Bulan ramadhan makin menghampiri kita. Walaupun kita masih lagi dalam
ancaman pandemik Covid-19 namun terdapat aktiviti ekonomi yang mesih
diteruskan bagi melansungkan ekonomi negara kita. Namun pembukaan
pembukaan aktiviti ekonomi ini haruslah mengikut SOP yang telah
ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Buffet Ramadhan 2021 Me'nate Steak Hub
Baru
baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri majlis preview buffet
ramadhan oleh Me'nate Steak Hub di Shah Alam. Terdapat aneka makanan
yang disajikan. Seperti kita sedia maklum Me’nate Steak Hub merupakan
satu jenama restoran yang tidak asing lagi dan ianya merupakan antara
steakhouse Halal terbaik di Malaysia buat masa ini.
Bersempena
Ramadan kali ini, Me’nate steak hub juga tidak ketinggalan untuk turut
serta dalam memeriahkannya . Ramadan Kali ini Me'nate masih mengekalkan
buffet ramadan @ berbuka puasa namun kali ini semua perlu mematuhi SOP
yang di tetapkan oleh KKM.
Buffet
ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub menyajikan lebih daripada 70
hidangan dari pelbagai pilihan makanan barat dan tempatan.Menu menu yang
disajikan disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang cukup berpengalaman
dan kesemua menu yang ditawarkan adalah mengikut kepelbagaian citarasa
para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.
Seperti kita
sedia maklum Me'nate Steak Hub memang cukup dikenali dikalangan mereka
yang gemar hidangan barat yang menggunakan daging premium dengan resepi
terbaik . Jadi kesemua menu pastinya akan menjanjikan kualiti dan
keenakan masakan yang terbaik dari Chef Chef terbaik Me'nate Steak Hub .
Roasted Lamb dan Nasi Bukhari Istimewa dari Me'nate Steak Hub
Antara
menu istimewa Me’nate Steak Hub adalah Roasted Lamb and Nasi Bukhari.
MEnu istimewa yang dimasak istimewa dari Chef Me'nate yang cukup
berpengalaman dan faham akan citarasa pelanggan mereka. Keenakan
hidangan ini pastinya menjadi buah mulut tetamu yang hadir. Pastinya
inimerupakan antara menu yang akan habis dahulu. Jadi sekuranya anda
berkunjung kesini pastikan ia adalah menu wajib yang anda perlu ambil
terlebih dahulu.
Selain
daripada itu juga Me’nate Steak Hub juga ada menyediakan pakej Ramadan
Special Group Steak untuk pelanggan-pelanggan setia Me’nate Steak Hub
yang inginkan kelainan.
Masih
mengekalkan konsep tradisi Me’nate, iaitu menu steak dan makanan barat
dan Mediterranean sebagai pilihan utama sajian. Istimewanya Kambing
Panggang Bukhari bersama nasi Mandhi menjadi taruhan untuk memuaskan
para pelanggan yang meminati kambing panggang.
Selain
daripada menu masakan barat yang disajikan, bagi memenuhi citarasa
Ramadan, Me’nate juga menawarkan menu makanan tempatan lain seperti Nasi
Tomato, Mee Soto,Nasi Himpit, Bubur Lambok, Mee Kari Nyonya, Kueh Teow
yang di goreng panas dan pelbagai lagi menu lain disamping hidangan
pencuci mulut kuih-muih tempatan.
Harga Buffet Ramadhan Me'nate Steak Hub RM89.90 untuk dewasa dan RM49.90 untuk kanak-kanak
Pakej
buffet ramadan Me'nate Steak Hub kali ini menawarkan harga yang sangat
berbaloi iaitu RM89.90 untuk dewasa manakala RM49.90 untuk
kanak-kanak. Untuk pengetahuan kanak-kanak
berusia 5 tahun dan ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.
|
Early Bird Price Me'nate Steak Hub
|
Early Bird Price RM62.90
Istimewa
Untuk setiap tempahan awal pihak Me’nate akan memberi potongan sebanyak
10% hingga ke 30% bergantung kepada terma dan syarat. Setiap menu
Ramadan kali ini disediakan oleh Chef-Chef Me’nate yang berpengalaman
dan sudah pasti ianya mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang
sering berkunjung ke Me’nate.
Istimewa
buat pelanggan setia Me'nate Steak Hub , bagi memenuhi permintaan
pelanggan di Ramadan 2021 ini yang menggemari daging premium, Me’nate
memperkenalkan juga pakej makanan barat premium yang boleh di nikmati
seisi keluarga dengan harga yang berpatutan iaitu hidangan "GROUP STEAK" FAMILY PLATTER.
Me’nate memperkenalkan 2 jenis pakej iaitu
- SET A (PREMIUM FAMILY PACKAGE)
- SET B (SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE)
Dimana
untuk setiap set, satu set boleh dimakan sehingga 5 ke 6 orang.
Terdapat sehingga sebelas menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER
ini . Istimewanya lagi hidangan pemanis mulut@dessert diberikan secara
PERCUMA dari kaunter buffet.
Me'nate
Steak Hub menjanjikan hidangan dalam FAMILY PLATTER ini akan
mengekalkan kualiti penggunaan daging dan bahan-bahan yang digunakan
untuk pelanggan merasai keistimewaan yang di tawarkan oleh Me’nate pada
kali ini. Buat anda yang berkeluarga inilah masanya untuk menikmati
serta merasai pengalaman berbuka puasa dengan hidangan daging premium
enak yang disediakan untuk keluarga anda.
MeatLab dari Me'nate
Bagi
memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate memperkenalkan produk
sejuk beku terbaru mereka iaitu jenama MeatLab yang boleh di jadikan
hidangan berbuka bila masa di rumah atau sebagai ole-ole semasa balik ke
kampung dan juga semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Terdapat 5 jenis pilihan yang boleh nikmati iaitu
- BBQ Beef Ribs
- Lamb Shank
- Marinated Lamb
- Lamb Shabu
- Peri-Peri Chicken.
Selain
itu MeatLab juga memperkenalkan Rendang Daging edisi terhad sempena
Ramadan dan Aidilfitri ini. Me’nate juga ingin menjemput Syarikat atau
badan-badan Korporat serta individu yang ingin bekerjasama dengan pihak
Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial
korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak
yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini. Diskaun korporat akan
diberikan kepada syarikat yang berminat.
Buat masa ini restoran Me’nate Steak Hub mempunyai 7 (tujuh) cawangan di seluruh Malaysia
yang berada di Setapak, Ampang, Bangi, Shah Alam, Seremban, Melaka serta Johor Bahru
dan
hanya enam (6) sahaja cawangan yang menganjurkanya Buffet Ramadan
kecuali di Ampang yang hanya menyediakan menu Istimewa Heavenly Lamb dan
Heavenly Beef bersama nasi Bukhari yang boleh di nikmati empat hingga
ke lima orang.
Selain itu di Me’nate Steak Hub Ampang juga ada
menyediakan pakej Istimewa Group Steak Iftar untuk lima hingga ke enam
orang, sesuai untuk di nikmati seisi keluarga dan juga pakej Istimewa
Iftar
untuk 2 orang.
Para pelanggan dan Syarikat yang berminat boleh menghubungi cawangan-cawangan
Me’nate Steak Hub terdekat untuk membuat tempahan atau bertanya tentang pakej yang di
sediakan.
Pakej Buffet Ramadan • Pakej Group Steak • Ala Carte
• SETAPAK +6019 3911 047
• SHAH ALAM +6019 4771 047
• BANGI +6019 2611 047
• SEREMBAN +6014 3511 047
• MELAKA +6014 6040 047
• JOHOR BAHRU +6013 7510 347
Pakej Heavenly Beef/Lamb • Pakej 2 Pax • Pakej Group Steak • Ala Carte
• AMPANG +6016 8795 947
Restoran Me’nate Steak Hub juga menyediakan surau yang selesa untuk para pelanggan
menunaikan ibadah solat.
Untuk Maklumat Lanjut