Grab The Promo
Grab The Promo

Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet

 
Masakan Vietnam merupakan antara salah satu tarikan pelancong ke Vietnam. Makanan istimewa Vietnam diproses dengan menggunakan ramuan dan rempah khas, membuatkan masakan Vietnam mempunyai rasa yang unik . 
 
Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet

 

Masakan Vietnam sangat digemari oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori, kerana kandungan utama masakannya adalah menggunakan sayur-sayuran, daging lembu, ayam dan bahan-bahan lain yang tidak akan membahayakan tubuh badan kita.
 

Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet
 
 
Buat penggemar masakan Vietnam, kini anda tidak perlu khuatir kerana anda akan dapat menikmati masakan Authentic Vietnam yang lazat di Rasa Viet by Xin Chao yang terletak di The Sphere Bangsar South. Baru-baru ini Cik iena sendiri sempat menikmati keenakan rasa masakan authentic Vietnam di Rasa Viet.
 

Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet
 
 

Rasa Viet by Xin Chao

 
Rasa Viet menyajikan Masakan Vietnam dengan pelbagai rasa dari Wilayah Utara, Tengah dan Wilayah Selatan.Menu yang terdapat di rasa Viet adalah Menu Seimbang yang Lazat, dengan pilihan Vegetarian / Vegan yang Unik. Jadi sekiranya anda mahupun rakan atau keluarga anda yang vegan atau vege anda boleh lah berkunjung ke rasa Viet.
 
Rasa Viet menawarkan Makanan Vietnam yang Berkhasiat, Tradisional, Inovatif serta yang paling penting adalah Rasa Viet tidak menggunakan MSG. Restoran ini terletak di The Sphere Bangsar South. Untuk pengetahuan Restoran ini menawarkan masakan Halal Vietnam. Untuk info Halal boleh rujuk di https://www.rasaviet.com/about-halal. 


Rasa Viet by Xin Chao
 

Rasa Viet by Xin Chao
 
 
Baru baru ini Cik iena berkesempatan mencuba sendiri keenakan masakan vietnam di rasa Viet bersama keluarga. Antara menu yang Cik iena cuba tempohari adalah 
 

Rasa Viet by Xin Chao
Menu appetizer di Rasa Viet
 

  • Manggo salad Prawn RM15.60
  • Assorted Spring Roll platter RM25
  • Grilled Beef in Betel Leaf RM13.90
  • DIY Wrap Sizzling Pancake RM23.90
  • Rice Noodle Soup- Pho
  • Steamed Chicken Pho RM17.20
  • Smocked Duck Pho RM20.40
  • Prawn Pho RM24.50
  • Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
  • Traditional Caramel Puding RM5.90
  • Drip Coffee With Milk RM9.90
  • Boiled Lemongrass Ginger RM8.90

Rasa Viet by Xin Chao


Menariknya lagi Restoran Rasa Viet ini adalah dekorasi hiasan dalaman dan luaran restoran itu sendiri. Setibanya anda di pintu masuk restoran ini anda pasti akan merasakan seolah olah anda berada di Vietnam. Sejurus melangkah kedalam restoran anda akan merasakan suasana yang sangat tenang . Dekorasi restoran ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar, yang suka makan di tempat yang cantik serta instagramable.
 

Rasa Viet by Xin Chao
 

Ada diantara kita yang gemar makan di tempat yang cantik dan ada juga yang tidak kisah akan dekorasi kedai makan tetapi kisah akan rasa masakan di sesuatu kedai tersebut. Di Rasa Viet anda tidak perlu risau kerana kedua dua ciri adalah selari. Di Restoran rasa Viet, selain dekorasi restoran yang cantik, makanan disini juga sedap dan pasti akan membuatkan anda jatuh cinta pada masakan Authentic Vietnam.
 

Rasa Viet by Xin Chao
 

 VLOG DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH




Berikut Cik iena kongsikan review mengenai kesemua menu yang Cik iena telah cuba di Rasa Viet baru baru ini.


Manggo salad Prawn


Ini merupakan pertama kali Cik iena makan manggo salad dari Vietnam. Kebiasaannya makan manggo salad kelantan atau thailand.Pasti ada perbezaan antara kedua manggo salad ini.
Manggo salad Vietnam menggunakan sos ikan dari Vietnam. Rasanya berbeza dengan sos ikan thailand. Sos ikan thailand agak masin berbanding sos ikan Vietnam.

Manggo salad Prawn
Manggo salad Prawn


Uniknya lagi manggo salad dsini ianya dimakan bersama keropok udang yang rangup menjadikan rasanya sangat unik dan pasti membuatkan anda jatuh cinta akan keenakan kombinasi rasa keropok tersebut bersama manggo salad.Kandungan undang nya juga sangat banyak . Memang sangat puas hati bila makan manggo salad disini.

Manggo salad Prawn
Manggo salad Prawn


Untuk menikmati keenakan manggo salad tersebut pasti ada cara makan yang betul, untuk tatacara makan yang betul anda boleh tonton vlog Cik iena di atas. Harga untuk Manggo salad Prawn adalah RM15.60.






Assorted Spring Roll platter



Assorted Spring Roll platter

Assorted Spring Roll platter

 
Assorted Spring Roll platter terdiri daripada summer roll, Fried roll, Fried netted roll Mayonnaise prawn, Fried netted roll sweet potato & yam. Platter ini sememangnya sangat sesuai untuk anda nikmati bersama keluarga tercinta. Aneka spring roll yang enak pasti membuatkan hati anda tergoda akan keenakan masakan vietnam yang sememangnya enak lagi unik.

Assorted Spring Roll platter

Assorted Spring Roll platter


Sejujurnya Cik iena baru tau bahawa summer roll vietnam sebenarnya dimakan bersama peanut sos dan bukan sos cili mahupun sos ikan. Sebelum ini, Cik iena pernah makan vietnamese roll tapi dimakan bersama kuah cili yang dicampur dengan sos ikan.
 

Assorted Spring Roll platter
Summer roll
 

 
Apabila makan summer roll disini memang terasa sangat sedap kombinasi spring roll dengan peanut sos pasti membuat anda tergoda akan rasa uniknya. Tidak kurang hebatnya juga keenakan kedua dua jenis fried netted roll iaitu Mayonnaise prawn dan  sweet potato & yam. Kedua-dua fried netted mempunyai keenakan yang tersendiri. 
 

Assorted Spring Roll platter

Assorted Spring Roll platter

 
 
Apa yang Cik iena suka mengenai fried netted ni sudah pasti isi nya dan juga yang pasti tepung yang menyalut isi tersebut. Tepung salut tersebut dalam bentuk jaring jaring yang rangup. Walaupun dah sejuk sedikit masih tetap rangup.


Assorted Spring Roll platter ini dijual pada harga RM25.


Grilled Beef in Betel Leaf


Antara menu yang Cik iena gemari juga. Cik iena sebenarnya memang tak makan daging sangat. Agak memilih dalam memilih menu daging kerana dari kecil Cik iena tak makan daging, cuma bila dah dewasa Cik iena cuba makan juga.
 

Grilled Beef in Betel Leaf

Grilled Beef in Betel Leaf
 

Ada diantara masakan daging yang Cik iena tak boleh makan. Sebenarnya bergantung pada cara masakan juga. Kalau daging tak rasa hanyir dan berbau Insya Allah Cik iena boleh makan.
Sejujurnya agak takut untuk mencuba risau tak menepati citarasa . Almaklumlah Cik iena tak makan daging sangat. 
 
Berbeza dengan masakan daging lain, Beef daun kaduk di Thai Viet sememangnya sangat sedap dengan rasa unik menyelerakan.Cik iena rasa bila dia balut dengan dau kaduk, rasa daging tu jadi lagi sedap dan lain dari yang lain.
 

Grilled Beef in Betel Leaf

Grilled Beef in Betel Leaf
 


Cara makannya juga amat penting untuk memastikan anda dapat rasa kesemua kombinasi bahan yang ada untuk hidangan itu yang menjadikannya lebih enak sehingga membuatkan anda teringat akan menu ini selepas pulang kerumah.
 

Untuk cara memakan menu ini pastinya anda perlu tonton vlog Cik iena. Banyak pula Cik iena buat video kan sebab cik iena berasa teruja mencuba menu authentic Vietnam. Sebelum ni Cik iena cuma pernah cuba noodle soup sahaja.Kali ini banyak juga menu Vietnam yang cik iena cuba lantas membuatkan Cik iena mula jatuh hati pada masakan authentic vietnam.

Untuk pengetahuan Grilled Beef in Betel Leaf ini dijual pada harga RM13.90
 
 

DIY Wrap Sizzling Pancake


DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake
 
 
Menariknya lagi di rasa Viet anda sendiri boleh membuat Sizzling Pancake . Hidangan ini adalah untuk dua orang. Untuk membuat DIY Wrap Sizzling Pancake ini mereka akan sediakan rice paper, sayur sayuran dan pancake serta dua kuah sos ikan .
 
DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake
 
DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake
 
Untuk cara cara membuat Sizzling pancake ini anda boleh rujuk vlog Cik iena. Seronok dapat cuba sendiri balut sizzling pancake ni. Bila buat sendiri kita boleh letak banyak mana sayuran yang kita suka. Cik iena memang gemar makan sayur jadi memang banyak sayur yang diletak. Selepas balut sizzling pancake dan makan, memang sedap pancake dia. Cik iena suka pancake yang rangup serta campuran sayuran tersebut buat rasa sizzling pancake tersebut bertambah unik dan enak pastinya.
 

DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake


 
DIY Wrap Sizzling Pancake ini dijual pada harga RM23.90
 
 
 

Rice Noodle Soup- Pho

 

Rice Noodle Soup- Pho
Rice Noodle Soup- Pho
 
 
Untuk pengetahuan, Mi sup Pho Vietnam merupakan antara 20 hidangan terbaik dunia oleh buku panduan perjalanan Lonely Planet menurut agensi berita Vietnam (VNA). Di Rasa Viet Cik iena dan keluarga cuba empat jenis Pho iaitu  Steamed Chicken Pho, Smocked Duck Pho, Prawn Pho dan Classic Beef Pho Steak Meatballs.
 
 

Steamed Chicken Pho RM17.20

 

Steamed Chicken Pho RM17.20
Steamed Chicken Pho RM17.20

Steamed Chicken Pho RM17.20
Steamed Chicken Pho
 
 
 

Smocked Duck Pho RM20.40

 

Smocked Duck Pho RM20.40
Smocked Duck Pho RM20.40

Smocked Duck Pho RM20.40
Smocked Duck Pho
 
 

Prawn Pho RM24.50

 

Prawn Pho RM24.50
Prawn Pho RM24.50

Prawn Pho RM24.50
Prawn Pho
 
 
 

Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80


Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
 
 
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Classic Beef Pho Steak. Meatballs 
 
Untuk noodle soup Cik iena makan ayam tapi dalam masa yang sama Cik iena rasa kesemua noodle soup. Untuk kesemua jenis noodle soup setiap kuah mempunyai rasa yang berbeza, bermaksud mereka tidak menggunakan kuah yang sama. 
 

Rice Noodle Soup- Pho
Rice Noodle Soup- Pho

 
 
 
Seperti kita sedia maklum ada kedai yang menggunakan kuah sup yang sama cuma isi yang lain sebagai contoh kuah adalah sup daging tetapi isi yang digunakan adalah ayam atau pun daging.berbeza dengan rasa viet, kesemua kuah noodle soup mempunyai rasa yang berlainan .
 
Rice Noodle Soup- Pho
Rice Noodle Soup- Pho
 
 
Kesemuanya dimasak berasingan bermaksud jika beef noodle soup, mereka akan memasak kuah sup dari daging, begitu juga dengan ayam mahupun itik. Jika soup udang pula mereka akan memasak soup menggunakan kulit udang itu sendiri. Jadi kesemua soup menampilkan rasa yang berlainan menjadikan menu menu noodle soup disini sangat unik dan authentic.
 
 
Rice Noodle Soup- Pho
 
Rasa Noodle soup disini menjadi lebih enak dengan adanya dua bahan di dalam gambar diatas. Dalam sudu sebelah kiri adalah cili potong bersama sos ikan vietnam kalau tak silap Cik iena manakala didalam mangkuk kecil sebalah kanan terdapat 3 sos yang sedap bila dimakan bersama noodle soup. Kalau nak tau bagaimana cara orang Vietnam makan  Pho atau noodle soup ni boleh tonton vlog Cik iena ya. Jika ikut cara orang Melayu kuah cili ni dicampurkan dalam kuah sup. Berbeza dengan cara orang Vietnam mereka makan secara berasingan. Jadi perlu tonton vlog Cik iena :)





Traditional Caramel Puding 

 

Traditional Caramel Puding
 

Wanita dan dessert sememangnya tidak dapat dipisahkan. Walaupun dah banyak makan pasti akan ada ruang untuk makan dessert. Puding caramel di rasa viet sememangnya sangat sedap. Berbeza dengan puding caramel di tempat lain, disini puding caramelnya tidak terasa hanyir. Susah nak gambarkan, anda perlu cuba sendiri puding caramel disini. Satu suapan cukup untuk membuatkan anda jatuh cinta.

Traditional Caramel Puding ini dijual pada harga RM5.90


Drip Coffee With Milk

Ini merupakan pertama kali Cik iena cuba Vietnam Coffee. Hirupan pertama cukup membuat hati Cik iena tertawan dengan keenakan Kopi Vietnam ini. Cik iena yakin penggemar kopi akan menyukai kopi ini. Adik Cik iena yang tidak suka kopi pun suka akan kopi vietnam ini.

 

Drip Coffee With Milk
Drip Coffee With Milk

 

Rasa unik kopi ini sememangnya sukar digambarkan. Anda perlu cuba sendiri Kopi Vietnam ini di rasa Viet. Walaupun kandungan susu yang digunakan 1/3, selebihnya 2/3 adalah kopi namun rasa kopi dia tetap lemak berkrim . Memang sedap sampaikan Cik iena dan norma minum dua gelas seorang.


Drip Coffee With Milk
Drip Coffee With Milk

 

Drip Coffee With Milk ini dijual pada harga RM9.90.

 

Boiled Lemongrass Ginger

Sekiranya anda suka minum air halia anda pasti suka Boiled Lemongrass Gingerdari rasa Viet. Cik iena pastinya suka akan Boiled Lemongrass Ginger di sini. Jika dirumah Cik iena memang gemar buat air halia dan lemon. Kadangkala di luar Cik iena gemar pesan air serai. Kali ini pertama kali Cik iena cuba air serai dan halia . Kombinasi kedua dua serai dan halia sangat sesuai dan sedap. Mungkin lepas ni Cik iena boleh cuba buat sendiri dirumah.


Boiled Lemongrass Ginger RM8.90
Boiled Lemongrass Ginger

 

 

Boiled Lemongrass Ginger dijual pada harga RM8.90 


Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet

Macam mana? menarik bukan masakan Vietnam ? Kepada anda diluar sana khususnya buat penggemar masakan Vietnam mahupun anda yang menggemari masakan sup. Boleh lah cuba aneka sup di rasa Viet. Selain itu banyak juga menu menarik lain untuk anda cuba di rasa Viet


Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam di Rasa Viet
Thank Racheal sebab suggest Vietnam Restaurant yang awesome ni dan suggest menu yang sedap sedap dekat rasa Viet. Selalu tengok Racheal makan dekat rasa Viet terliur tengok

 

Kepada anda yang ingin mencuba keenakan  Masakan Authenthic Vietnam anda boleh berkunjung ke Rasa Viet The Sphere Bangsar South. Untuk maklumat lanjut

Alamat : Unit No. G-3A, Level Ground, The Sphere, 59200 Kuala Lumpur
 

 




Kulit lembab, halus dan glowing dengan Prettian Skincare


Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Cik iena sememangnya seorang yang sangat mementingkan penjagaan wajah.Kalau jerawat naik seketul saja pun Cik iena dah gelisah dan macam macam rawatan dirumah yang Cik iena buat termasuk lah pemakaian masker tradisional yang di buat sendiri.
 



 
 
Baru baru ini Cik iena telah mencuba produk penjagaan wajah yang sangat berkesan untuk kulit cim iena dan Cik iena sangat menggemari hasilnya. Produk yang Cik iena maksudkan adalah Prettian Skincare. Sebelum Cik iena kongsikan review mengenai produk ini. Cik iena ceritakan terlebih dahulu mengenai Prettian Skincare.
 
 





 

Prettian  Skincare


Prettian adalah jenama yang berasal dari Korea dan dimiliki oleh Conquer Tech.Seperti yang kita sedia maklum Korea  Korea mempunyai teknologi canggih dalam produk kecantikan & kesihatan. Prettian sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit tidak kiralah kulit kering, kulit berminyak mahupun kulit kombinasi. Bahkan ianya juga sesuai untuk semua peringkat umur (Wanita & Lelaki)
 
prettian
 

Prettian bermaksud Pretty + Angel = Prettian. Untuk makluman, Prettian mempunyai pengalaman penyelidikan selama 30 tahun dan produk ini menggunakan semua bahan semula jadi dan  resepi semula jadi.

Istimewanya lagi, Prettian dikembangkan bersama dengan SKIN MEDS yang mempunyai 17 doktor domestik. Selain itu, mereka juga telah menjalankan pelbagai ujian klinikal produk seperti: ujian kerengsaan kulit, peningkatan sebum, peningkatan pori, peningkatan gloss, peningkatan ketelusan.
 
Untuk pengetahuan, produk Prettian adalah produk yang disyorkan oleh pakar kulit untuk penjagaan harian kulit supaya lebih sihat, cantik, halus dan glowing. Conquer Tech merupakan pengedar tunggal Prettian di Malaysia, Indonesia, Singapura, & Brunei.
 
 
 
3 Produk Prettian Skincare Yang Cik iena guna adalah  Triple Oil Cleanser, Moisturizer, dan Brightening Moisturizer Cream. Berikut Cik iena kongsikan mengenai produk ajaib yang Cik iena cuba ini.
 

PRETTIAN TRIPLE OIL CLEANSER

Prettian triple oil cleanser menggunakan 100% teknologi ORIGINAL daripada Korea dengan kuasa 3 lapisan essential oil serta 3 fungsi dalam satu botol. Ianya juga disahkan HALAL International Korea 
 


 

1- Deep Cleanser
2- Makeup Remover
3- Toner
 
Cleanser oil ini sangat lembut dan mesra pada wajah serta ianya sangat efektif. Ianya  mengandungi lebih 17 bahan semulajadi & berkualiti. Salah 1 daripadanya adalahmadu.




Antara fungsi utama madu yang terkandung di dalam Triple Oil Cleanser; 
  • Madu memiliki sifat antiseptik, antibakteria dan anti-radang
  • Madu sangat terkenal & terbukti sebagai ejen anti penuaan yang diamalkan sejak turun temurun
  • Madu juga mempunyai fungsi sebagai anti-pigmentasi yang dapat menjadikan kulit menjadi lebih cerah apabila diamalkan secara konsisten

Fungi Prettian triple oil cleanser
  • Pembersih muka yang mempunyai fungsi 3 in 1 - CLEANSER + MAKE UP REMOVER + TONER 
  • memberikan kulit wajah anda perlindungan yang optimum supaya kulit bebas dari cela
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Sesuai untuk semua peringkat umur (Wanita & Lelaki)
  • Sesuai untuk masalah kulit; jeragat, jerawat/parut jerawat, kulit kusam & kulit sensitif

 

PRETTIAN MOISTURIZER

 
Prettian moisturizer adalah antara pelembab wajah yang Cik iena sangat suka kerana ianya memberikan kelembapan yang berpanjangan buat kulit wajah Cik iena.Ianya juga mampu memberikan kesan Glass Skin effect. Dihasilkan dari bahan-bahan yang berkualiti tinggi dengan menggunakan 100 % teknologi termasuk ujian klinikal dari Korea.
 


 

Formula khas dari bahan yang bertindak sebagai antioksida dengan gabungan 12 jenis bahan-bahan semulajadi antaranya; Mucin/lendir siput, Ekstrak pegaga, Ekstrak aloevera, shea butter, vitamin B, Niacinamide dan lain-lain lagi. 

Fungsi-fungsinya:
1- Menjadikan kulit lebih lembab
2- Mengatasi pigmentasi (jeragat)
3- Mengurangkan kedutan dan garis halus di muka
4- Memutihkan & mencerahkan kulit
5- Mengawal minyak pada muka yg menjadikan punca jerawat
 
 

Teknologi rawatan wajah menggunakan "Snail Mucin" 

 
Prettian  Skincare menggunakan Teknologi rawatan  "Snail Mucin" sebagai salah satu bahan utama dalam Prettian Moisturizer. Ianya  telah terbukti berjaya membantu kulit muka yang kering, kusam & tak bermaya, menjadi lebih lembap, bebas cela serta nampak lebih awet muda.
 
“lendir siput babi” menjadi kaedah rawatan wajah yang popular terutama di kalangan artis korea dan barat. Lendir siput atau snail slime/snail filtrate digunakan secara meluas dalam teknologi kecantikan terutamanya dari segi “anti-aging” dan pencerahan kulit. 

Kandungan istimewa ini boleh diddapati di dalam  Prettian Brightening Moisturizer Cream yang mana ianya membawakan 1001 kebaikan Snail Filtrate yang diguna sebagai salah satu kandungan  untuk anda aplikasikan dan alami sendiri kesannya pada kulit anda.

Snail fitrate mengandungi banyak nutrien seperti hyaluronic acid, glycoprotein, proteoglycans dan antimicrobial peptides yang mana kesemua kandungan kandungan ini sangat bagus untuk penjagaan wajah.
 

Antara kelebihan Kelebihannya Snail fitrate 


1- Membantu melindungi kulit dari "kerosakan" akibat pencemaran dan menjadikan kulit "kebal" dari kedutan dan penuaan.
2- Memudarkan bahagian kulit yang gelap,  mengurangkan masalah pigmentasi & mencerahkan kulit
3- Nutrien aktifnya dapat memulihkan kulit, menstabilkan sel untuk penyembuhan luka serta melicinkan parut.
 
 


 

PRETTIAN SILKY BRIGHTENING CREAM 

 Produk Prettian silky brightening cream juga merupakan krim ajaib yang cik iena sangat suka. Selepas memakai langkah terakhir ini, kulit kelihatan sangat lembut, lembab dan bersinar pastinya. Kulit wajah seakan kulit artis korea yang mempunyai glass skin effect.
 

 

Untuk pengetahuan cream ini juga mampu melindungi kulit wajah dari sinaran UVA/UVB kerana ianya mengandungi SPF25 ++. JAdi anda tidak perlu pakai SPF lain. Silky Brightening Cream mempunyai efek pencerahan "instant" bukan hanya efektif untuk memudarkan jeragat & parut jerawat di wajah.
Malah, sangat berkesan untuk mencerahkan bahagian tubuh badan seperti lutut, siku, belakang leher dan lain-lain kawasan yang gelap.Efek pencerahan serta-merta dari Silky Brightening juga menjadikan kulit nampak lebih glowing dan licin.
 
 

 Fungsi Prettian Silky Brightening Cream

  • Sebagai sun++.screen/sunblock bagi melindungi kulit dari bahaya pancaran UVA/UVB
  • Kesan secara “instant” supaya kulit tampak lebih cerah dan glowing serta merta.
  • Juga sangat sesuai diaplikasi pada seluruh badan terutama di sekitar kawasan gelap. 
  • Mengandungi niacinamide yang sangat berkesan untuk mengelakkan serta memudarkan jeragat  dan bintik hitam
  • Digalakkan untuk diguna selepas penggunaan pelembab (Prettian Brightening Moisturizer)
  • Kandungan SPF dijana secara semulajadi melalui bahan-bahan “plant-based ingredient” dan “chemical-free”Tidak seperti produk lain yang biasanya mengandungi SPF dari bahan-bahan yang sudah di “banned” di kebanyakan negara kerana boleh merosakkan hidupan laut & alam sekitar.

 
 
 
Secara keseluruhannya produk ini sangat sesuai dengan kulit Cik iena dan Cik iena sangat suka akan hasilnya. Kepada anda yang mengalami masalah kulit khususnya dan inginkan kukit wajah yang cantik, sihat serta glowing anda boleh mencuba produk ini


Untuk Maklumat Lanjut


Website :  https://prettian.my/
Instagram : https://www.instagram.com/prettian.my/
Facebook : https://web.facebook.com/prettianmy/
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve