Grab The Promo
Grab The Promo

Perbezaan Kadar Insurans Bjak.my dan Etiqa Takaful

Artikel ini ditulis untuk rujukan Cik iena dalam urusan memperharui insurans kereta . Sebelum ini ramai mencadangkan membuat pembaharuan di Bjak.my kerana ianya lebih murah . 

Setelah penelitian Cik iena Harga Insurans yang biasa Cik iena ambil di Bjak.my sangat berbeza dengan portal rasmi syarikat insurans . Jadi untuk Cik iena yang kurang gemar bertukar tukar Insurans. Cik iena memilih untuk memperbaharui insurans di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri.

Walaubagaimanapun untuk anda yang mencari kadar insurans terendah boleh menggunakan Bjak.my untuk membandingkan harga.Sekiranya harga insurans terendah yang anda peroleh mempunyai laman sesawang untuk memperbaharui secara dalam talian, adalah lebih baik anda survey terlebih dahulu harganya.

Tapi jika anda tiada masa untuk buat survey anda boleh terus memperbaharui nya di Bjak.my . Macam Cik iena memang jenis suka buat perbandingan harga. Cik iena akan bandingkan harga, Cik iena ambil jumlah coverage yang sama, add on yang sama dan Cik iena bezakan jumlah harga. 

Hasil dari perbandingan tu Cik iena akan ambil yang lebih murah pada coverage yang sama . Jadi dapat disimpulak disini Pembaharuan insurans Etiqa Takaful di Bjak lebih mahal berbanding di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri.

Maka dengan itu Cik iena masih meneruskan memperharui insurans di https://www.motortakaful.com/motorcar/en/takaful/getquote1 Dan seterusnya Cik iena renew roadtax di https://app5.myeg.com.my/MYROADTAX/

 

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful - RM497.15 adalah harga tanda windscreen di Bjak.my

 

 

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful- RM624.95 adalahHarga dengan Wind screen di Bjak.my
 
 Untuk Bjak kadar minimum windscreen Etiqa Takaful coverage adalah RM500 manakala di laman sesawang Etiqa Takaful RM400 minimum . Perbezaan insurans pada jumlah SUM yang sama dengan windscreen coverage adalah Bjak Etiqa Taqaful RM624.95 manakala Etiqa takaful RM438.67
Berbeza RM186.28 , Pada Cik iena beza itu agak besar. Maka dengan itu Cik iena buat keputusan untuk renew di laman sesawang Etiqa Takaful sendiri dan add on perlindungan lain yang Cik iena perlukan.
 


Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful. Lebih Jimat di lama seawang Etiqa Takaful , dengan perlindungan yang sama.
 
 
Di Bjak sekiranya Cik iena ambil perlindungan bencana alam menjadikan total RM 735.50 Manakala di Etiqa Takaful cuma RM483.75 menjadikan ianya berbeza sebanyak RM251.75



Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful 
   
  
      

Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful
Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful


Memandangkan perbezaan sangat besar iaitu RM251.75 maka dengan itu Cik iena masih meneruskan memperbaharui Insurans kereta di laman sesawang rasmi Etiqa Takaful untuk tahun 2023 ini. Tahun hadapan Insya Allah Cik iena akan buat survey juga sebelum memperbaharui insurans.

 


Perbezaan Bjak.my dan Etiqa Takaful






 

Selesai renew insurans baru lah boleh untuk kita renew road tax di https://app5.myeg.com.my/MYROADTAX/


 
 
Untuk cek delivery status  roadtax : https://www.myeg.com.my/check-delivery-status
 
 
 
Sekian perkongsian Untuk rujukan Cik iena terutamanya . Untuk info Cik iena hanya buat perbandingan dengan insurans kereta yang Cik iena ambil . Ada banyak lagi Syarikat insurans yang tersenarai dalam aplikasi bjak dan ada yang jauh lebih murah. Tapi Cik iena masih mengekalkan untuk mengambil di syarikat Insurans yang sama.


PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG

Tahukah anda bahawa Hari Ibu Bapa telah ditubuhkan hampir 30 tahun yang lalu. Walaupun ianya mungkin hari yang kurang dikenali namun ia mempunyai kepentingan yang besar bagi kita. 

Tahun ini, Dorsett Grand Subang bersungguh-sungguh untuk menjadikan sambutan Hari Ibu Bapa ini lebih meriah dan ianya akan menjadi majlis yang tidak dapat dilupakan. Majlis sambutan ini bukan sahaja dipenuhi  dengan makanan yang enak, tetapi banyak aktiviti bersama keluarga yang akan meningkatkan lagi kemesraan dan sillaturrahim bersama keluarga.

PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG

 

PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG

23rd July 2023, 1.00 pm to 3.30 pm

Dorsett Grand Subang bekerjasama dengan Restoran Limapulo Baba Can Cook yang telah Terpilih sebagai 2023 Michelin buat kali pertama. Sambutan Hari Ibu Bapa di Piano Lounge @Dorsett Grand Subang ini menawarkan pengalaman istimewa buat ibu bapa dan anak-anak untuk menikmati keenakan masakan asli Nyonya yang disajikan oleh kepakaran asli Nyonya, semuanya disajikan oleh Master kulinari dari Limapulo


PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG
Restoran Limapulo Baba Can Cook

 

Cik iena sendiri telah cuba keenakan masakan asli nyonya dari  Restoran Limapulo Baba Can Cook. Keenakan menu yang tersendiri. Rasa unik memikat hati pasti akan buat anda puas hati.


Restoran Limapulo Baba Can Cook
Menu Sambutan Parent's Day di Piano Lounge Dorsett Grand Subang dari Restoran Limapulo Baba Can Cook

Antara Menu dalam set yang ditawaarkan adalah 

Untuk appetizer, sebagai pembuka selera yang akan membuatkan anda suka akan masakan asli nyonya.

  1. Pai Tee
  2. Sate

Hidangan Utama pula didatangkan dengan

  1. Nyonya Laksa
  2. Roti Jala Dengan Kari Ayam

Manakala sebagai pemanis mulut anda akan dhidangkan dengan

  1. Cendol Gula Melaka
  2. Onde-onde

Pada sambutan hari perayaan istimewa ini, Penyanyi tempatan Liza yang tidak asing lagi dalam dunia seni persembahan akan naik ke pentas dengan beberapa genre oldies untuk memeriahkan majlis. Makan malam juga akan dihiburkan dengan penceritaan sejarah kisah Peranakan tidak lain daripada Baba Ken yang merupakan keturunan kedua-dua warisan Peranakan Pulau Pinang dan Melaka.

Acara akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti istimewa yang akan mengeratkan lagi sillaturrahim, dua orang kanak-kanak dari setiap meja akan dijemput untuk sertai Chef Selebriti Tetamu Florence Tan dalam membuat onde-onde mereka sendiri untuk dihidangkan kepada ibu bapa mereka. 

Terdapat juga demonstrasi Mengikat Sarung oleh Baba Ken dan kanak-kanak (12 tahun ke atas
umur) akan dijemput ke  aktiviti ikat sarung untuk ibu bapa mereka dan berpeluang memenangi percutian 3D/2M termasuk sarapan pagi untuk 2 orang ibu bapa mereka sama ada di Dorsett Kuala Lumpur, Dorsett Grand Subang,Dorsett Putrajaya dan Dorsett Hartamas Kuala Lumpur.

 

Restoran Limapulo Baba Can Cook


Restoran Limapulo Baba Can Cook
Restoran Limapulo Baba Can Cook


Untuk pengetahuan Restoran Limapulo Baba Can Cook dimiliki oleh seorang model dan pelakon yang telah menjadi usahawan iaitu Alan Yun yang juga akan hadir untuk bertemu semua pengunjung pada Hari Ibu Bapa. Selain Limapulo, Alan juga memiliki Woo Pin 45 Kamunting, yang terkenaluntuk mee kepala ikan.


Restoran Limapulo Baba Can Cook
Restoran Limapulo Baba Can Cook



Restoran ini dibuka kira-kira tujuh tahun lalu di 50 Jalan Doraisamy di Kuala Lumpur. Restoran ini mempunyai kelebihan tersendiri, dan kedai yang mempunai deko unik seperti di desa dengan perabot gaya vintaj, kerusi logam berkarat, mesin taip lama, alat peraga lama yang menawan dan banyak lagi yang membangkitkan gelombang nostalgia.


Bergambar bersama Alan Yun, Pemilik  Restoran Limapulo Baba Can Cook
Bergambar bersama Alan Yun, Pemilik  Restoran Limapulo Baba Can Cook

 

Untuk Info Alan Yun selaku pemilik restoran ini pernah membintangi Filem melayu Sepet(2004) dan Filem Gubra(2006) . Filem terbaru adalah tahun 2019 iaitu Kill Fist (Boleh ditonton di Netflix). Kini beliau giat menjalankan perusahaan restoran restoran yang dimiliki.

Review Masakan Asli Nyonya  Restoran Limapulo Baba Can Cook


Menu Sambutan Parent's Day di Piano Lounge Dorsett Grand Subang dari Restoran Limapulo Baba Can Cook
Menu Sambutan Parent's Day di Piano Lounge Dorsett Grand Subang dari Restoran Limapulo Baba Can Cook

 

Untuk pengetahuan Cik iena sendiri telah cuba ke enam-enam menu yang bakal disajikan pada majlis sambutan Hari Bapa di Dorsett Grand Subang . Kesemua menu sememangnya mempunyai rasa yang enak yang pasti membuatkan anda akan ke Limapulo sekali lagi untuk menikmati menu asli nyonya yang lain.

Pai Tee


PAi Tee - Restoran Limapulo Baba Can Cook
PAi Tee - Restoran Limapulo Baba Can Cook


Pai Tee buatan sendiri enak rangup, isi didalamnya adalah sengkuang dan ada udang segar yang melengkapkan rasa. Ditambah dengan kuah cili yang istimewa membangkitkan kenunikan rasa pai tee ini. PAi Tee yang Cik iena cuba ni memang lain dari yang lain. Filling sengkuang tu sedap sangat memang perfect match dengan udang dan kuah cili

Signature Satay


Satay - Restoran Limapulo Baba Can Cook
Satay - Restoran Limapulo Baba Can Cook

 

Satay yang didatangkan dengan kuah kacang istimewa resepi asli nyonya. Kuah iistimewa yang  menggunakan jus belimbing dan nanas sebagai bahan tambahan yang sememangnya sangat enak dan unik rasanya. Sekali rasa memang nak makan lagi sebab rasa kuah dia lain dari yang lain. Sate ayam pula juicy tekstur ayam berasa rempah perapan.

Nyonya Laksa


Nyonya Laksa - Restoran Limapulo Baba Can Cook
Nyonya Laksa - Restoran Limapulo Baba Can Cook


Nyonya Laksa yang sangat terkenal . Antara menu kegemaran pelanggan Limapulo . Rasa laksa yang enak ini pasti membuat anda rasa senang hati dan terasa ingin mencuba masakan nyonya asli yang lain.Sekali cuba mesti nak datang lagi tau. Cik iena sendiri suka rasa Nyonya laksa di sini. Portion pun banyak memang kenyang makan satu mangkuk.

Roti Jala Dengan Kari Ayam


Roti Jala Dengan Kari Ayam - Restoran Limapulo Baba Can Cook
Roti Jala Dengan Kari Ayam - Restoran Limapulo Baba Can Cook

 

Roti jala yang lembut lemak dipadankan dengan kuah kari ayam resepi asli nyonya sememangnya padanan sangat padu. Ditambah dengan sayuran ulaman yang melengkapkan lagi hidangan Roti jala ini.

Cendol Dengan Gula Melaka


Cendol dengan Gula Melaka - Restoran Limapulo Baba Can Cook
Cendol dengan Gula Melaka - Restoran Limapulo Baba Can Cook


Cendol Dengan Gula Melaka dan aiskrim yang sangat sesuai untuk musim panas .Cendol dia memang sedap sangat. Kuah dia perfect lengkap rasa lemak manis. Rasa gula melaka berlemak yang sedap sampaikan Cik iena tanya gula melaka jenama apa yang digunakan sebab Cik iena pernah buat cendol guna gula melaka tetapi cendol ini lagi sedap.


PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG
PARENTS’ DAY CELEBRATION @ PIANO LOUNGE, DORSETT GRAND SUBANG

Harga 

RM148 nett (Dewasa)
RM78 nett (Kanak-kanak 9 to 12 tahun)

Untuk pengetahuan anda tempat adalah terhad untuk acara istimewa ini. Untuk menempah tempat , sila layari https://bit.ly/dgsparents


Untuk Maklumat Lanjut
Website : www.dorsetthotels.com/malaysia/subang
Instagram : https://www.instagram.com/dorsettgrandsubang/
Facebook : https://www.facebook.com/DorsettGrandSubang

 

#HappyParentsDay #Celebration #CelebrateWithDorsett #EatWithDorsett
#DorsettGrandSubang #DorsettHospitality #DorsettHotels #SubangJaya #Selangor
#Malaysia


Beauty In a Pouch - Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung


Masih ingat The Joy Of Life Minuman Kolagen Sarang Burung dari Ecolite? Cik iena pasti ingat kerana ianya merupakan jenama Minuman Kolagen Sarang Burung yang Cik iena suka . Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite sememangnya telah disahkan Halal oleh JAKIM. Sebelum ini ianya didtangkan dalam bentuk botol kaca dan hadir dengan 5 perisa iaitu Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Wolfberry dan juga Perisa Asli. 
 
Beauty In a Pouch - Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung
Beauty In a Pouch - Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung
 
 

Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung Kini Dalam bentuk Pouch

 
Kali ini ianya hadir dengan pembaharuan pembungkusan secara paket /pouch, ianya didatangkan dengan 3 perasa iaitu

  1. Original Collagen Bird's Nest Drink
  2. Collagen Bird's Nest Drink With Lychee & Rose Syrup
  3. Collagen Bird's Nest Drink With Longan

Ecolite Original Collagen Bird's Nest Drink
Ecolite Original Collagen Bird's Nest Drink

 
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink With Lychee & Rose Syrup
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink With Lychee & Rose Syrup
 

Ecolite Collagen Bird's Nest Drink With Longan
Ecolite Collagen Bird's Nest Drink With Longan
 
 
Setiap pembungkusan mengandungi serat Sarang Burung bersama 2500mg Kolagen, ‘Rock Sugar’ dan ‘RO Water. Minuman kolagen sarang burung ini adalah minuman berkhasiat yang sesuai untuk dinikmati sesiapa jua kecuali kanak-kanak dibawah usia 2 tahun.
 
 
Minuman berasaskan Sarang Burung dengan Kolagen (Collagen-infused bird's nest) merupakan Minuman berkhasiat yang telah terbukti secara saintifik yang dapat membantu memulihara sel, sistem pernafasan dan organ dalaman tubuh badan manusia. Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu memperbaharui sel kulit agar lebih lembut, gebu berseri dan awet muda untuk jangka masa yang panjang.
 

Beauty In a Pouch - Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung
Beauty In a Pouch - Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung
 
 
Untuk pengetahuan, Minuman Kolagen sarang burung dari Ecolite ini telah dirasmikan pada  tanggal 20 Oktober 2016 dengan 5 perisa  . Apa yang membezakan sekarang adalah pembungkusannya lebih praktikal dan harga pastinya lebih murah.


Produk ini merupakan jenama minuman berkhasiat dalam rangkaian produk berasaskan ‘Collagen Bird’s Nest’ keluaran Ecolite Biotech Manufacturing Sdn. Bhd (Ecolite).


Untuk makluman lagi, Ecolite merupakan satu-satunya pengeluar, pengilang dan peneraju terawal di pasaran yang mengeluarkan produk-produk berasaskan Sarang Burung di Malaysia sejak sedekat yang lalu. Ecolite menternak, mengumpul dan mengilangkan sepenuhnya Sarang Burung agar kesemua proses pembuatan sentiasa terjamin dari segi kebersihan, kualiti dan khasiat setiap produk yang dikeluarkan.  
 
Tekstur Minuman Kolagen Sarang Burung
Ecolite Original Collagen Bird's Nest Drink

 
 

 Pembungkusan Paket Yang Mudah Di bawa kemana-mana


Cik iena suka pembungkusan baru ini dalam bentuk paket kerana ianya mudah dibawa kemana-mana. Malahan muat untuk dimasukkan dalam beg tangan CIk iena yang kecil.
 
 
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal. Handbag kecil pun boleh masuk



Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal-Boleh minum di kedai makan

Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal- Boleh diminum semasa memandu

Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal- Boleh dimunum ketika bekerja di pejabat

Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal
Pembungkusan baru Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite yang sangat praktikal



Kebaikan Sarang Burung

  1. Kaya dengan protein
  2. Sarang burung rendah kandungan karbohidrat
  3. Kandungan lemak yang rendah
  4. Berupaya merangsang sistem imun badan
 
Tekstur Minuman Kolagen Sarang Burung

Kebaikan Kolagen

  1. Membaiki Penampilan Kulit
  2. Antipenuaan
  3. Menghidratkan
  4. Mengembalikan Keanjalan Kulit
  5. Melicinkan Kulit
  6. Mencerahkan Kulit
  7. Menghalang Pertumbuhan Jerawat
  8. Kulit lebih elastik
  9. Kulit lebih tebal
  10. Kulit berseri
  11. Mengurangkan selulit
  12. Menyuburkan rambut dan kuku
  13. Menegangkan Kulit

Cadangan Pegambilan Minuman sarang Burung Bagi Pemula


Untuk anda yang baru menjinak-jinakkan diri untuk minum air sarang burung mungkin masih tidak biasa akan minuman sarang burung Cik iena cadangkan ambil perasa Longan . Perasa longan lebih berasa untuk yang baru mencuba. Macam Cik iena boleh minum semua perasa mahupun original sebab Cik iena memang dah lama amalkan minuman sarang burung.


Cadangan Pegambilan Minuman sarang Burung Bagi Pemula
Cadangan Pegambilan Minuman sarang Burung Bagi Pemula - Campur dengan Kordial

 

Atau boleh juga anda campurkan dengan sedikit kordial. minuman kolagen sarang burung ini tidak manis jadi memang boleh campur sedikit dengan kordial . Selain itu boleh juga di minum bersama buah. Ini dicadangkan untuk yang tak pandai minum sarang burung. Cik iena cakap macam ni sebab ada diantara kawan yang tak minum dan tak berani minum.

Sebelum ini adik Cik iena juga tak minumm tapi Cik iena cadangkan jenama Ecolite pada dia dan cadangkan perasa longan dan sekarang dia da pandai minum air sarang burung ni.


Minuman khasiat Sarang Burung dengan Kolagen ini boleh dibeli di secara dalam talian di www.ecolite.com.my/products atau di Shopee .Ianya boleh didapatkan secara fizikal di semua cawangan Guardian.
 

Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket

Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket
Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket

 

Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket
Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket
 
 

Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM4.90 Worth RM5 untuk 1 Paket
Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM4.90 Worth RM5 untuk 1 Paket, Sebelahkiri dalam botol adalah packaging asal. Kini hadir dalam bentuk paket yang lebih mudah dibawa kemana-mana

   Istimewa buat anda yang mengamalkan minuman sarang burung, anda boleh dapatkan harga Istimewa Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite di Guardian berhampiran anda. Cik iena memang takkan lepaskan peluang ni sebab Cik iena memang penggemar Minuman Kolagen Sarang Burung Ecolite. Cik iena suka jenama ni sebab harganya yang lebih murah berbanding beberapa jenama lain yang memakan belasan ringgit untuk satu botol. Dan paling penting disahkan Halal.      
   

Ecolite Minuman Kolagen Sarang Burung Kini Dalam bentuk Pouch
Beauty In a Pouch @ Guardian Malaysia RM28 Worth RM29.90 untuk 6 Paket

Perbezaan Pembungkusan lama dan baru

Untuk pengetahuan perbezaan pembungkusan lama dan baru adalah 

  • Pembungkusan botol kaca kepada paket  
  • Pembungkusan baru lebih ringan dan mudah dibawa kemana-mana
  • Kandungan air dimana pembungkusan botol 250ml air, pembungkusan paket 200ml air namun masih mengekalkan kandungan kolagen dan sarang burung yang sama.
  • Harga pasti berbeza, pembungkusan paket lebih murah.


Untuk Makluat Lanjut
Instagram : @ecolite_malaysia

Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"

Musim durian adalah musim yang paling dinantikan oleh penggemar “Raja Buah”. Tahukah anda Walaupun , durian mempunyai rasa yang sangat khas dan bau yang kuat, berlarutan pada nafas kita beberapa jam selepas dimakan. Dengan formulasi Listerine® yang terbukti secara klinikal yang berkesan dapat membunuh kuman yang mengakibatkan mulut berbau, plak dan masalah gusi sehingga 99.9%, kini anda dapat menikmati durian tanpa perlu risau tentang "nafas durian".


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
From left to right:
1st Row: Amber Chia (Model and Actress),Eileen Oh (Head of Marketing Johnson & Johnson Malaysia & Singapore), Stephen Tiu (General Manager, Consumer Health Johnson & Johnson Malaysia and Singapore), Caryn Loh (Managing Director of Watsons Malaysia), Danny Hoh (Customer Director of Watsons Malaysia), Thoren Tan (Trading Director of Watsons Malaysia), Carrol Tan (Senior Trading Manager of Watsons Malaysia), and Perry Kuan (Music DJ and Influencer).

2nd Row: Low Kiu Fung (Head of Retail Marketing & Strategy Johnson & Johnson Malaysia & Singapore), Lian Boon Chong (Associate Director Customer Development Johnson & Johnson Malaysia), and Watsons Elite Members.

 


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"



Selain daripada buah durian, banyak lagi hidangan Malaysia yang lazat mempunyai rasa yang kuat disebabkan oleh bahan-bahan aromatik dan rempah ratusnya yang boleh membuat seseorang rasa sedikit bimbang selepas makan. Mujurlah, terdapat cara yang berkesan untuk menyegarkan nafas anda kembali iaitu pengkumur mulut Listerine® . Atasi masalah nafas berbau durian dan ketidakselesaan nafas selepas makan dengan hanya berkumur dengan Listerine® selama 30 saat untuk membasmi bakteria dalam rongga mulut yang boleh menyebabkan nafas berbau. Bukan sahaja nafas anda menjadi lebih segar, malah ia juga membantu dengan penjagaan kesihatan mulut secara menyeluruh.


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"    

 
 
 

Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"




Tahukah anda bahawa memberus sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan bau yang kuat, kerana ia hanya membersihkan 25% daripada keseluruhan mulut. Dengan hanya memberus, mudah untuk terlepas rongga di antara gigi, serta kawasan di bawah garis gusi. Ini mewujudkan tempat pembiakan bakteria yang merupakan penyebab nafas berbau yang sering berkumpul pada lidah dan dinding pipi. Itulah sebabnya penggunaan pengkumur mulut berkesan dapat melindungi 24 jam terhadap kuman yang boleh menyebabkan plak dan masalah gusi.


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"

 


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"



Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Stephen Tiu (Pengurus Besar, Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura)
berkongsi bahawa Listerine® Roving Truck akan menjelajah ke 15 lokasi di Lembah Klang.



Menurut Stephen Tiu, Pengurus Besar Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura Listerine® merupakan pengkumur mulut perisa aromatik hidangan Malaysia yang kuat, kepentingan untuk memastikan nafas segar dan kebersihan mulut adalah penting.
"Kami menyedari kepentingan penjagaan mulut dan kebersihan yang baik dapat memberikan jaminan untuk mempunyai nafas segar dan dengan kewujudan Listerine yang berkesan membolehkan kami menikmati makanan dengan yakin, tanpa menjejaskan kesihatan mulut.” 



Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Pelakon dan Model, Amber Chia menggunakan Listerine® untuk rutin penjagaan mulutnya setiap hari

untuk mengekalkan kesihatan gigi yang bersih dan kesihatan mulut yang baik secara keseluruhan.
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"



Terdapat pelbagai pilihan produk Listerine® yang tersedia bagi memudahkan rutin penjagaan mulut harian anda. Dari perisa terhad seperti Buah Pomelo & Buah Markisa atau Lidah Buaya (Aloe) & Timun hingga manfaat yang bersasaran seperti Total Care dan Healthy White. Listerine® memastikan keperluan penjagaan mulut pengguna dipenuhi. 

Bagi individu yang lebih suka rasa yang lebih ringan dengan kurang sensasi kepedihan, Listerine® juga menawarkan versi yang kurang intensif dan sifar alkohol. Selain itu, Listerine® Pocket Mist diperbuat untuk individu yang sentiasa bergerak dan memerlukan penyegaran segera. semburan oral bersaiz mudah dibawa dan menghapuskan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau.


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"




Jadi, ayuh Kekalkan rutin penjagaan mulut anda dengan mudah. Anda hanya perlu berkumur dengan Listerine® dua kali sehari (siang dan malam) selama 30 saat untuk menyingkirkan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau, plak, dan masalah gusi.



Trak Jelajah Listerine® akan mengembara ke Lembah Klang!


Buat penggemar tegar Durian, Listerine® ingin membantu anda menjaga nafas agar sentiasa segar dan cara  penjagaan mulut yang menyeluruh sambil menikmati Raja Buah. Listerine® akan membawa kedua-dua durian dan pengkumur mulut Listerine® ke lokasi terdekat anda.

Jom Kejar Trak Jelajah Listerine® di Lembah Klang untuk Menikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian". Cuba keberkesanan dan kesegaran Listerine® sendiri!


Jadual Trak Jelajah Listerine®

  • 2 Jun 2023 – Public Bank, Kepong
  • 6 Jun 2023 – Jalan Telawi, Bangsar  
  • 7 Jun 2023 – Maybank, Taman Maluri Cheras
  • 8 Jun 2023 – Sunway Geo/College, Bandar Sunway  
  • 9 Jun 2023 – Maybank, Kuchai Lama
  • 10 Jun 2023 – Giant KFC, Kelana Jaya
  • 11 Jun 2023 – Megah Rise Mall, Taman Megah PJ
  • 12 Jun 2023 – Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya  
  • 14 Jun 2023 – Inti College, SS15, Subang Jaya  
  • 16 Jun 2023 – The Starling Mall, Damansara Utama
  • 17 Jun 2023 – The Store, Sri Petaling
  • 18 Jun 2023 – Starbucks TTDI, Kuala Lumpur
  • 19 Jun 2023 – Maybank SS2, PJ
  • 21 Jun 2023 – Sunway Giza Mall, Kota Damansara
  • 23 Jun 2023 – KFC, Bandar Sunway  

Tak berjaya kejar? jangan risau, Kalau tak dapat Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian", anda juga boleh sertai peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win” dan menang baucer Kenduri Durian bernilai RM1,000 untuk 10 orang dan 100 x baucer GrabFood bernilai RM50 setiap satu.


Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win”

 

Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win”

Tahun ini, Listerine® kembali dengan peraduan "Swish & Win", yang dianjurkan dengan kerjasama Watsons Malaysia. Buat anda pengguna setia Listerine , jom sertai peraduan ini dan menang hadiah bernilai RM15,000, termasuk kenduri durian yang menakjubkan serta baucer GrabFood! 

Peraduan ini bermula pada 30 may 2023 sehingga 26 june 2023.



Cara Menyertai Listerine® X Watsons “Swish & Win”

  1. Langkah 1 – Beli produk Listerine® berharga RM30 & ke atas di dalam satu resit di Watsons.
  2. Langkah 2 – Jawab soalan mudah: Apakah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan nafas berbau durian? Sebutkan satu produk Listerine®.
  3. Langkah 3 – WhatsApp resit anda dengan <NAMA PENUH> <JAWAPAN> ke 016-208 3532


Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"
Kejar Trak Jelajah Listerine® Dan Nikmati Durian Percuma tanpa "Nafas Durian"

Hadiah Peraduan Listerine® X Watsons “Swish & Win”!:

  • 10 x baucer Kenduri Durian bernilai RM1,000 setiap satu.
  • 100 x baucer GrabFood bernilai RM50 setiap satu

 

Untuk Maklumat Lanjut
Facebook : ListerineMalaysia
Instagram : @Listerinemy 


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

Istimewa buat penggemar Kopi, Nestlé Malaysia kembali lagi dengan melancarkan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2023 yang berwajah baharu! Ianya Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020. Edisi kali ini merupakan edisi ketiga produk kopi tempatan keluaran sulung Syarikat. NESCAFÉ Classic Kopi Kedah diperbuat daripada 100% biji kopi Malaysia yang dibeli menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih.


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, Mencerminkan komitmen Nestlé Malaysia untuk menggiatkan semula perladangan kopi di Malaysia serta meningkatkan lagi punca pendapatan komuniti peladang tempatan. Program istimewa ini telah bermula sejak tahun 2019 dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA). Ianya juga bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peladang tempatan menerusi latihan dan bantuan teknikal dalam penyemaian benih, penanaman dan penyenggaraan ladang, serta operasi selepas memetik hasil. Dengan menyediakan asas bagi mewujudkan ekosistem
penanaman kopi lebih hijau, program ini juga membantu peladang beralih kepada amalan pertanian lebih mesra alam seperti pertanian regeneratif.

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Menerusi Program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, peladang-peladang tempatan boleh menyemai anak benih kopi dengan penuh keprihatinan dan secara bertanggungjawab untuk menghasilkan biji kopi bermutu tinggi yang memenuhi cita rasa dan aroma unik Malaysia. Setakat ini, NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih telah berjaya melatih sekitar 270 peladang dan memberikan sokongan untuk menanam kira-kira 270,000 anak benih kopi di seluas 150 ekar tanah.

En. Juan Aranols, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata,

 “Sejak tahun 2019, kami telah berusaha gigih bersama para penanam kopi tempatan kita untuk memulihkan penanaman kopi di Kedah, Perak dan baru-baru ini di Kelantan. Mencerminkan komitmen kami untuk melaksanakan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), usaha ini adalah sebahagian daripada agenda kelestarian kami untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan melindungi rantaian bekalan makanan. Kami berharap program ini dapat membantu meningkatkan punca pendapatan peladang kopi tempatan kita yang mendapat manfaat daripada hasil tanaman yang lebih tinggi dan
pendapatan yang terpelbagai sambil kami menyokong mereka dalam usaha mengguna pakai amalan pertanian regeneratif seperti tanaman selingan.”


“Kembalinya NESCAFÉ Classic Kopi Kedah memperlihatkan kemajuan program NESCAFÉ
Disemai Dengan Kasih
dan kami sukacita untuk sekali lagi berkongsi cita rasa Malaysia ini
dengan para pengguna,”  tambah Aranols.



NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023

 

 

En. Raef Labaki, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Kopi, Nestlé (Malaysia)
Berhad pula berkata, 

“Setiap cawan NESCAFÉ Classic Kopi Kedah mencerminkan keprihatinan dan rasa hormat yang dicurahkan oleh para peladang NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih sepanjang proses penanaman kopi. Dalam tempoh beberapa tahun sejak program dimulakan, kami telah melihat kemajuan yang menggalakkan. Kami akan terus menyokong sektor kopi tempatan untuk mencipta detik-detik kopi istimewa untuk rakyat Malaysia di seluruh negara.”


NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023



Pada tahun ini, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah kembali dengan wajah baharu yang memaparkan seni anyaman tradisional untuk meraikan warisan tempatan Malaysia. Pembungkusan pada tin juga menunjukkan mercu jaya penting yang dicapai menerusi NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih dan mengetengahkan salah seorang daripada peladang kopi tempatan program ini yang bertanggungjawab menghasilkan biji kopi bermutu tinggi NESCAFÉ Classic Kopi Kedah dengan cita rasa tersendiri, yang disemai dengan kasih untuk dinikmati sepenuh hati.

Untuk Pembelian secara online : NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2023 

 

 

Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve