan rasa kita cantik haha. Itu sebabnya lah tahun 2010 tu iena fefelling iena cantik. Daya keyakinan terlalu tinggi iena ni haha. Melangkah lah penuh gaya jalan catwalk ala model (^_~)



Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa
Selepas Shera gayakan style ni dekat Cik iena, Cik iena memang dah jatuh cinta dengan gaya ni. nampak sweet kan :)


Perjalanan Hijab Cik Programmer Yang kuat Melawa
Cik iena suka sangat gaya ni. Cik iena gayakan Blooming Rose in Nude dari Shera Lee. Shawl ni memang Hot Selling gituh. Dah habis tau


Haa nampak kan jauh beza gaya tudung Cik iena masa mula-mula sampai sekarang . Kalau dulu tudung Cik iena sarat dengan aksesori. Bila dah 3 series ni gaya pun simple but tak terlalu simple lah sebab Cik iena sememangnya suka melawa dari dulu lagi. Cik iena tak suka nampak selekeh. Kalau pergi pasar pun melawa tau haha.



Pembukaan Semula SL defect Outlet Nu Sentral Pushcart


SL defect Outlet Nu Sentral Pushcart



Kepada anda peminat Shera Lee khususnya kini anda boleh dapatkan defected item Shera Lee di Nu Sentral. Harganya lebih murah dari harga biasa. Untuk pengetahuan walaupun ianya defected item namun kadar kerosakan nya sikit. Memang tidak nampak pada mata kasar.

Memandangkan Pejabat iena berdekatan Nu Sentral, Insya Allah Bila ada masa nanti Cik iena akan ke SL defect Outlet Nu Sentral Pushcart ni.

Pelancaran Koleksi Satin Diamond



Koleksi Satin Diamond

Baru baru ini Shera Lee telah melancarkan koleksi Satin Diamond dengan aneka warna yang menarik. Shawl dari material Satin Diamond merupakan produk best seller dari Shera Lee. Cik iena yang pada asalnya kurang gemar mengenakan shawl bermaterial satin ni selepas memakai Satin mate and satin diamond dari Shera Lee terus jatuh cinta dengan shawl bermaterial satin ni.

Kepada anda diluar sana khususnya buat peminat Shera Lee jangan lupa dapatkan koleksi tudung dari Shera Lee sekarang tau. Sales 7.7  harga nya memang menarik. Shawl printed kegemaran Cik iena cuma RM57 sahaja (Normal price RM99) manakala Satin Diamond cuma RM37 (Normal price RM59) Cik iena pun dah tergoda sama dan dah terbeli :)

Untuk pembelian bernilai RM100 pula dapat penghantaran percuma. Memang menarik promosi ni tau. Jangan lupa grab promosi hebat 7.7 ni tau. Klik -> https://sheralee.my/



Untuk Maklumat Lanjut

Alamat : GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Isnin - Jumaat : 10AM - 8 PM
Sabtu & Ahad : 12PM - 8 PM
NU Sentral Mall, Level G (Pushcart)
Setiap Hari | 10AM - 10 PM
Web : www.sheralee.my
IG : www.instagram.com/sheralee.my
FB : www.facebook.com/sheralee.my



Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000


 LuLu Hypermarket merupakan Hypermarket Arab berkonsep halal yang mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Setiap tahun LuLu Hypermarket akan mengadakan promosi ‘shop and win’ dengan menawarkan hadiah hadiah yang sangat menarik seperti kereta, motosikal, barangan elektrik, gajet dan pelbagai lagi.

Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000




Berbeza dengan tahun tahun sebelumnya, LuLu mengorak langkahuntuk tampil berbeza dari kebiasaan dengan menawarkan hadiah berupa Voucher membeli belah selama setahun untuk 6 orang pemenang bertuah disamping hadiah-hadiah istimewa lain buat pemenang yang lain.


Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Cik iena penggemar Paratha brand LuLu

Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000




Bagi Cik iena Voucher SATU TAHUN MEMBELI-BELAH PERCUMA sememangnya sangat menarik. Sekiranya kita menang banyak benda yang kita boleh beli dengan  Voucher yang diberikan. Bayank kita dapat berjimat dalamperbelanjaan seharian.


Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000

Okay nak tau macam mana caranya boleh baca di bawah.


Cara Sertai Bonanza Ulangtahun ‘Belanja dan Menang’ Lulu Hypermarket


Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Berbelanja minimum RM75



Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Jumlah kat sini RM229.30 tai bila bayar dalam RM184 kalau tak silap, resit lupa pulak simpan mana. So iena dapat dua kupon je la. Yang best kan LuLu kalau kita dah kira siap siap amaoun harga display tu bila sampai kaunter bila nak bayar total tu mesti ada lagi diskaun. Ni antara sebab ramai yang suka datang dekat LuLu. Selain dari diskaun kita nampak yang dia display tu ada lagi inhouse diskaun tu yang jadi lagi murah dari yang kita kira
  1. Anda perlu berbelanja minimum RM75 di Lulu Hypermarket  dalam satu resit . Sekiranya anda berbelanja lebih dari RM75, Contoh RM150, anda akan dapat 2 Borang Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket .
  2. Selepas berbelanja dan membuat pembayaran, segera dapatkan kupon penyertaan di pusat perkhidmatan pelanggan
  3. Isi maklumat yang dikehendaki
  4. Kemudian, Masukkan Kupon penyertaan tersebut di dalam tong yang di sediakan di hadapan pintu masuk Lulu Hypermarket.

Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000



Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000
masukkan kupon penyertaan dalam box yang disediakan

Untuk pengetahuan peraduan ini sah untuk kedua-dua cawangan LuLu Hypermarket iaitu LuLu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur dan Lulu Hypermarket Taman Shamelin.

Peraduan ini berlangsung dari 1 Julai -sehingga 30 September 2020.


Hadiah Bonanza Ulangtahun ‘Belanja dan Menang’ Lulu Hypermarket


Hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM200,000  untuk dimenangi seperti berikut.


Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket | Menang Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000



Hadiah Utama x 6 pemenang
Baucer Beli-Belah Bernilai RM12,000 (RM1,000 x 12 bulan)


Hadiah Pertama x 6 pemenang
Jam Tangan Pintar Huawei


Hadiah Kedua x 90
Tablet Ikon


Hadiah Ketiga x 180
Cerek Elektrik Ikon


Hadiah Keempat x 390
Periuk Nasi Ikon


Hadiah Kelima x 150
Seterika Stim Ikon


Hadiah Saguhati x 180
Baucer Hadiah Lulu bernilai RM100


Untuk pengetahuan, Tarikah cabutan untuk mencari pemenang adalah pada 1hb Ogos 2020, 5hb September 2020 dan 3 Oktober 2020.

Jadi kepada anda diluar sana, jangan lepaskan peluang ni . Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa yang tau. Cik iena pun dah sertai peraduan bonanza ni. Semoga Cik iena menang Yeayyy :)



Parking Percuma Sekirnya berbelanja RM75


Kebiasaanya Cik iena ke LuLu Hypermarket Capsquare KL memang kene bayar parking. Berbeza kali ini sekiranya anda berbelanja RM75 anda layak untuk dapat Free parking. Tapi untuk makluman sekiranya anda nak tebus free parking anda perlu validate tiket parking di Cashier tingkat satu.


Parking Percuma Sekirnya berbelanja RM75
 Parking Percuma Sekirnya berbelanja RM75


Parking percuma adalah pada
  • Isnin Hingga Jumaat : 5 Pm Hingga 11pm
  • Sabtu dan ahad  : 9 am sehingga 11pm


Cik iena juga pastinya tidak melepaskan peluang untuk memenangi Voucher membeli belah selama setahun ini. jadi Cik iena kongsikan vlog Cik iena semasa membeli belah di Lulu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur pada hari sabtu yang lepas.


Vlog Shopping Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket & World Food Festival






Ouh ya bukan hanya Bonanza ulang tahun ini yang menarik. Ada lagi yang menarik perhatian Cik iena iaitu Lulu World Food 2020 Festival. Semasa membeli belah Cik iena dapati banyak promosi-promosi di bawah kempen Lulu World Food 2020 Festival ini.



Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival
Lulu World Food 2020 Festival

Selain daripada Peraduan Bonanza Ulangtahun Lulu Hypermarket, terdapat juga promosi ‘Lulu World Food 2020 Festival' yang sedang berlangsung dari 3 Julai hingga 13 Julai 2020. Festival ini diadakan di semua LULU Hypermarket di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada usaha pemasaran untuk memperkenalkan pelbagai makanan dari seluruh dunia kepada rakyat Malaysia.

Lulu World Food 2020 Festival
Lulu World Food 2020 Festival


Terdapat pelbagai jenis tema pada setiap hari, di mana macam-macam jenis makanan akan di hidangkan seperti berikut :

3 dan 11 Julai – Manisan Arab dan India

4 dan 12 Julai - Briyani

5 dan 10 Julai – Chaat dan Bakeri

6 Julai – BBQ

7 Julai – Kek dan Pastri

8 Julai – Pizza dan Pasta

9 dan 13 Julai – Makanan Sihat





Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival
Lulu World Food 2020 Festival

Bukan sahaja makanan seperti yang tersenarai diatas yang ada harga promosi World Food 2020 Festival ni. Terdapat aneka barangan lagi yang di jual pada harga yang murah termasuklah sayuran terpilih, barangan peralatan dapur terpilih, pendek kata Cik iena rasa masa berjalan-jalan dalam LuLu tu banyak juga barangan yang Cik iena nampak ada Label World Food 2020 Festival ni.


Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Di Level 1 juga turut ada , semasa Cik iena naik ke Level satu untuk validate tiket parking percuma Cik iena juga nampak Label World Food 2020 Festival di produk yang terdapat di Tingkat 1.


Lulu World Food 2020 Festival

Pendek kata bukan barangak kategori Food je yang ada promosi, terdapat pelbagai barangan yang ada harga promosi World Food 2020 Festival. Kalau panjang kata boleh lihat gambar dan juga vlog Cik iena. Berikut Cik iena kongsikan gambar sebahagian promosi yang sempat Cik iena ambil.


Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival
Rasa rugi cik iena tak ambil dua sebab anggur dia segar, manis dan takde biji

Lulu World Food 2020 Festival


Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival

Lulu World Food 2020 Festival



Menarik bukan ? ada banyak promosi menari , harga sangat murah bagi Cik iena.Bukan ini sahaja  tapi ada banyak lagi tapi Cik iena tak sempat nak ambil semua. Boleh pecah blog ni nak load semua kan :)



Jadi kepada anda diluar sana jangan lepaskan peluang promosi istimewa bersempena World Food 2020 Festival dan juga Bonanza Ulangtahun Belanja dan Menang Lulu Hypermarket. Manalah tau ada rezeki untuk menang baucher membeli belah selama setahun. Cik iena harap Cik iena lah salah seorang pemenang tu :)




Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website :  www.luluhypermarket.com
Facebook : LuLu Hypermarket Kuala Lumpur
Instagram : luluhypermarketkl
Telefon :  017-644 4200.
Alamat :  LOT 159, Jalan Munshi Abdullah, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



#LuLuMalaysiaWorldFood2020
#LuLuShopandWin
#OneYearFreeShoppingLuLu
#LuLuKL
#LuLuShamelin
#LuLuMallMalaysia








Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve