Selepas zaman pandemik ni kita memang mudah dijangkiti penyakit lagi lagi demam. Jika sebelum pandemik kita jarang atau tidak pernah demam dalam masa setahun. Berbeza dengan selepas pandemik, imuniti tubuh badan kita memang rendah. Kita perluamalkan suplemen untuk meningkatkan imuniti tubuh. Selepas pandemik ni Cik iena punya masalah sinus & alergik semakin teruk berbanding sebelum ini. Salah makan sikit je terus alergik datang dan kadang-kadang boleh menyebabkan sesak nafas. Bila dah asyik tak sihat, tidur pun jadi tak berkualiti dan susah untuk tidur.
Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan Tiger Milk Mushroom
BAru-baru ni Cik iena ada baca perkongsian dari sahabat mengenai GKB Tiger Milk Mushroom dan GKB Z-Well. Bila dengar je GKB. Ya Cik iena pernah amalkan beberapa suplemen dari GKB sebelum ini dan suplemen tersebut memang berkesan dan bagus. Jadi kali ni Cik iena nak cuba pula Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur Dengan GKB Z-Well Dan GKB Tiger Milk Mushroom.
GKB Tiger Milk Mushroom
Cik iena tau mengenai Khasiat GKB Tiger Milk Mushroom ni masa Cik iena cari ubat batuk untuk Mak yang sering batuk . Ahli farmasi cadangkan untuk ambil supplement GKB Tiger Milk Mushroom untuk membantu melegakan keadaan Cik iena. Tapi masa tu Cik iena tak cuba lagi sebab tak pernah dengar. Bila nampak kawan kongsi di instagram baru Cik iena cuba sebab katanya selain untuk ubat batuk, GKB Tiger Milk Mushroom ni juga berfungsi untuk selesema dan masalah sinusitis. Kebetulan Cik iena memang ada masalah sinusitis dan alergi.
Jadi bila Cik iena dapat tahu mengenai GKB Tiger Milk Mushroom ni terus Cik iena dapatkan sebagai persediaan di rumah. Selepas dari zaman Covid ni Cik iena selalu batuk-batuk juga. Kemudian kahak pun banyak, memang makan masa nak sembuh batuk tu. Jadi bagi meningkatkan imuniti badan, Cik iena amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom.
Secara ringkasnya, GKB Tiger Milk Mushroom dapat mengurangkan batuk, selsema dan sinusitis. Ia juga membantu mengurangkan gejala alahan pernafasan dan juga meningkatkan sistem imuniti badan.
GKB Tiger Milk Mushroom mempunyai status Halal dari Jakim dan juga telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL17117005T. Jadi, anda tidak perlu risau jika ingin mengamalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom ini kerana ianya memang bagus dan telah mendapat kelulusan.
Untuk kandungan bahan, setiap 500mg vegecap GKB Tiger Milk Mushroom mengandungi Lignosus Rhinocerus Mycelium extract - 490mg.
GKB Tiger Milk Mushroom dirumus dalam bentuk kapsul. Untuk pengetahuan di dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 1 kapsul sekali sehari selepas makan.
Review Selepas Pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom
Untuk pengetahuan cik iena baru amalkan pengambilan GKB Tiger Milk Mushroom selama seminggu. Buat masa ni kesan yang yang dapat dirasakan adalah apabila bangun pagi, Cik iena akan kurang bersin . Hidung juga kurang berair sebab kurang bersin.
Untuk review batuk nanti Cik iena update kemudian sebab masa ambil suplemen ini Cik iena baru sembuh batuk. Cik iena nak mak juga cuba sebab Mak mengalami masalah batuk.
Selain GKB Tiger Milk Mushroom Cik iena juga ada cuba GKB Z-Well untuk masalah sukar tidur yang Cik iena alami. Cik iena ni memang ada masalah tidur iaitu susah nak tidur malam. Sebenarnya masalah ni dari zaman belajar dulu lagi. Bila umur makin meningkat ni bila kita susah nak tidur malam mengakibatkan badan kita lesu dan tak bermaya di waktu siang. Jadi Cik iena pun decide untuk amalkan GKB Z-Well bagi meningkat kualiti tidur.
GKB Z-Well
GKB Z-Well adalah suplemen tambahan yang digunakan secara tradisional untuk melegakan pening, berpeluh, sukar tidur dan melegakan mata yang letih. Ia menyediakan formula 4-dalam-1 sinergistik untuk membantu orang yang mengalami masalah tidur. Dengan teknologi kultur cecair yang dipatenkan, Fungi Armillariella Mellea dalam suplemen ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
GKB Z-Well ini mempunyai status Halal dari Jakim dan juga mendapat mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran MAL11115036T.
Kandungan GKB Z-Well
Setiap 400mg vegecap GKB Z-Well mengandungi :
• Fungi Armillariella Mellea 300mg
• Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) Extract 50mg
• Fructus Schisandrae Chinensis Extract 30mg
• Fructus Ziziphus Jujube Extract 20mg
GKB Z-Well dirumus dalam bentuk kapsul dan dalam satu kotak mengandungi 60 kapsul. Amalkan pengambilan 2 kapsul selepas makan sebelum tidur.
Kebaikan GKB Z-Well
Dari segi kebaikan GKB Z-Well pula ia dapat memudahkan seseorang untuk tidur, meningkatkan kualiti tidur, menenangkan mata yang letih, dan juga memberikan rasa tenang yang tenang. Jadi GKB Z-Well ni memang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah insomnia, sibuk bekerja dan juga kurang waktu rehat.
|
GKB Z-Well |
Review Selepas 5 Hari pengambilan GKB Z-Well
Selepas seminggu pengambilan GKB Z-Well, Cik iena rasa lebih mudah untuk tidur. Jika sebelum ini memakan masa yang lama untuk lelap. Selepas amalkan GKB Z-Well Cik iena dapat tidur dengan mudah dan tiada terbangun bangun. Tidur nyenyak sampai pagi. Bangun pun senang dan penuh tenaga.
Platform Jualan Rasmi GKB:
Dapatkan produk GKB dari farmasi-farmasi termasuk
Seluruh Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons
Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: HTM Pharmacy
Pantai Timur: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Selatan: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy
Selain itu anda juga boleh message mereka di akaun sosial media mereka.
Facebook: www.facebook.com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmalaysia
RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube :https://www.youtube.com/@mygkb01
Website: https://www.mygkb.com/
Platform Jualan Rasmi GKB:
Semua farmasi utama di Malaysia termasuk
Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
Untuk senarai farmasi terkini, sila layari https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188