Grab The Promo
Grab The Promo

Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam

 

CIk iena kongsikan dulu Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam. Masih tak sempat nak edit vlog ataupun update blog. 




Reel Main Kahwin Kahwin di Rumah Hutan Terapi Alam


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Menikmati sajian"Artisan" atau buatan sendiri sememangnya menjadi pilihan lagi lagi makanan untuk dinikmati dirumah bersama keluarga. Disini Cik iena ingin berkongsi dengan anda tentang mentega kacang Artisan atau buatan sendiri atau homemade yang boleh anda cuba iaitu mentega kacang dari Carver's.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

Carver's Homemade Nut Spread

Carver's Homemade Nut Spread  merupakan Mentega kacang 100 % semulajadi, tanpa lemak trans, kolestrol, bahan pengawet,pewarna tambahan, bahan tambahan atau gula.


Di keluarkan oleh Syarikat Carvers Nut Butters yang merupakan sebuah syarikat Yang menawarkan produk mentega kacang artisan dengan tumpuan utama kepada barangan semula jadi dan organik.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Ianya merupakan produk yang mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Selain itu ianya juga adalah Vegan friendly. Sangat sesuai untuk anda yang Vegan . Memandangkan ianya sugar free jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit diabetic .

Istimewanya Carver's Homemade Nut Spread  ini lagi ianya bukan sekadar untuk dijadikan sapuan pada roti atau biskut sahaja. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat aneka hidangan masakan mahupun minuman.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's



Untuk pengetahuan terdapat 6 Jenis Carver's Homemade Nut Spread  iaitu

  1. Mentega Badam
  2. Mentega Kacang Kasar
  3. Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
  4. Mentega Kacang halus
  5. Mentega Gajus
  6. Mentega Badam kasar

 



Carver's Mentega Badam
Carver's Mentega Badam, HArga RM25


 

Carver's Mentega Kacang Kasar
Carver's Mentega Kacang Kasar, Harga RM18

 



Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik
Carver's Mentega Badam dan Chia Seeds Organik, Harga RM28


 

Carver's Mentega Kacang halus
Carver's Mentega Kacang halus, Harga RM18
  

 


Carver's Mentega Gajus
Carver's Mentega Gajus, Harga RM25

 


Carver's Mentega Badam kasar
Carver's Mentega Badam kasar, Harga RM25

 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's 

Seperti yang dimaklumkan Carver's  nuts butter ini kesemuanya tidak mengandungi gula tambahan. jadi ianya sangat bagus untuk kita . Kepada yang gemarkan rasa manis anda boleh tambahkan susu pekat manis, coklat ataupun madu di sapuan roti anda.


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Bagi Cik iena yang gemar rasa sedikit manis, jika Cik iena makan dengan roti cik iena akan tambah coklat , susu pekat manis atau pun madu. Sebenarnya ini terpulang pada citarasa anda. Ada yang gemarkan rasa tanpa gula.

Berikut Cik iena kongsikan hidangan Carver's Nut Butters yang cik iena makan selain dari sapu pada roti.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Untuk wanita bekerjaya yang sering kesuntukan masa ni. Adakalanya teringin makan dessert ala-ala di Restoran tapi tak sempat nak buat kan. Jadi Bila ada Carver’s Nut Butters range ianya memberi inspirasi juga untuk Cik iena buat dessert simple dan sedap.


Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range


Gambar diatas adalah antara hidangan pencuci mulut yang Cik iena buat gunakan Carver's Nut Butter. 

  • Donut  strawberry dengan Mentega Badam Dan Chia Seed Organik
  • Waffle dengan Mentega kacang kasar  dan Avocado Strawberry
  • Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus



Hidangan Pencuci Mulut Lebih Sedap Dengan Carver’s Nut Butters range

Memang mudah sangat nak sediakan menu Cik iena ni. Waffle, Donut  buah iena beli dekat Village Grocer. Orang kata campak campak jadi dengan adanya Carver's Nuts Butter ni nak buat apa-apa dessert mudah. 

Insya Allah lepas ni iena buat menu lain iena kongsikan juga ya. Ada je nak buat yang rumit rumit sikit tapi iena sibuk sikit nak membaking . Jadi Ni cara anak dara ekspress buat dessert hehe.

 

Review  Craver's Homemade Nut Butters

Review  Carver's Homemade Nut Butters

Secara keseluruhannya iena suka Carver's Homemade Nut Butters ni sebab rasa nuts dia memang terasa sedap, lemak cuma dia tak manis sebab tiada kandungan gula tambahan. Carver's Homemade Nut Butters ni sangat sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Selain boleh dibuat sapuan roti untuk sarapan pagi. Boleh juga buat pelbagai menu pastry lain. Boleh makan dengan biskut. Boleh buat air juga. Ini merupakan kali pertama Cik iena buat air guna peanut butter tau.Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus memang sedap. Penggemar avocado macam cik iena mesti suka. 

Buat masa ini Cik iena dah cuba makan  Mentega Badam Dan Chia Seed Organik, Mentega kacang kasar  dan Mentega Kacang Halus . Mentega Kacang Halus dan kasar rasa lebih kurang cuma yang besa adalah tekstur sapuannya. Kedua duanya terasa lemak dan kacangnya berasa. Manakala Mentega Badam Dan Chia Seed Organik rasanya lebih unik dan sedap. Makan macam tu pun Cik iena rasa macam makan cookies.


 

Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Rasa rasa lemak avocado tambah dengan rasa peanut butter tu rasa pekat menusuk tekak. susah nak bayangkan. Anda perlu cuba.  Disebabkan ini pertama kali Cik iena na cuba. Jadi sukatan dia mungkin tak menepati citarasa pembaca.Mungkin boleh ubah ikut citarasa masing-masing.


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus


Resepi Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

  • 1 Biji avocado
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 2 sudu besar Madu Kurma (Beli dekat MBG) 
  • 1 cawan full cream milk
  • 1 sudu Mentega Kacang Halus


Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's

 

Cara Buat Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

Biasanya iena buat Avocado smoothie, susu memang akan letak dalam fridge . Semua bahan sejuk dalam fridge. Kalau suka letak ais batu pun boleh tapi iena tak letak sebab jarang minum ais dekat rumah. 


Avocado Smoothie dengan Mentega Kacang Halus

 

Cara buat, 1 biji avocado yang dah masak di blender bersama 3 sudu besar plain yogurt, 2 sudu besar madu kurma dan 1 cawan full cream milk. Kemudian Mentega Kacang Halus tu iena letakkan sebagai topping. Boleh diminum semasa Mentega Kacang Halus dibahagiana atas atau kacau dengan avocado smoothie tu.

 

Peanut strawberry cinamon roll

 

Peanut strawberry cinamon roll





Homemade Nut Butters Sedap Sihat dari Carver's


Baiklah kepada anda diluar sana yang ingin mencuba rangkaian Carver’s Nut Butters ini boleh dapatkan di laman web yang Cik iena lampirkan dibawah. Anda juga boleh ikuti laman sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini.

 

 Untuk Maklumat Lanjut



REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

Penularan wabak COVID-19 telah memberikan kesan yang serius terhadap semua individu. Norma baharu sudah lagi tidak asing dalam diri mana-mana individu. Banyak perubahan telah berlaku sehinggakan pelbagai perkara yang dipraktikkan bagi membendung penularan wabak itu telah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seharian.

 

REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE


 

Antara  benda yang dipandang tidak penting sebelum ini tiba-tiba berubah menjadi keperluan seharian seperti pembasmi kuman atau Disinfectant . Terdapat banyak keluaran Disinfectant  yang terdapat di pasaran sekarang namun tahukah anda bahawa anda boleh berjimat dengan menggunakan Eleclean Disinfectant Device. Dimana dengan hanya menggunakan air anda dapat menghasilkan cecair pemasmi kuman.


ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE



 

 

ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE


 


ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

 

Eleclean disinfectant device merupakan alat yang mampu menghasilkan Cecair Pembasmi kuman yang selamat tanpa memerlukan alkohol , bahan kimia dan pengawet. Ianya menggunakan teknologi Electro-Oxidation , teknologi yang menukarkan air kepada disinfectant yang berkesan untuk menghapuskan virus dan bakteria.

 

ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE



HANYA MENGGUNAKAN AIR (NON TOXIC SANITIZER)

Apa yang anda perlukan hanyalah tuangkan air bersih ke dalam peranti dan aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan Cecair pembasmi kuman sudah selesai tersedia dan ianya boleh terus digunakan.

SELAMAT DAN TIADA BAHAN KIMIA MERBAHAYA

Cecair pembasmi kuman yang terhasil selamat digunakan untuk seisi keluarga termasuk kanak kanak kerana ianya tidak mengandungi  toksik dan bahan  kimia maka tiada sisa kimia yang akan melekat  pada kulit anda.


REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

 

Sanitizer ini sangat sesuai terutamanya buat mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru lahir atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN adalah tidak merengsa dan tidak berbahaya pada kulit dan mata.

SANITIZER MESRA ALAM

ELECLEAN dikelaskan sebagai peralatan elektrik rumah, ia boleh digunakan untuk bertahun-tahun. Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, anda boleh mengurangkan penggunaan botol dan ucapkan selamat tinggal kepada banyak sanitiser pelupusan.

 


REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

 

SGS APPROVED

Produk telah mendapat pengiktirafan SGS. SGS ialah syarikat pemeriksaan, pengesahan, ujian dan pensijilan terkemuka di dunia. Diiktiraf sebagai penanda aras global untuk kualiti dan integriti.

WORLD FIRST ADVANCED TECHNOLOGY

Teknologi canggih ELECLEAN mengubah air menjadi pembersih. Lebih daripada 34 paten. Teknologi tinggi ini dicipta dan dimiliki oleh ELECLEAN dan ELECLEAN  merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai teknologi ini di dunia. 

RECOGNIZED BY WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam usaha global menentang COVID-19. Sanitizer ELECLEAN juga boleh berkesan untuk 99.9% virus dan bakteria seperti H1N1, E.Coli dan lain-lain

 

AWARD WINNING PRODUCT

REVIEW ELECLAN DISINFECTANT DEVICE

WHAT IN THE BOX

1) Activated Carriers x1
2) USB Charging Cable x1
3) Disinfectant Testing Strip x2
4) Portable Refill Bottle 7ml x1


CARA PENGGUNAAN ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE



Indicator light  atas sekali - Electrochemical Reaction indicator Light
Flash : Under electrochemical reaction
On : Ready to use
Off : Time-out (please react)

Indicator light  tengah2 - Maintenance indicator light
- ON : Please replace the [Activated Carries]

 

ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
Activated Carries


Indicator light  bawah - power indicator light
Green : Baterry full
Red : Baterry Low
Orange : Charging

Button bulat merupakan operation button

Sebelum Penggunaan untuk menghasilkan sanitiser sila pastikan device dicharge lebih kurang 4 jam (fully charged)

Tekan button dan hold selama 4 saat untuk memastikan semua lampu indicator menyala bagi memastikan sistem device berfungsi.

Bila device idle selama 30 saat. Standbymood akan diaktifkan. Kesemua lampu indikator akan terpadam. Untuk aktifkan device, anda boleh tekan operation buton untuk mengaktifkan device.


ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
Power indicator light akan bewarna orange jika sedang charge



UNTUK PENGGUNAAN PERTAMA KALI



  1. Untuk pengunaan pertama kali activated Carrier diperlukan. Buka nozzle dan
  2. Masukkan 2 activated carrier ke dalam device.
  3. Kemudian masukkan 2 cup air (gunakan penutup nozzle sebagai cup pengukur air) dan Tutup Nozzle
  4. Tekan operation button sekali untuk menghidupkan device
  5. Ketika ini indicator light(ikon paling atas antara 3 ikon) tidak berlapu bermakna ianya off. Masih belum lakukan proses menghasilkan sanitizer/ electrochemical reaction.
  6. Untuk memulakan electrochemical reaction, tekan butang operation dan hold selama 2 saat. Kemudian indicator light akan flash berkelip kelip.
  7. ini menandakan proses electrochemical reaction sedang dilakukan. Biarkan selama 15 minit. Proses ini akan selesai dalam masa 15 minit
  8. Selepas proses ini selesai lampu indicator akan berhenti berkelip bermaksud ianya sudah siap dan sudah boleh digunakan.



ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
indicator light yang atas sekali jika bewarna biru dan tidak blinking bermaksud ianya sudah sedia untuk digunakan

 

Untuk pengetahuan, sanitiser yang terhasil ini bertahan sehingga 72jam. Selepas itu reaction indicator light akan terpadam secara automatik. Untuk reprosess electrochemical semula boleh tekan dan hold operation button selama dua saat.

BILA PERLU TUKAR ACTIVATED CARRIER?

Anda perlu tukar activated carrier bila maintenance indicator light menyala.(ikon ditengah2)
ianya perlu ditukarkan bagi memastikan kualiti sanitiser yang akan dihasilakn. Kebiasaannya ianya perlu ditukarkan lebih kurang 6 bulan penguunaan ataupun 150 kali anda menggunakan fungsi electrochemical reaction. Bermaksud ianya bergantung kepada kadar penguunaan anda juga. 

ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE
Activated Carrier



  1. Buka penutup noozle d an keluarkan activated carrier.
  2. Tekan operation button untuk On kan device kemudian hold operation button dan tunggu sehingga reaction indication light berubah ke maintenance indication light.
  3. Kemudian lepaskan untuk dischaged maintenance indicator light.


UJI KEBERKESANAN DENGAN TEST STRIP


  1. Sila pastikan ianya telah lengkap electrochemical reaction sebelum test. Bermaksud lampu indikator yang pertama ianya menyala.
  2. Kemudian spray pada test paper . Jikaia bertukar kepada warna biru bermaksud air yang anda masukkan tadi telah ditukarkan ke high reactive oxygen disinfectant.


Untuk pengetahuan anda boleh masukkan santiser ke dalam refill botol dan ianya bertahan 72 jam. Ia tidak akan rosak jika terkena udara luar atau air.


REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

HARGA ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

RM 579

DISKAUN 15%

Istimewa buat pembaca blog iena, anda boleh dapatkan diskaun 15%dengan menggunakan kod dibawah.

 KOD DISKAUN :  IENA15% 

Harga selepas Diskaun RM 492.15

 Kod diskaun ini boleh digunakan di ELECLEAN Portable Device


REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

Cik iena sememangnya suka akan device ini kerana Cik iena boleh hasilkan sendiri sanitizer dengan hanya menggunakan air dan sanitizer yang dihasilkan juga selamat digunakan untuk kulit kita tidak kira usia. Kanak kanak juga sesuai kerana tiada bahan kimia merbahaya digunakan untuk menghasilkan sanitizer ini.  

Ianya menggunakan teknologi Electro-Oxidation , teknologi yang menukarkan air kepada disinfectant yang berkesan untuk menghapuskan virus dan bakteria.



REVIEW ELECLEAN DISINFECTANT DEVICE

 

Bagi Cik iena ienya juga sangat praktikal . Boleh dibawa kemana mana. Device nya juga kita boleh bawa balik kampung atau travel. Untuk penggunaan Cik iena jika keluar rumah Cik iena isi dalam refill botel ianya lebih kecil dan lebih jimat ruang dalam beg tangan. Lagi lagi beg tangan Cik iena kecil je.

Cik iena akan bawa ke kampung sekiranya pulang ke kampung. Buat masa ini Cik iena masih belum travel lagi sebab rasa macam tak sesuai lagi nak pergi travel.

Dengan adanya Eleclean portable device ni memang iena dapat berjimat , tak perlu lagi beli sanitizer. Boleh buat sendiri je.

 



 

Untuk Maklumat Lanjut

Website : www.eleclean.com.my

Instagram : @eleclean_malaysia

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

Walaupun Sebahagian negeri telah sampai ke Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, telah dibenarkan untuk merentas daerah dan pelbagai operasi  telah dibuka secara berperingkat namun pasti masih ada kegusaran diantara kita kerana impak PPN fasa 2 ini sendiri kita dapat lihat lambakan orang keluar setelah lama terkurung.

Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express

 

 Namun bagi Cik iena masih terlalu awal untuk kita keluar dan bersuka ria. Cik iena pasti ada juga beranggapan yang sama bahawa masih belum selamat untuk kita keluar pada masa ini. Sebaik sahaja kerajaan umumkan Negeri Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memasuki Pelan Pemulihan Negara Fasa 2. Ramai orang mengambil peluang ini untuk keluar.

Dalam pada masa yang sama  sebuah Platform e-Dagang PG Mall telah mengambil Inisiatif untuk menawarkan servis penghantaran ekspress bagi barangan di platform mereka supaya masyarakat di luar tidak perlu gusar untuk keluar membeli barang sekiranya ianya penting dan diperlukan segera.


 
 

PG Mall ataupun pgmall.my merupakan Platform e-dagang Nombor 1 Malaysia dimana ianya merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia.Ianya  telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan telah disenaraikan sebagai Top 3 laman web e-dagang di laporan wawasan Iprice https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


Penghantaran 2 Jam di PG Mall X Grab Express


PG Mall merupakan satu-satunya platform membeli-belah dalam talian pertama yang telah bekerjasama dengan Grab dengan menawarkan penghantaran dalam masa dua jam dengan menggunakan servis perkhidmatan penghantaran ekspres.

Seperti anda sedia maklum Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama meningkat terutamanya di bandar-bandar utama. Kini anda di Lembah Klang boleh dapatkan barangan keperluan anda di PG Mall dengan hanya 2 jam penghantaran.

Untuk pengetahuan fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress ini disediakan untuk pembeli dan penjual lembah Klang sahaja. Pembeli boleh membuat pesanan dan menghantar bungkusannya dalam hari yang sama hanya dengan satu klik sahaja.

Untuk pembeli dan penjual dari negeri lain, perkhidmatan Grab Exspress ini dijangkakan akan  dilancarkan pada tahun 2022 .

Instant Delivery With RM 12 Off

Servis ini sememangnya sangat menarik dan sangat membantu kita. Berbeza dengan Platform e-dagang lain anda perlu tunggu dua tiga hari untuk mendapatkan barangan yang anda beli. Menariknya lagi  PG Mall juga menawarkan Promosi Potongan RM12 PG Mall GrabExpress.


PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off
PG Mall Instant Delivery With RM 12 Off

 

Anda cuma perlu membeli di PG Mall dan pilih penghantaran Grab Express untuk penghantaran segera. Klik  PG Mall untuk pembelian pantas.




#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Grabexpress

 

Untuk Maklumat Lanjut

PERTANDINGAN VIDEO CERIA BERSAMA CHEF TAHA

Dalam musim pandemik ni para ibu bapa mesti ada rasa kerisauan anak anak bosan terkurung dirumah. Pasti banyak aktiviti yang ibu bapa aturkan untuk anak anak. Selain dari aktiviti bersama keluarga lain yand dilakukan sekarang. Anda juga boleh cipta kenangan terindah bersama anak anak anda dalam membuat kek batik dan dalam masa yang sama anda boleh sertai pertandingan Video pendek ceria bersama chef taha yang sedang berlansung.

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

JOM SERTAI PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

Pertandingan ini cukup mudah. Anda cuma perlu rakam video kreatif berdurasi 1 minit proses membuat Kek Batik bersama anak anda. Amat digalakkan untuk anda turut berada didalam video bersama anak anda. Jadi disini anda dapat cipta kenangan indah bersama si cilik.

Untuk menyertai pertandingan ini antara bahan utama anda perlu gunakan dan perlu ada didalam video anda adalah Susu pekat Manis F&N. Pertandingan ini bertemakan Kek Batik Negaraku Malaysia bersempena Hari kebangsaan malaysia.

Jadi mungkin anda boleh masukkan elemen kemerdekaan sepert menggunakan dekorasi bendera malaysia didalam video MEngggayakan pakaian kebangsaan semasa membuat kek batik atau lebih menarik deko kek batik anda berunsurkan kemerdekaan.

Apa apa yang paling penting adalah moment indah ceria anda bersama si cilik dan susu F&N.

 






 


Istimewa buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak berusia 7-12 tahun.

  1. Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja.
  2. Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
  3. Hasilkan kek batik dan muatnaik video pendek berdurasi tidak lebih seminit secara kreatif di Facebook bertemakan “Kek Batik Negaraku Malaysia”.


 


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK CERIA BERSAMA CHEF TAHA ANJURAN TABUNG HAJI DAN F&N

 

 

SYARAT PERTANDINGAN CERIA BERSAMA CHEF TAHA


1. Peserta perlu menggunakan produk keluaran F&N sebagai salah satu
bahan resipi kek batik tersebut.
 
2. Video yang dihasilkan hendaklah merangkumi tiga bahagian;
   a. Pengenalan bahan masakan.
   b. Proses penghasilan kek batik.
   c. Kek batik dipersembahkan secara kreatif mengikut tema.
 
3. Video yang dihasilkan mestilah asli, hak milik sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga.
 
4. Video tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau menyentuhi sensitiviti sesuatu perkara.
 
5. Video yang dimuatnaik disertakan caption “Chef TaHa ceria bersama F&N . . .” dan dilengkapi hashtag #TaHaCilik #F&N.
 
6. Akaun Facebook tidak private dan posting tersebut dapat dilihat umum.
 
7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel kelabtaha@lth.gov.my dengan dilampirkan “Screenshot” muatnaik Facebook sebagai bukti penyertaan.
 
8. Peserta juga perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH
   a. Nama :
   b. No. IC :
   c. No. Akaun TH :
   d. No. telefon :
   e. Emel :

Bagaimana daftar Ahli Taha Cilik?

Untuk pengetahuan sekiranya anak anda telah mempunyai akaun tabung haji maka secara automatiknya anak anda adalah ahli taha cilik. Jadi anak anda layak untuk sertai pertandingan ini sekiranya anak anda berusia diantara 7 Hingga 12 tahun.

Sekiranya masih belum pernah mendaftar akaun di tabung haji. Anda perlu daftarkan akaun tabung haji untuk anda terlebih dahulu untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun tabung haji sila rujuk https://www.tabunghaji.gov.my/.../makluma.../pembukaan-akaun

 

Hadiah PErtandingan Video Pendek Ceria Bersama Chef Taha

Tempat Pertama :

Wang Tunai RM350 + E-Baucer F&N RM250 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota


Tempat Kedua :

Wang Tunai RM200 + E-Baucer F&N RM150 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

Tempat Ketiga :

Wang Tunai RM100 + E-Baucer F&N RM50 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota

 

7 X Saguhati:

Wang Tunai RM50 + E-Baucer F&N RM25 + Cenderahati Tabung Wang dan Buku Nota
 

Tempoh pertandingan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021
 

Untuk terma dan syarat layari Terma Dan Syarat


Untuk info terkini Official : Lembaga Tabung Haji

 

Resepi Kek Batik Mudah

iena kongsikan reels dari adik, masa iena buat video kek batik dia buat video untuk content reel dia.
 

Bahan Bahan

  • Biskut Marie 1 Paket (270gm)
  • Butter Cup 200gm
  • Susu Pekat manis F&N 1 Cawan
  • Milo 2 Cawan

Bahan Chocolate Topping

  • Susu Cair 100ml
  • Dark chocolate Berly 200gm (coin)
  • Buttercup 1 sudu

Cara cara Membuat KeK Batik

  1. Pecahkan biskut marie kepada 4 bahagian
  2. Panaskan kuali
  3. Cairkan buttercup
  4. Selepas buttercup cair, masukkan susu pekat manis F&N
  5. Selepas keduaa dua buttercup dan susu sebati , masukkan milo dan kacau sebati
  6. Selepas adunan sebati, tutup api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul rata
  7. Kemudian masukkan adunan dalam bekas dan mampatkan.
  8. Kemudian untuk topping tak perlu pun takpa.
  9. Cara buat topping, panaskan kuali, 
  10. Masukkan susu cair dan Dark chocolate Berly, kemudian bila dah sebati masukkan buttercup
  11. Gaul sebati dan curahkan diatas kek batik yang telah dimasukkan dalam bekas.
  12. Kemudian masuk dalam peti ais 2 ke 4 jam

 

Tips Untuk Kek batik

  1. Kalau taknak kek batik keras bila di potong.  Jangan terlalu mampatkan. Masa letak dalam bekas cukup sekadar tekat sedikit bagi masuk dalam bekas. tak perlu mampatkan macam buat nasi himpit.. Kemudian Selepas keluar dari peti ais. Biarkan sekejap   jangan terus potong. Biarkan dalam setengah jam bru potong.
  2. Kalau taknak milo berketul pula pastikan adunan susu dan butter sebati sebelum masukkan milo.


 

#ienaeliena #blogger #malaysianblogger #bloggermalaysia
#kekbatik

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve